Saturday, August 28, 2010

Ucapan atau tazkirah - yang mana satu lebih sesuai untuk bukan Islam.

Salam semua.

Penulis bukanlah ahli bahasa Melayu yang selayaknya menjelaskan persoalan yang ditimbulkan di atas, namun demikian tidaklah pula terlalu jahil mengenainya, berdasarkan sedikit pengetahuan dan pengalaman terpanggil juga untuk mengulas tajuk yang tertera di atas.

Penggunaan bahasa kalau tidak berhati-hati dan cermat ianya berpotensi memesongkan tujuan asal, akhirnya satu sebutan atau perkataan akan ditafsirkan kepada berbagai sudut, maka jadilah bahasa itu tidak tepat dan tidak sesuai digunakan kerana penggunaannya akan mengelirukan, Rasa tanggungjawab memelihara bahasa itu hendaklah diletakkan di atas setiap individu yang berbangsa Melayu kerana orang Melayu ibarat ibu bapa yang melahirkan bahasa itu, kalaulah orang Melayu mengabaikannya, maka akan lenyaplah bahasa Melayu di dunia dan lenyaplah juga bangsanya kerana Bahasa adalah Jiwa Bangsa.

Jika wujud banyak sangat perkataan atau ungkapan yang mengelirukan akan melemahkan fungsinya, arahan atau maklumat yang disampaikan akan tercicir atau berlaku salah faham, mungkin beberapa contoh dapat diberikan di sini; Perkataan "nikmat" kalau hendak dirujuk kepada asal penggunaan oleh orang Melayu terutamanya di dalam doa-doa mereka ianya membawa maksud berlawanan kepada perkataan "ni'amat" , walaupun hajat ahli bahasa untuk menggantikan perkataan "ni'amat",oleh itu penggunaan perkataan "nikmat" yang ditukar ejaan itu diragui - Perkataan khalwat asalnya membawa erti yang baik dan mulia iaitu "bersunyi diri dan beribadat kepada Allah" seperti yang dilakukan Rasulullah.s.a.w. demikianlah penggunaan asalnya tetapi kini banyak digunakan kepada makna yang sebaliknya, penggunaan asalnya telah hampir terhapus.

Perkataan tazkirah selayaknya digunapakai untuk ucapan oleh mereka yang Islam sahaja kerana tazkirah (ucapan atau peringatan) yang membawa manusia kepada menyuci dan mengingatkan diri kepada Allah iaitu membetulkan tasauwur di dalam minda mereka kepada ketauhidan kepada-Nya dan memahami syariat secara lebih mendalam melalui tazkirah tersebut.

Jika penggunaan perkataan tazkirah disandarkan kepada mereka yang bukan Islam itu disengajakan atas sesuatu tujuan tertentu.Sama ada bertujuan sindir atau seumpamanya ianya akan membawa akibat tidak baik kepada penggunaannya pada masa akan datang.Jika Ramasamy yang bukan Islam itu memberi ucapan di dalam masjid mahupun musolla, maka sebutlah sebagai " Ucapan Ramasamy" bukan tazkirah.

Pada pandangan penulis ucapan atau taklimat yang diberikan oleh mereka yang bukan Islam tidak sesuai digunakan sebagai "tazkirah" kerana minda mereka sendiri belum selesai mengenai masalah ketauhidan kepada Allah.Penulis lebih suka penggunaan perkataan "tazkirah" itu hanya untuk tujuan Pendidikan Islam, sesuatu perkataan atau bahasa itu akan terpakai mengikut kebiasaan masyarakatnya, sebelum menjadi lumrah ke arah lain rasanya eloklah kita kawal supaya lumrahnya diistilahkan kepada pengajaran dan pembelajaran Pendidkan Islam.


Sekadar pandanganku sepintas lalu.

Sekian...Wallahu aklam.

4 comments:

Hunny said...

salam pak ngah,
terasa saya bila baca entry ni...

Unknown said...

Salam Leenoh,
Depa tu nak perli tapi kita yang baca ni naik geli...

Naik meloya tekak Pak Long tengok cara orang kita berpolitik...

Leenoh said...

Salam Hani.

Agaknya tulisan Pak Ngah semakin meningkat kemahirannya atau semakin tersasul kerana ditulis secara sepontan sahaja tadi. selepas beri ulasan di Fb Hani baru terpanggil untuk menulis tajuk tersebut.

Pada awalnya iaitu semasa Hani membacanya ada tersalah ejaan, nikmat sudah menjadi "ikmat", kini telah dibetulkan.

Apapun itu adalah pandangan Pak Ngah sejak dahulu mengenai bahasa.Namun demikian hanya pandangan sepintas lalu sahaja belum diadun dan diserasikan dengan pendapat orang lain.

Leenoh said...

Salam Pak Long.

Saya hanya mengemukakan pandangan saya secara umum dan berupa sorotan kepada beberapa peristiwa lampau mengenai penggunaan bahasa, peristiwa yang sedang difokuskan itu hanyalah sebagai pembuka jalan untuk saya menulis sahaja.

Suatu ketika dahulu kumpulan yang memakai mini telekung dibahasakan sebagai memakai pakaian dakwah, memang betul ada dakwahnya di situ tetapi yang tepat pakaian itu adalah mini telekung (telekung).

Pada saya keriuhan di dalam masyarakat sekarang sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada masyarakat muda kita dan akan merealisasikannya pada zaman mereka, kalau ianya elok alhamdulillah kalau sebaliknya malanglah zuriat kita.