Saturday, April 11, 2009

KARNIVAL MESRA MAIS - KOMPLEKS PKNS.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

JANGAN LUPA, KARNIVAL MESRA MAIS AKAN DIADAKAN PADA 11 DAN 12HB APRIL INI DI RUANG LEGAR, KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM. DATANG BERAMAI-RAMAI! ADA KHIDMAT GUAMAN SYARIE PERCUMA, JUMBO SALE, KLINIK AL-QURAN, PROGRAM DERMA DARAH, KARAOKE ISLAM, FORUM DAN CERAMAH AGAMA, KAUNTER-KAUNTER PERKHIDMATAN MAIS DAN ANAK-ANAK SYARIKAT MAIS IAITU LEMBAGA ZAKAT SELANGOR, KUMPULAN MAIS CORPORATION DAN KOLEJ UNIVERSITI ISLAM SELANGOR, PERSEMBAHAN NASYID, DLL. DATANG RAMAI2!! MASUK PERCUMA!! DATANG, JANGAN TAK DATANG!! SEE YOU THERE!!

_______________________________________

Karnival Mesra Majlis Agama Islam Selangor yang sedang diadakan di kompleks PKNS. Shah Alam. Aktiviti ini saya mengetahuinya setelah terbaca promosinya di laman blog Nurhanisalwa.com.
seperti tertera di atas.

Pagi tadi saya bersama keluarga pergilah ke sana. Gerai pert
ama yang saya singgah ialah gerai Tulisan Khat Cina
(Kali grafi ),

Nurhani Salwa
sedang memberi taklimat.

Kaligrafi ( Khat ).
__________________

Ayat-ayat yang ditulis biasanya terjemahan ayat-ayat tertentu daripada al.Quran, al.Hadis dan kata-kata hikmah yang menjurus kepada kebaikan. Cara ini juga sebahagian daripada kaedah berdakwah.
Salah seorang daripada mereka yang fasih berbahasa Me
layu telah memberi penjelasan ringkas kepada saya.
_________________

kemudian ke Klinik Al.Quran di sini saya berada agak lama juga kerana sya diminta membaca Al.quran untuk menilai tahap bacaan saya. Saya tidak keberatan membacanya, bacaan saya itu dinilai oleh seorang yang pakar dalam bidang tersebut. Beliau ialah Us.Mohammad Nor Salami Hj.Masri, Timbalan Pengurus Masjid Darul Ehsan,Subang Jaya. Beberapa teguran diberika
n untuk saya meningkatkan lagi prestasi bacaan. Saya mengucapkan terima kasih dan dengan itu beliau adalah guru saya walaupun cuma beberapa teguran diberikan, walaupun satu huruf seseorang itu mengajar kita beliau adalah guru kita.

Us.Mohammad Nor Salami

Saya membaca surah Al.Mulk ( Tabarakallazi) dari mula sehingga tamat.
Tidak saya sangka selepas itu MAIS bermurah hati memberikan saya cendera hati atau penghargaan. (Terima kasih), bagi saya ini adalah
rezeki yang datang tidak disangka-sangka, kita hanya merancang Allah yang menentukan.

Cendera Hati
__________________

Selepas itu saya bergerak ke Gerai Khidmat Guaman Syarie. Pada hari ini saya sangat bertuah kerana dapat berjumpa dengan ( Dua Peguam Syarie dan ). Nurhani Salwa bt Jamaluddin dan Jurish bin Kamaruddin. iaitu rakan bloggers yang sering memberi ulasan di laman blog Kehidupan Bersih dan begitu juga saya sering memberi ulasan di laman blog mereka. Saya ke sana sebenarnya menaruh harapan menemui mereka berdua dan seorang lagi ialah Us.Amin , juga seorang Peguam Syarie , rupanya Us.Amin tidak bersama mereka.
Saya berbual panjang lebar dengan Us. Juraish.

Juraish ( http://juraish.blogspot.com )

Bersama Us.Juraish

Kemungkinan semasa saya sedang berbual dan bertilawah al.Quran ada yang snap gambar saya dari belakang. disnapkan untuk laman blog mereka , saya kurang pasti tetapi rasa macam ada. ( ya betul, itu dia, copy dari blog Hani: baru edit ) kita tunggu dan lawati laman blog mereka terutamanya Nurhanisalwa.com.

Program Derma Darah.

Mereka juga bertugas di sini,
maaf tidak sempat bertaaruf .

Hanya sekadar ini yang saya sempat rakamkan untuk anda.

Sekian. Wassalam.

____________________________

Mereka memberi maklumbalas:
Blogger ijechan said...

tak pernah derma darah. asal je ada kempen kat maktab ni, tak berkesempatan. berat tak cukup.

April 11, 2009 6:23 PM

Delete
Blogger Leenoh said...

Salam ijechan.
Banyakkan makan ulam yang rasanya pahit dan minumlah Tea Rooibos. Insya Allah sihat.

April 11, 2009 6:52 PM

_________________________
Delete
Blogger Nurhani Salwa Binti Jamaluddin said...

Salam Pak Ngah,

Terima kasih datang tadi. Terperanjat juga, tapi seronok sebab selalunya jumpa di alam maya, akhirnya jumpa di alam nyata.. Segak orangnya Pak Ngah kita ni.. hehehe.. Cuma rasa terkilan sebab tak sempat belanja ngeteh tadi. Tak sempat, sebab diminta beri taklimat mengenai bahagian undang-undang MAIS dan klinik guaman syarie yang kami anjurkan sempena karnival mesra MAIS. Insyaallah, nanti saya anjurkan pertemuan lain dengan ustaz Amin sama.. hehe. Terima kasih la sebab datang.. :)Esok datang lagi yer..

April 11, 2009 11:42 PM

__________________________________
Blogger Leenoh said...

Salam.
Di antara kita bertiga Pak Ngah kenal dulu. hehehe menang 2 : 1 . Terima kasih kepada anda semua atas layanan baik yang diberikan.
Selepas selesai nanti, jangan lupa beri informasi lengkap dalam laman blog Hani, Kalau boleh masukkan info mengenai pelukis atau penulis khat Cina ( kaligrafi )yang terlibat sama dalam karnival ini.

April 12, 2009 12:06 AM

4 comments:

Cikgu Ije said...

tak pernah derma darah. asal je ada kempen kat maktab ni, tak berkesempatan. berat tak cukup.

Leenoh said...

Salam ijecahan.
Banyakkan makan ulam yang rasanya pahit dan minumlah Tea Rooibos. Insya Allah sihat.

Hunny said...