Sunday, May 15, 2011

Islam tidak pernah kejam kepada sesiapa.

Salam semua.

Sebelas imam dibunuh kejam di bandar Brega, Libya.

Ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa pembunuhan kejam tersebut. Semoga kepulangan mereka sebagai hamba yang syahid di akhirat nanti.segala dosa diampunkan Allah. Islam istiqamah pada ajarannya yang menentang kezaliman sepanjang masa walau kezaliman itu dilakukan kepada binatang sekali pun. Kezaliman tidak digalakkan dibalas dengan kezaliman, hanya sekadar dibolehkan memberi balasan yang sama seperti ungkapan di dalam al.Quran " balasan kejahatan, kejahatan seumpamanya". Islam tidak pernah menzalimi sesiapa kerana setiap orang Islam bertanggungjawab terus kepada Tuhannya (Allah), setiap tindakan akan berpandukan Perintah dan Larangan Allah, bukan hanya terhenti pada perkiraan manusia semata-mata, hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia serta alam sentiasa diambilkira dan diperhitungkan terlebih dahulu sebelum sesuatu tindakan diambil.

Islam cintakan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan, ini terbukti dan banyak lagi buktinya di mana imam-imam tersebut dilaporkan berkumpul untuk mendirikan solat dan berdoa serta memohon keamanan di negara mereka yang sedang bergolak itu.

Berlakunya kezaliman kerana kejahilan, kejahilan yang menyebabkan gagal mengesan hakikat hidup di dunia, kejahilan kerana menyangka dunia ini tempat terakhir dan kesudahan serta gagal mengesan hakikat hidup sebenar yang ditadbirkan Allah dan lupa diri sebagai makhluk dan hamba Allah.

Oleh itu kezaliman perlu ditentang dengan ilmu dan dengan cara memperkenalkan syariat dan wawasan Islam kepada sekalian manusia yang berakal. Berikan mereka al.Quran dan al.Hadis Sohih untuk dibaca dan dikaji sehingga difahami serta membuat penilaian dan bertindak sewajarnya. Dengan itu siaplah sebahagian tugas kita sebagai penerus kepada tugas yang ditinggalkan Rasulullah.s.a.w.

Beritanya merujuk kepada Sinar Harian edisi Selangor - 15 Mei.

Sekian...Wallahu aklam.

No comments: