Monday, April 20, 2009

Haramkah Orang Bukan Islam Membaca Al.Quran.

Gambar hiasan
________________

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Persoalan mengenai orang bukan Islam membaca Al.Quran telah mengingatkan saya kepada seorang budak jiran saya yang suka berazan di rumahnya setiap kali dia berkesempatan berhadapan dengan TV sebaik sahaja masuk waktu solat. Perlakuan budak berusia 14 tahun ini telah menarik perhatian saya dan menyukakan hati saya kerana saya menaruh harapan atau bersangka baik bahawa pada suatu hari nanti beliau akan menjadi seorang Islam yang baik.
Setiap kali azan berkumandang di TV budak ini akan memperlahankannya dan beliau sendiri mengambil alih mengazankannya dengan kuat dan lantang sehingga suaranya jelas kedengaran di rumah saya. Baliau pernah bertanyakan kepada saya sama ada beliau boleh berbuat demikian atau tidak, saya menjawab tentu sekali boleh. Saya menerangkan kepadanya bahawa Islam diturunkan untuk manusia yang berakal, malah seluruh manusia yang berakal.

Mereka yang telah disampaikan ajaran ini dan tidak beriman dengannya, mereka inilah yang diistilahkan sebagai kafir dan akan disiksa di akhirat nanti di atas penolakannya itu, sedangkan mereka yang tidak sampai seruan ini atau ajaran ini kerana mereka hidup di tempat yang terpencil dan tiada penganut Islam bersama mereka, maka mereka terkecuali daripada tuntutan hukum Allah dan terlepas daripda siksaan. Demikianlah Allah itu Maha Adil dan Maha Penyampun serta Maha Bijaksana.

Saya juga berasa terkejut kerana ibu dan bapanya tidak memerahinya dan berbual-bual pula mengenai perkara tersebut dengan saya, maka senanglah bagi saya menceritakan tentang Islam kepadanya. Saya tidak dapat mengikuti perkembangan seterusnya kerana mereka berpindah ke tempat lain dan saya juga berpindah. Beberapa tahun kemudian saya dimaklumkan oleh jiran Islam saya bahawa budak tersebut menyambung pelajaran di UIA yang mana universiti tersebut sememangnya menjadi idamannya dan katanya beliau telah memeluk Islam. Wallahu aklam.

Berbalik kepada tajuk di atas haramkah orang bukan Islam (kafir) membaca Al.Quran ?. Membaca Al.Quran ada berbagai cara di antaranya, memegang mashaf Al.Quran dan membacanya, Membaca tanpa memegangnya dan membaca secara menghafaznya. Persoalannya adakah haram bagi orang bukan Islam membacanya, kalau haram bermakna berdosalah mereka kerana perbuatan tersebut. Apakah bezanya pula di antara dosa tersebut dengan dosa mereka makan babi, minum arak dan lain yang haram ?. Bukankah teras dosa mereka ada pada syirik dan kafir mereka. Bukankah persoalan syirik dan kafir ini yang perlu diselesaikan dahulu.

Apakah kewajipan kita sebagai orang Islam terhadap mereka yang bukan Islam, adakah menceritakan tentang haram makan babi, minum arak dan berjudi itu lebih penting daripada mengajak mereka kepada mengenal Allah ( makrifatullah).

Seseorang yang syirik kepada Allah atau kafir adalah berdosa sepanjang masa samada mereka tidak minum arak, tidak makan babi atau tidak berjudi ataupun mereka melakukannya. Hukum ini berlaku kerana mereka tidak memperhambakan diri kepada Allah dan mereka menyengutukan-Nya. Perbuatan inilah menjadikan mereka berdosa sepanjang masa. Ini adalah kepercayaan kita dan inilah ajaran Islam. Demikianlah diceritakan di dalam Al.Quran, mereka yang syirik dan kafir akan disiksa atau diazab di akhirat nanti.

Adakah seseorang yang bukan Islam itu memeluk Islam bermula dengan " Mengucap dua kalimah syahadah" tanpa ada muqaddimahnya yang lain ?,. Tentulah muqaddimah kepada Islam itu berlaku ketika mereka kafir. Mereka mempelajari Islam secara beransur-ansur, akhirnya mereka mengenali Islam dan mencintai Islam dan ingin memeluk Islam, barulah mereka menjadi Islam, kemudian mereka melanjutkan lagi pengajian Islam mereka, senario ini tidak dapat dielakkan. kalau kita melarang mereka mempelajari Islam ketika mereka kafir dan melarang mereka membaca Al.Quran semasa mereka bukan Islam, apakah ada cara lain bagi mereka mengenali Islam, sedangkan ajaran Islam adalah terkandung di dalam Al.Quran dan Al.Hadis.

Agaknya boleh kita melarang mereka tetapi bahagian tertentu sahaja, iaitu apabila ternyata mereka menghina, sebelum itu adakah kita telah menyediakan sumber yang cukup untuk mereka membuat rujukan.

Semasa saya masih bersekolah dahulu terdapat seorang orientalis dari negara barat datang melawat ke sekolah saya iaitu Maktab Mahmud, Alor setar ketika orientalis itu masuk ke dalam kelas seorang guru sedang mengajar dan menyambutnya dengan bersopan, kami semua bangun sebagai menghormati tetamu dan pelawat itu membacakan beberapa potongan ayat Al.Quran dan guru tersebut membacakan untuknya Surah Al.Ikhlas sebagai hujah kepada makrifatullah, kami difahamkan bahawa dia menghafaz sebahagian daripada Al.quran. Persoalannya bolehkah kita menghalang perkara ini daripada berlaku demikian.

Agaknya 99% daripada orang Melayu adalah beraqidahkan Islam tetapi berlainan dengan bangsa lain di dunia ini termasuk bangsa Arab, Orang Arab ramai juga yang menganut aqidah Kristian. Adakah tidak terdapat di kalangan orang Arab Kristian ini membaca Al.Quran dan menyimpannya di rumah mereka.

Pada saya kita sebenarnya mempunyai dua kewajipan yang bersar dalam hal ini iaitu kewajipan menjaga kehormatan Islam ( Al.Quran) dan kewajipan menyebarkan Islam kepada mereka yang bukan Islam terutamanya di negera kita sendiri.

________________

"Dan hendaklah ada di antara kamu
segolongan umat yang menyeru
kepada kebajikan dan menyuruh kepada
yang makruf dan mencegah dari yang mungkar;
merekalah orang-orang yang bejaya".
Suarh Ali Imran (104)
_____________________

Persoalan ini bukanlah suatu persoalan yang remeh temeh tetapi suatu persoalan yang besar yang perlu diselesaikan oleh mereka yang pakar dalam Islam yang juga di sana terdapat berbagai bidang termasuk bidang dakwah. Wacana ini perlulah digerakkan melalui forum-forum dan seminar-seminar yang dianjurkan oleh kerajaan dan badan bukan kerajaan. Kita perlu menggunakan medan ini sebagai tapak untuk percambahan minda dan fikiran para pakar secara berdisiplin dan berwawasan. Kiranya ini difikir dan dirancangkan dengan baik dan sempurna hasrat mengajak manusia ke arah makrifatullah akan dapat diuruskan dengan jayanya. Insya Allah.

Sekia, Wallahu aklam. Wassalam.

________________________

Ulasan anda amat dihargai:

Blogger zaidi ali said...

Salam.

Hanya para ulamak dan mufti yang yang sempit akalnya akan menfatwa HARAM. Al-Quran bukannya untuk umat Islam sahaja malahan sebagai penyuluh kehidupan seluruh umat manusia. Jikalau HARAM hukumnya maka mungkin berkuburlah dakwah Islamiyyah untuk mengembangkan ajaran Islam.

Persoalan pokok bukanlah HALAL atau HARAM sebab orang kafir tidak tertakluk di bawah hukum HALAL-HARAM.

Walaubagaimanapun kita sebagai umat Islam wajib menjaga kehormatan kitab suci al-Quran sepertimana kita memelihara kesucian Islam. Selagi pembacaannya tidak berniat serong atau menghina maka kesuciannya terpelihara. Sekiranya ada unsur menghina maka perlulah diambil tindakan di bawah Akta Hasutan.

Perlu juga difikirkan bahawa umat Islam wajib percaya dan beriman kepada kitab-kitab wahyu yang lain seperti Zabur, Taurat, Injil dan Syuhuf Ibrahim AS seperti firman Tuhan,

"Katakanlah (hai orang-orang mukmin): “Kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Isma’il, Ishaq, Ya’kub dan anak cucunya, dan apa yang telah diberikan kepada Musa dan ‘Isa serta apa yang diberikan kepada nabi-nabi dan Rabbnya. Kami tidak membeda-bedakan seorang pun di antara mereka dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya”. (Al-Baqarah: 136).

Oleh kerana al-Quran adalah kitab penamat yang merangkumi semua kitab-kitab wahyu terdahulu sebelum al-Quran maka tidak perlulah kita membaca atau memahami kitab-kitab wahyu terdahulu, sekadar WAJIB beriman dan percaya sudah memadai. Ini adalah kerana kitab-kitab tersebut juga sudah banyak dipinda oleh manusia dan pembawaan maksud juga sudah berubah KECUALI al-Quran yang dijanji Tuhan tidak akan terpinda sehingga Kiamat.

Wallahu aklam.

April 20, 2009 1:01 PM

Delete
Blogger Leenoh said...

Salam.
Zaidi Ali, Respon anda mengukuhkan dan memantapkan serta memperlengkapkan lagi entri ini. Sama-samalah kita cambahkan minda dan fikiran sehingga dapat menjuruskan ramai lagi manusia ke arah makrifatullah ( mengenal Allah ). Insya Allah.

April 20, 2009 1:23 PM

Delete
Blogger JURAISH AL-MUHAMI said...

salam ziarah. Pak Ngah! Saya setuju dengan kandungan entri ni. Kita patut bertindak dengan penuh hikmah untuk menyebarkan risalah al-Quran. Trend orang kafir membaca dan mempelajari al-Quran adalah satu peluang untuk kita memudahkan kerja dakwah. Apa yang penting kita harus pastikan ketinggian al-Quran tidak diperlekeh. Kita harus bijak mencari peluang. Jangan berfikiran sempit dan pesimis. Jika orang bukan Islam mahupun orang Islam baca quran tersalah baris atau makhraj, kita kenalah betulkan.Selepas dibaca kita fahamkan, setelah itu kita amalkan.

April 21, 2009 2:55 PM

Delete
Blogger Leenoh said...

Salam, Sdr.Juraish.

Terima kasih dalam sebok-sebok dengan tugaspun masih dapat memberi sumbangan kepada entri ini,alhamdulillah.
Ya betul, kita kena berfikiran positif dan proaktif serta optimistik, juga bersangka baik kepada mereka.Berlebih-lebih lagi berhikmah.

Kekadang kita juga perlu bertanya. Adakah Allah Taala tidak akan menanyai kita kerana membiarkan orang kafir itu kekal dengan kekafirannya tanpa kita berusaha memberi kefahaman tentang ajaran Islam kepada mereka, sedangkan peluang itu terbuka luas untuk kita berbuat demikian.

Adakah kita hanya menyelamatkan diri sahaja utk ke syorga.Adakah kita berfikir dan melihat bahawa orang kafir itu akan kekal berkeadaan kafir dan langsung tiada ruang utk mereka mendapat hidayah Allah.
Adakah kita hendak mengekalkan islam kita dalam lingkungan orang Melayu sahaja atau bagaimana ?.

Dalam hal ini Pak Ngah rasa kita perlu berfikir semula atau membuat penilaian semula bagi merealisasikan kehendak yang termaktub di dalam Al.Quran dan menyambung tugas yang diamanahkan Rasulullah.s.a.w.kepada kita.

