Thursday, December 16, 2010

Kelantan antara yang terendah terlibat dengan rasuah.

Salam semua.

Pada hematku.

Kelantan antara yang terendah terlibat dengan rasuah.

Rasuah di kalangan ahli politik dan kakitangan awam Malaysia dikatakan sudah membarah yang sukar diubati lagi, ibarat ini sering tertulis dalam media disebut di dalam ceramah atau ucapan, sama ada di dalam keadaan sedar atau sebaliknya wallahu aklam, barah merupakan suatu penyakit yang ditakuti oleh penduduk dunia termasuklah rakyat Malaysia kerana setakat ini penyakit itu belum mempunyai ubatnya yang tertentu, yang ada hanyalah cara rawatan dan pantang larang, terutamanya amalan pemakanan, namun demikian dengan kuasa Allah terdapat juga mereka yang mengidap penyakit tersebut kembali sihat dan menjalani kehidupan seperti biasa.tetapi amat sedikit bilangannya.

Nah, kita telah pun mengambil keputusan membuat perbandingan tahap rasuah di kalangan rakyat Malaysia seumpama penyakit barah yang tidak disukai oleh semua orang itu.Tidak syak lagi bahawa perbandingan itu menunjukkan amalan rasuah di negara ini sangat serius dan buruk, Namun dalam senario dan situasi demikian Kelantan mampu meletakkan dirinya di kedudukan yang terbaik berbangding dengan negeri-negeri lain di Malaysia.Pada hal Kelantan bukanlah negeri terkaya, malah bantuan yang mereka berhak dapat dari Kerajaan Pusat pun dikatakan tidak istiqamah seperti yang dikehendaki rakyat Kelantan.

Sering disebut bahawa kemiskinan , gaji yang rendah atau pendapatan yang kecil mendorong seseorang individu itu terlibat dengan rasuah selain dari berjiwa tamak dan haloba. Adakah orang Kelantan tiada sifat-sifat tersebut ?, jawabnya mustahil tiada. Walaupun orang Kelantan sama seperti orang di negeri-negeri lain juga tetapi mereka dididik dan sering dinasihatkan dengan nasihat-nasihat yang bukan hanya mengikut adat dan prosedur, malah nasihat yang dipinjamkan dari Allah oleh mereka yang layak dan berteladan.Pemimpin mereka tidak meniru ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul.Atas kualiti dan integriti itu Kelantan layak menjadi contoh dan teladan kepada semua negeri di Malaysia.Walaupun sekian lama negeri ini dicemoh dan diperlekehkan oleh pihak tertentu sebagai negeri yang mundur bersama Trengganu pada suatu ketika dahulu.

Dalam apa aspek pun, kehidupan manusia memerlukan contoh dan teladan,dalam menghayati Islam juga tidak terkecuali, ibu bapa menjadi contoh kepada anak-anak, suami kepada isteri, orang tua kepada orang mudanya, remaja kepada anak-anak kecil, ketua pejabat kepada anak-anak buahnya, pemimpin kepada rakyat yang dipimpinnya dan raja kepada rakyat jelatanya. Contoh dan teladan perlu berada di atas bukan di bawah, kerana laungan yang dipekikkan di atas bukit lebih bergema suaranya.

Berita yang menyatakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersih dari rasuah dan Kelantan negeri yang terendah terlibat dengan gejala rasuah boleh dibaca di dalam beberapa laman blog tempatan dalam tempoh masa kebelakangan ini.

Selagi tiada contoh dan teladan oleh mereka yang berada di atas, selagi itulah gejala rasuah akan terus membarah di dalam urat dan darah daging negara.

_________________________________________________________


Menutup aurat itu wajib bukan sahaja ketika bersolat.Untuk mendapatkan maklumat klik
_________________________________________________________

Sekian...wallahu aklam.

1 comment:

Leenoh said...

W.salam.
Ramai lagi yang lain yang lebih utama disiasat, buat apa membuang masa menyiasat mereka yang baik dan berintegriti.