Showing posts with label Emas ditemui di Kampung Jelutong.Pendang. Show all posts
Showing posts with label Emas ditemui di Kampung Jelutong.Pendang. Show all posts

Saturday, July 4, 2009

Kedahlanie melaporkan Emas ditemui di Jelutong.

Salam semua.

Selepas solat subuh tadi saya terus membuka laptop dan menyemak laman kekawan, topik yang menarik hati saya untuk membacanya ialah " Gempar: Emas ditemui di Pendang". dilaporkan oleh Kedahlanie.blogspot.com. maklumlah Kedah negeri asalku yang sentiasa sahaja teringat di hati kerana di sana ramai sanak saudara, berlebih-lebih lagi ibu saya dimaklumkan berkeadaan kurang sihat pada masa ini menjadikan hati ini teringatkan kampung, semoga ibuku cepat sihat dan sentiasa mendapat pertolongan Allah.

Pendang pada asalnya sebuah pekan kecil kemudiannya dinaik tarafkan menjadi Daerah, Kampung Jelutong terletak di dalam daerah tersebut, kampung ini terletak berhampiran Kampung Penyarom, Kampung Sena, Kampung Tobiar dan banyak lagi kampung lain yang terkeluar dari laluan jalan raya, jalan raya yang melintasi kampung tersebut yang menuju ke arah timur dan utara adalah laluan ke Kampung Pisang, Kubur Panjang, Bukit Payung, Pokok Sena dan seterusnya Kuala Nerang. Jalan yang menghala ke kiri arah ke utara dan barat pula menuju ke Kampung Tualang. Kebun Lima Ratus dan Jabi, arah ke kiri menuju ke Pekan Langgar dan Alor Setar, arah ke kanan bertemu semula Pokok Sena. Manakala dari Kampung Jelutong arah ke barat dan selatan. menemui Jalan Langgar-Pendang, arah ke kiri ( selatan ) Tanah Merah, Pekan Pendang dan Sungai Tiang. demikian gambaran kasar lokasi kampung tersebut.

Kedahlanie menyatakan emas yang ditemui itu masih muda, ini bermakna pada masa akan datang emas tersebut akan matang dan boleh dimanfaatkan, Saya berharap berita tersebut akan menjadi kenyataan, rezeki datang kekadang dari arah yang kita tidak sangka-sangka demikian dinyatakan di dalam Al.Quran, sesiapa yang bertakwa kepada Allah akan ada jalan keluarnya daripada kesempitan dan kesusahan, maka sewajarnyalah kita sentiasa bertawakkal kepada Allah.

Walau bagaimanapun setakat ini belum ada kajian , diharap pihak berkenaan dan berwajib menyegerakan tindakan mengenalpasti hakikat penemuan emas di Kampung Jelutong itu .

Sekian. Allah Maha Mengetahui.Wassalam.