Monday, August 16, 2010

Di dalam bilik darjah nilainya murni, Di luarnya.....???

Salam semua.

Bulan Ramadan adalah bulan paling mulia dan seluruh umat Islam beribadat sepanjang hari
dan ditambah lagi ibadat mereka pada sebahagian malam.Semua pihak cuba menyediakan biah atau persekitaran yang bersih dan murni tetapi dalam pada itu masih ada pihak yang tidak dapat mengawal keadaan dan desakan hati, maka tercetuslah kenyataan yang tidak sedap dan tidak manis dibaca oleh kanak-kanak sekolah.Kini keadaannya seperti sudah tidak boleh dikawal lagi atau dalam prasa yang lain sudah menjadi lumrah dan perkara biasa.Kalau sesuatu berita yang mengancam akhlak disiarkan berulang kali , maka jadilah perkara itu sebati dengan kehidupan dan menjadi adat yang tidak baik bagi semua orang, terutamanya kanak-kanak yang telah menguasai 3m dan remaja yang sedang mencari identiti.Pada masa dahulu kelemahan seperti ini kita jaga dan kita tutup supaya ianya tidak terbongkar.

Kalau kita membaca apa sahaja bahan bacaan atau mengikuti media sama ada bercetak atau eletronik, bermacam-macam berita yang tidak sesuai disiarkan di khalayak telah pun menjadi kebiasaan dan adat buruk. Seolah-olah berlumba-lumba pula untuk menyiarkannya, pihak-pihak tertentu yang berpengaruh pula asyik berbalas kenyataan umpama berbalas pantun, kalau ini dilakukan oleh rakyat biasa maka mereka yang berada di atas bukit sana pun secepat kilat memberi respon dan nasihat yang baik-baik.

Kalaulah biah dan persekitaran masyarakat kita seperti ini, maka sukarlah bagi guru hendak mendidik murid-murid mereka kerana guru tidak rasmi yang di luar sana lebih berkesan dan afektif lagi.Kini orang dewasa bergaduh hampir boleh diumpamakan seperti kanak-kanak berebut-rebut kereta mainan.Guru-guru akan disoal oleh masyarakat tentang pencapaian mereka mendidik anak-anak khasnya dalam menerapkan nilai-nilai murni, Nilai-nilai ini memang diamal dan diterapkan di dalam bilik darjah dan di dalam kawasan sekolah tetapi nilai murni itu seolah-olah dipagari dan tidak dapat keluar dari kawasan sekolah kerana di luar sana terdapat nilai-nilai yang dapat menghakiskan nilai murni, setelah mereka keluar sahaja dari kawasan sekolah maka dengan secepat kilat nilai lain menguasai mereka..... kesian cikgu...ke manakah arah kapal kita .

Aduh tidak tahu apa yang hendak dikata dan diucapkan lagi, hanya pandang dan lihat serta berdoa agar ianya akan kembali menjadi normal dan baik, beginilah apabila kebendaan telah menguasai dan bermaharajalela.

Nampaknya nasihat dan panduan berpuasa telah menjadi teori semata-mata, mungkin ada yang memikirkan bahawa panduan itu untuk orang lain.

Sekadar meluahkan keserabutan minda.

Sekian..Wallahu aklam.

No comments: