Tuesday, November 27, 2012

Beberapa kata kunci sebagai media dakwahku

Salam
Berilaluan iklan sebentar
Facebook dan laman yang lain boleh menjadi media dakwah yang berkesan sekiranya pendakwah mempunyai kemahiran yang cukup untuk menggunakan atau memanfaatkannya, saya berusaha sedaya upaya untuk merealisasikan dakwah melalui media ini tetapi kemampuan pula terhad, apa pun akan meneruskannya sedaya yang diizinkan Allah.
Di bawah ini saya perturunkan beberapa kata kunci yang dimaksudkan. Sekiranya anda berkenan salin dan sebarkan.

Thursday, November 22, 2012

Dalam Facebook macam-macam ada, mengumpat ada, fitnah pun ada

Beri laluan iklan sebentar
_______________________________________________________________
Merujuk kepada tajuk artikel yang berbunyi " Dalam Facebook macan-macam ada, mengumpat ada, fitnah pun ada "
Memang benar di dalam facebook macam-macam  ada seumpama blog atau laman sesawang juga. terpulanglah siapa yang menguruskannya, di dalamnya akan ternukil mengikut objektif pengurus atau pemacunya. Hakikatnya itulah yang sedang berlaku dan wujud di dalam facebook, twitter dan laman sesawang. Bagi mereka yang berilmu tidaklah mensia-siakan masa dengan mereka- ciptakan fitnah atau mengumpat sesuatu pihak yang akan menghasilkan dosa kering.
Mereka yang berilmu dan berakhlak mulia akan menyampai dan meyebarkan ilmu dan maklumat kepada pembacanya dengan harapan masyarakatnya menjadi pandai dan cerdik dan hidup aman bahagia di dunia dan di akhirat. Para ilmuan berakhlak menguruskan perancangan jangka panjang untuk bangsanya.
Fitnah dan mengumpat ini disebut secara terus terang di dalam al.Quran dan al.Hadis tentang keburukan dan dosa orang yang melakukan perbuatan tersebut. 

Firman Allah di dalam Surah al.Baqarah ayat 217 seperti berikut;

Maksudnya;
 Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati; katakanlah: "Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjid Al-Haraam (di Makkah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah. Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati). Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari ugama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian); dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya). 

Perbandingan berdosa dan hinanya mengumpat itu seperti disebut di dalam Surah al.Hujurat ayat 12.
Maksudnya;
 Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

 Berbalik kepada pokok perbincangan, Facebook, twitter dan laman sesawang boleh dimurnikan sekiranya ramai di kalangan orang berilmu dan berakhlak melibatkan diri dengan menaburkan ilmu mereka di dalam media tersebut dengan cara itu  akan  dapat menenggelamkan sebahagian karut-marut yang disepahkan  oleh golongan tidak berakhlak dan bermoral.

Apa pun tanggapan kita terhadap media tersebut di sana masih banyak kebaikan yang sedang tumbuh subur, terpulanglah kepada penggunanya untuk klik perkara yang membawa kebaikan atau keburukan.

Sekian...Wallahu aklam. 

Tuesday, November 20, 2012

Bukti al.Quran membawa berita benar.( Yahudi dulu dan kini )

Salam semua.


Beri laluan untuk iklan sebentar

____________________________________________

Banyak bukti atau dalil yang membukti dan menunjukkan bahawa al.Quran itu datang dari Allah SWT dan membawa berita yang benar untuk menjadi panduan manusia supaya manusia selamat sejahtera di dunia dan akhirat.
Baca,lihat dan fikirlah ayat-ayat yang menceritakan tingkah-laku dan cara berfikir serta tidak-tanduk orang Yahudi sejak zaman dahulu sehingga kini. Semuanya dicerita dan dikisahkan di dalam kitab suci al.Quran berulang kali dan dicerahkan lagi oleh mereka yang mampu menyebarkan ilmu di majlis-majlis ilmu, orang kampung, orang bandar, orang tua dan muda mendengar dan mengikutinya secara teori dan tersimpan di dalam minda orang Islam secara  kognitif dan efektif tetapi tidak bertindak secara psikomotornya atau amali dan praktikalnya sebab itu wang di dalam saku orang Islam  berpindah ke dalam saku mereka setiap hari dalam jumlah yang sangat besar tanpa kita sedari bahawa terdapat sejumlah yang tertentu dari wang itu akan tempias atau mengalir ke arah perbelanjaan menyediakan senjata dan di antara senjata itu  membunuh orang Islam.

  Bukti kelekaan itu kita dapat lihat  Pengusaha Kentucky Fried Chicken dan Mcdonalds dan lain-lain produk / keluaran mereka  berkembang maju berikuta kerelaan kita menjadi pembeli atau pengguna setia terhadap produk mereka. Menjadi pelanggan mereka bukanlah suatu perbuatan salah atau haram, setakat ini tiada fatwa seperti itu tetapi buat masa ini menjadi keutamaan kepada orang Islam untuk memilih tempat atau makanan yang lain yang masih banyak di pasaran.

Segala teori yang kita terima melalui majlis ilmu mengenai durjananya Yahudi tersimpan dan terkurung di dalam masjid dan surau sahaja dan tiada tindakan bersungguh-sungguh secara proaktif, kalau ada pun berlaku secara bermusim.

Sebahagian besar orang Islam mengetahui akan ayat Allah yang termaktub di dalam al.Quran ( rujuk ayat itu di bawah ini ) tetapi orang kita tidak bertindak secara proaktif atau secara psikomotor (amali), penghayatan untuk membenteras rancangan mereka memerangi dan membunuh orang Islam secara tidak berhak atau secara zalim.

 Maksudnya:
" Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (uga

ma Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu".

( And never will the Jews or the Christians approve of you until you follow their religion. Say, "Indeed, the guidance of Allah is the [only] guidance." If you were to follow their desires after what has come to you of knowledge, you would have against Allah no protector or helper )



Orang Yahudi dulu,kini dan selamanya tidak akan berubah sikap mereka terhadap orang Islam.Hanya kita sahaja yang leka, orang Islam terutamanya para pemimpin kita perlu lebih rasional dengan amanat yang telah disampaikan oleh Islam sejak berzaman.

Sekian ...Wallahu aklam. 




Tuesday, November 13, 2012

Info - Forum Perdana - Maal Hijrah 1434

Selamat menyambut Tahun Hijrah 1434
semoga kita berjaya berhijrah dan berpindah kepada suatu episod kehidupan yang lebih baik
dan diredai Allah.

Klik imej untuk besarkan.
_____________________________________________

Beri laluan untuk iklan  sebentar

 . .
 __________________

Sekian...Wallahu aklam.

Monday, November 5, 2012

Menjadi Islam melalui kepercayaan sukarela di hati.

Salam semua.

Beri laluan untuk iklan sebentar.
 ___________________
 
Maksudnya,
Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Catatan;
1. Mereka yang telah Islam terikat dengan syariat Islam, syahadah merupakan janji/pengakuan dengan Allah dan sesama Islam.
2. Mereka yang belum Islam atau bukan Islam tidak boleh dipaksa supaya memeluk Islam kerana Islam seseorang itu akan diakui sekiranya jantung hati dan minda mereka mempercayai ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad.s.a.w.( bukan dipaksa )
3. Mereka yang sedang Islam pun boleh gugur Islamnya sama ada secara terang atau tersembunyi, sekiranya mensyirikkan Allah atau tidak yakin lagi dengan ajaran Islam.
 Dipetik dari facebook Lee Noh

Saturday, November 3, 2012

Menjana suasana baik dan menolak karenah buruk facebook (1).

Artikel ini diposkan untuk percambahan minda sahaja, anda boleh melanjutkan berfikir  merujuk kepada foto atau gambar-gambar yang dipaparkan, untuk kelihatan lebih terang dan jelas klik foto atau gambar berkenaan.
( Dari Facebook )

Mafhumnya;
Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya . (90) 

 Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?(91)
(Surah al.Maidah)

Klik imej untuk besarkan.