Saturday, April 11, 2009

Kempen Sarapan dan Minum Air.





السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Entri ini sekadar menceritakan pengalaman yang telah lalu, walaupun tidak banyak manfaatnya untuk direalisasikan atau dijadikan kenyataan dan realiti di dalam kehidupan tetapi ada juga sedikit manfaatnya. Kalau anda ada masa lapang bacalah sehingga selesai dan buatlah komen ringkas untuk kebaikan bersama. kalau sebok abaikan sahaja kerana saya mempunyai masa lapang yang banyak maka saya tulislah entri ini untuk tatapan sesiapa sahaja yang suka membacanya.

Pada pemerhatian saya terhadap anak-anak orang Melayu di sekolah samada di sekolah rendah atau menengah sebahagian daripada mereka tidak berselera untuk menga mbil sarapan pada waktu pagi dan minum air kosong pada kadar yang tidak mencukupi untuk saraan seharian.


>> SARAPAN PAGI << Sarapan pagi sangat mustahak untuk semua orang terutama bagi mereka yang sedang menuntut ilmu (pelajar) kerana jadual pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran berat seperti Sains, Matematik, Bahasa Inggeris dijadualkan pada awal pagi iaitu sebelum waktu rehat, seboleh-bolehnya akan dijadualkan begitu rupa kerana ketika itu dianggap para pelajar berada di dalam keadaan segar dan cerdas.

Sayangnya terdapat di antara pelajar kita tidak selera bersarapan pada awal pagi, ini berlaku kebanyakannya di kalangang anak-anak Melayu, pada masa kini saya tidak pasti samada keadaan itu masih berlaku kerana saya tidak lagi dapat membuat pemerhatian kerana telah bersara.semasa sa ya membuat pemerhatian dahulu didapati hampir 30% pelajar Melayu tidak bersarapan pagi bukan kerana kemiskinan tetapi kerana tiada selera makan pada awal pagi.


Saya memang mengambil berat mengenai masalah ini khususnya pada ketika saya masih bertugas dahulu , oleh itu saya bertindak sekadar kemampuan. Dengan cara memberi penjelasan di dalam kelas dan perhimpunan mingguan tentang pentingnya pengambilan air atau minum air yang cukup dan bersarapan pagi. Itulah sahaja cara mudah yang boleh dilakukan oleh seorang guru, tidak mungkin dapat menyediakan makanan untuk mereka kerana cara demikian memerlukan perbelajaan yang banyak.

Para pelajar yang tidak bersarapan pagi biasanya berasa lapar ketika pengajaran dan pembelajaran sedang rancak dijalankan iaitu di sekitar jam 9.00 pagi, selepas jam ini mereka akan rasa lapar dan lapar, keadaan itu berterusan sehingga masa rehat, palajaran yang disampaikan ketika itu tentulah tidak lagi menarik perhatian dan tumpuan mereka sepenuhnya, sedangkan pelajaran tersebut termasuk di dalam golongan mata pelajaran yang susah hendak difahami dan memerlukan situasi yang selesa dan tenang
.
Cuba kita sama-sama renung dan fikirkan tentang jarak masa makan kanak-kanak tersebut sejak dari wa
ktu malam, jika kanak-kanak tersebut mengambil makanan jam 8.00 malam sehingga jam 9.00 pagi telah pun memakan masa 13 jam, rasa lapar itu ditangguhkan lagi sehingga masa rehat jam 10.30 pagi, ini bermakna mereka mengambil masa selama 14 jam 30 minit untuk menemui dan merasi makanan.
________________
_______________

Latihlah anak anda bersarapan pagi
__________________
____________

AIR KOSONG

____________________
______


>> MINUM AIR << Saya termasuk di kalangan mereka yang kurang minum air atau mengambil air kadar yang tidak mencukupi untuk menyara badan, badan sentiasa kekurangan air, tabiat yang tidak baik ini saya tidak mahu ianya berlaku kepada anak murid saya kerana bimbang akan akibat buruknya. Untuk diri saya sendiri saya cuba melatih dan berikhtiar supaya tahap pengambilan air tersebut mencukupi dengan menyediakan air di beberapa lokasi di dalam rumah seperti di dalam bilik tidur dan di atas meja makan dan seumpamanya.
Untuk menjadikan hajat saya itu menjadi kenyataan, saya lancarkan kempen bawa air ke sekolah. Semua kelas yang saya terlibat dengan pengajaran dan pembelajaran para pelajar diarah membawa air ke sekolah samada diisi di dalam botol atau apa-apa sahaja bekas air yang sesuai dan dibawa masuk ke dalam kelas serta diletakkan di sisi mereka sama ada di atas lantai atau di atas meje mereka masing-masing tanpa kecuali, mereka dibenarkan minum apabila mereka kehendaki.

Sebelum pemgajaran dimulakan dan selepas bacaan doa penerang hati, mereka diarahkan supaya masing-masing meminum air terlebih dahulu. Kempen ini dibuat sehingga beberapa lama, kepada mereka tidak diumumkan tarikh tamat kempen tersebut. Bagi saya kesan kempen tersebut berhasil dan bermanfaat.

Sepatutnya tiada larangan minum air di dalam kelas atau semasa pengajaran dan pembelajaran -- terutamanya semasa peperiksaan sedang dijalankan.

Kempen Sarapan Pagi dan Minum Air ini telah menjadi kenangan manis yang sukar saya lupai.
____________________

Pelihara dan jagailah kebersihan Sungai Kita.

____________________

Sekian. Wassalam.

________________________

MAKLUMBALAS:
Blogger cIk JanNah said...

kalo la boleh mmg nak sarapan pg..
tp malangnya;
bila cik jannah sarapan jer sure skit pewot.

so mls nak bfast;
tggu lunch jew~

;)

April 11, 2009 5:24 PM

Delete
Blogger Leenoh said...

Salam Cik JanNah.
Kesian dia. Dulu saya pun begitu, saya cuba makan gak, cuba and cuba, and cuba lagi, tirulah macam saya. insya Allah ok. tadi bunyi macam lagu lama kan he3, bergurau ye.

April 11, 2009 7:02 PM

Delete



2 comments:

Cik Jannah said...

kalo la boleh mmg nak sarapan pg..
tp malangnya;
bila cik jannah sarapan jer sure skit pewot.

so mls nak bfast;
tggu lunch jew~

;)

Leenoh said...

Salam Cik JanNah.
Kesian dia. Dulu saya pun begitu, saya cuba makan gak, cuba and cuba, and cuba lagi, tirulah macam saya. insya Allah ok. tadi bunyi macam lagu lama kan he3, bergutau ye.