Sunday, August 15, 2010

Jom kita teruskan sembang mengenai puasa.

Salam semua.

Ahad: 05 Ramadan 1431.


Sebenarnya
tajuk mengenai puasa ini telah banyak dipaparkan di dalam laman ini, namun demikian saya masih ingin meneruskan sembang ini kerana puasa ini sangat istimewa di tempat kita ini (Malaysia), seperti disebut di dalam artikel yang telah lalu di mana kehadiran puasa disambut oleh semua pihak termasuk anak-anak kecil, anak-anak kecil dilatih bersungguh-sungguh oleh ibu bapa masing-masing sehingga mereka akhirnya menjadi seorang Islam yang tidak meninggalkan kewajipan puasa.

BAGAIMANAKAH PULA SOLAT?.....Saya tinggalkan untuk anda berfikir tentang hal ini....Solat adalah tiang agama (tiang Islam) tanpa tiang itu tiadalah agama (Islam)...fikir-fikirkan....!!!.

Tidak pertikai lagi bahawa anggaran kasar masyarakat Islam Malaysia 99% daripada mereka berpuasa penuh apabila tiba masanya iaitu dalam bulan Ramadan.Sejauh manakah pelaksanaan puasa itu adalah termasuk dalam puasa ibadat yang dikehendaki oleh Islam atau hukum syarak. DAN bukannya puasa adat atau ikut ikutan sahaja untuk bersama orang lain di dalam masyarakatnya atau sama-sama layak berhari raya.

Solat Tarawih juga menjadi ibadat yang dilaksankan dengan baik dan umat Islam memenuhi ruang saf di masjid atau surau melebihi jumlah saf di luar bulan Ramadan.

Bagaimanakah kedudukan mereka yang menunaikan Ibadat Puasa dan solat Tarawih dengan bersunggu-sungguh dan sempurna tetapi mengabaikan solat fardu lima waktu. Pada hal solat fardu inilah yang dikatakan tiang agama (tiang Islam).

Adakah dalam keadaan mengabaikan solat fardu begitu, ibadat puasa itu masih dianggap ibadat atau adat sahaja, menunaikan ibadat bermakna menyahut seruan atau perintah Allah, apakah mereka menyahut seruan untuk berpuasa tetapi tidak menyahutnya dengan bersungguh-sungguh termasuklah seruan Allah supaya kita menunaikan solat fardu yang lima waktu itu.Kekadang sedang berpuasa tetapi tidak pula bersolat, adakah sedang taat Allah melaksanakan puasa tetapi dalam pada itu mengabaikan solat fardu. berfikir secara lojik situasi itu nampaknya bercampur aduk dan bercelaru, jika taraf puasa itu ibadat bagi diri orang berkenaan tentulah agak pelik, sedang berpuasa tetapi tidak bersolat fardu apabila sampai waktunya.

Jika kita fikir secara rasional puasa yang dikategorikan sebagai ibadat ialah puasa yang ditunaikan hasil cetusan hati dan kesedaran yang berakar umbi dari perintah Allah dan takutkan Allah, mereka yang takutkan Allah akan berpuasa dan menunaikan solat fardu dengan sempurna serta juga mematuhi segala perintah-Nya yang lain.

Sekadar lintasan minda di pagi Ramadan.

Sekian...Wallahu aklam.


No comments: