Wednesday, March 21, 2012

Kenali Kaabah.

Salam semua.




Sekian...Wallahu aklam.

Friday, March 16, 2012

Tazkirah sebelum solat Jumaat...Video.

Salam semua.

Tazkirah sebelum solat Jumaat ( 16 Mac 2012 ) di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam oleh Sheikh Nuruddin Al.Banjari.

Kelihatan di dalam video ketibaan Sultan Sharifuddin Idris Shah, sultan negeri Selangor bersama rombongan, sebelum duduk baginda dan rombongan bersolat sunat terlebih dahulu.






Sultan berangkat pulang dan berjabat tangan/bersalaman dengan ahli jamaah.

Pegawai yang bertugas hari ini.











Sheikh Abdul Karim (imam).












(Khatib)












( Bilal )
___________________
___











Sheikh Nuruddin Al.Banjari.


(Penceramah Tazkirah).

Peringatan:
1. Guna "earphone" suaranya akan lebih baik.
2. Rakaman video tidak lengkap.


Sekian...wallahu aklam.

Wednesday, March 14, 2012

Tuesday, March 13, 2012

Forum " WHO AM I " Bersama Sham Kamikaze Di Surau At.Taqwa...Video 5 - 7.

Salam semua.

Sukacita dimaklumkan bahawa artikel ini adalah artikel sambungan, video 1- 4 telah dimuatkan di dalam artikel yang telah lalu, masalahnya sama iaitu video kurang memuaskan untuk lebih jelas pendengaran, anda disyorkan guna "earphones".



Video 5.


Video 6.


Video 7.

Sekian

Forum " WHO AM I " Di Surau At.Taqwa...Video 1- 4

Salam semua.

Sukacita dimaklumkan bahawa video ini dirakamkan hanya melalui Telefon Bimbit C3 di mana hasilnya kurang memuaskan tetapi, jika menggunakan "earphones" suaranya lebih jelas dan memuaskan. Rakamannya tidak dibuat sepenuhnya untuk memudahkan muatnaik ke blog dan facebook. Tarikh rakaman jam 8.00 - 10.00 malam 12 Mac 2012 di Surau At.Taqwa Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.



Video 1.

Video 2.



Video 3.



Video 4

Video 5 bersambung pada artikel berikutnya.

Saturday, March 10, 2012

Kaedah mudah menghafaz al.Quran.

Salam semua.

Beberapa panduan bagi memudahkan menghafaz ayat-ayat al.Quran.




Sekian...wallahu aklam.

Friday, March 9, 2012

Insomnia agaknya.

Salam semua.

Pada awal malam ini aku menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Penduduk di tempat kediamanku, Buat masa ini persatuan ini masih di peringkat penaja, walau bagaimanapun urusan pendaftaran telah pun selesai sejak tahun 2011, berdasarkan perlembagaan yang telah diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Persatuan/Pertubuhan, persatuan kami hendaklah mengadakan Mesyuarat Agungnya sebelum 31 Mac setiap tahun dan tahun kewangannya berakhir pada 31 Disember. Oleh itu salah satu agenda mesyuarat pada malam ini ialah persediaan Mesyuarat Agung untuk memilih Ahli Jawatankuasa bagi sesi 2012/2013.

Sebelum pergi mesyuarat aku makan Roti Benjo terlebih dahulu, semasa aku makan roti tadi aku terasa semacam roti tersebut terdapat serbuk lada hitam, aku memang tidak sesuai dengan serbuk lada hitam kerana sebahagiannya telah aku telan, maka aku habiskan sahaja roti tersebut, tidak sampai hati aku membuangnya, aku telan juga sampai habis langsai, akibatnya aku mengalami sakit kepala dan tidak dapat tidur (insomnia agaknya ).

Semasa aku menulis artikel ini jam di penjuru laptopku menunjukkan 5.17 minit pagi, aku belum lagi tidur sekelip pun, terasa sakit kepala tetapi tidaklah berdenyut-denyut tetapi terasa cekang dan sedikt bengang dan sudah tentulah tidak wujud rasa mengantuk seperti biasa, demikianlah cergasnya serbuk lada hitam apabila ianya masuk ke dalam badanku, dia merayap masuk ke pembuluh darah sehingga mindaku tidak dapat rehat atau tidur.

Artikel ini tidaklah mustahak untuk ditulis atau dibaca, cuma sekadar aku menghabiskan masa dan menunggu waktu Subuh serta matahari menjenguk dunia ini sahaja, sebahagian malam yang telah aku lalui sebelumnya aku telah menjalankan aktiviti lain yang berkaitan dengan persatuan dan selepas itu aku membaca artikel dari blog-blog yang lazim aku ikuti, Malam ini walaupun bukan malam yang ceria bagiku tetapi ianya aku isikan juga dengan aktiviti yang bermanfaat termasuk menulis artikel ini untuk menjelaskan kepada para pembaca bahawa manusia ciptaan Allah terdapat berbagai ragam, kelebihan dan kekurangan serta kekuatan dan kelemahan, oleh itu manusia perlu melihat dari berbagai sudut dan aspek terlebih dahulu sebelum melahirkan rasa kekecewaan atau kemegahan .


Jam 5.50 pagi aku tamatkan tulisan ini, sudah tentulah aku belum tidur lagi kerana menulis artikel ini, masakan aku boleh menulis sambil tidur...demikianlah cerita insomnia yang kadang-kadang aku mengalaminya, alhamdulillah insomnia ini tidaklah selalu datang mengganggui kesejahteraanku, kalau sering berlaku tentulah akan menyusahkan aku lagi, apa pun sebagai hamba Allah aku kena reda dengan situasi ini kerana aku harus ingat bahawa ada orang lain lebih susah dan lebih perit menghadapi berbagai penyakit yang Allah takdirkan terhadap hamba-Nya sebagai ujian di dunia ini.

Amankan minda.




Sekian ...wallahu aklam.

Ungkapan yang menarik.

Salam semua.


Saya tertarik dengan ungkapan ini;

"Alasan 8: Kita perlu pemimpin yang pandai bekerja dan bukannya hanya pandai berdebat.

Jawapan 8: Siapa kata kita hendak pemimpin yang hanya pandai berdebat? Adakah pemimpin yang pandai berdebat tidak pandai bekerja? Adakah pemimpin yang tidak berdebat semestinya pandai bekerja? Pandangan ini adalah pelarian daripada realiti bahawa antara kualiti pemimpin yang baik ialah kebolehannya berhujah. Kerana ia mencerminkan pemikirannya yang rasional dan kritis. Bukankah lebih baik memiliki pemimpin yang pandai kedua-duanya, iaitu berhujah dan bekerja?.

( Datuk Saifuddin Abdullah - Timbalan Menteri Pengajian Tinggi )

Cerita lengkapnya di sini.