Wednesday, April 8, 2009

Menjawab Tag Kekawan.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Saya telah ditag oleh Izzah,
( http://izzmarzuki.blogspot.com/ )

saya mengetahuinya apabila melayari blognya 8 APRIL 2009 kerana tag yang dikenakan tidak begitu rumit utk dijawab maka saya bersetuju utk menjawabnya.

Butiran tag:

1. Anda rasa anda hot?
= Hot, memang panas, kebetulan badan saya pun jenis panas, tapi tidaklah panas baran, cuma panas badan. dua minggu lepas dihinggap dek demam dan batuk, kesian diriku, selepas tiga hari barulah demam dan batuk itu terbang ke alam maya.
Tetapi tidak mengapa - demam itu dapat juga sedikit sebanyak menginsafkan saya, manusia tidak berkuasa, lagak je lebih hehehe. bila dah demam, baru tahu tidak ada kuasa pada diri, Allah jua yang Maha Berkuasa.

2. Upload gambar kegemaran anda
= Gambar kegemaran yang terpilih :



3. Kenapa anda suka gambar ini?
= Gambar di dalam satu majlis penyampaian hadiah di sekolah yang saya bertugas. Saya diberi penghormatan untuk menyampaikan hadiah. Kelihatan seorang murid sedang menerima hadiah. Gambar ini kurang terang, memang saya sengajakan kerana malu kekawan hehehe.

4. Bila kali terakhir anda makan piza?
= Dah tak ingat kerana saya memang kurang suka makan piza berbanding dengan masak lemak rebung buluh beting. hee sedapnya.

5. Lagu terakhir yang anda dengar?
= Lagu bayati, nahwan dan soba di dalam bacaan al.quran di TV. agaknya. ya boleh jadi.

6. Apa yang anda buat selain menyiapkan tag ini?
= Tentulah banyak kerja yang dibuat, tak kuasa nak disebut di sini, tapi bolehlah sebut beberapa perkara yang mampu disebut.
ikuti perkembangan kempen PRK Bkt. Selambau. Bkt. Gantang dan Batang Air.
ikuti keputusan PRK.
dengar ceramah.
layari laman blog kekawan. blog ke blog.

7. Selain nama anda sendiri,anda suka di panggil dengan panggilan apa?

= Panggilan yang paling saya suka di kalangan rakan sebaya ialah Leenoh kerana rangkuman nama saya dan nama bapa saya. di kalangan orang yang lebih muda panggilan Pak Ngah atau Pak Anjang.

8. Tag lagi 6 orang:

1. http://personafiza.blogspot.com/
2.http://glamarousgurl.blogspot.com/
3. http://wwwaminar.blogspot.com/
4. http://rupadiawan.blogspot.com/
5. http://fadhyibrahim.blogspot.com/
6. http://aktivis02.blogspot.com/

9. Siapa no 1 di atas pada anda?
= Beliau sukakan Proton Persona. dan sering bermuhasabah diri dengan bertanya, Bersediakah aku ?, Tabahkah aku ? dan redzakah aku ?, persoalan itu dapat diselesaikannya.

10. Orang no 3 di atas ada hubungan dengan sesiapa?
= Sudah pasti ada hubungan dengan warga sekolah dan Pejabat Pendidikan kerana beliau adalah seorang guru dan ada hubungan dengan orang Kedah sebab bertugas di Kedah walaupun berasal dari Perak. beliau prihatin dengan orang Kedah sehingga menjadi pakar bahasa atau loghat Kedah. kalau tidak percaya layarilah laman blognya. kempen lak hehehe itulah namanya kawan.

11. Kata sesuatu berkenaan orang no 5 di atas:
= Beliau seorang yang kreatif terutamanya dalam bidang jahitan atau membuat pakaian, kerjaya ini sebagai kerja sampingan sahaja. beliau sebenarnya mempunyai pekerjaan yang tetap di sektor swasta. seorang yang sangat patuh kepada ajaran Islam. Saya doakan beliau selamat maju jaya dan insya Allah akan tercapai apa yang dihajatinya.

12. Bagaimana pula dengan no 4 ?
= Saya suka kepadanya kerana beliau seorang yang sangat mengambil berat mengenai sejarah, saya gelar beliau sebagai ahli Sejarah Maya.

13. Siapakah orang no 2 ?
= Beliau baru lepas konvo, sekarang dapat pula tawaran sambung pelajaran tapi beliau serba salah nak terima atau tidak katanya nak kerja dulu nak rasa pegang duit. tapi saya menasihatinya supaya jangan lepas peluang sambung pelajaran. hehehe, saya cerita betul ni, kalau tak percaya tanyalah dia.

14. Pesanan kepada no 6.
= Beliau seorang yang membuat kebaikan melalui alam maya, menyebarkan kebaikan kepada pelawat laman blog. Pesanan saya kepadanya; Teruskan dan beristiqamahlah kepada kerjaya anda yang sememangnya sangat mulia itu, kalau bukan kita yang melibatkan diri , siapa lagi. Saya doakan kejayaan anda.

Kepada mereka yang terkena tag ini, sekiranya anda sebok, bolehlah diabaikan, kalau ada masa jawablah secara kreatif, hehehe. Ini cuma suka-suka je. Nak melayan kekawan sekadar yang mampu dan memeriahkan suasana tetapi jangan lupa ambillah kesempatan untuk berdakwah.


Sekian. Wassalam.

___________________________________

Ulasan anda dihargai:

Blogger Mak Su said...

wah... banyak kerja tu. memng hot :)

April 8, 2009 3:34 PM

Delete
Blogger Leenoh said...

Salam Mak Su.
Tadi semasa saya sedang menyiapkan tag ini, saya teringat nama Dee dan Mak Su tapi kesian pula selalu kaurang kena tag, jadi kau berdua terselamat, ada apa-apa doa ke boleh selamat dari tag ni. he3 bergurau ye Mak su.

April 8, 2009 3:45 PM

Delete
Blogger Izzah Marzuki said...

Salam,

Waah, terimakasih kerna menjawab persoalan mudah dengan begitu jelas & terperinci sekali! Teruja jap membacanya..

Terima kasih sekali lagi. =)

April 8, 2009 4:33 PM

Delete
Blogger fadhy said...

Salam Pak Ngah. Terima kasih atas tag Pak Ngah walaupun sy ni masih baru dlm arena blogging ni. Seakan-akan penilaian Pak Ngah tu masih jauh lagi dgn diri ni, namun sy berterima kasih dan anggap itu adalah doa dari Pak Ngah. Moga sy terus b'istiqamah. Amin.

April 8, 2009 4:41 PM

Delete
Blogger Leenoh said...

Salam Izzah,
Biasa je. Saya mengambil sedikit kesempatan untuk berdakwah, walaupun ketika menjawab tag kekawan.

April 8, 2009 5:02 PM

Delete
Blogger Leenoh said...

Salam Fadhilah.
Sememangnya kita dapat melihat diri kita hanya sebahagian sahaja dan bakinya kita akan mendapat maklumbalas dari kekawan.
Ok. beristiqamahlah anda kerana anda telah berada di landasan yang betul dan benar.

April 8, 2009 5:11 PM

6 comments:

Mak Su said...

wah... banyak kerja tu. memng hot :)

Leenoh said...

Salam Mak Su.
Tadi semasa saya sedang menyiapkan tag ini, saya teringat nama Dee dan Mak Su tapi kesian pula selalu kaurang kena tag, jadi kau berdua terselamat, ada apa-apa doa ke boleh selamat dari tag ni. he3 bergurau ye Mak su.

♥ Izzah Marzuki said...

Salam,

Waah, terimakasih kerna menjawab persoalan mudah dengan begitu jelas & terperinci sekali! Teruja jap membacanya..

Terima kasih sekali lagi. =)

Fadhli-Fadhilah said...

Salam Pak Ngah. Terima kasih atas tag Pak Ngah walaupun sy ni masih baru dlm arena blogging ni. Seakan-akan penilaian Pak Ngah tu masih jauh lagi dgn diri ni, namun sy berterima kasih dan anggap itu adalah doa dari Pak Ngah. Moga sy terus b'istiqamah. Amin.

Leenoh said...

Salam Izzah,
Biasa je. Saya mengambil sedikit kesempatan untuk berdakwah, walaupun ketika menjawab tag kekawan.

Leenoh said...

Salam Fadhilah.
Sememangnya kita dapat melihat diri kita hanya sebahagian sahaja dan bakinya kita akan mendapat maklumbalas dari kekawan.
Ok. beristiqamahlah anda kerana anda telah berada di landasan yang betul dan benar.