Tuesday, November 18, 2008

JANGAN MENJADI PENYEBAR BERITA PALSU



"Wahai orang-orang yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."

( al-Quran, a
l-Hujurat ( 49 ):6 ).

Berita Benar,

Berita boleh berubah disebabkan beberapa faktor:

1. Kelemahan ingatan boleh membawa kepada tercicir sebahagian atau berlaku penambahan apabila menceritakan berita itu kepada orang lain, walaupun pembawa berita itu seorang yang jujur.

2. Apabila sesuatu berita diterima dan dibawa oleh orang yang sememangnya tidak jujur.

3. Berita yang benar dibawa oleh orang yang bertanggungjawab tetapi tanpa disedari disampaikan kepada orang yang tidak jujur, kemudian disebarkan kepada orang lain dengan sengaja menambah atau mengurangkan cerita.

4. Berita fitnah, berita yang sememangnya direka untuk sesuatu tujuan kepentingan diri atau puak tertentu. ( Pada suatu ketika dahulu cerita mengenai hantu kom-kom, hantu stokin dan hantu susu telah merebak seluruh negara apabila cerita tersebut dimuatkan di dada akhbar ).

Oleh itu awasilah apabila mendengar dan menerima sesuatu berita, jika lalai mungkin kita akan menjadi salah seorang agen penyebar berita palsu.

Peringatan: ( Munafik )

Maksud al.Hadis:

Empat perkara, sesiapa yang memilikinya maka jadilah dia orang munafik yang nyata, sesiapa yang memiliki satu daripadanya maka dia memiliki sifat munafik; Apabila bercakap dia berdusta, Apabila diberi amanah dia curang, Apabila berjanji dia mungkir, Apabila dia bergaduh dia melampau.

Sekian.Wallahu Aklam.




4 comments:

wanridzuan said...

sy suke ape yang kamu tulis nie...
dapat perbaiki diri.. teruskan ya..=)

Leenoh said...

Alhamdulillah,
Semoga Allah menambahkan hidayahNya kepada kita,
Harta kita jika diberikan kepada orang lain ianya akan semakin susut. Ilmu jika diberikan kepada orang lain ianya semakin bertambah, Ilmu yang tidak dimanfaatkan seperti pokok yang tidak berbuah.

Wallahu aa'lam bissowab. Wassalam.

jannahazwan said...

manusia ni sememangnya jika dapat sesuatu berita dia terima terus tanpa berfikir dulu betul atau tidak...bagaimana kita nak mengelak kespontanan tersebut...?banyak kelemahan manusia yg perlu di perbaiki lagi untuk menjadi hamba yg lebih soleh dan beriman.

Leenoh said...

Berita boleh membawa kesan baik dan akibat buruk kepada diri sendiri dan masyarakat.
Sebab itu ajaran Islam memperingatkan kita supaya berhati-hati apabila mendengar dan menerima berita.
Berita boleh menyebabkan seseorang itu bermasam muka dengan orang lain, boleh memutuskan silaturahim, boleh membawa masyarakat berpecah belah, hanya mereka yang bijak menilai sahaja yang mungkin terselamat.
Wallahu aklam bissowab.