Saturday, November 15, 2008

Barack Hussein Obama




Obama, Obama, Obama, Obama.
Manusia berasal dari Kenya.
Obama, Obama, Obama, Obama.
Nama manusia warga Amerika.

Pemuda Barack Hussein Obama,
Jika mahu disebut sempurna..
Tempat di Jepun bernama Obama.
Penduduknya rasa bangga bersama.

Pindah randah bukan dihalau.
Mengharungi hidup terpaksa bersabar.
Indonesia negara banyak berpulau.
Di sini pernah Obama belajar.

Presiden Amerika Syarikat ke 44.
Harapan dunia memberi kebaikan.
Baiki negara jatuh merempat.
Angkara Amerika ceroboh sempadan.

Presiden berkuasa membuat angkara.
Angkara heboh sampai kini.
Allah berkuasa ubah Amerika.
Malah seluruh alam ini.

Kulit hitam, kulit putih.
Segalanya hasil ciptaan Allah.
Putih, hitam hanya anegerah.
Bukan boleh tunjuk megah.

KehendakNya tidak mampu diubah.
Mungkin semua mengadap Kaabah.
Dari kapitalis menjadi mudarabah.
Tiada siapa boleh telah.

Yahudi Israel punya jadah.
Palestin,Pakistan,Afghan bermasalah.
Tugas Obama usaha ubah.
Peluang rakyat kukuh syahadah.


Islam mudah untuk difahami.
Untuk manusia penghuni alam.
Penduduk Amerika boleh pelajari.
Luaskan pandangan kenal alam.

Obama, juga semua pemimpin.
Kuasa ditangan bukannya mainan.
Jalankan keadilan sebelum talqin.
Di hujung usia nanti berlampin.

Sharon berehat sambil tersiksa.
Batang kayu ibaratnya badan
Di mana ego, di mana kuasa.
Akhirnya membisu seribu ingatan.

Di mana ego, di mana kuasa.
Akhirnya membisu seribu ingatan.
Prihatin orang punya kuasa.
Muhasabah diri sebagai ingatan.

Obama pemuda berkulit hitam.
Anak negeri berkulit putih.
Dia juga anak Adam.
Allah tentukan dia terpilih.

Rasa gembira dan ceria.
Bukan kerana Obama mulia.
Jatuhnya ketua pengganas dunia.
Mengharapkan dunia mendapat bahagia.

Tidak beza hitam putih.
Nalai baik hendaklah disemai.
Marilah menjana kehidupan bersih.
Untuk hidup aman damai.

Sekian.Wassalam.

1 comment:

Leenoh said...

KENAPA TIDAK BERI ULASAN, GLOBALKAN SIKIT, Minda kita bila digunakan akan berkembang menjadi besar seperti payung, kalau tidak digunakan saiznya hanya sebesar bola tenis.
Wassalam.