Monday, December 13, 2010

Bersalam dan berjabat tangan .




Bersalam-salaman dan berjabat tangan adalah perbuatan yang berbeza.


Bersalam-salaman.
Bersalam- salaman ialah memberi salam dan menjawab salam, perbuatan berbalas di antara memberi dan menjawab itu dinamakan bersalam-salaman, tetapi, apabila kebiasaan keduanya itu diamalkan oleh orang Melayu, kekadang orang Melayu menyebutnya sebagai berjabat salam untuk perbuatan berjabat tangan atau disebut sahaja salam, biasanya orang dewasa menyuruh anak-anak berjabat tangan ketika baru sampai ke rumah yang diziarahi atau dilawati atau ketika balik dengan menyebutkan " salam-salam" kepada anak-anak yang bermaksud " berjabat tangan dengan tuan rumah atau dengan sesiapa yang berada di tempat itu.

Dalam kebiasaan
orang Melayu mengamalkan adat ini, terdapat juga amalan yang dilakukan mereka itu tidak tepat seperti yang dikehendaki Islam, misalnya menjawab salam dengan menyebut dengan lafaz berbunyi " salam" sahaja, pada hal lafaz yang sempurna yang diajar oleh Nabi ialah "Wa alaikumussalam" sekurang-kurangnya, untuk lebih baik dan afdal lafaznya " wa alaikumussalam wa rahmatullahi wa barakatuh" , untuk lafaz memberi salam biasanya disebut dengan betul dan tepat. " assalamualaikum atau Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh" yang mana kedua lafaz memberi atau menjawab kedua-duanya mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kepada mereka yang ditujukan lafaz tersebut, iaitu mengembalikan doa yang sama atau untuk kesejahteraan bersama.

Dalam chating, ym dan sms dengan menulis perkataan " salam" sahaja rasanya memadai atau menjawabnya dengan menulis " w.salam" juga memadai tetapi hendaklah berniat atau terlintas di dalam hati lafaz memberi salam dan menjawabnya dengan sempurna seumpama di atas tadi.

Berjabat tangan.
Berjabat tangan juga memerlukan kemahiran yang tepat dan betul, berjabat tangan bukan bersentuhan hujung jari sahaja tetapi ianya memerlukan kedua-dua tapak tangan kanan dua orang yang berjabat tangan itu digenggam dengan rapat dan mengambil sedikit masa dalam tempoh sesaat atau lebih ketika dua tapak tangan itu bertemu dengan rapatnya itu.Semasa tapak tangan bertemu rapat itulah kedua-duanya mendapat pahala atau berkat.

Lelaki dan perempuan yang bukan mahram diharamkan berjabat tangan kecuali berlapek atau salah seorang memakai sarung tangan.Kalau berdegil melakukannya juga bermakna perbuatan itu sudah terkeluar daripada saranan yang digalakkan oleh Islam.

Adalah lebih berkat, jika melakukan sesuatu ibadat dengan berilmu dan bukan pak turut, sebab itulah di dalam Islam mereka yang berilmu diangkat darjatnya, orang Melayu juga menghargainya dengan mengibaratkan sebagai " Hanya jauhari sahaja mengenal manikam".

Lihatlah betapa indahnya cara hidup mengikut syariat Islam, masuk rumah, memulakan ucapan, memulakan makan dan seumpamanya mempunyai kaedah dan adabnya yang tersendiri, memang sesuai dengan dirinya yang dikenali sebagai Islam, ( selamat atau sejahtera ).


Sekian...wallahu aklam.

No comments: