Tuesday, February 2, 2010

Bila berkuasa.

Salam semua.

Berpuisi lagi kali ini, bila aku berpuisi aku akan ikut sahaja mindaku yang sebesar bola tenis itu berputar di paksinya sambil tanganku mengetuk papan kekunci supaya akhirnya dapat difahami dan dihayati bersama kekawan sealam maya, aku kerahkan dua jariku bekerja ikut arahan mindaku, manakala jejari yang lain sekali sekali sahaja membantu kerana jejari yang lain itu tidak pandai menolong sebab mereka tiada kemahiran, baiklah kita ke bawah pula untuk mengikuti puisi hentam kromo yang dimaksudkan itu. Puisi ini disiarkan tanpa melalui mana-mana Ketua Pengarang kerana aku sendiri berkuasa, aku ada kuasa.Walaupun tiada bunga bahasa aku tetap akan siarkan.
____________________

Bila berkuasa.

Aku berdiri tegak.
Aku bergerak pantas.
Aku berlari.
Aku berjalan.
Aku baring.
Aku buat segalanya.

Bila aku demam.
Aku lemah.
Aku tidak mampu mengangkat kepala pun.
Aku tidak mampu duduk.
Aku tiada selera makan.
Aku tidak mampu bergerak pantas.
Aku berlari - hanya tinggal kenangan.
Aku berasa semacam sudah hampir dengan mati dan kematian.

Jika tenaga tidak dikembalikan.
Lumpuh atau mati, itulah natijah.

Apa yang engkau usaha.
Apa yang engkau doakan.
Apa yang engkau rawat sekali pun.

Akhirnya TENAGA itu akan hilang dan pergi jua.
Akhirnya KUASA itu akan hilang dan pergi jua.

Sekiranya engkau pendek akal.
Sekiranya engkau tidak percaya akan berlaku kehilangan itu.
Berpestalah dengan tenaga itu.
Berpestalah dengan kuasamu.

Hanya mereka yang berakal percaya akan pemergian itu.
Hanya pemilik makrifah percaya akan kehilangan itu.

_________________________

Sekian. Wallahu aklam.


No comments: