Tuesday, February 23, 2010

Taat Allah, Rasul dan Ibu Bapa.

Salam semua.

Kebanyakan or
ang berpendapat bahawa sepasang ibu bapa mampu menjaga dan mendidik anak-anak mereka yang ramai dan melayani berbagai karenah serta memenuhi kemahuan dan kehendak anak-anak mereka yang berbeza, disamping mencurahkan kasih sayang sepenuhnya sepanjang masa, tetapi, apabila mereka dewasa dan ibu bapa pula sudah tua dan uzur , anak-anak yang ramai itu tadi tidak mampu menjaga dan memberi kasih sayang sepenuhnya kepada ibu bapa mereka. Pada hal Allah memerintahkan supaya manusia taat Allah, Rasul dan Ibu Bapa.

Adakah kenyataan ini benar atau sebahagiannya sahaja yang benar.Apa pun kita semestinya berkewajipan berusaha supaya anggapan dan tanggapan itu tidak menjadi kenyataan.
_________________________




Itu burung apa - murai.

Itu burung apa - murai.
Itu burung apa - murai.




__________________________







____________________________

Petikan maksud firman Allah dari Surah Al.Israa'.

[22]

Janganlah engkau adakan tuhan yang lain bersama Allah (dalam ibadatmu), kerana akibatnya engkau akan tinggal dalam keadaan tercela dan kecewa dari mendapat pertolongan.
[23]
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
[24]
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
[25]
Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu; kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintahNya, maka sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.
[26]
Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau.
[27]
Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.
__________________________

Sekian. Wallahu aklam.

No comments: