Monday, August 30, 2010

Kemerduan Suara al.Quran terserlah walaupun hanya dengan menyempurnakan hukum ghunnah.

Salam semua.

Cuba perhatikan bacaan ini terutamanya pada bacaan ghunnahnya (dengungnya) yang cukup sempurna, lihat nun yang bertasydid (sabdu) dan bacaannya...Dengung atau ghunnah itu mengambil masa atau panjangnya dua harkat.
_________________________________

Surah An.Nas - Qari : Abdul Rahman As.Sudaes.

http://173.193.202.112/sds/114.mp3

173.193.202.112

_____________________________________

114. An-Nas


______________________________________

بسم الله الرحمن الرحيم

114:1



Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.

114:2

"Yang Menguasai sekalian manusia,

114:3

"Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,

114:4

"Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -

114:5

"Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -

114:6

"(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".
_________________________

Sekian....Wallhu aklam.

Sunday, August 29, 2010

Kita perlu membuat anjakan sikap sederap ke hadapan.

Salam semua.

Kalau orang Melayu tidak mengubah sikap , kegiatan dakwah Islam kepada bukan Islam tidak akan mendapat semangat baru.Hidup segan mati pun tidak mahu.umpama rumput di tengah jalan, sebahagiannya mati dan sebahagian lagi hidup.

Anjakan sikap.

Sikap melayani orang Islam yang menguasai Islam secara emosi dan adat tanpa merujuk kepada Al.Quran atau Sunnah Nabi perlu dibuat anjakan.
Apa-apa yang menjadi sensitif kepada orang awam digemburkan, walaupun orang yang terlibat dengan sensitif itu hanya orang awam yang kurang menguasai ilmu Islam, oleh itu perkara yang sepatutnya tidak sensitif di sisi Islam ditonjolkan sehingga menjadi sensitif kerana dimasukkan emosi tertentu ke dalam cara hidup Islam sehingga melupakan apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah.s.a.w.
Perkara yang telah diberi fatwa atau yang memerlukan fatwa pun dibincangkan secara terbuka oleh orang awam tanpa takut melakukan kesalahan dan kesilapan

Mereka hanya mampu menilai secara fikrah yang berdasarkan akal dan emosi semata-mata.Sikap inilah perlu diubah dan dianjak sederap ke hadapan dengan memberi penjelasan balik kepada yang berkenaan oleh mereka yang berkewajipan atas apa sahaja masalah yang berlaku di dalam masyarakat yang melibatkan hukum-hakam Islam.Sekiranya ianya positif maka nyatakanlah positif dan sekiranya sebaliknya pula dinyatakan juga negatifnya itu dan tidak membiarkan fahaman yang tidak tepat berada di dalam arus perdana.Media pula hendaklah melaporkannya dengan adil tanpa cenderung membuat ulasan menyebelahi mana-mana pihak yang boleh ditafsirkan sebagai tidak adil .

Seperti disebut di dalam artikel yang terdahulu orang Islam hendaklah bersangka baik kepada bukan Islam tentang kebarangkalian atau kemungkinan mereka akan menerima Islam , setelah mereka mendapat penjelasan yang secukupnya dari orang Melayu, Tetapi, sayangnya kebanyakan orang Melayu tidak terfikir mendakwahkan mereka ke arah Islam.Kita sentiasa menyangka mereka akan kekal demikian sepanjang masa dan akan berakhir kehidupan mereka di dalam cara hidup mereka jua.Kita juga tidak terlintas bahawa pada suatu hari mungkin mereka akan menerima dan memilih Islam sebagai cara hidup mereka.

Kalau pun mereka mempunyai kawan karib tetapi mulut mereka berat untuk mengucapkan sesuatu untuk tujuan tersebut. Lebih malang lagi ada yang berasa seoalah-olah Islam itu agama orang Melayu sahaja seperti pada zaman pra merdeka dan lepas merdeka, di mana orang bukan Islam yang memeluk Islam diistilahkan sebagai masuk Melayu.

Istilah itu tidak salah dari segi nilai Melayu tetapi dari segi nilai Islamnya adalah tidak tepat, Perkara ini berlaku kerana kemungkinan tidak merujuk kepada Al.Quran dan sunnah, sepatutnya disebut sebagai memeluk Islam, bukan masuk Melayu dan orang yang terlibat itu dikenali sebagai muallaf sehinggalah mereka betul-betul faham dan menghayati Islam, setelah itu tidak lagi dikenali sebagai muallaf kerana mereka telah membudayakan kehidupan mereka dengan Budaya Islam.Mungkin juga telah mampu mengajar kawan-kawan mereka ataupun menjadi guru yang masyhur pula kerana ketinggian ilmu Islamnya.

Apa yang berlaku pada zaman pra merdeka dan sebaik sahaja lepas merdeka masih boleh diterima dan dimaafkan, tetapi, jika di abad 20an ini pun masih bersikap demikian tentulah tidak menasabah dan tidak sesuai lagi kerana persekitaran kita dikelilingi dengan Pusat Pengajian Tinggi yang sepatutnya telah mengubah minda dan cara berfikir, kalau tidak berlaku anjakan bermakna universiti hanya mampu memberikan ilmu teori dan maknawi sahaja kepada para siswazahnya tanpa amalan (praktikal) dan penghayatan yang mampu merubah masyarakatnya.

Pusat Pengajian Tinggi atau Universiti sepatutnya peka atas apa yang berlaku di dalam masyarakat kerana di universiti tidak kurang pakar berbagai bidang dan ilmu, mereka sepatutnya dibenarkan memberi respon terhadap apa yang berlaku di dalam masyarakat, kalau tidak mereka itu umpama harimau di dalam sangkar, memiliki cukup kekuatan tetapi tidak dapat direalisasikannya.akhirnya tidak dapat juga dimanfaatkan oleh masyarakat.


Sikap menonjolkan kesalahan orang lain atau kesalahan musuh sesama Islam mengatasi kepentingan Islam perlulah ditinggalkan demi kebaikan Islam dan masyarakat Islam itu sendiri.Mereka yang sedang memimpin mana-mana puak sepatutnya lebih faham dan berhati-hati membuat sesuatu kenyataan yang terdedah kepada orang awam kerana kesannya melibatkan orang ramai , di mana orang ramai pula terdapat berbagai kategori penguasaan ilmu Islam ( agama Islam ) dan kenyataan yang dibuat itu pula hendaklah ikhlas ( kerana Allah ) atau betul-betul merujuk kepada Allah dan Rasul-Nya.

Sikap berlumba-lumba hendak menjaga dan mendaulatkan Islam itu sangatlah baik dan cantik tetapi persaingan itu hendaklah dengan cara yang sihat dan bersungguh-sungguh mematuhi ajaran Islam, kalaulah persaingan itu dicampur - adukkan dengan unsur mencari pengaruh sudah tentulah berkemungkinan membawa akibat yang buruk kepada semua pihak, Bersaing dengan cara memburukkan sesuatu pihak kerana hendak mengembangkan pengaruh dan mengharumkan pihak tertentu bukanlah cara yang diizinkan. Berlumbalah tanpa merosakkan pihak lain dan tanpa menjatuhkan maruah mana-mana pihak.

_____________________________

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)".
{ Surah Al.Hujurat(49) : 13 }

_______________________________
[104]
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

( Surah Ali-Imran )

____________________________

Pada hematku.

Sekian...Wallahu aklam.

Mendengar bacaan al.Quran pun mendapat pahala (7).

Salam semua.

Saya masih meneruskan paparan bacaan Al.Quran untuk anda yang ingin memanfaatkannya

______________________________

[1]

Wahai orang yang berselimut!.
[2]
Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),
[3]
Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,
[4]
Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan “Tartil”.

{ Surah Al.Muzammil (73) : 1 - 4 }


________________________________


Surah Maryam - Qari : Abdul Rahman As.Sudaes.
http://173.193.202.112/sds/019.mp3

173.193.202.112


Surah Taha - Qari : Ahmad Al.Ajmi
http://173.193.202.114/ajm/64/020.mp3

173.193.202.114


Surah Al.Anbiya' - Qari : Abdullah Al. Johany
http://67.213.215.136/~server3/jhn/021.mp3

67.213.215.136


Berilmu dan bersangka baik.

Salam semua.

Berilmu dan bersangka baik.

Berilmu dan bersangka baik adalah suatu sifat dan sikap yang perlu ada pada setiap orang Islam yang ingin mengembangkan Islam kepada masyarakat bukan Islam tanpa sifat dan sikap ini masyarakat Islam akan hanya berdakwah di kalangan sesama Islam sahaja. Gerakan dakwah akan bergerak lambat dan perkembangan Islam akan lebih banyak berlaku kerana kelahiran atau zuriat sahaja, manakala orang bukan Islam kurang memeluk Islam.tetapi, sekiranya sifat dan sikap bersangka baik diamalkan oleh orang Islam secara menyeluruh perkembangan Islam akan dipacu lebih laju lagi, Bersangka baik yang dimaksudkan di sini ialah setiap orang Islam bersangka baik bahawa jika orang bukan Islam diberi penjelasan secukupnya mengenai Islam , lambat laun mereka akan memahami dan mengenali serta menerima Islam itu sebagai cara hidup mereka.

Kekadang masyarakat kita bersangka buruk kepada mereka tanpa alasan yang sesuai, apabila timbul sesuatu masalah berkaitan mereka akan memberi respon secara emosi dan tidak rasional kerana kurangnya usul periksa, jika ada kesalahan yang tidak disengajakan sepatutnya berilah nasihat yang baik kerana Islam itu sendiri adalah "Diinun nasihah" ( ajarannya nasihat ), bukan menimbulkan persengketaan dan mencari kesalahan serta mendedahkannya, cara ini menambahkan kekusutan dan kerenggangan di antara orang Islam dan bukan Islam, tugas orang Islam sebenarnya menjinakkan mereka dan seterusnya membawa mereka ke jalan yang benar.Dengan itu bolehlah kita sama-sama hidup di dalam satu rumpun yang terdiri daripada berbagai bangsa tetapi rumpunnya sama iaitu rumpun Islam.

Allah telah pun menjelaskan kepada manusia bahawa Allah memang sengaja menjadikan manusia berbagai bangsa di dalam dunia fana ini supaya mereka berkenal-kenalan di antara satu sama lain dan semua bangsa tersebut pula memperhambakan diri kepada Allah. Betapa indah dan cerianya rakyat Malaysia sekiranya perkara ini benar-benar berlaku di negara kita. jika wujud perancangan tidak mustahil perkara ini boleh berlaku, terlebih dahulu kita perlu ada keinginan, niat dan perancangan ke arah itu barulah harapan tersebut akan tercapai.
__________________________

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)".
{ Surah Al.Hujurat(49) : 13 }

____________________________________

Allah tidak memerintahkan sesuatu bangsa sahaja menjadi Islam, sebaliknya dipertanggungjawabkan kepada semua orang Islam supaya menyeru ke arah kebaikan dan mencegeah kemungkaran, sekurang-kurang menyeru kebaikan itu mengajak orang bukan Islam menerima Islam sebagai cara hidup mereka dan mencegah kemungkaran pula mencegah manusia daripada melakukan kejahatan dan menyengutukan Allah, mencegah menyengutukan Allah dengan cara berusaha supaya mereka mengenal Allah ( maghrifatullah )

Kurang berilmu tetapi bersangka baik.
Pendakwah ( orang Islam ) seharusnyalah mempunya ilmu dan bersangka baik kepada kumpulan sasarannya, memiliki ilmu yang tinggi tetapi tidak mempunyai sikap dan sifat sangka baik pergerakan dakwah tidak akan ke mana-mana.Orang yang tidak mempunyai ilmu yang tinggi tetapi bersangka baik , mungkin akan lebih berjaya dalam bidang ini. Mereka boleh mengajak orang bukan Islam supaya mentauhidkan Allah dan setelah berjaya berbuat demikian selebihnya mereka boleh menyerahkannya kepada orang lain untuk meneruskan penambahbaikan terhadap ketauhidan tersebut.

Sekian...Wallahu aklam.

Allah perintahkan manusia supaya taat ibu bapa bukan menurutnya semata-mata.

Salam semua.


Allah perintahkan manusia supaya taat ibu bapa bukan menurutnya semata-mata.

Allah memerintahkan manusia supaya taat ibu bapa tetapi bukan menurutnya (ikut) sesuka hati tanpa ambilkira perintah atau suruhan ibu bapa itu menyalahi peraturan atau sebaliknya, harus diingat bahawa ibu bapa juga adalah manusia,mereka juga mempunyai kelemahan tertentu sebagai manusia, disamping mentaati ibu bapa kita juga dipertanggungjawabkan menjaga hukum-hakam yang telah ditentukan Allah kepada semua manusia.

Pelaksanaan ketaatan kepada ibu bapa itu tidak terkeluar dari merealisasikan ketaatan kepada Allah, mentaati ibu bapa adalah pelaksanaan sebahagian daripada ketaatan kepada Allah.Sekiranya pelaksanaan itu bertentangan dengan pelaksanaan tersebut ianya telah dilarang Allah.

Taat bermaksud mentaati semua suruhan yang tidak bertentangan dengan perintah Allah, sama ada disukai atau benci hendak ditaati dan dituruti, sekiranya suruhan atau perintah yang dikeluarkan oleh ibu bapa telah melanggar perintah Allah maka tidak lagi dituntut supaya anak mentaatinya, namun demikian masih dituntut supaya dilayan dengan baik atau menunjukkan sikap yang baik dan bersopan.

Taat bukanlah turut membuta tuli sehingga berlaku kedua-duanya melanggar perintah Allah.Perintah Allah adalah perintah yang tertinggi, semua manusia berada di bawah perintah Allah oleh itu ibu bapa juga wajib patuh perintah Allah. Ibu bapa dan anak-anak mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap menunaikan perintah Allah.Perintah manusia tidak mengatasi peritah Allah.

_________________________________

17. Al-Israa’


[23]
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
[24]
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
{ Surah Israa' (17): 23-24 }
_____________________________________
"Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada dua orang ibu-bapaknya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya. Hanya kepada-Ku-lah kembalimu, lalu Aku kabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh benar-benar akan Kami masukkan mereka ke dalam (golongan) orang-orang yang saleh". (Surah An.Ankabuut (29) : 8 - 9 ) ________________________________

Sekian...Wallahu aklam.

Saturday, August 28, 2010

Mendengar bacaan al.Quran pun mendapat pahala (6).

Salam semua.

Pahala membaca Al-Quran :

Satu huruf sepuluh kebajikan dan menurut Ibnu Majah
diganda sampai 400 kebajikan .
Menurut Ibnu Al Jauzi diganda sampai 700 kali.
Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga.


Jom...Klik dengar bacaan.

Surah An.Nahl - Qari : Ali Hajjaj As.Souasi
http://67.213.215.136/~server3/hajjaj/016.mp3

67.213.215.136

Surah Al.Isra' - Qari : Abdul Rahman As.Sudaes.
http://173.193.202.112/sds/017.mp3

173.193.202.112


Surah al.Kahfi - Qari : Abdul Basit Abdul Samad.
http://173.193.202.116/basit/018.mp3



Ucapan atau tazkirah - yang mana satu lebih sesuai untuk bukan Islam.

Salam semua.

Penulis bukanlah ahli bahasa Melayu yang selayaknya menjelaskan persoalan yang ditimbulkan di atas, namun demikian tidaklah pula terlalu jahil mengenainya, berdasarkan sedikit pengetahuan dan pengalaman terpanggil juga untuk mengulas tajuk yang tertera di atas.

Penggunaan bahasa kalau tidak berhati-hati dan cermat ianya berpotensi memesongkan tujuan asal, akhirnya satu sebutan atau perkataan akan ditafsirkan kepada berbagai sudut, maka jadilah bahasa itu tidak tepat dan tidak sesuai digunakan kerana penggunaannya akan mengelirukan, Rasa tanggungjawab memelihara bahasa itu hendaklah diletakkan di atas setiap individu yang berbangsa Melayu kerana orang Melayu ibarat ibu bapa yang melahirkan bahasa itu, kalaulah orang Melayu mengabaikannya, maka akan lenyaplah bahasa Melayu di dunia dan lenyaplah juga bangsanya kerana Bahasa adalah Jiwa Bangsa.

Jika wujud banyak sangat perkataan atau ungkapan yang mengelirukan akan melemahkan fungsinya, arahan atau maklumat yang disampaikan akan tercicir atau berlaku salah faham, mungkin beberapa contoh dapat diberikan di sini; Perkataan "nikmat" kalau hendak dirujuk kepada asal penggunaan oleh orang Melayu terutamanya di dalam doa-doa mereka ianya membawa maksud berlawanan kepada perkataan "ni'amat" , walaupun hajat ahli bahasa untuk menggantikan perkataan "ni'amat",oleh itu penggunaan perkataan "nikmat" yang ditukar ejaan itu diragui - Perkataan khalwat asalnya membawa erti yang baik dan mulia iaitu "bersunyi diri dan beribadat kepada Allah" seperti yang dilakukan Rasulullah.s.a.w. demikianlah penggunaan asalnya tetapi kini banyak digunakan kepada makna yang sebaliknya, penggunaan asalnya telah hampir terhapus.

Perkataan tazkirah selayaknya digunapakai untuk ucapan oleh mereka yang Islam sahaja kerana tazkirah (ucapan atau peringatan) yang membawa manusia kepada menyuci dan mengingatkan diri kepada Allah iaitu membetulkan tasauwur di dalam minda mereka kepada ketauhidan kepada-Nya dan memahami syariat secara lebih mendalam melalui tazkirah tersebut.

Jika penggunaan perkataan tazkirah disandarkan kepada mereka yang bukan Islam itu disengajakan atas sesuatu tujuan tertentu.Sama ada bertujuan sindir atau seumpamanya ianya akan membawa akibat tidak baik kepada penggunaannya pada masa akan datang.Jika Ramasamy yang bukan Islam itu memberi ucapan di dalam masjid mahupun musolla, maka sebutlah sebagai " Ucapan Ramasamy" bukan tazkirah.

Pada pandangan penulis ucapan atau taklimat yang diberikan oleh mereka yang bukan Islam tidak sesuai digunakan sebagai "tazkirah" kerana minda mereka sendiri belum selesai mengenai masalah ketauhidan kepada Allah.Penulis lebih suka penggunaan perkataan "tazkirah" itu hanya untuk tujuan Pendidikan Islam, sesuatu perkataan atau bahasa itu akan terpakai mengikut kebiasaan masyarakatnya, sebelum menjadi lumrah ke arah lain rasanya eloklah kita kawal supaya lumrahnya diistilahkan kepada pengajaran dan pembelajaran Pendidkan Islam.


Sekadar pandanganku sepintas lalu.

Sekian...Wallahu aklam.

PuAsa - Ibadat atau Adat - .Suatu penilaian.

Salam semua.

PuAsa itu ibadat atau adat - Suatu penilaian.

Sejak sekian lama mindaku disogokkan dengan ungkapan mauduk di atas. PuAsa itu Ibadat atau Adat?. Kalau ibadat mengapa ianya terdapat maksiat seiring dengan orang yang sedang berpuasa, kalau ianya adat maka hampir sesuailah situasinya tetapi pelaksanaannya pula merujuk kepada ibadat yang diperintahkan Allah, nampaknya terdapat mereka yang mengelirukannya, sikap mereka tidak selari dan secucuk dengan syarat dan rukun puasa serta adab berpuasa yang sesuai dengan ibadat yang mulia pada bulan yang juga mulia.

Persoalan ini timbul kerana melihat kepada berapa ramai individu yang berpuasa tetapi memakai pakaian bukan sekadar tidak menutup aurat yang diwajibkan malah mengghairahkan mata memandang, apakah individu tersebut memikirkan bahawa berpakaian itu hak individu dan tiada hak bagi mereka yang memandangnya atau tiada apa-apa kesan bagi mereka yang melihat keghairahan yang dipapar dan dihidangkan itu dikhalayak ramai tanpa segan silu. Bagaimanakah cara bagi mereka yang tidak ingin melihatnya atau tidak mahu terlibat dengan maksiat itu mengelakkannya, mereka juga ingin ke pasar harian atau pasar ramadan untuk membeli keperluan mereka.

Apakah sepatutnya pakaian yang sesuai dengan seseorang yang sedang beribadat dan bertaqarrub dengan Allah, adakah dengan mendedahkan aurat secara melampau, mungkin inilah yang dimaksudkan terdapat orang yang berpuasa itu yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga...nauzubillahi min zalik.

Semua orang ada kekurangan dan dosa tetapi biarlah dosa yang tidak dirancang dan melibatkan orang lain, kini hampir semua orang yang berpuasa itu terhakis pahalanya , jika mereka keluar ke khalayak ramai kerana dikikis pahalanya oleh saudaranya sesama Islam dan ditambah lagi dengan bukan Islam.Hampir tiada medan yang tidak terdapat orang yang tidak menutup aurat, bukan sahaja tidak menutup aurat tetapi mendedahkannya secara melampau dikhalayak ramai termasuk yang telah dewasa. seolah-olah mereka ini tiada ibu bapa atau saudara mara yang sudi menegur mereka.

Bukankah dunia ini akan lebih menyeronokkan lagi kalau kita dapat sama-sama berkongsi kehidupan dengan bijak bagi menjalankan kehidupan yang sementara ini, iaitu berkongsi secara yang ditunjukkan dan diberi panduan oleh Allah dan Rasul-Nya.

Berpuasa Ramadan itu adalah menjalankan perintah Allah, adalah lebih baik dan cantik lagi kalau perintah itu dijalankan dengan ikhlas tanpa dipengaruhi dengan ikut-ikutan dan mengikut rentak orang lain tanpa bersamanya ilmu.
__________________________________

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir... daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
{ Surah An.Nur(24) : 31}
__________________________________

Penulis bukanlah ingin menegur sesiapa kerana penulis juga tidak sunyi dari melakukan kesalahan dan kesilapan (tidak maksum), Cuma diutarakan secara umum, mungkin dengan cara ini kita dapat berkongsi ikhtiar untuk mengurangkan kekusutan itu , kemudiannya nanti kita akan dapat menghayati kehidupan bersama dengan selesa dan aman dari gejala tersebut.

Sekian...Wallahu aklam.

Friday, August 27, 2010

Kisah Ratu Balqis memeluk Islam.

Salam semua.

Kisah Ratu Balqis memeluk Islam.

Teknologi tinggi di zaman Nabi Sulaiman tiada tandingan.Bertambah pula ilmu Nabi Sulaiman menjangkau ke alam hidupan lain selain manusia, di antaranya baginda memahami bercakapan semut, dengan bantuan wahyu dan mukjizat dari Allah, Rasul-Rasul mampu melakukan sesuatu yang luar biasa.
Kehadiran Ratu Balgis ke Istana Nabi Sulaiman telah mengukir sejarah yang sangat murni bagi baginda Ratu, lantai yang berkilat dan jernih serta sangat cantik buatannya menyebabkan Balgis tersalah perkiraan disangkanya air, Balqis pun mengangkat kainnya supaya tidak dibasahi air, setelah mengalaminya barulah disedari bahawa keindahan tersebut telah memperdayakan matanya. Balgis kagum dengan kejadian tersebut lantas beriman dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi Sulaiman.

_____________________________________

Klik. Dengar bacaan.

Surah An.Naml .
Qari : Abdul Mohsin Al.Qasim.

http://173.193.202.115/qasm/027.mp3


___________________________________

Jom...Baca terjemahan ayat al.Quran di bawah ini.

"Berkata Sulaiman: "Hai pembesar-pembesar, siapakah di antara kamu
sekalian yang sanggup membawa singgasananya kepadaku sebelum mereka
datang kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri".

Berkata 'Ifrit (yang cerdik) dari golongan jin: "Aku akan datang
kepadamu dengan membawa singgasana itu kepadamu sebelum kamu berdiri
dari tempat dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya
lagi dapat dipercaya".

Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari Al Kitab: "Aku akan membawa
singgasana itu kepadamu sebelum matamu berkedip". Maka tatkala Sulaiman
melihat singgasana itu terletak di hadapannya, iapun berkata: "Initermasuk kurnia Tuhanku untuk mencoba aku apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya). Dan barang siapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barang siapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia".

Dia berkata: "Robahlah baginya singgasananya; maka kita akan melihat apakah dia mengenal ataukah dia termasuk orang-orang yang tidak mengenal (nya)".

Dan ketika Balqis datang, ditanyakanlah kepadanya: "Serupa inikah singgasanamu?" Dia menjawab: "Seakan-akan singgasana ini singgasanaku, kami telah diberi pengetahuan sebelumnya dan kami adalah orang-orang yang berserah diri".

Dan apa yang disembahnya selama ini selain Allah, mencegahnya
(untuk
melahirkan keislamannya), karena sesungguhnya dia dahulunya termasuk orang-orang yang kafir.

Dikatakan kepadanya: "Masuklah ke dalam istana". Maka tatkala dia
melihat lantai istana itu, dikiranya kolam air yang besar, dan disingkapkannya kedua betisnya. Berkatalah Sulaiman: "Sesungguhnya ia adalah istana licin terbuat dari kaca". Berkatalah Balqis: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah, Tuhan semesta alam".

Surah An.Naml (27) : 38 - 44 )

__________________________________

Sekian...Wallahu aklam.



Yahudi bertanya Rasul mengenai masalah kelahiran anak.

Salam semua.

Jom. Baca terjemahan Hadith.

Dari Tsauban, mula Rasulullah.s.a.w. katanya " Pada suatu waktu , keika aku sedang berdiri dekat Rasululah.s.a.w., tiab-tiba datang seorang pendeta Yahudi, seraya ia mengucapkan salam: Assalamualaika ya Muhammad" lalu pedeta itu aku dorong, sehingga ia hampir jatuh, Katanya,:"Kenapa engkau dorong aku?." Jawabku,"Apa keberatanmu untuk menyebutkan 'Ya Rasulullah.'Kata Yahudi itu , "Bukankah aku telah memanggilnya dengan nama yang diberikan keluarganya?".

Kata Rasulullah.s.a.w. ya, namaku Muhammad! dan itulah nama yang diberikan keluargaku kepadaku",
Kata Yahudi, "Aku sengaja datang hendak bertanya kepada anda."

Jawab Rasulullah.s.a.w."Akan adakah gunanya jika kujawab pertanyataanmu itu?".

Yahudi, "Akan kudengar dengan kedua telingaku".

Rasulullah.s.a.w.: ( Menggaris-garis tanah dengan tongkatnya - agaknya baginda sedang berfikir atau menunggu wahyu - lalu baginda berkata) : "Silalah bertanya!".

Yahudi: Di mana manusia berada pada hari penggantian bumi dan langit dengan bumi dan langit yang lain?"

Rasulullah.s.a.w.: : Mereka berada dalam kegelapan, dekat suatu jambatan."

Yahudi." Siapa orang pertama-pertama melewati jambatan itu?"

Rasululah.s.a.w.: " Kaum muhajirin yang miskin-muskin."

Yahudi." Apa yang mereka makan ketika mula-mula masuk sgorga?"

Rasulullah.s.a.w." Hujung hati ikan!"

Yahudi :" Apa yang mereka makan sesudah itu ?"

Rasulullah.s.a.w. disembelihkan untuk mereka lembu syorga yang digembalakan di pinggir-pinggir syorga itu."

Yahudi: "Apa minuman mereka di sana?".

Rasulullah.s.a.w.: " air mata air yang disebut 'salsabila',

Yahudi: " Jawaban anda benar belaka! Kata Yahudi itu selanjutnya,: Aku datang hendak bertanya kepada anda, sesuatu yang tidak seorang pun penduduk bumi mengetahuinya, kecuali para Nabi atau seorang dua lelaki."

Rasulullah.s.a.w."Akan adakah gunanya jika pertanyaan itu aku jawab."

Yahudi: " Akan aku dengan kedua-dua telingaku." Kata Yahudi itu melanjutkan," Aku datang hendak nanyakan ( masalah kelahiran ) anak ."

Rasulullah.s.a.w.: "Air mani lelaki berwarna putih dan air mani perempuan berwarna kekuning-kuningan. Apabila keduanya bertemu, maka, jika mani lelaki lebih unggul dari mani perempuan.aka lahir dari perempuan itu anak lelaki. Dan jika mani perempuan yang lebih unggul dari mani lelaki, akan lahir anak perempuan dengan izin Allah."

Yahudi : " Jawaban anda benar belaka. Dan anda memang sesungguhnya Nabi".Kemudian dia pergi .

Maka sabda Rasulullah.s.a.w." Sesungguhnya aku pernah ditanya orang seperti apa ditanyakan Yahudi itu. Mulanya aku belum tahu apa-apa mengenai masalah itu, tetapi Allah mengajarkannya padaku".

Hadis Sohih Muslim - 262
.


Sekian...Wallahu aklam.

Cara Lukman mendidik anak.

Salam semua.


JOM , DENGAR DAN BACA :
_______________________

Surah Luqman - Qari : Abdul Bari' Muhammad.
http://174.36.196.142/~server5/bari/031.mp3

174.36.196.142

____________________________

"Dan (ingatlah) ketika Lukman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan (Allah) sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar".

Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.

Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku-beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.

(Lukman berkata): "Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui.

Hai anakku, dirikanlah salat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).


"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.

Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai.

Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya Allah telah menundukkan untuk (kepentingan) mu apa yang di langit dan apa yang di bumi dan menyempurnakan untukmu nikmat-Nya lahir dan batin. Dan di antara manusia ada yang membantah tentang (keesaan) Allah tanpa ilmu pengetahuan atau petunjuk dan tanpa Kitab yang memberi penerangan.

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang diturunkan Allah". Mereka menjawab: "(Tidak), tapi kami (hanya) mengikuti apa yang kami dapati bapak-bapak kami mengerjakannya". Dan apakah mereka (akan mengikuti bapak-bapak mereka) walaupun setan itu menyeru mereka ke dalam siksa api yang menyala-nyala (neraka)?

Dan barang siapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang kokoh. Dan hanya kepada Allah-lah kesudahan segala urusan".
Surah Luqman (31) : 13 - 22)

______________________________________

Intisari cara Luqman mendidik anaknya.

(1) Mendidik supaya anak-anak tidak syirik kepada Allah atau tidak menyengutukan Allah, hanya menyembah Allah Yang Maha ESa.

(2) Mendidik supaya berbakti kepada ibu bapa iaitu taat ibu bapa, taat hanya pada perkara yang tidak bertentangan dengan perintah Allah, Jika perintah ibu bapa bertentangan dengan perintah Allah tidak wajib taat lagi.

(3) Jika ibu bapa derhaka kepada Allah atau menyengutukan Allah anak-anak masih disuruh berbuat baik dengan mereka di dunia ini.

(4) Menyedarkan anak-anak bahawa Allah itu Maha Mengetahui akan memberi balasan atas pekerjaan manusia di dunia, walau sehalus mana sekali pun Allah mengambil kira dan membalasnya.

(5) Mengingatkan anak-anak supaya mendirikan solat dan mengajak manusia berbuat baik dan mencegah kejahatan serta bersabar abila menghadapi ujian dan cubaan.

(6) Mendidik mereka supaya tidak sombong sesama manusia, sebaliknya hendaklah bersederhana dalam tingkah laku dan lunakkan suara ketika bercakap.




Sekian...Wallahu aklam.

Kisah cari teman - Cerita dari al.Quran.

Salam semua.

Dalam tempoh beberapa hari internet tidak mengizinkan penulis membaca website, facebook, menulis tajuk baru untuk diposkan untuk bacaan umum dan lain-lain yang menggunakan khidmat internet,semua perkara tersebut tidak dapat dibuat dan dilaksanakan, maka dalam tempoh tersebut masa dimanfaatkan dengan membaca al.Quran dan lebih banyak mendengarnya melalui laptop sambil menyemak terjemahannya, disamping sama-sama sebak bersama qari yang emosi kerana mengenangkan nasib diri di hari kemudian nanti serta melayani rasa sedih menuruti cerita dan kisah yang sedih dan menakutkan yang sedang dibaca.

Kalau kita membaca al.Quran tanpa mengetahui cerita dan kisahnya sudah tentulah tidak akan berlaku sentuhan emosi seperti itu, kita hanya sekadar mendengar sambil menikmati kemerduannya sahaja kerana bacaan bertajwid dan sebutan yang betul mengikut makhraj yang tepat sudak cukup untuk menikmati kemerduan suara bacaan al.Quran, berlebih-lebih lagi jika bacaannya bersama tarannum.

Mendengar bacaan dan memahami terjemahan belum begitu mendalam kefahamannya, kerana terjemahan tidak disertai huraian panjang dan halusi sehingga ke akar umbinya.Tetapi, sekiranya bacaan kita disertai dengan tafsir al.Quran bagi ayat-ayat berkenaan kefahaman kita berkaitan dengan cerita dan kisahnya yang tersebut di dalam ayat-ayat yang dibaca itu akan lebih bermakna lagi kerana tafsir al.Quran akan menghuraikan sehingga pembaca faham dan mampu menghayatinya.

Jom, Kita dengar bacaannya sambil menyemak terjemahannya di bawah ini.

Surah As.Saaffaat - Qari : Abdul Basit Abdul Samad.
http://173.193.202.116/basit/037.mp3

173.193.202.116


Ahli syurga mencari temannya ketika ia berada di syurga didapati temannya berada di neraka.
________________________________________________________________

"Berkatalah salah seorang di antara mereka: "Sesungguhnya aku dahulu (di dunia) mempunyai seorang teman,

yang berkata: "Apakah kamu sungguh-sungguh termasuk orang-orang yang membenarkan (hari berbangkit)?

Apakah bila kita telah mati dan kita telah menjadi tanah dan tulang belulang, apakah sesungguhnya kita benar-benar (akan dibangkitkan) untuk diberi pembalasan?"

Berkata pulalah ia: "Maukah kamu meninjau (temanku itu)?"

Maka ia meninjaunya, lalu ia melihat temannya itu di tengah-tengah neraka menyala-nyala.

Ia berkata (pula): "Demi Allah, sesungguhnya kamu benar-benar hampir mencelakakanku,

jikalau tidaklah karena nikmat Tuhanku pastilah aku termasuk orang-orang yang diseret (ke neraka).

Maka apakah kita tidak akan mati?

melainkan hanya kematian kita yang pertama saja (di dunia), dan kita tidak akan disiksa (di akhirat ini)?"

( Surah As.Saaffaat(37) : 51 - 59 )

___________________________________________________

Untuk mengetahui kisah selanjutnya bacalah Surah As.Saaffaat iaitu surah yang ke-37 mengikut susunan yang ditentukan di dalam mas-haf al.Quran.


Sekian...Wallahu aklam.

Jom...Baca Hadith dan membuat muhasabah terhadap apa yang sepatutnya.

Salam semua.

Jom...Baca Hadith dan membuat muhasabah terhadap apa yang sepatutnya.
Nukilan Hadith di bawah ke permukaan skrin ini adalah semata-mata untuk sama-sama menjadikannya bahan rujukan sebagai titik tolak bermulanya renungan dan muhasabah terhadap realiti kehidupan dunia sejak zaman berzaman, khususnya pada zaman kini dan akan datang.Semoga dengan muhasabah itu akan memberikan kita fikrah baru yang lebih realistik dan ideal lagi, sekali gus membentuk fikrah yang benar-benar yang boleh dimanfaatkan pada masa akan datang.

Minda tanpa diaktifkan dengan membaca dan berfikir ianya akan mengurangkan manfaat akal dan minda yang telah dikurniakan Allah Ta'ala kepada hamba-Nya,sekiranya membaca dan berfikir akan menguntungkan pemikirnya dari berbagai sudut dan aspek, terutamanya dari segi ibadat, membaca dan berfikir salah satu cara Allah kurniakan pahala kepada hamba-Nya. Dapatan perkara baik dari bacaan itu, jika diamal dan dihayatinya akan dikurniakan pahala yang lain pula.

Membaca dan berfikir akan menjadikan seseorang itu pandai dan cerdik, orang yang pandai dan cerdik akan terselamat dari tipu daya orang jahat yang cerdik kerana perumpamaan Melayu ada menyebutkan," Orang bodoh makanan orang cerdik".

Orang pandai dan cerdik ialah mereka yang berilmu, orang berilmu akan diangkat darjatnya oleh Allah kerana hanya orang yang berilmu sahaja yang takut dan taat Allah.Orang yang berilmu atau memiliki ilmu hakiki semua mereka itu mengenal Allah, mereka itu makrifatullah dan taat Allah.

________________________________________

JOM BACA:

(1) Pembesar negara mementingkan diri sendiri.

Dari Abdullah.r.a. katanya, Rasulullah.s.a.w. bersabda: " Sepeninggalanku nanti akan ada pembesar-pembesar negara yang mementingkan diri sendiri dan bertindak dengan tindakan-tindakan/kebijaksanaan yang tidak kamu sukai (mengenai kekayaan negara) Tanya para sahabat, " Bagaimana pertunjuk Anda kepada kami bila kami bersua dengan pembesar-pembesar seperti itu?" Jawab baginda, "Penuhi kewajibanmu dan mohonlah hakmu kepada Allah Ta'ala".

Shahih Muslim...1811.


(2) Fitnah memfitnah dan bencana bertukar ganti.

Dari Abdul Rahman bin Abdu Rabbil Ka'abah r.a.katanya," Aku masuk ke dalam masjid maka terlihat olehku Abdullah bin 'Amru bin 'Ash duduk di bawah naungan Ka'abah dikelilingi orang banyak, Lalu ku datangi mereka dan duduk dekat 'Abdullah . Katanya" Kami pernah mengadakan suatu perjalanan bersama Rasulullah.s.a.w. lalu pada suatu tempat perhentian kami berhenti. Sebahagian kami ada yang memperbaikki tempat tidur,sebahagian lagi berlatih memanah,sebahagian lagi memberi makan haiwan dan sebagainya.

Tiba-tiba kedengaran Muazzin Rasulullah.s.a.w.memanggil kami solat berjama'ah, lalu kami berkumpul ke dekat baginda.

Baginda bersabda " Para Nabi sebelum aku bertugas menuntut umatnya kepada kebaikan yang diajarkan Allah kepada mereka dan mengingatkan bahaya yang mengancam mereka. Umatku yang sempurna dan selamat ialah angkatan pertama-tama.Angkatan selepas itu akan ditimpa berbagai cubaan berupa hal-hal yang tidak disenanginya, seperti timbulnya fitnah. Di mana-mana sebahagian mereka menghina bahagian yang lain.maka kerana itu timbullah bencana.Orang-orang mukmin berkata, "Inilah kiranya yang membinasakanku," Setelah hilang suatu bencana, timbul pula bencana yang lain. Dan orang mukmin berkata , "Ini......!Ini".Siapa yang ingin bebas dari neraka mahu masuk syurga, hendaklah menemui kematiannya dalam beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, dan hendaklah dia berjasa kepada umat manusia sesuai dengan yang diinginkan oleh masyarakat itu. Siapa yang Bai'ah dengan seorang imam (pembesar atau penguasa) lalu dia memenuhi janji setianya dengan sepenuh hati, hendaklah dia mematuhi imam itu sehabis daya. Jika yang lain datang memberontak, panggallah lehernya. Kata Abdul Rahman, Aku lebih mendekat kepada 'Amru, lalu kataku, aku bertanya kepada anda dengan nama Allah, apakah anda mendengar sendiri Hadis ini dari Rasulullah.s.a.w. ", Dia menunjuk dengan tangannya ke telinga dan hatinya seraya berkata; "Aku mendengar dengan kedua telingaku, dan kusimpan dalam hatiku".

