Saturday, December 18, 2010

Tangani Ajaran Sesat .

Salam semua.
Siaran berita.Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS ) mengesahkan masih terdapat ajaran sesat yang masih bergerak aktif di negeri itu. demikian dilaporkan di dalam akhbar Sinar Harian ( bil:1556 ) edisi Selangor hari ini.

Pendakyah bukan semuanya terpelajar.
Agak menghairankan kita apabila ramai juga orang Islam yang terlibat dan terikut-ikut dengan ajaran sesat ini. Pada hal pendakyahnya atau penganjurnya bukan semuanya terdiri dari kalangan orang yang terpelajar dan menghairankan lagi apabila orang-orang yang terpelajar juga termasuk di antara mereka yang terpengaruh dan terperangkap dengan kegiatan tersebut.

Mencari puncanya.
Untuk menanganinya kita perlulah mencari punca dan titik permulaan yang menyebabkan orang Islam tertarik dengan kegiatan tersebut, andaian secara umum terhadap sebab-sebab berlakunya gejala ini adalah berpunca dari situasi mereka yang berada di dalam keadaan kekurangan ilmu Islam dan akhirnya menyebabkan mereka yang terlibat itu salah faham terhadap ajaran Islam yang hakiki dan menyangka yang sesat itu sebagai hakiki, situasi ini sudah tentulah akan merugikan mereka di penghujung kehidupan mereka kelak.

Pada hematku.
Berikutan dengan situasi yang sedemikian. Pada hemat penulis adalah wajar dipertingkat dan diperkemaskan lagi aktiviti dakwah yang sedia ada, pendakwah bertauliah perlu diperbanyakkan lagi, mungkin jumlah pendakwah yang aktif terkini nisbahnya masih belum sesuai dengan bilangan orang Islam yang semakin bertambah ramai di sesuatu tempat atau negeri. kemungkinan kemampuan mereka menyampaikan dakwah atau ilmu Islam juga terhad menyebabkan terdapat yang tercicir dan terabai.Mereka inilah nanti akan terpangaruh dengan ajaran-ajaran yang dimaksudkan, bukan sahaja ajaran sesat yang jelas sahaja yang merosakkan Islam seseorang, malah kesyirikan dan kemurtadan yang tersembunyi juga akan membawa masalah kepada masyarakat Islam.

Memahami dan mendukung bahawa Islam dan politik perlu diasingkan atau menafikan politik berada di bawah naungan Islam, juga suatu prinsip dan sikap yang perlu dikaji semula supaya Islam itu dilihat dominan dan suatu cara hidup (addin) yang menyeluruh seperti yang dijelaskan di dalam al.Quran, di mana kegiatan manusia setiap masa berada di dalam zon penilaian Allah, termasuk aktiviti politik hamba-Nya dan kegiatan lain amnya.

Semua agama adalah berbeza di antara satu sama lain.
Isu pluralisme juga tersiar di dalam akhbar Sinar Harian edisi yang sama. "Fahaman pluralisme atau meyakini semua agama itu adalah sama" juga di antara gejala yang merosakkan aqidah Islam kerana Islam menolak dengan jelasnya cara ibadat yang dilakukan oleh agama lain, ulamak juga telah menjelaskan berulang kali dalam hal ini. Dalam kontek ini amat sesuai, jika kita melapangkan masa dan menyemak maksud firman Allah yang tertera dibawah ini.

___________________________________________
[1]

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir!
[2]
“Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
[3]
“Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
[4]
“Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
[5]
“Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
[6]
“Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku”.
( Surah al.Kafirun )
##############################

[1]
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
[2]
“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
[3]
“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
[4]
“Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.
( Surah al.Ikhlas )

__________________________________________________

Undang-undang juga penting.
Selain daripada menyebarkan ilmu atau berdakwah, sudah tentulah di sana memerlukan pelaksanaan undang-undang terhadap mereka yang benar-benar mencemarkan kesucian Islam kerana mereka yang telah sesat dan mempunyai idolanya sendiri tidak akan menghadiri dan mengikuti kuliah-kuliah yang disampaikan oleh guru-guru atau pendawah-pendakwah yang berkelayakan.Mereka yang sesat ini telah masuk perangkap dan telah pun terperangkap melainkan kehadiran ilmu atau pun pendakwah yang menyampaikan ilmu Islam secara paksaan sahaja, berkemungkinan dapat menyelamatkan aqidah mereka dari terus sesat dan terpesong. Sekiranya terus terpesong hanya undang-undang sahaja yang sesuai menangani mereka dari terus sesat dan disesatkan.
Mengkategorikan seseorang atau sesuatu kumpulan sebagai berfahaman sesat atau pluralisme juga perlu berhati-hati kerana dalam urusan selain dari melibatkan aqidah dan ibadat, masyarakat Islam tidak dilarang bersama penganut aqama lain.

Kesimpulannya.
Untuk menangani gejala tersebut di atas, kegiatan dakwah amat penting dan pendakwahnya perlu diperbanyakkan bilangannya dengan mengeluarkan tauliahnya secara proaktif oleh semua Jabatan Agama Islam Negeri.

Orang Islam yang terlibat dengan fahaman yang terpesong atau sesat adalah terdiri dari kalangan mereka yang tidak memahami Islam secara menyeluruh dan fahaman Islam mereka tidak mencakup semua aspek yang disentuh di dalam al.Quran dan al.Hadith.

Pengajaran dan pembelajaran Islam di sekolah atau di mana-mana sahaja tidak wajar dibiarkan ianya berada di dalam keadaan teori semata-mata, masyarakat dan pemerintah hendaklah menghayati Islam itu secara bersungguh-sungguh tanpa mencurigai sesama Islam supaya Islam itu dapat dihayati secara lancar dan menyeluruh.

Undang-undang adalah
langkah susulan dan senjata terakhir bagi mencegah ajaran sesat.

Amalan menyambut perayaan agama hendaklah dikhususkan kepada agama berkenaan sahaja, elakkan menyambut perayaan agama bersama dengan penganut agama lain, tegasnya jauhilah kongsi raya atau perbuatan seumpamanya kerana perbuatan itu menyalahi aqidah Islam. Biarlah kita berkongsi dan bersatu-padu dalam aktiviti kebaikan yang lain.

Sekia... wallahu aklam.

2 comments:

Anonymous said...

Salam leenoh,
Saya tertarik dengan pandangan mengenai Kongsi Raya yang berlanjutan disambut.Saya amat bimbang genarasi akan datang yang tidak memahami agama secara betul dan tepat akan merasai sebagai adat dan budaya dan akhirnya meletakkan agama sebagai semuanya SAMA.Dalam persoalan ini para ulamak,majlis petua perlu jelas dan tegas terhadap isu masa depan genarasi umat Islam.Tidak salah kita bersatu dan bekerjasama dalam perkara maslahah umum tapi bukan perkara yang membabitkan perkara pokok dalam Agama.SIAPA PATUT DIPERSALAHKAN? Agama lain yang meminta dikongsikan raya ATAU kita yang galak nak beraya sama2. Bermakna para pendakwah kena berkerja lebih keras lagi.KIta bimbang orang lain tak dapat ditarik,orang kita akan hanyut.Wallahu a!lamu bissawab.

Leenoh said...

W.salam sdrku.

Sebenarnya kita mempunyai kebimbangan yang sama. Semoga Allah akan memberi pertolongan kepada kita sepanjang masa...amin.