Friday, February 12, 2010

Ayat-ayat suci Al.Quran yang lazim dibaca (Bacaan dan terjemahannya) - 6


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Setiap umat Islam wajib menuntut ilmu termasuklah ilmu membaca al.Quran. Al.Quran wajib dibaca dengan betul mengikut hukum tajwid dan sebutan makhraj huruf dengan betul, tegasnya membaca al.Quran hendaklah dibaca seperti bacaan yang dibaca oleh Nabi Muhammad.s.a.w , walaupun pembaca al.Quran itu tidak mengetahui hukum tajwidnya mereka masih boleh membaca dengan betul dengan cara mengikut panduan lain yang terdapat di dalam al.Quran tetapi mengetahui hukum tajwid dengan praktik yang betul adalah lebih mantap, mengetahui hukum tajwid yang dimaksudkan di sini ialah mengetahui istilahnya yang sempurna, disamping dapat merealisasikan serentak dengan kognitif, efektif dan psikomotrnya.

Mereka yang kurang mahir membaca hendaklah membaca dengan lebih giat lagi dan lebihkan lagi ulangkaji dan bacalah sekadar yang mampu , disamping itu hendaklah terus mempelajarinya daripada mereka yang berkebolehan dan berkemahiran membaca al.Quran - Bertindaklah secara proaktif dan janganlah membiarkan diri terbelenggu dengan buta huruf al.Quan. Insya Allah anda akan berjaya merubah situasi dan membuat anjakan pradigma.

Sekali lagi seruan saya marilah bersama-sama kita memurnikan lagi kebolehan kita membaca al.Quran dengan mengambil peluang-peluang yang tersedia di hadapan kita, insya Allah kehidupan kita akan diberkati Allah.

-------------------------------------------------------------


BismillahirRahmanirRahim
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

93. Ad-Dhuha

[1]
Demi waktu dhuha,
[2]
Dan malam apabila ia sunyi-sepi -
[3]
(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
[4]
Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
[5]
Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.
[6]
Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?
[7]
Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?
[8]
Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?
[9]
Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
[10]
Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;
[11]
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

Tags: ,

----------------------------------------------------------------

BismillahirRahmanirRahim

BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

94. Ash-Syarh

[1]
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
[2]
Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -
[3]
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
[4]
Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
[5]
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
[6]
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
[7]
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
[8]
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Tags: ,

-------------------------------------------------------------

Sekian. Wallahu aklam.

1 comment:

Goldman said...

Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi saya di goldman999.9@hotmail.com.

Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.

Terima kasih.