Monday, February 22, 2010

Apa yang hendak aku buat pada hari ini.

Salam semua.


'Orang dewasa hendaklah sentiasa bersedia untuk menangani segala kemungkin kerana perjalanan kini tinggi risikonya.

###########



Alhamdulillah, walau pun cuaca panas dapat juga aku tidur n
yenyak pada malam tadi, setelah aku bersapa beberapa perkataan dengan seorang sahabat baik yang selalu aku ikuti blognya sejak mula aku membuka blog Kehidupan Bersih ini ketika itu jam menunjukkan 12.00 malam, aku pun terus merebahkan diri untuk tidur, ketika itu aku tidak pasti sama ada aku dapat tidur lena atau sebaliknya, alhamdulillah aku dapat tidur seperti yang aku doakan.Dua malam yang lalu juga aku dapat tidur dengan nyenyaknya, malah aku sempat bermimpi pula, mimpi menangkap ikan...fuh banyaknya ikan

Bila aku bangun pada pagi ini aku rasa badanku panas tetapi tidaklah sampai sakit kepala, selepas bersolat subuh dan membaca doa yang selalu aku bawa, aku pun terus membelek-belek dan melihat gambar di dalam album perjalanan musafirku berbagai gambar dan imej yang aku sendiri rasa syok sendiri melihatnya, sebahagiannya mungkin sesuai dipaparkan di sini, saja buat untuk seronok-seronok bersama kekawan yang mengunjungi blog ini.

Kampung, bertolak dari sini.


Sungai LimauLaluan tepi Gunung Jerai - Tanjung Jaga.

Bagi saya semua gambar itu menarik sebab itulah ketika di dalam perjalanan saya abadikan gambar tersebut untuk diulang lihat pada masa-masa akan datang, Pada hari Isnin lepas dalam perjalanan ke Pulau Pinang, kami mengambil kesempatan singgah di Tanjung Dawai, Tanjung Dawai lokasinya terkeluar dari perjalanan biasa kami iaitu Jalan Alor Star - Sg. Petani , semasa bertolak dari kampung , kami aktifkan GPS untuk tunjuk arah dengan itu tidak perlu lagi kami memilih jalan yang mana satu yang hendak digunakan kerana jalan untuk ke sana mempunyai banyak pilihan. GPS memilih laluan Tanah Merah, Pendang, Kota Sarang Semut, Sungai Limau, Yan dan dihujung Jalan Yan belok kanan terus sahaja ke Tanjung Dawai. Kebetulan pada hari ini diadakan Karnival Tanjung Dawai, khemah-khemah didirikan di sepanjang jalan masuk ke Pekan Tanjung Dawai.
Tanjung Dawai.
Pantai Merdeka kelihatan di seberang sebelah sana.


Sempat juga kami mengabadikan dua mercu tanda Sungai Petani ini ketika dalam perjalanan balik.


Sekian. Wassalam.

4 comments:

Nl said...

salampak ngah
cantik lah tanjung dawai tu rasa nak terjun ajer hehehhee

Leenoh said...

Salam Naqeeb.

Jangan terjun sebarangan nanti tercucuk, maklumlah dawai...he3

Hunny said...

Salam Pak Ngah,

Patutlah mimpi tangkap ikan, nak ke laut rupanya.. :)

Leenoh said...

Salam Hani.

Pak Ngah mimpi tangkap ikan atas darat, maksudnya air sudah kering, jadi darat,
Orang kata mimpi macam tu nak dapat rezeki..harap-harap menjadi kenyataan.he3