Sunday, October 31, 2010

Mengenal Islam semestinya melalui orang Islam yang arif

Salam semua.

Artikel kali ini ingin menyentuh mengenai Islamofobia yang sering diperkatakan di dalam perbincangan dan penulisan yang kerap kali dipaparkan untuk pengetahuan umum dengan berbagai pandangan dan pendapat yang mengutarakan sebab-sebab berlakunya situasi tersebut.

Mengenal Islam semestinya melalui orang Islam yang arif.
Salah faham terhadap Islam berlaku kerana orang bukan Islam biasanya mendapatkan maklumat mengenai Islam dari orang bukan Islam, akan lebih berbahaya lagi, jika mereka memperolehinya dari musuh-musuh Islam yang sentiasa menabur dakyah terhadap Islam.

Orang Islam yang berpendidikan tidak berusaha menambahkan pengetahuan Islam untuk disepadukan dengan ilmu akademik yang dimiliki mereka, menyebabkan setengah dari mereka juga fobia dengan Islam yang sebenar kerana selama ini mereka hanya mengamalkan Islam itu sekadar memenuhi tuntutan adat di dalam masyarakat mereka, sebab itu kekadang kita membaca kenyataan-kenyataan dari orang Islam sendiri yang menunjukkan mereka juga fobia dengan Islam dan yang ruginya kita sendiri kerana kenyataan itu menambahkan lagi perasaan fobia orang bukan Islam. Sepatutnya semua orang Islam yang berpendidikan berusaha sepadukan pengetahuan akademik dengan ilmu Islam supaya tasauwur mereka terhadap Islam betul dan tepat dan mampu menyampaikannya kepada orang bukan Islam.

Orang yang cintakan Islam sepatutnya tidak merasai penat menyampaikan maklumat yang betul kepada masyarakat tempatan dan dunia amnya. Situasi yang disebutkan di atas akan berlaku berterusan tanpa henti sekejap pun oleh itu pendakwah perlulah bertindak proaktif dan kreatif, disamping berhikmah dalam menyampaikan kefahaman Islam.

Selagi orang Islam tidak memiliki minda kritis dan ingin mengetahui mengenai Islam secara lebih mendalam sebahagian daripada mereka juga akan tergolong di dalam kumpulan Islamofobia sehinggalah mereka sendiri memahami asas Islam melalui pembelajaran mengikut tertib dan adab yang telah ditetapkan Islam.kecuali mereka yang dikuasai oleh jiwa yang cintakan kebendaan akan kekal di dalam keadaan kepura-puraan di mana hatinya mengakui kebenaran Islam tetapi pelaksanaannya tidak seperti apa yang dipercayai.

Manakala orang bukan Islam pula lebih banyak mempelajari Islam daripada musuh Islam berbanding dengan memperolehinya daripada orang Islam, mereka banyak mempelajari dari sumber dakyah Islam yang ingin merosakkan Islam dengan memberi maklumat yang tidak betul mengenai Islam, maka terjana Islamofobia yang dialami mereka. Minda mereka dipenuhi dakyah Islam bukannya ilmu atau ajaran Islam yang sebenar, Islam yang sebenar ialah Islam yang disebarkan oleh Rasulullah.s.a.w.yang termaktub di dalam al.Quran dan al.Hadis yang menjadi rujukan kita sejak Islam mula disebarkan.

Langkah mengatasi masalah di atas:
Mungkin dapat mengatasi masalah di atas, jika kita mewujudkan dua kumpulan pendakwah iaitu;

(i) Pendakwah Dalaman ( sasaran orang Islam ). Kita perlu menyediakan pendakwah yang menumpukan kegiatan dakwah atau menyampaikan ilmu Islam kepada orang Islam sendiri.Kumpulan ini sebenarnya telah sedia wujud. cuma perlu ditambah dan diperkemaskan institusinya sahaja.

(ii) Pendakwah Luaran ( sasaran bukan Islam ). Pendakwah kumpulan ini hendaklah menumpukan dakwahnya kepada orang yang bukan Islam, mereka ini perlulah dilatih oleh institusi latihan yang mahir di mana para pesertanya hendaklah terdiri dari berbagai golongan dan bidang seperti doktor, jurutera, akitek dan seumpamanya, mereka juga perlu menguasai sekurang-kurangnya dua bahasa. Maksudnya di dalam kumpulan mereka terdapat berbagai bahasa yang dikuasai.

Program ini perlu dibuat dan dijanakan bersungguh-sungguh dengan menggunakan dana yang besar dan kukuh. Sikap yang istiqamah terhadap pencapaian matlamat perlu wujud dalam diri kita, Dengan cara ini diharapkan penerangan dan penjelasan mengenai Islam dapat disampaikan dengan sempurna kepada semua lapisan masyarakat. Insya Allah hasilnya orang Islam akan lebih kenal Islam dan orang bukan Islam akan kenal Islam.

Orang yang bertanggungjawab dalam melaksanakan aktiviti ini tentulah atas tanggungjawab semua orang Islam, tetapi tanggungjawab yang lebih berat sudah pastilah terletak di atas tanggungjawab pemerintah, kemudian ilmuan Islam dalam berbagai bidang dan seterusnya semakin menurun kepada setiap orang Islam.

Sekian...wallahu aklam.

Lokasi yang sesuai untuk bersantai bersama keluarga.

Salam semua.

Tasik ini sangat sesuai untuk dijadikan tempat bersantai dan berjoging kerana mempunyai kemudahan ibadat, lokasinya berhampiran Masjid Salahudin Abdul Aziz Shah,
( Masjid Negeri ), Shah Alam; Selangor.
Pada hari cuti mingguan dirasakan sesuai membawa anak-anak dan keluarga bersantai di sini, apabila masuk waktu dan bunyi azan bolehlah membawa mereka bersolat Jamaah di masjid sebagai latihan dan didikan tanpa mereka sedari, mungkin cara ini akan memberi kesan yang mendalam kepada mereka, tetapi kalau anda lakukan sebaliknya, iaitu apabila azan berbunyi semua ahli rombongan tidak mengindahkannya dan tidak pergi bersolat walaupun masjid terletak berdekatan, ini juga memberi pendidikan kepada mereka tetapi sudah tentulah pendidikan yang negatif dan mazmumah. Kedua-dua kesan tersebut akan dihayati mereka sehingga dewasa sama ada mahmudah atau mazmumah terpulanglah kepada pendekatan kita.

Kenderaan boleh diletakkan di dalam kawasan masjid dan berjalan kaki keluar melalui pintu pagar kecil yang berhampiran tasik.......Wallahu aklam.

Semua gambar masjid di atas diambil dari arah tasik berhampiran.



Dari Facebookku.

Salam semua.

Lee Noh
‎...
Kalau tuan pergi ke Kelantan.
Jangan lagi pergi ke pejabat.
Kerana orang sesak jalan.
Menjulang piala yang hebat.
...........
Kerana orang sesak jalan.
Melihat piala yang disandang.
Baru tadi melangkah sempadan.
Semua pemain sudah menjulang.
.....
Baru tadi melangkah sempadan.
Singgah sebentar meninjau Galas.
Bumi subur menghijau sakan.
Merah ada bagai sulaman.
.....
Bumi subur menghijau sakan.
Siapa pergi semuanya ceria.
Melihat manusia penuh jalan.
Menyambut kehadiran Piala Malaysia.
...
Melihat manusia penuh jalan.
Nampak macam raya sakan.
Lagi meriah cuti diberikan.
Kerana penat setelah bersukan.
.....
Lagi meriah cuti diberikan.
Agar senang rakyat bergembira.
Begitulah ihsan kerajaan Kelantan.
Kepada rakyat mereka peka.
.....
Begitulah ihsan kerajaan Kelantan.
Rakyat dinasihat jangan lupa ajaran.
Ajaran Islam ada sempadan.
Hukum syariat jangan dilupakan.
.....
Ajaran Islam ada sempadan.
Pemimpin patuh, rakyat pun demikian.
Rajanya pula orang beriman.
Rakyat sejahtera, negara pun aman

Saturday, October 30, 2010

Penghalang Pendidikan.


Salam semua.

Melayu pun tidak terbela,
Islam pun tidak terjaga.
Nak tunggu sampai bila.
Bukankah lama telah merdeka.

Mungkinkah sama jika diumpama.
Seumpama nasib Lebai Malang ,
ke hilir berlapar dan dahaga.
ke hulu pun tidak kenyang.


Konon Melayu dan Islam tidak berbeza.
Hiburan malam ikhtiar menjana.
Asalkan boleh mengumpul dana.
Bukankah itu membawa bencana.

Bila ditegur dan ditentang.
Kononnya baru diperingkat cadangan.
Perkara buruk mengapa dirancang.
Sudah tentu berniat untuk amalan.

Perkara buruk mengapa dirancang.
Takut nanti membawa kemusnahan.
Sekian lama ulamak menghalang.
Mengapa kita buat tidak hairan.

Pernah berlaku suatu tuduhan.
Pendidik gagal memberi pendidikan.
Rupanya ada gergasi halangan.
Semua ikhtiar berkiblatkan kebendaan.

Friday, October 29, 2010

Pilihan raya kecil - Galas - Batu Sapi.


Salam semua.




Hari mengundi 4 Okt. 2010.
___________________

[7]
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
[8]
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

( Surah Az.Zalzilah )
____________________________

Kempen pilihan raya DUN Galas, Kelantan dan Parlimen Batu Sapi, Sabah telah pun bermula, hari mengundi akan dijalankan serentak pada 4 OKt.2010, parti dan penyokongnya sebok berusaha untuk memenangkan calon masing-masing, dalam pada sebok dan berusaha bersungguh-sungguh itu kekadang hilang kawalan diri dan melanggar pula etika serta larangan Allah.Kita telah diceritakan dengan berbagai cerita yang dilihat sebagai kurang berkaitan dengan rancangan memajukan negeri atau negara, kalau kita berniat baik untuk memajukan negara tidak seharusnya merekacipta sesuatu yang merugikan diri sendiri dan masyarakat, fokus pada dasar yang dibawa adalah cara yang terbaik, sekurang-kurangnya dapat membiasakan rakyat dengan budaya tersebut ketika berkempen pilihan raya.

Sebagai orang Islam kita berkewajiban menjaga dan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan Allah. Sama ada berkaitan dengan percakapan atau tingkah laku yang lain. Berlebih-lebih lagi semasa berkempen pilihan raya sama ada di hadapan khalayak atau bersama media kerana semua perlakuan itu terdedah kepada masyarakat umum, bukanlah seperti murid-murid membuat karangan untuk diperiksa oleh guru. Murid-murid yang terlibat dengan tugasan membuat karangan akan membaca soalan dengan teliti sehingga faham, kemudian mulalah mereka mencari isi untuk dikembangkan. Isi rekaan tersebut dikembangkan sehingga mencapai kehendak soalan dan menepati jumlah perkataan yang dikehendaki, disamping menjaga gaya bahasa dan perenggan yang sesuai dengan tahap atau tingkatan mereka.

Sekiranya karangan tersebut dikhayal dan dikarangkan oleh mereka sendiri (bukan meniru), insya Allah karangan tersebut akan mempunyai nilai yang tinggi dan akan mendapat markah yang tinggi dan cemerlang. Walau pun isi karangan tersebut hanya khayalan dan pembohongan sahaja kerana sememangnya itulah sebenarnya yang hendak dilihat dan disuruh pamer.

Demikianlah juga di dalam pertandingan berpidato, cuma selain daripada isi mereka perlulah mahir berpidato dengan aksi dan gaya penyampaian yang menarik , berkesan serta mematuhi syarat-syaratnya, insya Allah akan berjaya di dalam pertandingan.


Tetapi kempen pilihan raya situasinya bukan seperti itu, kempen pilihan raya bukan karangan, bukan khayalan dan bukan juga lakonan. Kempen pilihan raya adalah realiti yang berada di dalam kehidupan sebenar dan tidak terkeluar dari naungan hukum Allah. Ianya tidak terkecuali daripada hukum haram, halal, wajib, sunat dan harus (mubah).

Petugas dan pelapor media juga berada di dalam dunia yang sama, semuanya menjurus ke arah dan destinasi yang sama, iaitu destinasi yang semua orang Islam sedia maklum, penulis juga berada di dalam situasi yang tidak terkecuali. Ingat mengingat adalah suruhan yang terkandung di dalam syariat.

Sering disebut " Kalau tidak dapat membuat semua, jangan ditinggalkan semuanya", mungkin kita tidak mampu mematuhi semuanya tetapi sebahagian besar daripadanya mampu dipatuhi. Sengaja merempuhnya itulah yang dikesali.

Oleh itu orang yang terlibat dengan kempen pilihan raya khususnya, perlulah berhujah secara jujur dan ikhlas bukan rekaan seperti murid sekolah membuat karangan untuk mendapat markah yang tinggi atau menyertai pertandingan berpidato untuk mendapat kemenangan seperti yang telah dinyatakan .

Hujah dalam kempen pilihan raya akan didengari oleh khalayak ramai dan juga sampai ke telinga rakyat yang mungkin sedang mengharapkan kejujuran pemimpin kecil dan besar yang turun ke bawah dan berdepan dengan mereka. Berlebih-lebih lagi hujah yang dikemukakan berkaitan dengan pentadbiran negara dan memegang amanah rakyat. Hendaklah sentiasa diingat mereka adalah pemimpin dan bakal menjadi pemimpin yang lebih besar. Negara adalah hak bersama dan Malaysia adalah hak kita bersama. Rakyat berhak benci kepada pemimpin yang jahat dan berhak memberi sanjungan kepada pemimpin yang baik dan menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara.

Memadai sampaikan sahaja dasar yang akan dilaksanakan oleh parti masing-masing apabila menang nanti, Menunjulkan calon bukanlah seperti iklan barangan di TV yang menyatakan melebihi realiti, Kempen cara yang baik sekurang-kurangnya dapat menjadi serampang dua mata, mendidik rakyat supaya menjadi rakyat yang berilmu dan bermaruah di satu pihak dan memenangkan calon pilihan di pihak yang lain .


" ALLAH SENTIASA MELIHAT PERBUATAN KITA SAMBIL MEMBUAT PENILAIANNYA "

Sekian...Walalhu aklam.

Wednesday, October 27, 2010

Tsunami berlaku lagi......

Salam semua.

Peristiwa tsunami telah pun berlaku beberapa kali di rantau ini, peristiwa yang berulang kali itu telah menjadi kebiasaan atau adat kepada manusia, terbaru berlaku di barat Indonesia pada selasa 26 Oktober 2010 yang mengorbankan 23 nyawa , manakala 160 lagi masih hilang, demikian dilaporkan oleh media tempatan.orang yang tidak melihat dan terlibat dengan kejadian itu tidak lagi terkejut dengan peristiwa tersebut.kalau pun mereka terkejut membaca beritanya tetapi tidak sepanik dahulu , agaknya telah menjadi kebiasaan disebabkan kejadian itu telah berlaku berulangkali dan ditambah pula dengan kejadian ngeri yang lain yang dipertontonkan di dalam TV melalui siaran beritanya dan juga terlihat sendiri di lokasi yang berlaku peristiwa yang mengerikan.

Sama ada kejadian itu digeruni atau tidak oleh mereka yang mendengar beritanya kejadian itu tetap merupakan di antara perancangan Allah Ta'ala terhadap alam yang dicipta dan diperintah-Nya, sudah banyak amaran dan peringatan disampaikan kepada manusia melalui kitab suci-Nya al.Quranul Karim.Umat Islam seharusnya sentiasa peka dengan kejadian dan peristiwa tersebut kerana kisah yang lalu telah sampai ke pengetahuan mereka sebelum mereka melihat realiti yang berlaku pada zaman mereka kini.


Sesuatu kejadian yang berlaku berulangkali kekadang akan mengubah nilai terhadapnya, kejadian itu akan dianggap perkara biasa sama ada peristiwa seperti rompakan, kemalangan jalan raya, buang anak, rasuah, memfitnah , pembunuhan dan seumpamanya. Nilai itu akan kekal, sesuai dan wajar dengan kejadian dan peristiwanya hanya apabila dinilai melalui kaca mata ilmu dan iman.

Bagi orang Islam kejadian itu adalah petanda bahawa kiamat akan berlaku bila sampai masanya dan kejadiannya amat dahsyat sekali, kejadian tsunami hanya amaran kecil berbanding dengan kiamat dan amaran itu adalah dari Allah supaya manusia kembali kepada perintah-Nya. Maka beruntunglah mereka yang menyedarinya.

Jom, kita renungi bacaan ayat di bawah ini dan membaca terjemahannya.

99. Az-Zalzalah


[1]
Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
[2]
Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
[3]
Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); “Apa yang sudah terjadi kepada bumi?”
[4]
Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:
[5]
Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
[6]
Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) – untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
[7]
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
[8]
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!



Sekian...wallahu aklam.

Mawaddah dan Gaza.

Salam semua.

Awal pagi ini saya diberi sekeping kad (pamphlet) kempen menderma untuk membantu Penduduk Gaza seperti ditunjukkan di bawah ini.








Untuk senang membacanya ditulis semula kandunganya di bawah ini.

LEBIH 10.000 ORANG Wanita Palestin pernah mengalami keperitan penjara sejak 1967.

LEBIH 900 ORANG Wanita telah ditangkap oleh penjajah sepanjang intifadhah.

LEBIH 900 ORANG Kanak-kanak terbunuh sejak intifadhah kedua.

Life - line Gaza (LL4G)
adalah gabungan 16 NGO termasuk Mawaddah. Misi LL4G ialah mengadakan Pelayaran Kemanusiaan ke Gaza hingga terhapus embargo ke atasnya.

Gaza adalah sebuah penjara terbesar. Banduannya terdiri dari rakyat Palestian termasuklah wanita dan kanak-kanak.

Mawaddah adalah "suara hati" mereka. Kami mengajak wanita Malaysia perjuangkan hak asasi mereka.

Penanda tautan hati adalah simbol tautan hati kita dengan hati mereka.


Hulurkan sumbangan;
Melalui Akaun:
Pertubuhan Mawaddah Malaysia.
1203 8010 0751 25
Bank Islam Malaysia Bhd.

TARIKH AKHIR KEMPEN.
31 DIS 2010.




Sekian...wallahu aklam.

Orang Islam sepatutnya pandai mengambil kesempatan dari perkembangan Teknologi Maklumat (IT).

Salam semua.

Ilmu yang tidak diamalkan umpama pokok yang tidak berbuah.
Saya sering menyebut mengenai minda kritis dan kreatif serta proaktif untuk membezakan di antara mereka yang memahami sesuatu tetapi tidak bertindak sesuatu sesuai dengan pengetahuannya , mungkin rangkaikata ini menyamai pepatah Arab yang bermaksud, " Ilmu yang tidak diamalkan umpama pokok yang tidak berbuah", maksudnya ilmu yang tidak diamal, dimanfaat dan dikembangkan atau disebarkan ibarat pokok yang tidak mengeluarkan hasil atau buahnya, keadaan ini akan menyebabkan kurang manfaatnya.

Sudah tentulah ilmu yang diperolehi seseorang itu datangnya dari orang yang terdahulu,begitulah juga cara saya dan sesiapa sahaja mendapatkan ilmu, di mana rantaian ilmu itu berasal dari Allah jua kerana Allah yang mencipta manusia, selain itu Allah jua yang menyampaikan ilmu itu kepada rasul-rasul-Nya, maka berlakulah perkembangan ilmu itu dari rasul kepada pengikut-pengikutnya dan pengikut-pengikutnya pula disampaikan kepada pengikut-pengikut mereka dan seterusnya perkembangan itu aktif sehingga ke Hari Akhirat kerana berlakunya penurunan ilmu dari generasi ke generasi dan penurunan ini pula berkesinambungan tanpa putus alirannya, sebagai orang Islam ilmu tersebut perlu dijaga dan dipelihara serta dikembangkan supaya ilmu itu tidak putus benihnya serta tidak diselewengkan. Penjagaan dan pemeliharaan itu adalah sebahagian dari dakwah.

Ambillah kesempatan untuk menaja kebaikan.
Orang Islam sepatutnya pandai mengambil kesempatan dari perkembangan pesat Teknologi Maklumat ( IT ) yang sedang aktif dan dimanfaatkan di seluruh dunia pada masa kini. Sejauh manakah kita telah menjana kebaikan dari kemudahan ini dan memanfaatkannya untuk berdakwah atau menyebarkan ajaran Islam kepada penduduk dunia, Setiap orang Islam yang berilmu seharusnya menyedari bahawa terdapat suruhan Allah yang memerintahkan hamba-Nya untuk berdakwah dan menyebarkan ilmu kepada manusia ( bukan sahaja kepada orang Islam ) iaitu ilmu yang membawa manusia ke jalan yang lurus dan benar serta memimpin mereka ke arah kesejahteraan di dunia dan di akhirat ( ketika hidup dan selepas mati ) seperti difirmankan Allah di dalam kita suci-Nya yang berbunyi;

3:104

Bermaksud:
"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya".
( Surah Ali-Imran : Ayat 104 )

Kemahiran IT.
Orang Islam yang mempunyai ilmu dan juga kemahiran IT ( komputer dan internet ) sepatutnya mengambil kesempatan tersebut untuk menyebarkan ajaran Islam kepada manusia ke seluruh dunia, mereka yang tidak mempunyai ilmu yang tinggi di dalam bidang syariah sekali pun dapat dan mampu melibatkan diri dengan menggunakan teknologi tersebut dengan menyebarkan maklumat yang didapatinya dari saudara Islam yang lain, artikel-artikel dakwah sepatutnya boleh disebarkan dengan bebas tanpa pindaan oleh saudara Islam yang tidak berkemampuan menghasilkannya kerana kebaikan yang disebarkan itu akan berganda ganjaran baiknya.Ibarat kebaikan itu sedang berada di hujung jari menunggu untuk dikembang dan dicambahkan sahaja.

Sekian...wallahu aklam.

Pada hakikatnya tiada siapa yang mampu membakar al.Quran.

Salam semua.

Realitinya membakar al.Quran bukan umpama membakar sebuah rumah.
Berita sekumpulan manusia yang ingin membakar al.Quran telah lama berlalu tetapi ingatannya akan melekat di dalam minda orang Islam yang telah membaca dan mengetahuinya kekal buat selama hidupnya kerana ianya tidak akan berlalu begitu sahaja, sebaliknya telah dicatatkan di dalam sejarah yang pahit dalam pergaulan dan sosial manusia ciptaan Allah yang hidup di dunia fana ini.
Pada hakikatnya al.Quran itu ialah sebutan atau lafaz di dalam bahasa Arab beserta makna dan maksudnya yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad.s.a.w. melalui malaikat Jibril.a.s.
Merujuk kepada asalnya, al.Quran ini tersimpan di dalam dada ( hafaz) Nabi Muhammad.s.a.w. bukannya ditulis di atas kulit, pelepah tamar, kertas atau di atas skrin komputer.

Dari dada Nabi Muhammad.s.a.w.kemudiannya berkembang ke dalam dada sahabat-sahabat Rasulullah.s.a.w kerana mereka mempelajari dan juga menghafaz setiap kalimah dan ayatnya, setelah itu barulah datang minda kreatif menulisnya di atas pelepah tamar, kulit binatang dan lain-lain seperti yang disebutkan di atas.Jika dibakar semua bahan yang tercatat al.Quran itu tidak bermakna al.Quran telah terhapus dan akan lenyap di dunia ini, Allah menjamin ianya akan kekal sehingga dunia ini musnah.Walau bagaimana pun perbuatan jahat ingin membakar al.Quran untuk menghinanya itu perlulah ditentang dan dihalang oleh orang Islam kerana perbuatan itu telah melampau dan terkeluar dari persekitaran akal yang waras.

Membakar al.Quran bukanlah umpama membakar sebuah rumah, setelah dibakar maka hanguslah rumah itu, kemudian hilanglah segala perkara dan objek mengenai rumah tersebut melainkan tinggal habuknya dan pada ketika itu ianya tidak berguna lagi.Tetapi, jika semua kitab al.Quran dibakar pun, al.Quran tidak akan lenyap di dunia ini kerana al.Quran itu sebenarnya tersimpan di dalam dada orang Islam di seluruh dunia, itulah keistimewaan dan keajaiban al.Quran yang tiada pada kitab-kitab lain seperti Taurat ( Musa ), Injil ( Isa ) dan Zabur ( Daud ). semua kitab ini tiada lagi naskah asalnya, kalau dikatakan ada dan masih digunakan ianya bukanlah yang asal, sebaliknya telah hilang sebahagian besar kandungannya kerana ditambah atau dipinda oleh manusia atas matlamat dan kepentingan diri mereka. maka jadilah kandungannya tidak sama di antara satu sama lain, tegasnya kitab-kitab tersebut tidak layak lagi disebut atau dinamakan atas nama asalnya.

Baca dan kaji dahulu.
Mereka yang terlalu benci dan fobia dengan al.Quran disyorkan supaya mereka membaca dan mengkaji al.Quran itu terlebih dahalu, kenalilah al.Quran itu terlebih dahalu ( Tidak kenal maka tidak cinta ) , tiada sebarang buku atau kitab sehebat al.Quran di dunia ini, untuk mengetahui dan mengesahkannya anda perlu membacanya sendiri, setelah anda faham anda akan dapati bahawa al.Quran itu luarbiasa, anda akan menyesal dan menangis kerana telah terlewat mengenali al.Quran yang sepatutnya anda telah lama membaca dan mengkajinya, anda akhirnya tidak mungkin lagi mampu membohongi diri sendiri dengan mengatakan bahawa al.Quran itu tidak benar atau palsu.


Siapakah lebih buruk dan hina.
Sesuatu tindakan yang hanya berdasarkan andaian tanpa bukti tentulah tidak dapat dianggap perbuatan itu bertamadun atau maju, sebaliknya inilah yang dikategorikan sebagai jahiliyah atau sesat haluan hidup , mereka sebenarnya sangat memerlukan al.Quran untuk mensejahterakan hidup mereka yang penuh dengan andaian dan tuduhan yang sebahagian besarnya tersasar dari landasan yang sebenar, mereka perlu mengenal diri sendiri dengan membaca dan mengkaji al.Quran, kalau masih degil dan tidak mahu membacanya mereka akan hidup di dalam keadaan yang buruk dan hina kerana sebahagian besar tindakan mereka akan dimurkai Allah.

Kenalilah Allah Yang Maha Esa ( wahdaniah) .
Perkara yang paling utama dalam hidup ini atau dalam beragama ialah mengenal Allah ( Tuhan ) yang mencipta alam ini, termasuk mencipta diri kita kerana kita juga sebahagian dari alam yang dimaksudkan, ini adalah titik permulaan pengajian, inilah juga tertibnya, selepas mengenal Allah barulah beralih kepada mengenali perkara lain yang berkaitan dengannya, tanpa mengenal Allah terlebih dahulu segala pengajian dan amalan kita akan menjadi sia-sia, setelah anda membaca dan mengkaji al.Quran dengan mendapat bantuan mereka yang pakar dalam bidang tersebut ( ulamak ) nescaya anda akan berjumpa dan menemui jalan yang lurus dan selamat di dunia dan di akhirat.

Sekian...wallahu aklam.

Tuesday, October 26, 2010

Demokrasi Malaysiaku.


Salam semua.

Selesai sudah penamaan calon.
Di negeri Pantai Timur Kelantani.
Galas gerangannya nama DUN.
Di Sabah Parlimen Batu Sapi.

Pilihan Raya Kecil akan diuji.
Kematangan rakyat dan pemimpin.
Fahamkah mereka adat demokrasi.
Jangan pula tidak prihatin.

