Friday, December 17, 2010

Memohon derma dan memberi derma.

Salam semua.

Penulis pernah beberapa kali terlibat dengan program memohon derma daripada orang awam dan mengetahui sebahagian prosedur untuk mendapatkan kelulusan atau surat izin pihak berkuasa sama ada daripada pihak polis atau Jabatan Agama Islam Negeri.Untuk memohon derma kebajikan am melalui program Jogathon atau seumpamanya biasanya memerlukan kelulusan ( lesen ) daripada Ibu Pejabat Polis Negeri , manakala lesen memohon derma untuk pembangunan masjid, surau atau yang berkaitan dengan agama Islam, orang ramai memerlukan kelulusan daripada Jabatan Agama Islam Negeri.


Tugas mengisi borang permohonan untuk mendapatkan kelulusan itu tidaklah seberat tanggungjawab dan amanah menjaga derma yang telah diperolehi.Cara mendapatkan derma ini, diizinkan dengan berbagai kaedah yang mana kesemuanya terikat dengan peraturan tertentu. Salah satunya boleh diswastakan pula kepada pihak tertentu dengan pemberian upah 10% atau 20% daripada perolehan derma yang berjaya dikutip.

Mereka yang datang ke rumah atau berada di khalayak ramai seperti di pasar tani, pasar malam, berhampiran bangunan bank dan seumpamanya dan memohon derma untuk pembangunan masjid, surau, badan kebajikan dan seumpamanya biasanya mereka ini bekerja atas perjanjian yang disebutkan tadi.


Mereka menunggu bersama Tabung Derma yang tertera tulisannya sama ada derma untuk masjid atau surau dan sebagainya, orang ramai biasanya mengambil mudah dengan memasukkan derma mereka di dalam tabung tersebut tanpa meminta resitnya. Sikap ini seolah-olah penderma berkenaan menyediakan peluang terbuka kepada peminta derma(agen ) itu melakukan penyelewengan, Derma tanpa resit ini membolehkan peminta derma tidak menyerahkan wang tersebut kepada pihak penganjur kerana semasa penyerahan wang, mereka akan menyerahkan semua wang yang dikutip dan jumlahnya akur dengan jumlah yang tercatat di dalam resit, kemudian 10% atau 20% daripadanya akan diserahkan kepada peminta derma seperti dijanjikan sebagai upah kepada mereka.

Derma seperti ini memerlukan resit dikeluarkan untuk dijadikan alat penyawal kepada ketelusan atau mencegah penyelewengan.

___________________________________________________________

[177]
Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, – kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.
( Surah al.Baqarah )


_________________________________________________________


Menutup aurat itu wajib bukan sahaja ketika bersolat.Untuk mendapatkan maklumat klik
_________________________________________________________


Sekian...wallahu aklam.

No comments: