Sunday, January 18, 2009

Laman Blogku Mulai Merangkak.



Halaman ini sebenarnya anda tidak perlu membacanya kerana dipaparkan semata-mata untuk suka-suka dan syok sendiri sahaja, tetapi, kalau anda ingin mengetahui rahsianya terpaksalah membaca dan merenunginya kalau-kalau terdapat kebaikan untuk kita bersama dalam bidang pengurusan blog ini.





Info Terkini



Saja suka-suka untuk syok sendiri.

Laman blog Leenoh mulai belajar merangkak seawal usia 6 bulan, dilahirkan selepas Maghrib pada 19.07.2008 . Agaknya begitulah kalau ianya manusia kerana dalam usia itu manusia baru belajar merangkak atau lebih lewat lagi, Semuda itulah juga ilmu pengetahuan Leenoh mengenai pengurusan dan pengendalian laman blog ini.

Kalau dilihat terdapat kecanggihan di lamannya, itu bermakna telah mendapat bantuan pihak yang lain daripada dirinya iaitu Leenoh menggunakan ilmu untuk mendapatkan ilmu orang lain untuk membena blog ini . Ilmu yang sedia ada digunakan untuk mencapai sesuatu hajat dengan berikhtiar atau bekerjasama dengan orang lain.

_________________________________________________


Kehidupan Bersih hasil tulisan Leenoh dan dibena oleh Amerz

_________________________________________________

Kehidupan Bersih (1)
Kehidupan Bersih (1) merupakan tajuk pertama yang diposkan pada tarikh yang tersebut di atas dan diikuti Kehidupan bersih (2) dan seterusnya sehingga Kehidupan Bersih (6), kemudian barulah tajuk yang berikutnya ditukar label supaya tidak menjemukan pembaca. Tajuk pertama sehingga tajuk yang keenam inilah merupakan paksi dan tema blog ini iaitu perbincangan berteraskan aqidah.

Cadangan awal cuma ingin menyisip dan menyerapkan aqidah Islam secara ringan-ringan sahaja dan bukan secara serius atau bersungguh-sungguh atau mendalam. Mungkin sesuai kalau dikatakan sambil selam sambil minum air. Identiti ini akan dikekalkan.

Sebarang teguran untuk kebaikan sangat-sangat dialu-alukan, di dalam kesebokan anda melayani blog sendiri, mungkin terkilas melihat kekurangan atau ketempangan blog ini, ambillah masa sedikit untuk menegurnya. Blog ini telah berlaku sedikit perubahan yang lebih positif, Ini adalah hasil teguran daripada rakan-rakan blog. Teguran itu juga telah memberikan sedikit anjakan baru. Terima kasih kepada semua kerana teguran anda telah membawa berkat kepada blog ini.

Wallahu aklam ( Allah Maha Mengetahui ).

Wassalam.

Shah Alam.
Isnin. 19/01/2009 .
jam 12.05 malam.





16 comments:

sentosa77 said...

As'kum Pakcik.. ok la merangkak pelan2, blognya pun dah makin cantik.. erm nak tanya betul ke kat surau universiti Malaya tu ade org letak kepala babi?

Leenoh said...

Waalaikumussalam,Zaidon:

Pak Ngah cerita berdasarkan yang terbaca dlm blog lain.orang kata cakap berlapik, he he he ok cuba klik.

Cuba klik dan baca bookmark (urusetia menangani G...) di atas.

Pak Ngah tidak mahu sahkan sebab Pak Ngah pun baca ja tidak saksi sendiri tetapi ada dengan gambarnya sekali.

Wassalam

Baka Kelana said...

Assalamu,alaikom CHECK lENNOH

Selamat ya atas kemajuan yang telah tercapai

semoga tambah semangat

Terus berkarya dan berjaya

Leenoh said...

Waalaikumussalam.

Baka Kelana.

Terima kasih di atas ulasan yang diberikan, walau pun ringkas tetapi amat bermakna sekali.

Sikap anda yang sentiasa membantu kekawan dalam memajukan cara pembenaan blog sangatlah baik dan patut dipuji dan diharap usaha itu akan dibuat berterusan.Syabas.

Wassalam.

sentosa77 said...

Ok.. terima kasih Pak Ngah..

Yanmie said...

salam...

wah2..ini bukan merangkak dh nie..dh blh berlari dh..ahaks..

Leenoh said...

Belum lagi, masih merangkak, mungkin merangkak secara laju, masih kena sapu minyak zaiton di kaki dan lengan dia supaya dapat menambahkan tenaga dan kekuatan.

