Friday, April 24, 2009

SERUAN DARI MIMBAR JUMAAT.



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Seruan Mempertingkatkan diri dan Ummah.


Seruan khutbah Jumaat pada hari ini seperti biasa memulakan dengan memuji Allah dan selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhamad.s.a.w. dan membacakan beberapa potongan ayat Al.Quran. sebagai menyempurnakan rukun-rukunnya. Di antaranya membacakan ayat surah yang tercatat maksudnya di bawah ini.

"Dan Aku tidak menciptakan jin
dan manusia melainkan
supaya mereka menyembah-Ku".
( Surah Az.Zuriyat 56 )

Selain daripada itu khutbah mengingatkan sidang hadirin supaya sentiasa bertakwa kepada Allah.

Di antara intisari khutbah hari ini ialah:

(1) Mengingatkan bahawa manusia adalah makhluk Allah paling mulia di sisi-Nya , mereka diberi amanah dan dilantik menjadi khalifah di atas muka bumi ini. sebelumnya amanah ini telah ditawarkan kepada langit, bumi, gunung-ganang dan lain-lain tetapi mereka menolaknya kerana mereka tidak mampu memikulnya. Lantas manusia menerima tanggungjawab tersebut.

(2) Sebagai khalifah di atas muka bumi ini manusia memegang amanah yang sangat berat untuk disempurnakan, mereka bebas mengumpul khazanah di dunia dengan syarat mematuhi batas-batas ajaran Islam. Islam adalah ajaran yang unggul dan penganutnya pula adalah sebai-baik ummah.

(3) Dalam bidang kemajuan dan rekacipta umat Islam sekarang hendaklah mengikut formula yang telah digunakan oleh masyarakat Islam yang telahpun menunjukkan kegemilangan mereka pada suatu ketika dahulu, masyarakat Islam sepatutnya menjadi masyarakat yang mencipta, bukana semata-mata menjadi masyarakat pengguna sepanjang masa. Masyarakat Islam boleh lakukan tetapi sayangnya tiada tindakan yang sewajarnya, walaupun pada masa ini di sekolah memang diajar kemahiran tersebut.

(4) Sidang hadirin diseru supaya meningkatkan diri sendiri dan masyarakat terutamanya dalam bidang penciptaan kerana bidang tersebut juga salah satu ibadah dan sumbangan yang bernilai kepada ummah.

(5) Untuk meningkatkan diri dan ummah di dalam bidang ini, ilmu Allah yang sangat luas itu perlulah dicari dan selongkar, keluasan ilmu Allah itu tiada bandingannya. jika ditulis dengan dakwatnya sebanyak air di lautan, semua daun dan ranting digunakan sekali pun ilmu Allah tidak akan berkurangan.

(6) Khutbah juga mengajak sidang hadirin supaya bermuhasabah diri dengan melihat kemajuan orang lain dan bertindak untuk memperbaiki keadaan kemunduran itu ke arah memperbaiki diri dan umat Islam. Saranan akhirnya khatib mengingatkan supaya "bekerjalah seolah-olah kita akan hidup selama-lamanya dan beribadatlah seolah-olah kita akan mati esoknya"

(7) Seperti biasa khutbah diakhiri dengan berdoa memohon keampunan dan kesejahteraan untuk sekalian kaum muslimin dan muslimat.
_________________

28 RABIUL AKHIR 1430.
24 APRIL 2009.
_________________
Sekian. Wallahu aklam. Wassalam.

4 comments:

Anonymous said...

alamak..
hehe
hari jumaat lepas lambat sikit pi masjid...
tak berapa dengar lak khutbah hari tu...
hehe

Leenoh said...

Sala,
Sekarang Pj dah solat Jumaat di kampung ka.
Dah berhijrah balik Kedah nanti bolehlah hantar berita mai sini.
Tak pa nanti bila-bila nak minta Pj hantar mai gambar Masjid Kg.Rambai sebab Tok dan Tok Wan Pak Ngah di kebumikan di situ.

Anonymous said...

Khutbah menjadi syarat sah jumaat,di antara syarat sahnya pula berpesan bertaqwa kepada Allah.Ramai orang tidak memikirkan
kepentingan khutbah itu sendiri dan mungkin yang lebih parah lagi menganggap kebiasaan solat jumaat.Lantaran itu ramai yang tidur semasa khutbah,jadi macam mana mereka nak faham yang disampaikan melalui khutbah,padahal seandainya tidak cukup 40 orang yang benar2 mendengar khutbah maka khutbah tersebut tidak sah.Sebab pentingnya khutbah,khatib boleh menegur jemaah secara spontan seperti pernah Rasulullah menegur seorang sahabat yang masuk ke dalam masjid dan terus duduk tanpa solat tahiyyatul masjid dan Nabi bertanya dan suruh dia solat.
Sepatutnyalah kita sama2 sedar dan melapangkan fikiran untuk bersedia mengambil pengajaran dari khutbah di awal lagi semasa melangkah kaki ke masjid untuk bersolat jumaat.
Sehubungan itu juga khatib hendaklah perihatin dalam menyampaikan khutbah agar dapat mencuit perasaan,kalau dapat menyebabkan para jemaah mengalir airmata lebih2 lagi semasa berdoa,biarlah benar2 mereka merasai dan menjiwai yang di baca dan menyebabkan jemaah rasa nak datang lagi ke masjid tersebut.
Contohilah cara Rasulullah berkhutbah.Semoga kita dilindungi ALLAH dan tidak termasuk dalam golongan yang lagho. AMIN

Leenoh said...

Salam.
Terima kasih kerana memberi ulasan yang mengukuhkan lagi kefahaman terhadap khutbah Jumaat.
Maaf saya terlambat memberi respon dah lama tak baca entri ini.