Tuesday, January 6, 2009

Perkahwinan dan khendurinya adalah ibadat.



___________________________-

Perkahwinan dan khendurinya adalah termasuk dalam amal ibadat selagi ianya tidak bercampuraduk dengan aktiviti maksiat.

Saya berharap pernikahan dan majlis perkahwinan yang telah berlangsung dan akan dilangsungkan sebahagian besar daripadanya termasuk dalam amal ibadat. Walau bagaimana pun tergantung kepada perlaksanan upacara sampingan atau upacara iringannya seperti khenduri, pakaian, persandingan dan adat yang turut diiringkan bersama, adakah semuanya diambil kira suruhan dan nasihat yang telah disampaikan oleh Rasulullah.S.A.W kepada kita sebagai umat Islam. Sekiranya upacara keseluruhan majlis tersebut dari permulaan sehingga akhirnya tidak terlibat dengan aktiviti maksiat, Insya Allah menjadi ibadat dan jemputan ke majlis khenduri tersebut wajib hadir.

Adakah perancangan dan pelaksanaan perkahwinan dan khendurinya dirancang berdasarkan apa yang telah dipelajari di dalam ilmu Fikah atau berdasarkan maklumat yang diperolehi dari Kursus Pra Perkahwinan yang rancak diadakan pada masakini atau perancangan tersebut diambil dari kitab adat atau amalan yang telah tersemat di dalam hati masyarakat kita tanpa perlu dirujuk daripada mana-mana pihak kerana ramai pakarnya berada di sekeliling kita. sebagai contoh pakar persediaan pakaian dan pelamin, kad kahwin dan hiasan yang lain bagi menambahkan keceriaan atau keegoan tuan rumah dan keluarga atau bagi memenuhi hasrat pihak yang mencari kesempatan mengaut keuntungan dan mencipta kekayaan.

Jika kita melaksanakan ibadat seperti solat, haji, aqiqah, qurban dan seumpamanya kita akan merujuk kepada rukun-rukun dan syarat-syarat sahnya untuk mengelakkan daripada berlaku tdak sah atau tidak diterima Allah terhadap ibadat yang dilakukan itu.

Upacara akad nikah, rukun nikahnya dipatuhi dan dihormati tetapi rukun khenduri dan upacara sampingan lain bagaimana kedudukannya. Adakah kita ambilkira khenduri tersebut akan diterima sebagai ibadat khenduri atau jamuan biasa yang bersamanya maksiat yang telah menjadi kebiasaan serta telah hilang rasa maksiatnya kerana alah bisa tegal biasa dan ditambah lagi dengan bercampuraduk dengan harapan membumbung tingga agar pengantin bahagia sehingga ke akhir hayat.

Kalau kita menilai balik program sesetengah majlis perkahwinan. Kekadang terdapat berbagai adat yang disajikan untuk kononnya bagi mematuhi tuntutan tertentu, benda-benda seperti bertih, lilin, kemiyan, doa tahlil, jamuan, nyanyian, tarian dan lain-lain. Majlis begini memang terserlah campuraduknya.

Saya pernah hadir di suatu majlis perkahwinan, kami dijemput untuk bertahlil sebaik sahaja selesai tahlil mikrofon yang sama digunakan pula untuk nyanyian yang diiringi bersamanya musik berirama sederhana dan rancak. Program seperti ini saya istilahkan sebagai fikrah Melayu bukannya fikrah Islam kerana fikrah Islam apabila melaksanakan sesuatu aktiviti ianya merujuk kepada kitab Islam. Walaupun terdapat tahlil dan doa tetapi aktitiviti itu hanya bertaraf adat sahaja bagi tuan rumah,

Pada pandangan saya amalan baik para jemputan membaca tahlil dan doa itu tidak terjejas kerana mereka tidak mengetahui bahawa majlis itu akan berlaku begitu rupa.

Wallahu aklam ( Allah yang Maha Mengetahui ).

Wassalam.

7 comments:

Pak Kuntong said...

Salam:

Kalau kenduri kawin ada muzik, dangdut, dan tarian yg mengasyikkan, itu bukan kenduri kawin itu FunFair.
Lebih baik diadakan tiket masuk.

Kan baik dibunyikan kaset yang memuji kebesaran Allah,dan yang boleh membawa minda para hadirin (jemputan) ke jalan yang diredhai oleh Allah SWT.

Wasallam.

Leenoh said...

Tepat sekali kata Anuar,

Allah Maha Bijaksana dan Maha Melihat, mengapa dibuat perkara yang dilarang dalam majlis ibadat.

Adakah kita masih memberi alasan untuk melaksanakan perkara karut itu, adakah kita bertahlil dan berdoa untuk menipu Allah bahawa kita menyahut seruan Allah.

Mereka menyangka mereka menipu Allah tetapi sebenarnya mereka menipu diri sendiri.

Wassalam.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

LEENOH,

Kawan aku bila ada panggilan dia tanya dulu ada muzik tak di majlis tu.Kalau ada ,dia akan habak 'aku tak pi kenduri hang'.

Aku pun kadang2 ikut dia juga.Dia iman lebih tebai.Tebai sungguh.

Kadang2 makanan yang dijamu pun dia tanya.Orang gerun kat dia.

Depa pun gerun kat dia saja,kat Allah depa tak gerun.

Leenoh said...

Nginap Srengenge.

Itu baru betoi ikut law, kita ikut hentam kromo, termasuk saya.Tapi kekadang kita tak tau dan terperangkap.

Saya pernah hadir di suatu majlis kahwin yang agak hebat juga diadakan di dewan.

Program pertama membaca doa, dibaca oleh seorang berpakaian jubah, agak berktrampilan juga. selepas itu ada ucapan ringkas kemudian jamuan pun bermula, rupanya serentak dengan nyanyian dan tarian asli (lelaki dan perempuan).

Saya tak tau apa rasa pembaca doa itu, kalau dia pun tak rasa apap-apa maknanya dia pun karut juga. Tapi saya yakin dia tak tau ada aktiviti macam tu, sebab tu dia pun baca dengan penuh khusyuk dan tawaduknya.

Kalau kawan saudara tu barangkali dia bangun balik dan tak jamah makanan kerana marah yang amat sangat kerana tipu dia,

Ya la jemput untuk khenduri, bila sampai sana rupanya bukan khenduri sebaliknya jamuan saja.

Wassalam.

Fadhli-Fadhilah said...

Memenuhi undangan walimah tu wajib tapi rupanya kene tgk gak majlisnya ada unsur syubhah ke idak. Rata2 kat Malaysia ni, bleh bilang ngan jari ler walimah yg penuhi syara'. Moga2 majlis sy nanti dihindarkan dari perkara2 yg mendatangkan pembaziran dan lunturnya nilai2 Islami. InsyaAllah.

Leenoh said...
This comment has been removed by the author.
Leenoh said...

Fadhy.

Alhamdulillah, memang tepat sekali ulasan anda, itulah objektif tajuk ini.Mengadakan walimatul-urus tanpa campur aduk dengan aktiviti maksiat kerana itu adalah majlis ibadat.

Pembaziran dan menunujuk-nunjuk bukan budaya Islam.Kualiti hubungan baik di antara suami isteri bukan bergantung kepada khenduri besar semasa perkahwinan mereka, ianya bergantung kepada kepatuhan mereka kepada Allah.
Tanpa kepatuhan kepada Allah tidak mungkin dapat mewujudkan " Baiti Jannati".

Harapan anda itu, Leenoh iringi dengan doa semoga dimakbulkan Allah.

Wassalam.