April 21, 2009 3:37 PM

4 comments:

Anonymous said...

Salam.

Hanya para ulamak dan mufti yang yang sempit akalnya akan menfatwa HARAM. Al-Quran bukannya untuk umat Islam sahaja malahan sebagai penyuluh kehidupan seluruh umat manusia. Jikalau HARAM hukumnya maka mungkin berkuburlah dakwah Islamiyyah untuk mengembangkan ajaran Islam.

Persoalan pokok bukanlah HALAL atau HARAM sebab orang kafir tidak tertakluk di bawah hukum HALAL-HARAM. Walaubagaimanapun kita sebagai umat Islam wajib menjaga kehormatan kitab suci al-Quran sepertimana kita memelihara kesucian Islam. Selagi pembacaannya tidak berniat serong atau menghina maka kesuciannya terpelihara. Sekiranya ada unsur menghina maka perlulah diambil tindakan di bawah Akta Hasutan.

Perlu juga difikirkan bahawa umat Islam wajib percaya dan beriman kepada kitab-kitab wahyu yang lain seperti Zabur, Taurat, Injil dan Syuhuf Ibrahim AS seperti firman Tuhan,

"Katakanlah (hai orang-orang mukmin): “Kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Isma’il, Ishaq, Ya’kub dan anak cucunya, dan apa yang telah diberikan kepada Musa dan ‘Isa serta apa yang diberikan kepada nabi-nabi dan Rabbnya. Kami tidak membeda-bedakan seorang pun di antara mereka dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya”. (Al-Baqarah: 136).

Oleh kerana al-Quran adalah kitab penamat yang merangkumi semua kitab-kitab wahyu terdahulu sebelum al-Quran maka tidak perlulah kita membaca atau memahami kitab-kitab wahyu terdahulu, sekadar WAJIB beriman dan percaya sudah memadai. Ini adalah kerana kitab-kitab tersebut juga sudah banyak dipinda oleh manusia dan pembawaan maksud juga sudah berubah KECUALI al-Quran yang dijanji Tuhan tidak akan terpinda sehingga Kiamat.

Wallahu aklam.

Leenoh said...

Salam.
Zaidi Ali, Respon anda mengukuhkan dan memantapkan serta memperlengkapkan lagi entri ini. Sama-samalah kita cambahkan minda dan fikiran sehingga dapat menjuruskan ramai lagi manusia ke arah makrifatullah ( mengenal Allah ). Insya Allah.

JURAISH KAMARUDDIN AL-MUHAMI said...

salam ziarah. Pak Ngah! Saya setuju dengan kandungan entri ni. Kita patut bertindak dengan penuh hikmah untuk menyebarkan risalah al-Quran. Trend orang kafir membaca dan mempelajari al-Quran adalah satu peluang untuk kita memudahkan kerja dakwah. Apa yang penting kita harus pastikan ketinggian al-Quran tidak diperlekeh. Kita harus bijak mencari peluang. Jangan berfikiran sempit dan pesimis. Jika orang bukan Islam mahupun orang Islam baca quran tersalah baris atau makhraj, kita kenalah betulkan.Selepas dibaca kita fahamkan, setelah itu kita amalkan.

Leenoh said...

Salam, Sdr.Juraish.

Terima kasih dalam sebok-sebok dengan tugaspun masih dapat memberi sumbangan kepada entri ini,alhamdulillah.
Ya betul, kita kena berfikiran positif dan proaktif serta optimistik, juga bersangka baik kepada mereka.Berlebih-lebih lagi berhikmah.

Kekadang kita juga perlu bertanya. Adakah Allah Taala tidak akan menanyai kita kerana membiarkan orang kafir itu kekal dengan kekafirannya tanpa kita berusaha memberi mereka faham tentang ajaran Islam kepada mereka, sedangkan peluang terbuka luas untuk kita berbuat demikian.