Monday, December 13, 2010

Allah tidak menilai parti politik tetapi menilai politikus.

Salam semua.

Allah tidak menilai parti politik tetapi menilai politikus dan penyokongnya secara individu.
Sama ada di dunia atau di akhirat penilaian mengenai berpahala atau berdosa hanya ditujukan kepada makhluk yang berakal sahaja.Sesiapa di antara makhluk yang berakal yang melakukan kesalahan akan disabitkan dengan kesalahan atau terlepas daripadanya. sebab itulah mahkamah tidak pernah memasukkan organisasi atau mana-mana parti ke dalam penjara. Allah juga tidak pernah menjelaskan bahawa kesalahan yang dilakukan oleh parti, persatuan, pertubuhan atau organisasi akan didenda atau disiksa organisasi tersebut di dalam neraka.tetapi individu yang mengendalikan organisasi tersebut sering diperingatkan bahawa mereka perlu beramanah dan bertanggungjawab kerana sehalus mana sekali pun perbuatan manusia akan dinilai, kalau baik, baiklah penilaiannya, jika jahat, jahatlah penilaiannya.

Keadilan untuk semua.
Kekadang manusia tidak berasa berdosa atau bersalah melakukan sesuatu perkara yang tidak patut atau salahlaku ketika memperjuangkan atau mempertahankan kumpulan, walaupun mereka menyedari dan mengetahui bahawa pihak mereka adalah di pihak yang salah, mereka akan bergerak selari dan selaras untuk mempertahankan kumpulan , umpama kumpulam sorak bagi sesuatu kumpulan bola sepak.Apabila melihat pengadil melakukan ketidakadilan terhadap pasukan lawan mereka akan diam tanpa merungut apa-apa tetapi apabila pengadil bertindak terhadap pasukan mereka, walaupun dilihat adil mereka akan riuh dan menggemakan sorakan tidak puas hati.Ketika ini mereka telah lupa dan buat-buat lupa bahawa keadilan itu patut diberikan kepada semua yang berkenaan.

Penilaian Allah .
Penilaian Allah secara individu bukan secara umum, setiap individu yang menyokong kesalahan akan merasai balasannya kecuali mereka mendapat keampunan-Nya, setiap kebaikan akan mendapat ganjaran baik kecuali perbuatan mereka itu tidak ikhlas.

Dari keterangan tersebut, maka fahamlah bahawa di mana-mana manusia berada mereka perlu patuh kepada perintah Allah, setiap individu bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri di kemudian hari nanti.
Jelas dan nyata bahawa manusia tidak boleh memisahkan kegiatan mereka dengan penilaian Allah, Allah akan menilai mereka walau pun di mana mereka berada.sama ada di dalam kegiatan politik, perniagaan, pertanian dan seumpamanya, mereka tetap akan dinilai, keterangan tersebut sesuai dengan konsep Islam itu adalah suatu cara hidup.Berniaga, berpolitik dan berbagai aktiviti lain tidak pernah terpisah dengan penilaian Allah, malah sentiasa terikat dengan sayariat dan hukum-hakam Allah.

Kita tidak wajar berbohong kepada diri sendiri dalam hal seperti ini kerana semua perbuatan itu akan merugikan diri kita jua akhirnya.


Sekian...wallahu aklam.

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Salam,

Keegoan menerajui sesuatu organisasi atau parti menyebabkan itu semua terjadi. Walau sudah pasti pucuk pimpinan telah menyimpang tapi kerana habuan yg diterima menjadikan akal menjadi pendik, pahala/dosa sudah dilupa.

Di tempat kita sendiri banyak perkara seperti ini ada di depan mata. Malah yg bijak agama pun ada yg mudah lupa itu balasan Allah itu PASTI.

Leenoh said...

W.salam.

Semoga Allah tidak memilih kita menjadi demikian.