Thursday, January 31, 2013

Dacing



Dacing adalah sejenis alat yang digunakan untuk menentukan berat atau ringan sesuatu, sepatutnya  dalam situasi dan kadar yang betul dan tepat supaya kehidupan ini bersih dan adil, tetapi, kalau dacing atau alat timbang itu sentiasa berat sebelah atau beralun tugasnya akan menjadi berat sebelah dan tidak adil.

Cuba lihat dan baca serta fikirkan setiap ayat yang tertulis di dalam gambar di atas. Di antara ayat yang tertera di dalam imej itu ialah
_______________________
 " Mahu beri penjelasan berkaitan kekeliruan terhadap perjuangan PAS" dan satu lagi yang sukar dibaca " Sebagai umat Islam kita wajib sebarkan kebenaran dan sebagai negara demokrasi kerajaan perlu beri peluang kepada PAS untuk beri penjelasan kepada rakyat" - Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
______________________
Kita seharusnya menjadi dacing sendiri dan  pertimbangkan hal ini dengan adil.
Anda fikirlah sendiri kerana aktiviti berfikir perkara baik itu ada pahalanya.

Sekian...Wallahu aklam.
 

Tuesday, January 22, 2013

Bertalaqqi dengan Sheikh Muhammad Abdul Khalil - Imam Masjid Qoba. Madinah.

Beri laluan untuk iklan sebentar.
 
 
##############################

 
Artikel ini ingin mengambil kesempatan untuk menonjolkan seorang imam dari Madinah yang mengunjungi Shah Alam untuk sama-sama kita memakmurkan masjid yang kini masih berada di bandaraya Shah Alam ini.
Kehadiran beliau  bersama seorang lagi iaitu ( Sheikh Rayyan bilal Masjid Sheikh Muhammad Ayub mantan imam Masjid Nabawi) telah memberi peluang anak-anak muda duduk di hadapannya bertalaqqi al.Quran. Walau pun para imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah tidak kurang kemahiran dan kebolehan mereka tetapi cara ini telah mewujudkan suatu motivasi tambahan  kepada anak-anak muda yang sedang dibimbing oleh ustaz-ustaz kita di sini.

Cara dan pendekatan seperti ini mungkin sekali sekala Sheikh Abdulkarim Omar al.Makki salah seorang imam masjid ini dan kawan-kawannya dapat meneruskan aktiviti tersebut. Melihat kepada ramai anak muda kita yang berani bangun dan pergi duduk di hadapan imam ini malam tadi adalah suatu tanda baik bagi jenerasi mereka.
Berikut adalah cabutan video yang dapat melanjutkan lagi cerita ini.


V1
.. 
V2
 V3
Sekian...Wallahu aklam.

Friday, January 18, 2013

Siaran langsung dari Masjidil Haram (video)

Beri laluan untuk iklan sebentar.

 ###########################

Sekian...Wallahu aklam.

Thursday, January 17, 2013

Siaran langsung dari Masjid Nabawi.Video.


 Beri laluan utk iklan sebentar.



&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&







Sekian...Wallahu aklam.

Wednesday, January 9, 2013

Kuman di seberang lautan nampak, gajah di depan mata tidak nampak, kata dulang paku.... (video)

Beri laluan untuk iklan sebentar.
 
 
*************************************************
Kuman di seberang lautan nampak, gajah di depan mata tidak nampak, kata dulang paku serpih kata orang aku yang lebih,perumpamaan ini menggambarkan seseorang itu banyak melihat keburukan orang lain dan tidak melihat dan muhasabah kekurangan yang ada pada diri sendiri, kalau dia menyemak dan muhasabah kekurangan dan kecelaan diri sendiri, dia akan sebok membetulkannya dan tiada masa untuk mencemuh dan memburukkan orang lain, maka tidak berlakulah umpat mengumpat.Untuk maklumat seterusnya tentang mengumpat ini sila lihat dan tonton video berikut.



Sekian...Wallahu aklam.

Monday, January 7, 2013

Aku rindu padamu ( puisi )

Beri laluan untuk iklan sebentar.

_________________________________________________________


Aku rindu padamu.

Perantaraanmu aku kenal Allah.
Dengan perantaraanmu aku kenal alam ini.
Dengan bingkisan yang engkau bawa kukenal diriku.
Dengan dakwahmu aku terselamat dari menjadi kafir.
Dengan kitab yang engkau bawa aku menjadi muslim mukmin.

Semuanya itu kehendak Allah.
Semuanya itu hidayah dan taufik Allah.
Semuanya itu takdir Allah.
Terima kasih Allah.
Terima kasih Rasulullah.

Bila teringat semuanya itu.
Rasa rinduku padamu membara.
Rinduku tidak dapat disembunyikan lagi.
Bila ceritamu dibacakan dadaku sebak.
Mataku mengalirkan air rindu.
Aku masih terbayang engkau dipembaringan indah.
Aku rindu dan ingin bertemu denganmu.

Ketika pertemuan dulu, aku juga menangis.
Menangis kerana bersyukur dan rasa terima kasih padamu.
Mengangis kerana aku gagal patuh sepenuhnya nasihatmu.
Mengangis kerana aku kalah dengan ujian dunia fana.

Pemberianmu padaku tiada yang cacat celanya.
Pemberianmu padaku semuanya sempurna dan kamil.
Kerana kelemahanku lantas ianya menjadi cacat dan tidak sempurna.
Tiada daya dan upayaku untuk menyempurnakannya.

Aku hanya mengharapkan keampunan Allah.
Ya Allah ampunkanlah segala dosaku.
Ya Allah ampunkanlah segala dosa ibu dan bapaku serta keluargaku.
Ya Allah ampunkan segala dosa muslimin dan muslimat.

Ya Allah berilah peluang padaku.
Biar pun peluang ini peluang terakhir.
Untuk aku bertemu sekali lagi dengan kekasihMu.

Sekian...Wallahu aklam.





Sunday, January 6, 2013

Boleh marah tetapi janganlah marah.(video)

Beri laluan untuk iklan sebentar
___________________________________________________________

Banyak amalan yang dikategorikan dalam kumpulan amalan afdal dan Islam tidak menggalakkan umatnya bersikap pemarah, namun begitu mereka masih dibenarkan marah dengan syarat marah itu kerana Allah, berikut ini adalah video yang memberi penjelasan mengenai perkara berkaitan dan lain-lainnya.





Sekian...Wallahu aklam.

Friday, January 4, 2013

Majlis ringkas mengislam dan meraikan 5 saudara baru.

BERI LALUAN UNTUK IKLAN SEBENTAR.
 
_____________________________

Pada hari ini Jumaat 21 SAFAR 1434 / 4 JANUARI 2013 saya berkesempatan menyertai  majlis pengucapan Kalimah Syahadah oleh lima saudara baru, empat lelaki dan seorang wanita. Ahli jamaah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam; Selangor yang berlapang masa menunggu untuk sama-sama meraikan mereka selepas solat Jumaat.

Tahniah dan syabas kepada mereka berlima dan juga mereka yang terlibat di dalam bidang dakwah yang amat diperlukan ini. Sesiapa yang berminat memang mempunyai peluang untuk bersama-sama memeriahkan dakwah ini, ikuti video ini di sini terdapat pelawaan daripada pihak berkenaan.

VIDEO BERKENAAN.

Video 1

Video 2

Sekian...Wallahu aklam.

Thursday, January 3, 2013

Video dan foto di Ambang 2013 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Beri laluan utk iklan sebentar.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
Artikel kali ini saya ingin memaparkan beberapa video dan foto sambutan di Ambang 2013 yang telah pun dua hari berlalu, perkara yang meruntun saya untuk menulis kali ini kerana  tertarik dengan cara dan pendekatan yang dibuat oleh penganjur, aturcara yang disediakan amat berkualiti sekali, jarang diadakan pendekatan seperti ini sebelum ini, di mana aktivitinya disepadukan di antara ilmu, pendidikan dan  hiburan, kehadiran kurang lebih 120 ribu itu menggambarkan masyarakat memang memerlukan aktiviti seperti ini, terutamanya anak-anak muda kita.Pendekatan begini telah diadakan sejak tahun lepas 2012.

Ramai anak muda kita menjauhkan diri dari masjid dan surau di antaranya berpunca dari pendekatan ibu bapa dan masyarakat, yang mana ibu bapa dan masyarakat dewasa mempunyai kuasa menganjurkan sesuatu aktiviti sama ada untuk menyambut kehadiran tahun baru atau lain-lainnya, anak-anak muda hanya mempunyai kuasa memilih sahaja, biasanya mereka akan memilih yang lagha (sia-sia ) yang dihidangkan di hadapan mereka kerana yang lagha biasanya menghiburkan dan sesuai dengan nafsu yang tidak pernah puas dengan hiburan dan berpoya-poya.

Sebab jiwa manusia menggemari hiburan tidak salah menghidangkan aktiviti  berkenaan tetapi hendaklah yang murni dan tidak bercanggah dengan aqidah pegangan kita.

Biarlah foto dan video meneruskan cerita artikel ini  mengenai sambutan Di Ambang 2013 kerana foto dan video lebih fasih dan lancar menceritakannya.
Di masjid diadakan acara ceramah dan solat sunat Tasbih.
Bersedia utk bersolat.
Suasana di Dataran Kemerdekaan.