Sunday, August 22, 2010

Kalau orang Islam bersangka buruk kepada orang bukan Islam dakwah kharijiyah tidak akan berfungsi.

Salam semua.
Kalau kita bersangka buruk kepada orang bukan Islam, dakwah kharijiyah tidak akan berfungsi.

Orang Islam seharusnya bersangka baik kepada orang bukan Islam dan berharap mereka itu akan mendapat taufik dan hidayah dari Allah.di samping kita berusaha dan berikhtiar supaya mereka memahami Islam dengan memberi penerangan mengenai aqidah Islam kepada mereka.

Pada suatu ketika dahulu kita juga tidak Islam, tetapi, oleh kerana pedagang Arab atau pedagang asing yang beragama Islam yang datang ke Tanah Melayu atau Nusantara menyangka baik kepada bangsa kita . Sangkaan mereka bahawa kita akan menerima Islam jika mereka memberi penerangan atau berdakwah dengan datuk nenek kita, akhirnya mereka berdakwah dan datuk nenek kita pun menerimanya. Jika mereka bersikap sebaliknya tentulah kita masih kekal seperti dulu, maka seharusnya kita juga bersangka baik demikian jua.jika tiada sikap bersangka baik ini dakwah kepada bukan Islam tidak akan berfungsi dan juga tidak akan berkembang. tegasnya dakwah kharijiyah atau dakwah di luar lengkongan sendiri tidak akan dilaksanakan atau diaktifkan.oleh itu kita hendaklah bersangka baik kepada mereka , kalau kita tidak bertukar sikap, dakwah kita hanya akan berkembang di dalam lengkongan sesama sendiri sahaja.

Kita juga hendaklah merasai bahawa wujudnya bukan Islam di persekitaran kita menyebabkan kita berkewajipan memberi penerangan mengenai Islam kepada mereka dan tidak membiarkan mereka hanya mengenali kita sekadar luaran sahaja, sebaliknya kita hendaklah berusaha memberi penjelasan dan penerangan supaya mereka faham aqidah orang Islam atau tegasnya memahami konsep Tuhan yang dipercayai oleh orang Islam atau berusaha supaya mereka kenal Allah ( makrifatullah ), Sekiranya mereka tidak menerima seruan kita terpulanglah kepada mereka dan Allah Taala kerana hanya Allah sahaja yang berkuasa memberi taufik dan hidayah kepada seseorang. namun demikian kita telah pun membereskan tanggungjawab yang dimaksudkan tadi.

___________________________

3:104


[104]
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

( Surah Ali-Imran )

_____________________________



Sekian....Wallahu aklam.

No comments: