Dalam kehidupan harian yang dilalui setiap hari seseorang itu akan melalui berbagai cabaran dan ujian hidup, ada yang berjaya kita mengatasinya , ada pula
yang sebaliknya.setiap hari kita bertemu orang lain dan bertegur sapa.Di antara aktiviti dengan orang lain ialah bercakap, menerima amanah, berjanji, bertengkar dan lain-lain. Manusia sering terbabas dan gagal mengawal aktiviti tersebut dengan baik, maka dalam hal ini Rasul telah memberi panduan kepada kita supaya diikuti dan ditaati. Namun sejauh manakah manusia dapat mematuhinya, dalam hal ini tiada manusia yang berjaya mengatasi sepenuhnya.Pengakuan ini perlu diakui tanpa mengaku kelemahan diri seseorang itu akan terus leka dengan kelemahannya dan terus melanggar pesanan dan larangan Allah.Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah),
apabila dipercayai dia khianat,
apabila bercakap dia berdusta,
apabila berjanji dia mungkir
dan apabila bertengkar dia melampau .
(Menegakkan benang basah )
. Huraian ringkas.
1. Apabila dipercayai dia khianat. Di dalam menjalani hidup harian setiap individu akan menerima amanah atau mempunyai amanah tertentu untuk ditunai dan diselesaikan, dalam proses melaksankannya kekadang manusia tidak melakukan dengan baik dan sempurna sama ada menambah atau mengurangkannya tanpa berdasarkan panduan yang telah diberikan.Tiada siapapun yang terlepas dari kelemahan ini.
2.Apabila bercakap dia berdusta. Dalam masa berhujah atau mencetitakan sesuatu kita sering menambah atau mengurangkannya, sama ada dengan sengaja atau disebabkan lemah ingatan atau tersalah ambil punca ceritanya.Ada juga berdusta bertujuan kononnya hendak meningkat kualiti diri atau ingin menunjukkan bahawa dia adalah orang yang berkebolehan dan seumpamanya.
3.Apabila berjanji dia mungkir. Berjanji ialah suatu persetujuan bersama di dalam sesuatu hal dan berjanji supaya kedua-dua pihak melaksanakan ikatan janji itu secara saksama dan tidak menyeleweng.tetapi kekadang dalam diam-diam kita menyeleweng, penyelewengan dibuat bertujuan mendapatkan faedah untuk diri sendiri tanpa memperdulikan langsung kerugian di pihak yang lain. semuanya itu dilakukan tanpa disertai rasional akal. itulah kelemahan kita, sukar hendak diakui bahawa kita terkecuali.
4.Apabila bertengkar (bergaduh) dia melampau. Apabila berlaku pertengkara atau pergaduhan manusia sering memberi hujah dan keterangan yang melampaui batas kebenaran kerana terlalu ingin mendapatkan kemenangan dan supaya dilihat dialah di pihak yang benar, Dalam meyakinkan orang lain bahawa dialah di pihak yang benar maka di sinilah berlaku perbuatan melampau dengan mencampuradukkan dengan perkara-perkara yang tidak berkaitan. Inilah kelemahan kita sebagai manusia biasa atau orang awam, siapapun tidak terkecuali daripada melakukan kelemahan tersebut. mereka yang kurang melakukannya ialah mereka yang sentiasa muhasabah diri. Semoga Allah ampunkan dosa kita di atas segala keterlanjuran.Sekiranya kita orang yang teraniaya atau dizalami, tindakan yang terbaik ialah memaafkannya kerana memaafkan orang lain itu suatu cara mempermudahkan kita mendapatkan keampunan Allah kerana kebaikan itu menghapuskan keburukan.Jika ingin membalasnya hanya balasan seumpamanya.
Sekian. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Wassalam.
_____________________________________________
Sekadar mengenali anak muridku yang telah berjaya.

