Sunday, November 23, 2008

YOGA HARAM DIAMALKAN




YOGA AMALAN JASMANI DAN ROHANI.

Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa mengenai amalan yoga. Majlis tersebut mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik, yang melibatkan unsur-unsur fizikal dan spiritual kerana ia bertentangan dengan syariat Islam. Demikian dilaporkan oleh kebanyakan akhbar dan juga disiarkan melalui internet tempatan beberapa hari yang lalu.

Umat Islam sepatutnya sentiasa berkeadaan siapsiaga dalam semua aspek untuk menyelamatkan diri daripada terlibat di dalam aktiviti yang boleh mencemar atau menjejaskan aqidah seperti yang telah diutarakan di dalam blog Kehidupan Bersih sebelum ini. Ilmu aqidah adalah wajib dipelajari oleh setiap muslim dan muslimah, tidak memadai hanya bertanya orang lain setiap kali ada masalah, orang yang menyedari dirinya bermasalah sebenarnya orang itu telah pun berilmu, cuma belum sampai tahap yakin diri. Tetapi, bagaimana orang yang tidak menyedari dirinya bermasalah terutamanya mengenai perkara yang menjejaskan aqidah. Maka sebab itulah mempelajari ilmu aqidah adalah wajib ke atas setiap orang Islam.

Dirumuskan dari Majlis Fatwa seperti berikut;
"Amalan yoga yang berasal dari masyarakat Hindu mempunyai tiga peringkat, peringkat pertama adalah fizikal(jasmani) iaitu senaman, peringkat kedua adalah spiritual (rohani) iaitu mentera dan pemujaan bagi mendapatkan ketenangan dan peringkat ketiga juga adalah (rohani) iaitu penyatuan diri dengan Tuhan". Ini adalah amalan dan kepercayaan mereka.

Jika kita perhatikan dengan betul dan teliti keterangan di atas, kita akan dapati amalan yoga bukan sahaja aktiviti senaman tetapi terdapat juga unsur penyembahan kepada Tuhan iaitu mentera, pemujaan dan penyatuan diri dengan Tuhan mengikut fahaman mereka. Di mana aktiviti seperti ini umat Islam dilarang melakukannya.

Syahadah umat Islam ialah " Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah", sekiranya umat Islam mungkir janji dan melanggar ikrar, aqidah mereka akan terjejas.

Dalam hal seperti ini saya mengambil sikap, " Bagi Kamu agama kamu, bagi aku agama aku". Mereka yang bukan Islam terpulanglah kepada mereka untuk meneruskan amalan tersebut tetapi bagi kita umat Islam mengambil sikap tidak melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini adalah lebih selamat dan terpelihara, walaupun mengamalkan aspek fizikal sahaja kerana amalan fizikal mungkin diamalkan secara bersepadu dengan amalan rohani.

Pergerakan fizikal juga boleh membawa kepada terjejasnya aqidah seperti pergerakan menyembah Tuhan sama ada mengangkat tangan atau lain. Bukan yoga sahaja yang terlibat dengan perkara-perkara seperti ini, Pernah berlaku silat yang menjadi amalan orang Melayu pun diharamkan kerana tersirat di dalamnya hal-hal yang seperti ini.

Perkara yang paling penting ialah anak negeri hendaklah dibimbing dengan ilmu aqidah sehingga mereka dapat menguasai fikrah Islam dan mampu menilai sendiri jika berlaku perkara-perkara seperti ini. Sekiranya sesuatu itu berkeadaan haram atau syirik ianya tetap hukumnya begitu walaupun fatwa tidak dikeluarkan, fatwa hanya membantu mereka yang kurang pengetahuan sahaja. Adakah aktiviti yang telah diresapi perkara-perkara khurafat masih boleh diamalkan kerana ianya tiada fatwa mengenainya, Situasi beginilah individu di dalam masyarakat terpaksa menggunakan pertimbangan sendiri, pertimbangan sendiri hanya boleh dibuat , sekiranya mereka mempunyai asas pengetahuan Islam dalam bidang aqidah dan muamalat.


Untuk memelihara iman dan aqidah, umat Islam hendaklah mengambil sikap patuh sepenuhnya fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Wallahu aklam bissowab. Wassalam.

2 comments:

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Assalamualaikom,

sebanarnya sdr. leenoh sembahyang kita 5 waktu tu kalau dijalankan dengan tertib dan penoh tomakninahnya, adalah lebih hebat dari yoga .Tapi orang melayu kita ni mudah terikut2.Tengok filem pun hindustan.Makan pun nasi kandar.Bersanding pun cara hindu.Dulu minyak rambut pun ikut depa,pakai minyak lenga.Bini najib pun sanggup bercium dengan artis bollywood.Melaka pun beri datuk kat artis bollywood,apa nama aku tak tau.Haram bejadah sungguh.Aku tak boleh mula bermaki2,nanti habeh kena maki.Aku ingat TG NIK Aziz dulu depa siar dia dok maki "barua,barua,barua" sampai berbulan2.Iman aku lemah : tangan tak berkuasa,lidah tak berbisa, cuma ada benci dalam hati".

wassalam.

Leenoh said...

Waalaikumussalam.
Pak Cha n Mak Wan.
Terlebih dahulu saya doakan anda berdua agar sihat walafiat supaya dapat meneruskan kerja kebajikan itu tanpa gangguan.

Semua penyakit kerohanian hanya boleh diubati dengan keimanan dan keihsanan kepada Allah.

Keimanan dan keihsanan pula boleh dimiliki dengan penguasaan ilmu. sebarkan ilmu seluas-luasnya kepada manusia dan jangan ada halangan.

Masjid dan surau perlulah dikendalikan oleh orang yang berilmu dan berwawasan.
Sesiapa yang boleh mengajar ilmu Islam hendaklah diberi kebenaran, kalau perlu lesen, berilah lesen kepada mereka.

Wallahu aklam bissowab.