Wednesday, January 28, 2009

ULANGKAJI BERKUALITI ( 85 minit )



Hanya 85 minit mengulangkaji pelajaran secara berkualiti.
( satu sesi )

Sekali lagi saya perturunkan dan paparkan pengalaman saya bersama para pelajar Sekolah Menengah semasa membimbing mereka supaya mengulangkaji pelajaran yang telah diajar dengan menggunakan kaedah pembelajaran yang berkualiti.
Saya tidak akan menerangkan secara panjang lebar di sini, anda yang berminat cuma perhati dan fahamkan langkah yang akan dicatatkan di bawah ini satu persatu.

Langkah Pertama;
sebelum memulakan ulangkaji pasti dan tentukan tajuk-tajuk yang hendak dibaca terlebih dahulu dan tajuk-tajuk itu sesuai dan memadai dalam tempoh 60 minit ( 1 jam ).

Langkah Kedua;
Gunakan tempat yang sesuai dan bacalah selama 60 minit dengan penuh perhatian dan fokus yang tidak terjejas.

Langkah Ketiga;
Setelah cukup 60 minit, anda hendaklah berhenti membaca.

Langkah Keempat;
Tutup buku serapat-rapatnya dan anda keluarkan kertas atau buku tulis dan tulis semula butir-butir yang terdapat di dalam ingatan .
Berdasarkan pengalaman bacaan anda selama 1 jam itu akan selesai ditulis semula butiran ingatan anda itu dalam masa 20 minit sahaja ( tulis yang pasti dan segar sahaja ). Jangan tulis perkara yang kurang pasti.

Langkah Kelima;
Apabila cukup 20 minit, anda hendaklah berhenti menulis dan semak semula dengan berpandukan buku teks tadi dan buatlah pembetulan pada perkara yang salah dan tambah pada perkara penting yang tertinggal ( gunakan pen yang berlainan warna untuk membezakan dengan tulisan pertama tadi )

Langkah Keenam;
Setiap kali selesai sesi mengulangkaji eloklah dibuat penilaian supaya kelemahannya dapat diperbaiki pada sesi yang akan datang. ( 5 minit )

Sekian dahulu, saya akan murnikan kemudian,(jika perlu), terimalah ini seadanya dahulu.
( Ini cuma salah satu kaedah sahaja )
_______________________________________

Jika masa yang dicadangkan itu terlalu panjang boleh diubah suai seperti berikut,
- 45 minit untuk masa membaca -
- 15 minit untuk menulis semula, menyemak dan membuat pembetulan -
atau
terpulang kepada anda
________________________________________________

Wallahu aklam ( Allah Maha Mengetahui )

Shah Alam.
Rabu. 01.02.1430 / 28.01.2009.
jam 2.40 petang.


17 comments:

Cikgu Ije said...

tips yang bagus!!

Leenoh said...

Sdri.goasop.

Terima kasih kerana memberi respon. Saya cuma meluahkan pengalaman dan pandangan sahaja,

Proses pembelajaran akan lebih berkesan, jika menggunakan kaedah " Pusatan Pelajar".

Menyempurnakan Kelas Tambahan guru tidak perlu mengajar ulangan, kecuali tajuk yang belum diajar.

Wassalam.

Unknown said...

leenoh,

waaa...hampir banyak persamaan dengan cara izan... tapi bila dipraktik kepada anak2 tak menjadi. belum terbuka hati nak ikut agaknya..

teringat masa kat asrama dolu2... belajar sampai 3 4 pagi... bila dlm kelas pi tidoq sampai 1/2 hari...

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Leenoh said...

Sdri. Izan.

Rasanya sesuai untuk aktiviti Kelas Tambahan kerana diawasi dan dimantau oleh guru.

Terima kasih kerana memberi respon.

Wassalam.

Mak Su said...

cikgu? seronoknya saya dapat berkenalan dgn cikgu, saya ambil petua ni pass kepada anak saya ya...terima kasih.

dan terima kasih juga, kerana sudi follow blog cerita kosong :)

Leenoh said...

Terima kasih di atas respon yang baik itu.

Wassalam

KUNTONG said...

Kalau dah cikgu...dah bersara pun dipanggil cikgu. Terkenang-konanng semasa di maktab perguruan dulu...
semasa praktikal.....kaki tangan sejuk belako.

Syabash CIKGU ! !

Leenoh said...

Saya mula-mula praktikal ( praktikum ) kena mengajar di Sek Ren. Lasalle Jln Peel kemudian tahun kedua kena di SMK.Kg. Pandan, terkenang-kenang sampai lani.

Macam mana tak sejuk kaki tangan, kan kena guna banyak langkah-langkah pengajaran. hehehe.....itu telah berlalu....tak akan kembali lagi.

wassalam

Yatt said...

dolu2 belajor main ikut suka hati jerr.. :)
tp pas baca n3 ni..insyAllah akan saya pratikkan pada masa depan..

Dee said...

betullah ...good tips..

Leenoh said...

Yatt,
Terima kasih kerana sudi manfaatkan,

Wassalam

Leenoh said...

Dee,

Sekadar mempamerkan pengalaman yang lalu kalau-kalau boleh dimanfaatkan

Sekian, wassalam.

Miss Izah Mohamed said...

thnx 4 visiting my blog..

DrSam said...

salam ukhuwah,

terimakasih cikgu kerna sudi menurunkan ilmu. Insyaallah akan saya panjangkan ilmu tersebut kepada anak-anak. semoga ada keberkatan.

Leenoh said...

Miss Izah Mohamed.

Saya musafir sambil berbakti, mengajak kekawan menghayati Kehidupan Bersih.

Terima kasih kpd anda yang sudi memberi respon.

Sekian. wassalam

Leenoh said...

Sdr.Dr.Sam.

Walaupun satu huruf disebarkan, ganjaran baik kerana menyampaikan ilmu , insyaallah akan kita perolehi.

Terima kasih kerana memberi respon.

Sekian. wassalam.