
Salam semua.
Hari ini tanggal 8 Zulhijjah 1430.
Tanggal 8 Zulhijjah ( Selasa ) jamaah Haji mulai bertolak dari Makkah ke Padang Arafah.Sebelumnya mereka mandi sunat , memakai ihram, bersolat sunat ihram dan berniat mengerjakan Haji di tempat kediaman masing-masing di Kota Makkah, lafaz niatnya " Sahaja aku mengerjakan Haji dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala".Sebaik sahaja berniat ihram maka pantang larangnya pun bermula sehinggalah mereka bertahlul.
Marilah sama-sama kita berdoa agar Allah berikan keselesaan perjalanan dan kesihatan kepada mereka.
Berdoalah untuk kesejahteraan mereka kerana mereka juga berdoa untuk kesejahteraan kita.
Wukuf akan bermula esok (9 Zulhijjah - Khamis ) ) selepas gelincir matahari atau sebaik sahaja masuk waktu Zohor sehingga terbit fajar 10 Zulhijjah.Sekian.Wassalam.


