Tuesday, February 23, 2010

Apakah jahil itu sebenarnya.

Salam semua.

Hari ini saya tiada perkara penting yang hendak dibereskan melainkan kerja rutin sahaja, berada di rumah sudah merupakan sebahagian dari tugas. Adakah kerana aku jahil maka sebab itulah aku tidak mempunyai banyak tugas seperti orang yang bijak di mana mereka memegang berbagai jawatan dan sebok dengannya sepanjang hari, kalau aku jahil manakan aku boleh melakukan banyak perkara, di antaranya menulis dan memberi pandangan terhadap sesuatu isu yang berlaku di dalam atau di luar negara.Apakah jahil itu sebenarnya.

Adakah jahil itu kerana menulis sesuatu yang tidak mengetahui hakikatnya lantas menulisnya dengan panjang lebar tetapi fakta dan hujahnya tiada bertadung dan menyentuh kebenaran, bukankah dalam hal begini kalau didiamkan itu lebih baik dan biarkan sahaja orang yang berkaitan membahaskannya atau jahil itu kerana membuat sesuatu yang menyeleweng dari hakikat atau realiti atau adakah jahil itu kerana seseorang itu tidak mengetahui bahawa beliau tidak mengetahui maka disangkanya beliau bijak dan pintar pula dalam hal tertentu atau adakah jahil itu mereka mengetahui hakiktnya tetapi sengaja menyelewengkannya kerana melayani tujuan peribadi atau adakah jahil itu kerana seseorang itu tidak mengetahui tentang sesuatu.

Adakah propaganda itu jahil kerana menyebarkan sesuatu dengan menambahkan sesuatu yang bukan hakiki dan realiti , apakah bezanya pula dengan fitnah.sedangkan fitnah juga propaganda, sifat propaganda menyempurnakan kisah dengan menambahkan pembohongan. Pembohongan itu pula berkembang semakin luas dan lebar. Pembohongan umpama air acar di tempat gencah
dan basuhan, air acar tidak dikehendaki, dibuang dan ditolak ke dalam longkang supaya ianya dibawa jauh dari pandangan dan hiduan.

Adakah semua yang lama itu usang dan tidak boleh dipakai, bukankah keadilan itu perkara lama dan bukankah kebenaran itu juga perkara
lama, bukankah dua perkara ini wajib dipertahankan, baik buruk sesuatu itu bukan kerana lama atau baru, sebaliknya kerana kualiti dirinya.Maka jahillah juga mereka yang mengatakan perkara lama itu sudah usang dan perlu diganti kerana tidak semua perkara lama itu usang dan buruk.

Jahil nampaknya ditakrifkan berbeza-beza mengikut tempat, bangsa, agama dan seumpamanya. Pesta Laga lembu, Pesta Laga Kerba
u dan Pesta Sabung Ayam dinilai baik dan menyeronokkan oleh sebahagian manusia dan dinilai zalim oleh sebahagian yang lain, mereka yang menilai aktiviti itu sebagai sesuatu yang baik akan berusaha menganjurkannya dan yang lainnya akan menghadirinya, mereka yang menganggap aktiviti itu adalah salah satu aktiviti kezaliman manusia terhadap binatang akan menentang dan menghalangnya.

Sebenarnya semua manusia adalah jahil, cuma kejahilan itu berbeza di antara satu sama lain, mereka yang kurang kejahilannya dianggap orang yang bijak dan pandai, setiap manusia tetap memiliki kejahilan. Hanya Allah sahaja yang Maha Bijaksana.

Semua yang lama itu datang dari Allah masakan kita mengatakan dan menilainya sebagai tidak relevan lagi. Taurat, Zabur, Injil dan Al.Quran adalah sesuatu yang lama dan datang dari Allah, kesinambungan ajaran-Nya berakhir dan disimpulkan di dalam al.Quran, manusia sangat memerlukannya untuk menjadi panduan hidup supaya akhirnya mereka mencapai kebenaran dan kesejahteraan .
Jangan makan kawan.

Sekian. Wallahu aklam.


2 comments:

Nl said...

salam pak ngah...

err mula mula baca tu dah sedap dah... menarik...

tapi sampai last tu "jangan makan kawan" errr.... terkesan pulak huhuhu

Leenoh said...

Salam Naqeeb.

Cuba tengok gambar tu, adakah patut ?.