Sunday, May 8, 2011

Majlis Sambutan Hari Pekerja.

Salam semua.

Pada pagi ini saya berkesempatan ke Pasar
Tani ( Bazarena ) Shah Alam , Selangor. Demikianlah kebiasaan saya setiap hari Ahad, jika tiada urusan lain yang lebih mustahak, kebetulan terdapat Majlis Sambutan Hari Pekerja bersebelahan dengan gerai-gerai pasar tersebut, saya pun terus singgah dan mendengar ucapan yang disampaikan oleh Presiden PAS.Tuan Guru Hj.Abd.Hadi Awang ucapan tersebut telah pun berlangsung separuh jalan, sebelumnya Yb. Khalid Samad dan Yb.Dr. Mariah Mahmud menyampaikan ucapan, tetapi, ketika itu saya belum sampai di lokasi dan belum mengetahui bahawa majlis ini sedang diadakan di sini.



Sengaja dipaparkan di laman ini, mungkin anda ingin mengetahui perkembangan politik negara yang tercinta dengan mendapatkan sumber berita dari berbagai media untuk menjadi bahan pertimbangan dan membuat pegangan di dalam sesuatu isu,

Sekian...wallahu aklam.

No comments: