Monday, August 18, 2014

MASIHKU INGAT



 


Mereka yang seangkatan denganku tentu masih ingat dan juga terkenang masa dulu.

Dalam tahun awal 60an padi ditanam hanya setahun sekali, benih padi daripada padi berat, berat bukan bermaksud berat timbangan tetapi membawa maksud lambat berbuah, ditanam dalam bulan Mei bulan November @ Disember barulah boleh dituai buahnya, tuai dengan tenaga manusia, padi @ berasnya jauh lebih b
erkualiti berbanding beras yang dijual di pasaran sekarang, sekarang walaupun dijual dengan harga mahal sekilo di antara RM4.00 - RM5.00 lebih, itu pun terkadang nasinya tidak sedap dan cepat basi.Kadang disyaki sengaja dicampur adukkan dengan beras yang tidak berkualiti bagi mendapat keuntungan yang banyak, beras yang dibeli daripada pengeluarnya yang sama ,kadang-kadang elok, kadang tidak. agaknya zaman ini semakin ramai orang tidak jujur dan amanah.

Orang zaman dulu petani-petani makan beras @ nasi hasil tanamannya sendiri, zaman tanaman dua kali setahun ini mereka tidak lagi makan beras tanaman sendiri kerana padi dituai dengan menggunakan mesin tuai, selepas dituai pada ketika itu juga dimasukkan ke dalam lori dan terus dibawa ke kilang untuk dijual.

Pada masa dulu petani menuainya sendiri dengan anak beranak mereka, selepas dituai padinya disimpan di dalam jelapang, dijual hanya sekadar keperluan kewangan semasa sahaja yang lainnya dibiarkan di dalam jelapang, terdapat juga sehingga menjadi usang padi tersebut. Bagi petani yang miskin padinya tidak sempat usang, sebenarnya padi si miskin hasilnya tidak mencukupi untuk kehidupan setahun mereka, pada hujung tahun mereka terpaksa berhutang untuk menafkahkan keluarga mereka sehingga terpaksa menjualkan hasil padi mereka yang belum tuai, pakai agak-agak sahaja jumlah banyaknya itu, maklumlah buahnya masih di pokok, memanglah orang tengah makan kenyang sampai temuak, orang miskin terpaksa ikat perut buat beberapa bulan sebelum padi yang baki itu masak.

Penulis sendiri mengalami situasi itu akhirnya terpaksalah menanam padi ringan maksudnya padi yang tidak ambil masa yang panjang untuk berbuah dan masak, padi ini akhir bulan Oktober @ awal November akan masak dan boleh ditunai dan dijual, pendapatan dari jualan inilah dibuat belanja sementara padi berat masak.

Ayam, itik, kerbau dan lembu diternak secara kecilan untuk melepaskan kesengsaraan belanja ketika sangat terdesak, ayam jarang disembelih untuk makanan keluarga, ayam dibiarkan hidup dan dijual untuk mendapat wang perbelanjaan seharian ianya juga menjadi sumber bantuan sebab itulah mereka sanggup makan makanan yang kurang berzat, itu semua mereka tahu dan sedar tetapi apa akan daya mereka.

Dalam pada mereka makan makanan yang kurang berkualiti tetapi mereka berpeluang makan beras yang berkualiti tidak seperti orang sekarang, petani dulu akan menjemurkan padi sehingga cukup kering sebelum dijadikan beras, kemudian mereka menumbukkan padi itu dengan mengunakan lesung tumbuk yang dibuat khas atau lesung endek yang lebih canggih sedikit. Menggunakan lesung khas itu kualiti beras terjaga, warna beras kekuningan. jika kekunagan itu terhapus bermakna beras itu tiada lagi kualitinya, tiba suatu ketika kilang beras pun wujud ketika itu petani akan makan kedua-duanya ikut mana yang sempat tetapi bagi ibu yang baru bersalin mereka dilarang makan beras yang dihasilkan oleh kilang atas sebab kurang zat @ kualiti dan dipercayai kesihatan mereka lambat pulih.


Kalau hendak dikisahkan memang panjang, biarlah sekadar ini dahulu.

والله أعلم

Sunday, August 3, 2014

Keganasan terhadap Palestin @ Gaza.

Apakah perasaan kita apabila saudara kita diperlakukan begini rupa, dikurung di dalam tembok besar dan disekat pergerakan mereka, pada hal mereka tinggal di negeri mereka sendiri sejak sekian lama, apakah kita tidak terasa hendak menolong @ membantu mereka sekadar kudrat yang kita mampu, Paling tidak menghulurkan derma sambil berdoa semoga mereka mendapat pertolongan Allah dan berjaya di dalam perjuangan suci mereka.

Alhamdulillah, kalau telah berbuat demikian, itulah bukti kita orang yang beriman, mengasihi saudaranya seperti mengasihi diri sendiri, itulah juga cetusan iman dalam diri.

                                        #########





Maksud ayat 14 dari Surah Al-Hasyr;

( Orang-orang Yahudi dan orang-orang munafik ) dengan keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung-kampung yang berbenteng kukuh, atau dari sebalik tembok. (Sebabnya): permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras; engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka). Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami (perkara yang sebenarnya yang memberi kebaikan kepada mereka).


اللهم انصر الإسلام والمسلمين في غزة وفى فلسطين وفي كل مكان وفي كل زمان . 

والله أعلم