Wassalam.

Leenoh said...

Rantong,

Alhamdulillah, itu suatu ingatan yang baik untuk diri sendiri dan orang lain.

Info mengenai petikan maksud ayat al.Quran beserta dengan surah dan bilangan ayat memudahkan orang lain menyemaknya.

Marilah sama-sama kita mengamalkannya setiap hari, insya Allah akan dimakbulkanNya.

Syabas dan terima kasih sekali lagi kepada Rantong.

Wassalam.

Dee said...

Saudara Leenoh,

Boleh sentuh x soal hukum hudud..supaya lebih difahami oleh org Islam maupun bkn Islam...sbb sy rasa org kita telah dipengaruhi utk melihat ketidakbaikan hukum itu sendiri walhal hukum yg datangnya dari Allah SWT...Wallahualam...

KUNTONG said...

Sdr Leenoh,

Pada saya anda bukan merangkak, tapi dah mula berlari.Sesungguhnya kalau dalam satu kelompok blogger, anda di ibaratkan sebagai buku rujukan, dalam bab kehidupan di alam ini,yg berteraskan agama yg suci. Bercakap tentang blog anda, pada saya, ia cukup hebat, walaupun tak sehebat rakan-rakan yg muda.Ia diibaratkan seorang gadis yang simple tetapi amat berbudi bahasa,
beriman dan berbudi bahasa.

Bukankah itu ciri-ciri seorang gadis yang menjadi idaman lelaki ?

Semoga terus berjaya,
Wassallam.

Leenoh said...

Sdri.Dee,

Hukum hudud ialah hukum yang telah ditetapkan oleh Allah dan termaktub di dalam al.Quran, seperti kata Dee setengahnya tidak mahu terima sebaliknya boleh pula terima hukum yang terang-terang bertentangan dengan hukum Islam.

Pada saya penerangan telahpun diberi oleh ramai pihak yang cintakan Islam, Tetapi menghadapi ramai penjelasan sebaliknya pula oleh mereka yang berkepentingan diri, jadi ada orang timbus atau tambun dan ada pula orang korek atau gali, nampaknya sampai bila pun masalah lambat nak selesai.

Pokoknya tidak faham asas Islam, Islam diambil dan diamalkan serendah adat, sepatutnya islam hendaklah diambil sebagai cara hidup secara menyeluruh.

Ada orang nak tunggu rakyat faham, sampai kiamatpun terdapat rakyat yang tidak faham, undang-undang yang digunapakai sekarang pun tidak semua rakyat faham.

Cadangan Dee itu sangat baik tetapi mungkin saya tidak mampu untuk berbuat demikian.terima kasih kerana memberi respon dan idea yang begitu bernas.

Kita harap ada respon dari kawan-kawan yang berwibawa utk memberi penjelasan atau tip-tip tertentu yang boleh menambahkan pengetahuan berkenaan perkara tersebut. Wallahu aklam.

Wassalam.

Leenoh said...

Sdr.Kuntong.

Sebenarnya dalam hal ini saya banyak memikirkan tentang kehidupan Bersih yang sepatutnya kita lalui, luahan minda menjadi agenda utama supaya minda yang lurus menuju ke arah matlamat dapat dicapai dan kecapi.

Dari segi ilmu blogger memang saya yakin bertaraf merangkak lagi. Kelemahan saya tertutup kerana banyak tajuk yang telah diposkan untuk tatapan ramai.Umpama pandai memandu kereta tetapi tidak pandai mengurus dan mengendalikannya, bila rosak terpaksa minta tolong orang lain.

Semoga sihat walafiat.

Wassalam.

AQisH said...

tahniah semakin lama semakin ramai pembaca blog yg berinfomasi berguna ini..

Leenoh said...

Terima kasih, anda lebih baik kerana lebih luas pengetahuan IT.
Saya hanya pandai menulis pada ruang kosong yang telah disediakan.kalaupun ada pengetahuan mengenainya cuma hanya sedikit.

Wassalam

jannahazwan said...

abah dah ada ramai pembaca blog... nnti kak rekemen kat kwn kak lg...dia pun tulis blog gak.

Leenoh said...

Itu cadangan yang baik, blog ini mula pada 19 hb. tapi bukan bulan Jan. kalau tidak sama dengan tarikh lahir kakak. ha ha ha, itu kebetulan saja.

Hai dah besar cucu tok wan noo.

Wassalam.