Tuesday, February 23, 2010

Aktiviti berfikir boleh menyihatkan badan dan pahala ganjarannya.

Salam semua.

Berfikir kerana mencari kebenaran dan hakikat adalah suatu aktiviti yang sihat dan murni dan memungkinkan pemikir itu mendapat ganjaran pahala dari Allah.

Berfikir juga dapat menyihatkan badan dan rohani, syaratnya cara berfikir itu hendaklah ikhlas dan jujur serta atas landasan yang biasa dan sederhana.


Jom, kita sama-sama fikirkan hal di bawah ini.





Maksud firman Allah dari Surah Al. Maidah.

[67]

Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir.
[68]
Katakanlah: “Wahai Ahli Kitab! Kamu tidak dikira mempunyai sesuatu ugama sehingga kamu tegakkan ajaran Kitab-kitab Taurat dan Injil (yang membawa kamu percaya kepada Nabi Muhammad) dan apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu (iaitu Al-Quran)” Dan demi sesungguhnya, apa yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) dari Tuhanmu itu, akan menambahkan kederhakaan dan kekufuran kepada kebanyakan mereka. Oleh itu janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang kafir itu.
[69]
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi, dan orang-orang Saabiein, dan orang-orang Nasrani - sesiapa sahaja di antara mereka yang beriman kepada Allah (dan segala RasulNya meliputi Nabi Muhammad s.a.w) dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.


Sekian.Wallahu aklam.


No comments: