Friday, February 12, 2010

Jom. Balik kampung - Balik kampung pun kena doa ka ?.

السَّلاَمُ عَلَيْكُم

Sebenarnya saya telah lama tidak balik kampung, sejak berpindah ke Shah Alam baru sekali
saya berpeluang balik kampung, esok adalah kali kedua , bila berada di perantauan begini barulah menyedari bahawa peluang untuk balik kampung pun sangat sukar diperolehi, maklumlah dalam melayari hidup ini kita bukan berseorangan, hidup kita berpaut dan terikat tali menali dengan orang lain, terutamanya dengan keluarga (famili) yang tersayang, untuk menunggu semua orang lapang atau mendapat cuti, kekadang hampir mustahil, kali ini insya Allah saya berpeluang dapat balik sekeluarga, itu pun tertinggal seorang kerana beliau tidak dapat cuti. ( tidak full house juga ).

Esok pada awal pagi insya Allah saya akan bertolak bersama dengan anak cucu yang tinggal di Kluang, saya akan memandu sendiri dari Kluang ke Shah Alam, akan berhenti sebentar di RR Pagoh untuk menunaikan solat Subuh, sesampai di Shah Alam nanti akan menaiki kenderaan yang lain dan akan dipandu oleh anak menantu kerana penumpangnya ramai maka terpaksalah kami menggunakan dua buah kenderaan.

Berbalik kepada kisah balik kampung dalam abad 20an ini, sekiranya terpaksa menempuh jarak perjalanan yang jauh kekadang terlintas di hati berbagai persoalan yang membimbangkan, maklumlah kenderaan semakin bertambah dan penggunanya pula berbagai ragam, kemungkian berlakunya kesilapan dan kemalangan peluangnya lebih besar berbanding dengan perjalanan pada zaman dan abad dahulu.

Apapun keadaannya kita terpaksa meneruskan perjalanan hidup ini sehingga ke titik akhirnya, oleh itu musafir tersebut perlu dilayan dan membuat persediaan supaya ianya berjalan lancar dan selamat. Untuk itu nampaknya penulis dengan rela hati dan rendah diri kenalah banyak berdoa dan bersolat hajat memohon keselamatan aktiviti musafir yang digalakkan oleh Islam ini , iaitu untuk keselamatan sekeluarga pergi dan balik serta keselamat apa-apa yang ditinggalkan di tempat kediaman yang ditinggalkan buat beberapa hari itu.

Doa-doa yang tertera di bawah ini juga perlulah saya amal dan hayati sebagai menyerah diri dan merendahkan diri sambil memohon keselamatan dari Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Berkuasa.

“Dengan menyebut nama Allah,
aku menyerahkan diriku pada Allah dan tiada daya dan kekuatan selain dengan Allah sahaja.”
_______________________

________________________


"Ya Allah! Mudahkanlah kami bermusafir dan dekatkanlah kejauhannya. Ya Allah! Engkaulah menemani dalam pemergian dan Engkau pulalah yang melindungi keluarga".

_________________________

Diharap anda juga akan mendoakan keselamatan kami sekeluarga .

Sekian.Wallahu aklam.


4 comments:

Nl said...

salam pak ngah...

semoga selamat dalam perjalanan... pergi dan balik....


selamat balik kampung...

jangan tanya saya... say tak balik kampung... hmmmmmm

Leenoh said...

Salam Naqeeb.

Bergembiralah anda dengan cuti yang panjang, jaga-jaga nanti naik kilo.

Terima kasih kerana berdoa utk keselamatan Pk Ngah.

Hunny said...

salam Pak Ngah,

Moga selamat pergi dan pulang.. :)

Leenoh said...

Salam Hani.

Terima kasih Hani kerana mendoakan keselamatan Pak Ngah.