Sunday, November 16, 2008

BELAJAR KEMAHIRAN MENJADI MANUSIA



BELAJAR KEMAHIRAN MENJADI MANUSIA.

Saya tidak pasti sejauh mana orang lain memikirkan hal manusia yang berbagai ragam ini. Saya berpendapat ragam manusia tercetus daripada hasil pendidikan yang bersungguh-sungguh dan satu pihak yang lain pula akibat mengabaikan pendidikan atau memberi pendidikan yang salah dan segolongan lagi memang ditakdirkan Allah tanpa melibatkan kesilapan sesiapa.

Maka dengan itu terbentuklah rupa atau corak manusia yang bermacam ragam di dalam sesuatu masyarakat.Saya sendiri tidak mengetahui sejauh mana saya terlibat dalam hal merenung dan memikirkan tentang karenah manusia ini tetapi yang saya pasti saya memang memikirkannya.

Allah jadikan manusia di dalam dunia ini hanya dua jenis sahaja, tidak lebih daripada itu. iaitu lelaki dan perempuan. Tidak berlaku di dalam satu masa seorang manusia itu memiliki dua jenis sekali gus di dalam dirinya.Melainkan dalam diri seorang manusia boleh berlaku atau berubah daripada lelaki kepada perempuan atau sebaliknya pada masa-masa yang berlainan seperti tiga bulan menjadi perempuan atau nalorinya perempuan, kemudian pada masa yang lain berubah pula nalorinya itu kepada lelaki dan begitulah seterusnya.Manusia beginilah yang dikenali sebagai khunsa,
Mereka ini tetap berjentina, sama ada lelaki atau perempuan dalam masa yang berlainan atau lebih senang difahami mereka ini kekadang lelaki dan kekadang perempuan dalam diri orang yang sama. Keadaan ini menjadikan diri mereka kurang ketulenan.

Manusia yang sepanjang masa fizikalnya lelaki atau perempuan,keadaan ini menunjukkan manusia tersebut adalah manusia sempurna atau sejati.Terdapat sebahagian kecil daripada manusia ini kadang-kadang menjadi keras atau lembut yang tidak sesuai pada tempatnya, seperti lelaki menjadi lembut manakala perempuan menjadi keras.Ini berlaku mungkin disebabkan kurang kemahiran mengurus diri, lelaki kurang kemahiran mengurus dirinya sebagai seorang lelaki dan perempuan kurang kemahiran menguruskan dirinya sebagai seorang perempuan. Sehubungan dengan ini maka berlakulah ketidakadilan terhadap dirinya dan orang lain. Mereka sepatutnya megah menjadi seorang lelaki atau megah menjadi seorang perempuan.

Manusia yang jelas lelaki atau jelas perempuan ini, sebahagian kecil daripada mereka mempunyai potensi untuk menjadi lembut atau keras seperti yang disebutkan tadi.Oleh itu ibubapa perlu peka dan prihatin dalam hal ini khasnya kepada kanak-kanak supaya pendidikan sempurna yang akan diberikan kepada mereka tidak tiris dan bocor.Kalau kebocoran dan ketirisan pendidikan berlaku dalam hal ini berlebih-lebih lagi kepada mereka yang memang mempunyai potensi untuk menjadi lembut atau keras ini, maka akan berlakulah perkara itu dan sukar hendak diubah atau diperbetulkan lagi.

Seorang kanak-kanak yang dilahirkan sebagai seorang lelaki hendaklah dilayan dan diberikan kemahiran sebagai seorang lelaki dan begitulah juga seorang kanak-kanak perempuan hendaklah dilayan dan diberikan kemahiran sebagai seorang perempuan. Pendidikan ini perlulah diserapkan sepanjang masa kepada mereka sehinggalah dijiwai.Jika ini dilakukan akhirnya kemahiran fizikal tersebut mereka jiwai sepenuhnya, kemudian muncullah sebagai seorang yang jelas jentinanya.Sebenarnya kita selama ini bernasib baik kerana potensi kanak-kanak yang kita didik kebetulan tidak dipengaruhi dan tidak dicemarkan oleh persekitaran luaran dan dalaman yang berlawanan atau bercanggah.

Bagi mereka yang tidak bernasib baik kadang-kadang persekitaran pendidikan kanak-kanak mereka dicemari dan dinodai oleh persekitaran yang tidak sesuai sama ada dalaman atau luaran.
Mithalnya seorang kanak-kanak lelaki dilahirkan ditengah-tengah ahli keluarga yang semuanya perempuan atau seorang kanak-kanak perempuan yang dilahirkan oleh ibu bapa yang sangat menginginkan seorang anak lelaki dan melayani dan mendidiknya mirib anak lelaki. Situasi ini juga boleh membawa kepada kurang keaslian lelaki kepada kanak-kanak tersebut kerana kurangnya kemahiran lelaki yang diserapkan kepadanya. Manakala kanak-kanak lelaki tadi pula mungkin diserapkan terlalu banyak kemahiran perempuam di dalam dirinya tanpa disedari oleh mereka yang bersama dengannya.
Perkara ini tidak akan berlaku sekiranya kita sentiasa peka dan patuh kepada kaedah dan kurikulum pendidikan kanak-kanak serta sentiasa mengutamakan cara hidup Islam. Kalau berlaku juga kita menerimanya dengan reda tanpa penyesalan kerana sememangnya kehendak Allah untuk menjadi ujian ke atas diri mereka dan juga diri kita.

Lelaki yang tidak mempunyai kemahiran menguruskan diri sebagai lelaki bermakna mereka memiliki kemahiran menguruskan diri sebagai seorang perempuan.Lelaki sepatutnya rasa megah dengan pakaian lelaki, bergerak sebagai seorang lelaki dan berminat kepada perempuan sebagai kawan intimnya dan seumpamanya.Tetapi perkara ini tiada di dalam diri mereka, kalau mereka miliki pun mungkin tidak mencukupi.Begitulah juga perempuan, mereka tidak memiliki kemahiran yang sesuai dengan seorang perempuan, tidak mahir berlembut, bergaya, bermanja dan seumpamanya.

Mereka ini, baik lelaki atau perempuan tidak sesuai menjadikan pasangan hidup dengan lelaki sejati atau perempuan sejati.Oleh itu mereka terpaksa mencari jalan keluar dengan mewujudkan masyarakat mereka sendiri.Pada pendapat saya mereka ini perlu dibantu dan perlu didekati untuk mensejahterakan kehidupan mereka. Marah, kutuk, kecam dan menghina mereka tidak akan menyelesaikan masalah, sama ada masalah kita atau masalah mereka.

Memberi pendidikan kepada anak-anak amatlah penting. Janganlah mereka diabaikan walaupun sesaat , kitalah yang menetukan masa depan mereka, berusaha, berdoa dan bertawakkallah kepada Allah. kita hanya merancang dan berusaha tetapi Allah yang menentukan.

Wallahu aa'lam bissowab. Wassalam.

_______________________________________________________________

Sedutan Berita;

Sinar harian. ( Suara cakna kominiti anda) 27/11/2008.

Mohamed Hafiz Mohamed Nordin.

Menurutnya beliau turut kesal dengan sikap masyarakat memandang hina golongan ini, manakala pihak berkuasa pula tidak menitikberatkan aspek pencegahan serta bimbingan. " Golongan ini sememangnya tidak mahu jadi begitu namun telah dianugerahkan oleh Allah SWT sebagai ujian ke atas umatnya, sepatutnya sokongan dan bimbingan berterusan perlulah diberikan dan bukan hanya memandang serong ," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

7 comments:

The Spiral Eyes said...

insyaALLAH leenoh dan diharapkan agar leenoh sudi bertukar link dengan saya

Leenoh said...

Saya menulis blog ini semata-mata ingin membuat kebaikan untuk diri saya dan kebaikan untuk semua. Iutlah harapan , itulah doa.
Tidak menjadi halangan kalau kebaikan itu dipanjangkan atau disebarkan.
Wassalam

Haji Jim Nun al Urduni ( ABU LUQMAN ) said...

السـَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ
Salam Persahabatan.
Tahniah, info yang cukup menarik dan bermaklumat.

Haji Jim Nun al Urduni ( ABU LUQMAN ) said...

السـَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ
Salam Persahabatan.
Tahniah, info yang cukup menarik dan bermaklumat.

Leenoh said...

Waalaikumussalam.
Terima kasih kerana memanfaatkannya, semoga kita diberkati, Saya tidak pasti jarak jauh perjalanan/musafir yang berbaki yang mesti dilalui sebagai seseorang pengemis di dunia ini ,
Memang disedari telah dekat dengan destinasinya, maka dalam perjalanan itu saya ingin berbakti dan membuat sesuatu yang memberi manfaat kepada diri sendiri dan mereka yang berada di sepanjang laluan saya itu.
Wallahu aa'lam bissowab. WASSALAM.

Anonymous said...

wah pak ngah, network semakin berkembang ni... May Allah bless u.

Leenoh said...

Kawan-kawan Bunga la tu yang bagi jadi ramai tu. Pak Ngah sebenarnya nak menyampaikan apa yang Nabi suruh.
Sasarannya orang pertengahan dan orang muda dan yang kurang biasa dengan ajaran Islam, maksudnya orang yang ramai bernama Lee tapi bukan Lee Wan Tam. he he he. lawak ja.
Wassalam.