Wednesday, February 10, 2010

Nafsu Manusia menyukai wanita, anak-anak dan emas-perak (harta )



Salam semua

Fahami al.Quran....Ahmad Husein Deedat menjelaskannya. Mungkin anda berminat untuk mengetahuinya lebih lanjut.
_______________________

Renungi maksud ayat al.Quran di bawah ini.

Firman Allah bermaksud:
[14]
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
[15]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah”. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya;
Surah Ali-Imran.

4 comments:

~PakKaramu~ said...

Pak Karamu menziarahi blog anda

Leenoh said...

Salam PakKaramu.

Terima kasih, akan ziarah balas .

Dee said...

suka tgk dialog ahmad deedat ni..he's brilliant..

Leenoh said...

Salam Dee,

Selain daripada al.Quran dia juga banyak mengetahui tentang bible, sebab itu tidak kekok utk menerangkannya.
Semoga dia ditempatkan bersama-sama orang yang solih.