Friday, July 26, 2013

Majlis ringkas pengucapan Syahadah oleh 3 saudara baru.

  
Majlis pengucapan Syahadah oleh saudara baru

Direalisasikan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Shah Alam.
Tarikh: 17 Ramadan 1434 / 26.Julai.2013.
Masa : Selepas solat Jumaat.

Pemudahcara majlis : Tuan Hj.Khalid Samad.
Dibimbing mengucap oleh Sheikh Firdaus bin Subhi salah seorang imam masjid ini - Muallaf yang terlibat seorang lelaki dan dua wanita.

(V1)
Diikuti pula dengan bacaan du'a.


(V2)
Selawat ke atas semasa bersalaman dan ucapan tahniah kepada saudara baru serta berzakat.Muallaf adalah salah satu asnaf atau orang yang layak menerima zakat walau pun mereka di kalangan bukan orang miskin.

(V3)

Solat Isya' bersama Sheikh Muhammad Saad Nu'man ( Madinah )




Pihak pengurusan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam . Selangor. sering menjemput imam-imam atau para  qari dari Timur Tengah untuk menjadi imam di masjid ini sebagai motivasi kepada para jamaahnya untuk memakmurkan lagi masjid.




Bersama Us.Abu Dzar dan Us.Abdul Aziz.

Bersama Sheikh Mohd.Mustofa - Mesir.

Thursday, July 25, 2013

Kisah Nabi Ibrahim a.s mencari Tuhan.


 
Klik ayat  di bawah ini untuk besarkan
 Maksudnya,

[74]
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya Aazar: “Patutkah ayah menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya aku melihatmu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata”.
[75]
Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin.
[76]
Maka ketika ia berada pada waktu malam yang gelap, ia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu ia berkata: “Inikah Tuhanku?” Kemudian apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula: “Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang”.
[77]
Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: “Inikah Tuhanku?” Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: “Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat”.
[78]
Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: “Inikah Tuhanku? Ini lebih besar”. Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: ` Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya).
[79]
“Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)”.

 Petikan dari Surah al.An-'am
________________________________
Beri laluan iklan
 
___________________________________________________________
 والله أعلم

Friday, July 19, 2013

Solat Isyak -Imam jemputan


 
Imam Sheikh Mohd Mustofa Mohd Said - Mesir.
 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Shah Alam. Selangor.


Beri  laluan iklan.

 

Sekian....Wallahu aklam.
والله أعلم

Sedang bersolat terlintas kejadian kehilangan @ kemalangan kanak-kanak.

 


Merujuk kepada tajuk yang dinukilkan khas untuk perbincangan ini.Di dalam cerita keserokan dan kegemilangan menghayati Ramadan terdapat juga cerita yang mendukacitakan dan mengecewakan, terlintas di hati kecil ini tentang ketegasan orang kita mendidik dan menjaga keselamatan anak-anak atau leka dan lalai mengawal anak-anak.atau tahap pertimbangannya rendah.atau apakah sebenarnya.

Malam tadi sedang kami bersolat Maghrib tiba-tiba datang dua orang kanak-kanak melintasi saf depan yang panjang itu beberapa kali, seolah-olah dua kanak-kanak tiada waris atau penjaga yang bimbang terhadap diri mereka di tengah- tengah ribuan manusia, walaupun di masjid dalam ramai itu terdapat yang tidak jujur malah pencuri pun wujud.

Saya yang tidak mantap khusyuknya senang terlintas perkara lain ketika sedang bersolat, setelah beberapa kali kanak-kanak itu melintas minda terfikir hal keselamatan kanak-kanak tersebut, bimbang akan berlaku kemalangan atau kehilangan.Bayangkan kanak-kanak yang berjalan pun belum mahir dibiarkan merayau di dalam masjid yang begitu besar bersama rakan/kakaknya yang rasanya dalam usia 4 tahun sahaja.Kanak-kanak ketika dilahirkan seumpama kain putih kalau sentiasa dibiarkan berada di luar fokus mata tentulah yang putih akan cepat menjadi hitam. Dalam hal ini kanak-kanak itu tidak salah mereka ibarat malaikat, tiada dosa bagi mereka.



Malam sebelumnya berlaku peristiwa hampir serupa iaitu dua kanak-kanak juga yang usianya lebih kurang 3 tahun dan seorang lagi 4 tahun bermain-main di belakang penceramah yang sedang memberi kuliah di meja yang terletak di bawah pentas, mereka berdua naik ke atas pentas yang dikhaskan untuk sesuatu majlis yang sering diadakan dan bermain-main di atas pentas itu , sempat mereka menyelerakkan beberapa objek di situ.

Tidak dinafikan membawa kanak-kanak ke masjid itu suatu perbuatan yang baik dan dapat menjinakkan mereka dengan masjid tetapi yang tidak baik itu mungkin sikap kita yang leka dan lalai terhadap langkah kawalan yang sepatutnya berfungsi sepanjang masa. Seolah-olah pergi ke situ utk berehat-rehat kerana berpeluang melepaskan anak- anak bergerak bebas di tempat yang luas dan selesa itu dan lupa kepada niat (nawaitu) asalnya.


Perkara yang dibimbangkan di sini ialah keselamatan mereka, zaman ini merupakan zaman yang sukar hendak mempercayai sesiapa terutamanya yang tidak dikenali, kehilangan kanak-kanak dan anak gadis sering berlaku dan sering tersiar di dalam media massa, selain itu pernah berlaku kemalangan anak kecil terjatuh di dalam masjid sehingga berlaku kematian pada ketika semua orang sedang bersolat hari raya ( tidak pasti masjid dan tarikhnya )

Dalam proses mendidik anak-anak  ibu bapa sebenarnya memerlukan ilmu,  kesabaran dan disiplin yang tinggi dan istiqamah sehinggalah mereka melepasi usia remaja.
___________________________________
Perkara yang dijangkakan akhirnya berlaku.
Kebimbangan saya akan berlaku kehilangan atau kemalangan akhirnya berlaku, Pada malam 23 Julai 2013 sebelum solat Isyak pihak pengurusan masjid mengumumkan seorang ibu sedang mencari anak dengan menyatakan nama, umur dan warna baju yang dipakai oleh kanak-kanak tersebut, tentu sekali setelah ibu itu puas mencari dan tidak berjumpa barulah mengadu kepada pihak masjid, tiga kali pengumuman dibuat, setelah selesai solat Tarawih kanak-kanak tersebut belum dijumpai ( berita yang tidak dapat disahkan ), perkembangan sehingga kini wallahu aklam, sama-samalah kita berdoa agar kanak-kanak tersebut akhirnya dijumpai dengan selamat...amiin.
Seharusnya penjagaan terhadap kanak-kanak yang belum mumaiyiz jangan dibiarkan sesaat pun  terlepas daripada pandangan mata penjaga atau pengasuh dan pastikan sentiasa ada orang yang memantau mereka.
Tidak sepatutnya mereka dibiarkan berlegar-legar bersendirian atau bersama rakan sebaya di dalam kesesakan ribuan manusia.
_________________________________

SAMA-SAMALAH KITA MENJAGA KESEJAHTERAAN    HIDUP BIAR PUN DI MANA KITA BERADA.

Sekian... والله أعلم

Wednesday, July 17, 2013

Sepuluh golongan manusia dibangkit pada Hari Qiamat dlm keadaan badannya yang asal.



 
Sekadar mengulang kaji, mengingatkan diri sendiri dan saudara-saudari Islam dan sekalian hamba Allah amnya.

1). Para Nabi.
2). Para Ahli Jihad Fisabilillah
3). Para Alim Ulama' menegakkan kalimah ALLAH.
4). Para syuhada' sentiasa memperjuangkan Islam.
5). Para penghafaz al-Qur'an dan beramal dengan al-Qur'an.
6). Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.
7). Tukang Azan yang tidak meminta habuan.
8. Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa ta'at pada perintah Allah.
9). Orang mati dibunuh atau dianiaya kerana mempertahan maruah dan Islam.
10). Orang yang mati di siang hari atau di malam Juma'at jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum Islam semasa hidup di atas dunia.

(HR. Bukhari Muslim)

Beri laluan iklan.
Allahu aklam...الله أعلم 

Perbezaan di antara miskin dan kaya / Jahil dan berilmu.


Mungkin dengan menonton video ini kita dapat muhasabah diri, sama ada perbuatan seperti ini suatu perbuatan yang bijak atau sebaliknya atau sekurang-kurangnya kita dapat insaf dan memikirkan nasib si miskin secara membuat perbandingan dengan situasi ini.
Orang yang berilmu yang diakui Allah ialah mereka yang beriman kepadaNya, lantas orang beriman tidak akan membazir, sentiasa mengingati peringatan Allah dan membantu yang miskin.



 Beri laluan iklan.


Wallahu aklam...والله أعلم

Sunday, July 14, 2013

Solat Isyak bersama Sheikh Habib Mukhlis Barza' ( Gaza )

Di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. ( Masjid Negeri ) Shah Alam, Selangor.


Khutbah Jumaat 04-Ramadan-1434 / 12-Juai-2013

Friday, July 12, 2013

Solat Sunat Tarawih 01-09-1434 / 09-07-2013

Bersama Sheikh Abdulkarim Omar al.Makki dan Sheikh Ahmad Mustafa bin Mohd.Sidin al.Muqri Imam Besar Masjid Negeri Shah Alam ( MSSAAS ), Selangor.dan Bilal bertugas Us.Fahmi Asyraf.

Solat Sunat Terawih 02-09-1434 / 10-07-2013


Bersama Us. Abu Dzar bin Adanan dan Us.Abdul Aziz bin Sahar berganding menjadi imam pada malam ini . Us.Azizi  selaku bilal - di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ( Masjid Negeri Shah Alam ). Selangor.

Us.Abu Dzar yang saya kenal, 
Kalau beliau menjadi imam solat, bacaannya sangat merdu sekali akan meresap masuk ke dalam kalbu dan tercetus rasa ketakutan kalau ayatnya mengenai azab Allah, jika ayatnya mengenai pemberian pahala yang banyak rasa serba salah, sedih dan gembira bercampur-campur takut kalau-kalau tidak mendapat pemberian tersebut, situasi itu memungkin air mata mengalir membasahi pipi tanpa disedari.

Wallahu aklam
.