Tuesday, April 7, 2009

Hukuman Rotan dan Pendekatan Baru.

Salam sejahtera.

Hukuman rotan dikuatkuasa kembali.
Berita Sinar Harian, Edisi Selangor & KL. Selasa 07 APRIL 2009.

Hukuman rotan di sekolah-sekolah akan dikuatkuasakan kembali bagi membendung masalah disiplin pelajar, kata
Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr,Wee Ka Siong. Demikianlah muqaddimah berita tersebut.
_______

Gambar hiasan
_________

Pada Hemat Saya:

Tajuk ini telah menarik perhatian saya dan juga mengingatkan kembali entri yang telah lalu yang telah membuat sentuhan mengenai perkara ini - Kata pepatah Melayu " Sayangkan anak tangan-tangankan , sayangkan isteri tinggal-tinggalkan" perkara ini telah dihuraikan di dalam entri yang telah lalu, oleh itu tidak perlu diulangi lagi huraiannya.
_____________________________________

Berikut petikan ringkas dari entri yang dimaksudkan:

Denda bagi mereka yang bersalah sangat diperlukan sebagai pengajaran dan membuka jalan ke arah keinsafan terhadap kesalahan yang telah terlanjur. Sebagai contoh; Kanak-kanak yang baru boleh merangkak, merangkak ke arah api lilin dan menyentuhnya dan ia merasai kepanasan api tersebut dan secepat kilat ia menarik tangannya untuk menyelamatkan diri, kanak-kanak ini tidak akan melakukannya buat kali yang kedua dalam masa terdekat kerana menyedari di sana seolah-olah terdapat denda yang terpaksa diterimanya.

Allah Subhanahu Wa Taala mendidik manusia melalui peraturan dan undang-undang yang diwahyukan kepada Rasulullah.s.a.w. yang termaktub di dalam al.Quran dan al.Hadis. Mengapakah kita takut untuk memberi hukuman atau denda walau pun secara yang adil dan menepati kehendak Islam ?. Tidak semestinya cara atau kaedah yang lama itu ketinggalan zaman dan tidak pasti pula cara didikan terkini itu terbaik kerana ianya belum dibuktikan.
Mengenakan hukuman sesuka hati tidak layak dianggap hukuman atau denda atas kesalahan seseorang. Cara demikian layak dinilai sebagai melepaskan panas baran atau hawa nafsu yang tidak bersama akal yang sempurna. Denda atau hukuman wajib dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan. Prosedur yang ditetapkan itu pula hendaklah akur dengan perintah Allah dan RasulNya. Pelaksana yang melaksanakan hukuman dan denda sesuka hati adalah juga penjenayah. Ibubapa yang menghukum anaknya tidak setimpal dengan kesalahan mereka juga tidak akan terlepas dari pemerhatian dan penilaian Allah.

__________________________________

Ajaran Islam telah lama membuka jalan untuk merealisasikan peraturan ini dengan syarat dan prosedurnya yang tertentu. Tetapi malangnya masyarakat kita tidak yakin dengan pendekatan tersebut sedangkan pendekatan yang mengambil alih peraturan merotan itu lebih lemah dan kurang berkemampuan menangani masalah disiplin pelajar semasa. Tidak semua yang baru itu lebih baik daripada yang lama, Ibarat menanam semula pokok , kalau hendak ditanam dengan pokok baru, hendaklah menggantikan pokok tua yang tidak lagi mengeluarkan hasil, bukan menebang dan menggantikan pokok yang sedang berbuah, Sesesuatu peraturan yang telah matang perlulah dikekalkan. Kalau tersesat jalan hendaklah kembali ke pangkal jalan, insya Allah akan mendapati jalan baru dan akan selamat sampai ke destinasinya.

SYABAS DAN TAHNIAH
kepada Kementerian Pelajaran Malaysia kerana mengambil pendekatan baru tersebut dan melaksanakannya dengan prosedur yang teliti dan bertanggungjawab.

Peraturan ini sebenarnya telah dilaksanakan sejak tahun 1959 lagi, di mana ianya termaktub di dalam Peraturan-peraturan Disiplin Sekolah 1959. Jika peraturan ini diteruskan secara istiqamah sehingga sekarang insya Allah masalah disiplin tidak seteruk sekarang. Kita rasa sedikit anih kerana ketika disiplin pelajar dalam keadaan sederhana ataupun baik, hukuman rotan dilaksanakan tetapi apabila disiplin pelajar menjadi semakin teruk pada suatu ketika dahulu, hukuman rotan yang sedia ada dilarang menggunakannya. Dalam jangka masa tersebut sehingga sekarang membuka ruang sangat luas untuk masalah disiplin berkembang biak.

Akhlak atau masalah disiplin pelajar sekarang semakin teruk dan hukuman merotan yang diamalkan sekian lama di sekolah-sekolah, kini dikuatkuasakan semula, Tindakan demikian amatlah sesuai pada masa dan ketikanya , Walaupun dilihat telah terlambat tetapi masih ada usaha ke arah kebaikan.

Walaupun saya berasa sangat gembira dengan pengumuman tersebut tetapi di dalam hati tetap bercampur baur dengan rasa bimbang dan risau dengan pelaksanaannya. namun demikian saya masih bersangka baik dengannya. Bimbang dan risau kalau-kalau prosedur yang disediakan itu tidak diikuti dan dipatuhi dengan teliti oleh pihak sekolah, andaian ini perlu ada pada pihak atasan supaya sebarang prosedur yang disediakan hendaklah diberi faham dan difahami secara mendalam oleh para guru.

( Memahami secara kognitif, efektif, psikomotor dan penghayatan serta akhlak mulia para guru hendaklah sentiasa merentas kurikulum dan jangan sekali-kali terlalai mematuhi prosedurnya ).

Untuk itu suatu kursus dan taklimat yang serius wajiblah disempurnakan secara bersungguh-sungguh dan serius.

Diharap pendekatan baru ini akan berjaya dan tidak akan menimbulkan masalah. Kerjasama masyarakat terutamanya para waris amat diperlukan.

Berkhidmatlah untuk agama, bangsa dan negara.

Sekian. wallahu aklam. wassalam.

______________________________

Ulasan anda dihargai:

Blogger zaidi ali said...

Salam Sdr Leenoh,

Hari ini saya terbaca kisah seorang pelajar sekolah tahfiz di rotan 20 kali oleh ustaznya sebagai hukuman mencederakan rakannya dengan gunting.

Saya sokong penuh supaya hukuman rotan dipraktik di sekolah. Zaman saya sekolah dulu "public caning" masih diamalkan. Pelajar berfikir 2 kali sebelum melanggar disiplin. Hasilnya, lahirlah rakyat yang berdisiplin dan kuranglah jenayah.

Pada tahun 1988, saya dirotan 3 sebatan semasa Matrikulasi pra-U oleh Pengetua SM Sains Sultan Mohamad Jiwa. Dirotan Pengetua secara tertutup lebih menyakitkan berbanding 'public caning' sebab orang tak nampak. Kesalahan agak berat: Mengetuai pembelasahan seorang pencuri (budak Langkawi Form 3). Siap bapanya (Mejar tentera) buat repot polis!

Pengajarannya amat baik buat saya dan juga si pencuri itu! Saya harap dia tak mencuri lagi..he.he.

April 7, 2009 9:17 PM

_____________________

Delete
Anonymous Anonymous said...

Saya sokong hasrat itu demi mendidik dan mendisiplinkan pelajar dan memanusiakan manusia.Sebenarnya merotan bukannya kolot dan tidak bertamudun atau tidak sesuai tetapi banyak memberi erti dan pengajaran serta hikmah yang tersendiri.Kalau kita rujuk kepada Islam terdapat hukuman yang disabitkan dengan kesalahan tertentu dikenakan rotan atau sebat.Misalnya dalam menyuruh anak bersolat,berzina,minum arak,menuduh berzina dan lain-lain.Tentunya mempunyai banyak hikmah jika dikaji.ALLAh MAHA MENGETAHUI DAN MAHA PENCIPTA yang lebih mengetahui dengan penciptaanya,Allah tentukan hukuman dengan sebat bukan dengan alternatif lain.Oleh kerana kita selalu lupa dan lalai dengan peraturan Allah dan sebaliknya menganggap pilihan dan ciptaan kita lebih baik,menyebabkan kita dilanda berbagai masalah mendatang yang tak habis-habis dan tidak berpenghujung.Walau bagaimanapun segala hukuman itu mestilah mengikut pertimbangan berdasarkan keadilan dan peruntukan yang dibenarkan bukan mengikut sentimen emosi yang menyebabkan berlaku kezaliman dan ketidakpuas hati.

April 7, 2009 10:23 PM

_________________________________

Blogger Nurhani Salwa Binti Jamaluddin said...

Salam Pak Ngah,

Saya berminat dengan entry Pak Ngah ni. Saya menyokong hasrat kerajaan untuk kuatkuasakan semula hukuman rotan, kalau itu cara terbaik untuk tangani masalah disiplin pelajar. Selama ni, kalau cikgu ambik tindakan, cikgu tu yang kena balik. Dalam keluarga saya, ayah (dah pencen), dan 4 orang adik-beradik saya merupakan guru di sekolah rendah. Selain ayah saya (yang telahpun berhenti mengajar dan bersara pada tahun 1999) masing2 merungut dengan tahap disiplin pelajar dan sikap murid2 yang tidak menghormati guru. Kalau cikgu sendiri tak mampu nak bimbing pelajar, siapa yang nak bimbing? Ayah mak dah sibuk kat rumah.. tapi bila anak mengadu kena cubit/tampar dengan cikgu, mak ayah buat report.. Ini cerita biasa.. Saya dan adik beradik lain, dulu, lewat solat sebab tengok TV, ayah saya rotan..Ayah sekarang macam mana? Zaman dah berubah, dunia dah maju, anak2 muda makin liar, pelajar makin kreatif buat salah dan bawa masalah, transformasi sistem perlu dibuat.. Kalau dengan merotan pelajar jadi lebih baik, rotanlah mereka.. Cuma cadangan saya, adalah baik jika rotan dibuat secara yang menurut Syariah (sebatan Syariah) tidak bertujuan untuk mendera, tetapi memberi peringatan dan membetulkan kesilapan. sebatan tidak terlalu kuat sehingga melukakan, tetapi untuk memberi pengajaran. Wallahua'lam. Sekadar pandangan..

April 7, 2009 11:37 PM

3 comments:

Anonymous said...

Salam Sdr Leenoh,

Hari ini saya terbaca kisah seorang pelajar sekolah tahfiz di rotan 20 kali oleh ustaznya sebagai hukuman mencederakan rakannya dengan gunting.

Saya sokong penuh supaya hukuman rotan dipraktik di sekolah. Zaman saya sekolah dulu "public caning" masih diamalkan. Pelajar berfikir 2 kali sebelum melanggar disiplin. Hasilnya, lahirlah rakyat yang berdisiplin dan kuranglah jenayah.

Pada tahun 1988, saya dirotan 3 sebatan semasa Matrikulasi pra-U oleh Pengetua SM Sains Sultan Mohamad Jiwa. Dirotan Pengetua secara tertutup lebih menyakitkan berbanding 'public caning' sebab orang tak nampak. Kesalahan agak berat: Mengetuai pembelasahan seorang pencuri (budak Langkawi Form 3). Siap bapanya (Mejar tentera) buat repot polis!

Pengajarannya amat baik buat saya dan juga si pencuri itu! Saya harap dia tak mencuri lagi..he.he.

Anonymous said...

Saya sokong hasrat itu demi mendidik dan mendisiplinkan pelajar dan memanusiakan manusia.Sebenarnya merotan bukannya kolot dan tidak bertamudun atau tidak sesuai tetapi banyak memberi erti dan pengajaran serta hikmah yang tersendiri.Kalau kita rujuk kepada Islam terdapat hukuman yang disabitkan dengan kesalahan tertentu dikenakan rotan atau sebat.Misalnya dalam menyuruh anak bersolat,berzina,minum arak,menuduh berzina dan lain-lain.Tentunya mempunyai banyak hikmah jika dikaji.ALLAh MAHA MENGETAHUI DAN MAHA PENCIPTA yang lebih mengetahui dengan penciptaanya,Allah tentukan hukuman dengan sebat bukan dengan alternatif lain.Oleh kerana kita selalu lupa dan lalai dengan peraturan Allah dan sebaliknya menganggap pilihan dan ciptaan kita lebih baik,menyebabkan kita dilanda berbagai masalah mendatang yang tak habis-habis dan tidak berpenghujung.Walau bagaimanapun segala hukuman itu mestilah mengikut pertimbangan berdasarkan keadilan dan peruntukan yang dibenarkan bukan mengikut sentimen emosi yang menyebabkan berlaku kezaliman dan ketidakpuas hati.

Hunny said...