Tuesday, April 30, 2013

Orang yang mengenal Allah tidak akan menjadi syirik.



Saya terpanggil sekali lagi untuk menulis mauduk ini kerana dirasakan terdapat keperluan semasa di mana kini ramai orang Islam berkarya dan menyebarkan maklumat di alam maya yang telah menjadi budaya zaman kini, aktiviti itu perlu disusuli dengan ilmu makrifahtullah, kalau tidak dilakukan demikian ramai akan terjejas aqidahnya iaitu akan rosak pengakuan syahadah kita.

Merujuk kepada tajuk/mauduk ini iaitu "  اول الدين مغرفة الله  - Awaluddin Makrifatullah" yang bermaksud perkara yang utama atau yang wajib didahulukan di dalam agama/addin ialah "Mengenal Allah" untuk mengenal Allah pula maka wajiblah kita mempelajari Ilmu Aqidah ( Ilmu Tauhid ) tanpa menguasai ilmu ini aqidah seseorang itu akan senang terjejas dan rosak , rosak bermakna menjadi syirik, murtad atau kafir.

Hanya Ilmu Aqidah/Ilmu Tauhid yang tersemat di dada sahaja yang dapat memelihara iktiqad seseorang terhadap anutan Islam di hatinya, pandai ilmu bacaan al.Quran atau Feqah sekali pun tidak dapat memelihara aqidah , sebab itu untuk menjadi imam solat diutamakan orang yang lebih menguasai Ilmu Aqidah berbanding dengan orang yang pandai membaca al.Quran, menguasai kedua-dua ilmu itu tentulah lebih utama lagi, ini adalah untuk mengelakkan kita berimamkan orang yang syirik kepada Allah. Tali yang kukuh mengikat iman ialah Ilmu Aqidah.

Orang yang jahil Ilmu Aqidah boleh  berlaku syirik pada bila-bila masa sahaja , Islam dan syirik dirinya akan bertukar ganti atau bersilih ganti, mungkin disebabkan kepercayaan terhadap sesuatu, perbuatan atau percakapannya. Rajin ke masjid atau bersolat berjamaat belum tentu terjamin aqidah seseorang melainkan orang itu mengetahui dan menguasai Ilmu Aqidah.

Akhir kalam disarankan di sini pelajarilah Ilmu Aqidah supaya iman di dada dapat dijaga dan dipelihara, sudah tentunya orang yang kenal Allah tidak akan menjadi syirik dan kehidupannya pula akan berlandaskan  al.Quran dan as.Sunnah.

ِ_____________________________________________________
Laluan Iklan.



 ____________________________________________________
Sekian...Wallahu aklam.... والله أعلم

Fahaman pluralism.



Salam.
Artikel ini diambil dari facebook, kini saya lebih tertumpu menulis sesuatu di facebook blog ini agak terabai, namun begitu artikel di dalam blog telah banyak, rasanya melebihi seribu artikel pendek-pendek, baiklah saya akan terus "copy paste" artikel yang diambil itu di bawah ini untuk bacaan anda semua.




oleh itu hendaklah berhat-hatii menuduh orang lain sebagai pengamal pluralisme......semasa menulis atau mengeluarkan sesuatu kenyataan kita seharusnya sentiasa merujuk kepada
Ilmu Tauhid atau dikenali juga sebagai Ilmu Aqidah ...


Pluralisme di sini merujuk kepada pluralism agama iaitu kata mereka yang mempercayai/mengamalkannya. semua agama baik ,betul dan benar (sama) , kepercayaan ini sangat bertentangan dan beza dengan Islam, Islam mempercayai "TIADA TUHAN YANG LAYAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH" dan penjelasan serta panduannya terkandung di dalam al.Quran (Wahyu dari Allah) dan al.Hadis iaitu pengucapan, perbuatan dan pengakuan dari Rasulullah.s.a.w.


Nilai-nilai baik yang diamalkan oleh sesuatu agama yang ada persamaanya dengan nilai baik di dalam Islam, Islam tidak menolaknya, seperti menghormati ibu bapa, orang tua, menjaga jiran, menghubungkan silaturrahim dan seumpamanya, Nilai ini semua agama mungkin mengamalkannya tetapi terdapat perkara lain pula yang bertentangan dengan Islam, terutama sekali perkara yang melibatkan aqidah atau tauhid (mengtahidkan Allah). Dalam hal perbezaan ini Islam mengambil pendekatan mesra dengan menjauhkan paksaan dan perbalahan - ENGKAU AGAMA ENGKAU - AKU AGAMA AKU -


Islam tidak memaksa orang bukan Islam memeluk Islam kerana berlakunya Islam,Iman dan Ihsan adalah di hati, tiada siapa dapat memaksa hati seseorang mempercayai Islam atau beriman kepada Allah melainkan Allah sendiri yang berkuasa melakunya.
Ayat 256 yang tercatat di dalam Surah al.Baqarah membuktikan bahawa Islam tidak memaksa orang bukan Islam memeluk Islam, berikut adalah maksud ayat tersebut " Tiada paksaan dalam agama/addin............ "


Wallahu aklam.  والله أعلم 



 -