Lalu kukatakan kepadanya, "Ini anak-anak pamanmu, Mu'awiyah. Dia menyuruh kita memakan harta sesama kita dengan cara yang haram dan membunuh sesama kita. Pada hal Allah telah berfirman,

" Hai orang-orang yang beriman.Janganlah kamu memakan harta sesamamu dengan cara yang haram. kecuali berjual beli dengan cara suka sama suka sesamamu dan janganlah kamu membunuh saudaramu ( sesama muslim ); Sesungguhnya Allah Maha Sayang kepadamu ".

'Amru diam sebentar kemudian dia berkata, " Patuhilah perintahnya bila sesuai dengan perintah Allah dan langgarlah perintahnya bila melanggar perintah Allah!"

Shahih Muslim...1812.

________________________________

Sekian...Wallahu aklam.

Monday, August 23, 2010

Mengira usia dan + 20

Salam semua.

Mengira usia dan mengingat mati.

Pagi ini terlintas dan terdorong untuk menulis tajuk ini pula, sekali pandang
mauduk ini akan membawa kepada sesuatu yang negatif dan tidak bermotivasi, tetapi, apabila difikirkan secara mendalam ianya sesuatu yang realiti dan tidak berdiri di atas tapak khayalan, tidak berlandaskan rambut yang hitam legam kerana hasil celupan inai hitam yang meyakinkan.Mengira usia dan sekali sekala mengingatkan mati sambil muhasabah amalan yang telah lalu merupakan sesuatu yang bermotivasi dan sunat diamalkan.

Mengira usia + 20
Merujuk kepada mauduk " Mengira usia + 20" penulis bermaksud mengira usia semasa dan dicampurkan dengan angka 20 ,kemudian lihatlah jumlahnya, jika anda berusia 20 bermakna akan mencapai 40, jika anda berusia 30 bermakna anda ke arah 50, kalau kini 40 ke arah 60, kalau 50 ke arah 70, kalau 70 akan mencapai usia 90 tahun,demikianlah seterusnya, hakikat perjalanan hidup kita adalah ke arah apa yang dibayangkan itu, sama ada akan sampai atau tidak terpulanglah kepada ketentuan Allah.Oleh itu kini kita di mana.

Mengapakah dicampurkan dengan angka 20 ?
Dicampurkan dengan angka 20 untuk melibatkan mereka yang muda, mengingatkan mereka bahawa usia manusia bergerak ke hadapan setiap saat supaya jangan mengambil sikap aku masih muda lagi.Mencampurkan usia semasa dengan angka 20, mereka akan melihat lebih ke hadapan dan lebih dewasa serta tidak lagi bersikap aku masih muda, dengan itu dapat mengurangkan kelekaan, bagi yang telah dewasa akan merasai lebih dewasa lagi, keadaan ini lebih sesuai dan bersungguh-sungguh untuk bermuhasabah.

Sebenarnya boleh dicampurkan dengan angka apa pun asalkan angka yang bertambah ke hadapan, cara ini sekadar ingin melihat ke hadapan, 20 tahun ke hadapan atau mungkin anda ingin melihat 30 tahun ke hadapan terpulanglah kepada anda sendiri.

Muhasabah.
Jika muhasabah ini tidak dilakukan kita akan leka dan lagha dengan aktiviti harian dan akan hanyut dengannya, kalau kita rasa telah berusia kita akan tutup dan palamnya dengan penampalnya dan menampalnya dengan pertolongan teknologi terkini dan lebih menyeronokkan lagi apabila mendapat pujian kawan dan rakan tentang kehebatan dan kecantikan atau kacaknya kita, sama ada ikhlas atau sebaliknya wallahu aklam.

Selagi ada peluang untuk berbuat demikian, lakukanlah asalkan diizinkan dan halal.tetapi disamping itu perlu juga membuat muhasabah supaya kita tidak terus hanyut dengan kemudahan tersebut dan lupa hakikatnya.

Hakikat.
Apakah hakikat itu, hakikatnya kita semakin berusia dan semakin tua, rambut akan beruban, mata akan kabur dan ada di antara kita telah beruban, mata telah kabur, pipi telah kendur, tenaga telah berkurangan dan kita bukan lagi manis 17, kita perlu banyak mengingatkan Allah . Kita perlu lebih bijak, garang dan lebih tegas lagi mengajak orang lain supaya bersama-sama kita memperhambakan diri kepada Allah, biar kita dimaki hamun orang, biar kita dicerca orang atas sebab kita mengajak mereka kembali kepada ajaran Allah kerana kita hanya mengingatkan bahawa di bawah hitam yang membalut rambut itu adalah uban berwarna putih, bersama pipi yang cekang itu adalah kemajuan teknologi terkini dan di antara mata dan huruf yang dibaca itu adalah kaca pembantu untuk mencerahkan suasana.Mengingatkan ini akan terhakis takbur dan kembali menjadi hamba yang baik dan merendahkan diri dengan Allah.

________________________

Muhasabah diri - Allah jadikan kita dari lemah menjadi kuat, kemudian....

"Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang-orang yang buta (mata hatinya) dari kesesatannya. Dan kamu tidak dapat memperdengarkan (petunjuk Tuhan) melainkan kepada orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Kami, mereka itulah orang-orang yang berserah diri (kepada Kami).

Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa".
Surah Ar.Ruum (30) : 53-54 )
_________________________________

"Dan Allah menciptakan kamu dari tanah kemudian dari air mani, kemudian Dia menjadikan kamu berpasangan (laki-laki dan perempuan). Dan tidak ada seorang perempuanpun mengandung dan tidak (pula) melahirkan melainkan dengan sepengetahuan-Nya. Dan sekali-kali tidak dipanjangkan umur seorang yang berumur panjang dan tidak pula dikurangi umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) dalam Kitab (Lohmahfuz). Sesungguhnya yang demikian itu bagi Allah adalah mudah".
( Surah Fatir (35) : 11 )
________________________________

Lintasan mindaku hari ini (
untuk diriku).

Sekian...wallahu aklam