Friday, August 20, 2010

Jangan kedekut ilmu kerana anak murid boleh menggandakan amalan kebajikan guru.

Salam semua.

Keistimewaan manusia kerana Allah kurniakan akal, mereka adalah sebaik-baik kejadian yan
g diciptakan Allah, sewajarnya manusia kena bersyukur, ilmu adalah sesuatu yang amat berharga dan amat berguna kepada manusia , oleh itu sesiapa yang memiliki ilmu hendaklah dimanfaatkan, apabila disebut sahaja ilmu, biasanya ilmu yang dimaksudkan itu ialah ilmu yang bermanfaat kepada manusia dan makhluk yang lain.

Walaupun terdapat ilmu yang merosakkan tetapi apabila disebut sahaja ilmu kita akan terlintas ilmu yang baik dan bermanfaat. Ilmu yang bermanfaat akan mengembangkan jaringannya ke arah kebaikan dan kebajikan, ilmu jahat akan mengembangkan jaringannya ke arah kejahatan dan kerusakan, ilmu sifatnya berkembang dan bertambah atau berpindah dari seorang ke seorang yang lain menjadikan pemilik ilmu itu semakin ramai.Keadaan ini berlaku kerana adanya guru sama ada secara rasmi atau sebaliknya.

Sesiapa yang memiliki ilmu janganlah kedekut untuk memindahkan atau mengajarkannya kepada orang lain kerana Rasul telah berpesan kepada umatnya tentang kebaikannya itu.

Rasulullah s.a.w bersabda :
“Apabila seorang anak Adam meninggal dunia, maka akan terputus amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariyah atau ilmu yang bermanfaat atau anak solih yang mendoakan kepadanya”.

Anak muridlah yang menggandakan ilmu kita, merekalah yang menambahkan amalan kebajikan gurunya, kerana merekalah yang menerima ilmu dari guru dan menyebarkannya pula kepada orang lain atau sekurang-kurangnya mereka manfaatkan ilmu itu untuk diri sendiri dan keluaraga.

Sekiranya murid tersebut mengajarkan pula ilmu itu kepada orang lain maka bertambahlah lagi jaringan ilmu tersebut di dalam masyarakat, dalam ungkapan yang lain beranak-pinaklah ilmu itu.berkembanglah ilmu itu yang bertitik tolak dari gurunya tadi, Maka selari dengan itu pula berkembanglah kebaikan dan kebajikannya.Walaupun gurunya ( orang yang mengajarnya) telah meninggal dunia tetapi ilmunya tetap hidup segar di atas muka bumi ini dan menjana kebajikan untuknya.
______________

AWAS...!!!...Jangan mengajar ilmu kejahatan.
______________

Siapakah yang dimaksudkan dengan guru itu, semua orang bisa menjadi guru, guru itu sesiapa sahaja yang mengajar sesuatu atau kemahiran kepada orang lain ( inilah istilah guru yang dimaksudkan di dalam Hadis ).

Sebagai contoh seseorang yang mengajar kepada seseorang cara-cara membuat atau memasak kuih karipap, setelah orang yang belajar (murid) itu faham dan murid itu pula memanfaatkannya dengan membuat kuih tersebut untuk hidangan keluarganya atau lebih ke depan lagi beliau membuatnya untuk keluarga dan juga untuk jualan atau membuka perniagaan, maka guru ( orang yang mengajar tadi ) akan menikmati pertambahan kebajikannya berterusan.

Sudah tentulah ilmu yang paling utama itu adalah ilmu Tauhid/Aqidah, ilmu mengenal Allah atau ilmu makrifatullah.
___________________________

Firman Allah: “.….. Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama’ (yakni golongan orang-orang yang berilmu)…. …” (Surah Fathir: ayat 28)
___________________________

Sekadar ini dahulu....Wallahu aklam.

No comments: