Monday, May 30, 2011

Aku telah matang (puisi)

Salam semua.

Negara ini bukan negara kamu.
Negara ini bukan negara keluarga kamu.
Negara ini negara semua rakyat Malaysia.
Kamu jangan anggap aku rakyat tiri Malaysia.
Aku rakyat tulen Malaysia sejak Persekutuan Tanah Melayu.
Sama usianya dengan kamu.

Oleh itu,
kamu yang perlu faham,

Kamu yang perlu bangun dari tidur sebelum dibangunkan.

Kalau kamu telah membebel bermacam-macam.
Kalau kamu telah memporak-perandakan rakyat.
Kalau kamu telah meracuni fikiran rakyat.
Kalau kamu sahaja yang bercakap di dalam corong radio, Tv dan segalanya, memburukkan diri aku.
Mengapa aku tidak boleh menjelaskan dan membetulkannya...???.

Hanya satu jam pun kamu takut memberi ruang.
Agaknya kamu kini terlalu takut. terlalu gelisah.
Kamu tiada langsung sifat kekitaan.
dan ingin terus mencelarukan minda rakyat.

Rakyat ingin penjelasan,
penjelasan dua pihak.
inginkan kebenaran.

Jika takut dan gelisah, itu adalah ciptaan kamu sendiri.
Kamu terlalu penting diri sendiri.
Dulu kamu kata aku Lebai kampung,
jaguh kampung.

Kini anak-anak aku telah dewasa.
Mempelajari berbagai jurusan ilmu.
Ada jurutera,doktor,peguam,ulamak,akaunten dan berbagai-bagai lagi.

Anak-anak aku juga berhak memerintah negara ini.
Bukan anak-anak kamu sahaja.
Aku akan pastikan anak-anak aku memerintah dengan telus dan adil.
Kerana aku faham bahawa telus dan adil itu suruhan Allah.

Allah adalah Tuhan pencipta sekalian makhluk ini.
Itu adalah kepercayaan aku dan anak-anak aku.

Tidakkah kamu melihat rumahtangga aku.
Rumah aku telah diperbesarkan.
Mempunyai jiran yang ramai dan berketrampilan.
Penghuninya bertekat mencegah kemungkaran.
Aku bukan seperti dulu lagi.
Aku telah matang.

Sekian...wallahu aklam.

1 comment:

Kakzakie Purvit said...

Aku bukan takut memberi kamu peluang
tapi aku tidak mahu rakyat jadi pandai
kalau boleh semua saluran minda mahu aku tutup
bagi semua untuk aku menerajui
hanya dengan ini aku dapat kuasai
ada diantara kamu yang berani
aku humban kau dalam jeriji besi
bicara tak perlu aku tak mahu dengar
inilah demokrasi ciptaan aku
peluang inilah aku bisa ketawa besar
selagi ada kuasa itulah kebolehan aku

Assalamualaikum ustaz,

Itulah agaknya kata-kata dari mereka ustaz. Sedih....