PAS menang Barisan terlepas.
Barisan menang PAS terlepas.
Biar di Batu Sapi atau Galas.
Keduanya kempin berbalas-balas.

Sudah terkesan bercakap merapu.
Perkara tiada diada-adakan.
Kurang bubur lebih sudu.
Itu bukanlah anak jantan.

Percakapan melambangkan peribadi.
Kerana di situ adanya budi.
Sebarkan ilmu, tunjukkan pekerti.
Agar pengundi dapat hayati.

Mengacum, mengumpat bukanlah caranya.
Dedahkan realiti ketokohan diri.
Jangan berbohong sembunyikan punca.
Budaya fitnah perlu dijauhi.

Perkara yang baik hendaklah diakui.
Walaupun pahit tetapi ianya ubat.
Di akhirat nanti, kita tidak rugi.
Demikianlah wajah perjuangan yang hebat.


Al.Quran petunjuk bagi mereka yang bertaqwa.


Salam semua.


2:2

Bermaksud:
"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa".
( Surah Al.Baqarah : ayat 2 )

____

這部經,其中毫無可疑,是敬畏者的向導。

____



Surah Al.Mutaffifin - Qari : Khalifa Al.Tunaiji

174.36.196.142


174.36.196.142


174.36.196.142



Monday, October 25, 2010

Ketika iblis syaitan menguasai manusia.

Salam semua.

Ketika iblis syaitan menguasai manusia,
dunia porak peranda, ramailah manusia menjadi gila,
gila bermacam-macam gila,
gila kuasa, gila pangkat dan gila harta,

Sebahagian manusia mengenalinya,
dijadikan daripada api, peribadinya panas, jahat dan pengkhianat.
Akal faham tingkah lakunya,
akal menyedari kejahatan dan pencerobohannya.
nafsu menerima secerianya.

Iblis syaitan bermaharaja lela,
bila iman manusia susut dan surut.
iblis syaitan menyusup bersama nafsu, menewaskan akal.
akal dijana semula untuk mengkayakan kejahatan.
putih dilihat hitam, kebaikan dilihat kejahatan,
kegagalan dilihat kejayaan, maka bersyukurlah pada yang buruk,

Hanya iman kental di dada, tidak lut dek iblis syaitan.
iblis syaitan gusar dan takut padanya,
manusia beriman kental, sukar dimangsakan,
Biar datang sehalus asap, iblis syaitan dapat dikenali.

Itulah orang cerdik,
tidak akan memangsakan diri untuk menjadi;
orang bodoh makanan orang cerdik.
lembu yang dicucuk hidung,
cendikiawan yang dikalahkan kebendaan.

Akal dan iman sentiasa berpadu, bertakhta di hati,dikunci rapat.
iblis syaitan gagal menceroboh masuk.

Sekia. wallahu aklam.


Sunday, October 24, 2010

Menyediakan peluang pekerjaan.

Salam semua.

Dalam beberapa hari ini mindaku akan sekali-sekala tenggelam timbul mengingati menara ratusan tingkat yang akan dibina kelak, kepalaku sesekali mendongak ke atas cuba membayangkan berapa jauh kepalaku terpaksa bergerak ke belakang untuk melihat puncaknya, sekiranya bangunan itu telah siap nanti, kalau dikala malam tentu sekali aku akan terlihat juga bulan dan bintang, jika waktu siangnya agaknya cahaya matahari akan menyucuk mataku.

Aku bayangkan juga bahawa tentu sekali akan terdapat ramai kontraktor gergasi , sederhana dan kecil-kecilan akan berada di tapak pembinaan semasa operasi pembinaannya dan ramailah penjaja makanan di tepi-tepi pagar yang menutup kawasan pembinaan, pembekal besi cerucuk, paku, atap, tail, kayu, sink, lampu dan lain-lain bahan binaan akan sebok membawa muatan ke tapak binaan setelah mereka mendapat tempahan, maka seboklah juga pekerja binaan, sama ada yang mahir atau sebaliknya, jurutera dan akitek tentu sekali memerah otak untuk memastikan bangunan itu dibangunkan dengan kejab dan kukuh serta dijamin tidak akan runtuh setelah siapnya nanti. semua yang terlibat itu tentulah akan mendapat habuannya masing-masing, tentu sekali projek mega ini akan memberi peluang pekerjaan kepada ramai rakyat Malaysia dan juga pendatang, sama ada pendatang berizin atau tanpa izin.

Di samping itu aku juga teringat kepada pemuda dan pemudi yang sedang mencari pekerjaan, terdapat di kalangan mereka yang telah menghadiri konvokesyen sejak 2004 atau sebelumnya belum mendapat apa-apa pekerjaan yang menjamin kehidupan selesa bagi keluarga mereka, kalau dapat pekerjaan pun hanya buat beberapa ketika sahaja, selepas itu dihentikan kerana aktiviti syarikat berkurangan oleh itu tenaga pekerja perlu dikurangkan, maka kembalilah mereka menjadi penganggur semula, apakah agaknya tasauwur penanggung hutang PTPTN ini terhadap cadangan membina bangunan pencakar langit yang baru ini.Aku juga teringat mereka yang miskin yang mana minda mereka hanya tertumpa kepada mencari sesuap nasi, kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.

Mungkinkah duit yang akan dibelanjakan sebanyak itu mampu mengatasi masalah mereka ini.kalaulah wang itu dialihkan kepada projek mengatasi pengangguran dan membasmi kemiskinan, apa megahnya bangunan pencakar langit bagi rakyat biasa seperti mereka ini. itulah terkadang terfikir di mindaku, aku bukan ingin membangkang atau mencegah pelaksanaan projek mega itu kerana diriku tiada apa-apa kuasa dan bisa pun. Cuma aku ingin menyatakan bahawa aku lebih berminat menyelesaikan masalah pengangguran dan kemiskinan mengatasi cadangan membina bangunan pencakar langit itu kerana setelah siap nanti pun mereka yang mewah sahaja akan mendapat manfaat daripadanya berbanding dengan mereka yang menganggur dan miskin sama ada mereka yang datang dari kampung ataupun bandar.

Pada hematku usaha mengatasi pengangguran dan membasmi kemiskinan serta meningkatkan mutu pendidikan lebih utama berbanding dengan lain-lain sektor. Lebih baik dana yang sedia ada itu dipergunakan untuk tujuan tersebut.Kalau kerajaan memiliki wang simpanan sehingga mampu membina bangunan pencakar langit sepatutnya pihak yang berwajib tiada lagi alasan untuk membiarkan wujudnya pengangguran dan kemiskinan.juga tiada yang tercicir dari sekolah kerana tidak menguasai akademik sebab mereka dapat masuk ke bidang vokasional dan teknik, kesejahteraan keseluruhan rakyat perlu diutamakan.

Wang yang digerakkan ianya akan mengaktifkan aktiviti ekonomi, kiranya wang itu telah berpindah ke tangan penganggur kerana telah mendapat pekerjaan dan orang miskin yang telah mendapat bantuan, mereka ini akan membenjakannya, sudah tentu wang tersebut bergerak di dalam pasaran, walaupun kelihatan peratus pergerakkan ekonomi itu sedikit tetapi ianya dapat dinikmati rakyat secara menyeluruh dan akan menjadi serampang dua mata juga. Dari segi moralnya tindakan ini dirasakan lebih prihatin dan mulia..

Dalam menjaga kesejahteraan rakyat beberapa perkara ini perlu dijaga dan dipelihara serta diberi keutamaan iaitu sektor pendidikan, pekerjaan dan membasmi kemiskinan dan juga keagamaan, jika ini diabaikan negara akan menghadapi berbagai masalah yang akan mengancam keselamatan rakyat dan negara.

Sekiranya perancangan projek tersebut tercetus dari hati yang ikhlas kerana ingin memajukan agama, bangsa dan negara, dibuat dan dirancangkan kerana Allah bukan terdapat kepentingan lain atau semata-mata untuk kebaikan rakyat dan negara , bukan untuk memuaskan rakyat tertentu sahaja, ayuh teruskan........


Sekian...wallahu aklam.

Saturday, October 23, 2010

Bersantai berhampiran Kawasan Masjid Shah Alam.

Salam semua.

Pagi ini saya meluangkan masa dan pergi bersiar-siar di Tasik Raja Lumu berhampiran Masjid Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.



Kereta diletakkan di dalam kawasan masjid dan terus ke kawasan joging serta bersantai di sana, terlihat beberapa aktiviti beroperasi di aras bawah bangunan masjid. majlis ilmu dan jualan.Kawasan reakrasi seperti ini kelihatan bersepadu dan mesra alam. Dalam seronok bersantai kita juga dapat beribadat apabila tiba waktunya.
Saya pun tidak pasti apa nama tasik ini tetapi di seberang sana tertulis
" Tasik Raja Lumu".



Bersantai di sini sambil membaca surat khabar.ada berita benar dan ada juga yang temberang, untuk mempercayainya tepuklah dada tanyalah iman .


Murah 1 x RM05.00 sahaja.


Semasa balik kami singgah di aras bawah bangunan masjid dan membeli beberapa barangan yang dijual di sini, gerai ini dibuka pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, semasa kami singgah masih banyak gerai yang belum dibuka kerana hari masih terlalu awal agaknya.

Sekian...walahu akalm.

Bukan susah pun nak kenal pakaian Islam.

Salam semua.

Sejak semalam lagi minda saya fokus mengenai pakaian Islam ( pakaian menutup aurat ), bukan pula bermakna sebelum ini saya tidak berfikir mengenainya, saya memang ada berfikir mengenainya sebab itu terhasil satu tajuk berkenaan perkara itu sebelum ini di dalam laman sesawang ini.Kalau disemak dikotak popular pagers today tercatat
" Kehidupan Bersih: HUKUM MENUTUP 'AURAT - WANITA ISLAM.10.05%". Tajuk ini bukanlah artikel tulen saya, sememang pun artikel mengenai Islam mana ada yang tulen atas hasil nukilan kita, pendeknya semuanya berasal dari Allah, semuanya ilmu Allah, jangan marah kalau orang lain turut sebarkan artikel kita kerana perbuatan demikian bukanlah sifat orang yang berdakwah, perkara baik kenalah disebarkan, manakala perkara salah perlu diberi teguran dan dihentikan, itulah di antara budaya dan cara hidup Islam.

Kalau ada orang menyalah tafsir atau memberi tasauwur salah mengenai Islam, mereka yang arif wajib membetulkannya, tidak boleh membiarkan perkara itu berlaku berterusan, kerana, jika dibiarkan ianya akan merebak dan akan menjadi semakin buruk pada masa akan datang.Umpama isu yang sedang berlaku sekarang mengenai pakaian Islam, di mana pakaian yang dimaksudkan sebagai pakaian fesyen Islam itu sebenarnya tidak menutup aurat pun, kemudian diberi jenama pakaian Islam atau terdapat di dalam busana Islam tentulah tidak patut dan tidak dapat diterima oleh orang Islam yang memahaminya.

Bukan susah nak kenal pakaian Islam.
Pemimpin Islam sekurang-kurangnya memahami perkara asas mengenai Islam dan terapkan di dalam keluarga masing-masing, Penerapan ilmu cara yang paling baik ialah dari atas ke bawah, datuk kepada anak-cucu, ibu bapa kepada anak-anak, abang kepada adik-adik dan pemimpin kepada rakyat, kalau ianya berlaku sebaliknya di sana akan terdapat kesukaran dan kecelaruan, Marilah kita semak dan fahamkan serta amalkan cara hidup Islam, di antaranya mendaulatkan pakaian Islam.Untuk mengenal pakaian Islam bukanlah suatu tugas yang susah kerana semuanya telah diterangkan di dalam al.Quran dan al.Hadis.Umat Islam sudah tentu tidak boleh pandai-pandai sendiri dalam hal seumpama ini.

Sekian...wallahu aklam.




Friday, October 22, 2010

Bila ilmu bertambah pandangan dan sikap pun berubah.

Salam semua.
















Apakah agaknya mesej yang akan dimuatkan di dalam artikel ini....akan bersambung nanti...insya Allah.
-----------------------------------------------------------------------
Hanya pemerhatianku sepintas lalu.

Setelah tiga jam saya membiarkan kenyataan di atas dalam keadaan penuh kemusykilan barulah artikel ini di sambung. Sebenarnya artikel ini ingin membuat sorotan kembali ke zaman tahun 80an di mana pada ketika itu kefahaman masyarakat Melayu bermain tarik tali di antara ingin melonjakkan penghayatan Islam di suatu pihak dan di suatu pihak lagi berusaha menolaknya secara tidak langsung, perkara ini berlaku kerana didorongkan oleh pengetahuan dan juga kepercayaan masing-masing,. sudah tentulah yang satu itu tidak betul dan di pihak yang satu lagi itu betul kerana mereka memiliki ilmu dan pendidikan Islam yang mencukupi.

Pada ketika itu mereka yang tidak faham Islam merasakan bahawa memakai kopiah putih itu hanya mereka yang mendiami atau sedang belajar di pondok-pondok yang banyak terdapat di Kelantan,Kedah, Perak dan Terengganu sahaja, manakala mereka yang layak memakai serban dan jubah hanya mereka yang telah menunaikan fardu haji, walaupun tidak terdapat di dalam mana-mana kitab yang menerangkan demikian tetapi pengaruh percakapan mulut ke mulut telah memberi kesan demikian rupa kepada masyarakat kita, masyarakat ketika itu tidak melazimkan diri merujuk permasalahan mengenai ajaran Islam kepada kitab-kitab, mereka menyangka Islam itu hak orang Melayu, maka ikut sahaja amalan orang Melayu yang turun temurun itu walaupun tidak betul dan tidak tepat amalannya.

Kelaziman pada ketika itu dan zaman sebelumnya mereka yang telah meningkat usia melebihi 40 tahun akan mula memakai kopiah putih tetapi tidak memakai serban dan jubah, melainkan sebahagian mereka yang telah menunaikan fardu Haji, kefahaman dan tanggapan yang tidak tepat ini mulai berubah dengan cepatnya selepas tahun 80an, di mana sebahagian orang yang tidak mendalami ajaran Islam rasa terkejut dan pelik dengan perubahan itu. Sebenarnya sejak awal 70an lagi sudah pun terdapat kumpulan tertentu yang mengamalkan pakaian berserban dan berjubah serta berpakaian menutup aurat kerana mereka ini sentiasa menambahkan ilmu dan merujuk kepada kitab-kitab yang di dalamnya dimuatkan dengan penerangan-penerangan yang dikukuhkan dengan ayat al.Quran dan al.Hadis yang menjelaskan bahawa berpakaian serban dan jubah atau berkopiah putih bukanlah dikhaskan kepada mereka yang telah menunaikan fardu Haji atau seperti mana yang dijelaskan di atas tadi. Setelah faham mereka pun mengamal dan menghayatinya.

Berusaha untuk mengetahui perkara tersebut dan perkara-perkara yang lain semat-mata ingin menghayati Islam secara yang betul dan tepat, di samping mendekatkan diri dengan cara hidup Rasulullah.s.a.w. sama ada cara berpakaian , makan minum dan aktiviti yang lain-lain lagi.

Kesan daripada menampilan tersebut, ramailah masyarakat kita pada ketika itu khasnya masyarakat Melayu ingin mengetahui hakikatnya, mereka mulai mencari maklumat dengan menghadiri usrah-usrah dan ceramah-ceramah, akhirnya sebahagian besar daripada mereka bertambah ilmunya dan masyarakat pun berubah sedikit demi sedikit, pandangan dan sikap mereka pun menepati ajaran Islam kecuali mereka yang masih mengabaikan ilmu Islam.

Mereka yang masih mengabaikan ajaran Islam sehingga sekarang ini masih kabur dengan masalah ini dan berdegil untuk merealisasikannya, kekadang menimbulkan kemarahan orang Islam lain yang ingin menghapuskan gangguan tersebut.

Sekian..wallahu aklam...wassalam.

Thursday, October 21, 2010

Gambar Sempena Sambutan Hari Haul Al.Imam Al.Habib Abdullah bin Alawi Al.Haddad.

Salam semua.


Al.Habib Umar bin Muhammad bin Hafiz.( Salah seorang ulamak masyhur antarabangsa )






Gambar sempena Hari Haul Al.Imam Al.Habib Abdullah bin Alawi Al.Haddad
( Penyusun Ratib Al.Haddah atau Ratib Asyahir )

05 Safar 1044 - 07 Zulkaedah 1132.
bersamaan
30 Julai 1634 - 10 september 1720

yang telah dilangsungkan pada 9 Zulkaedah 1431 bersam
aan 16 Oktober.2010.di Masjid Salahudin Abdul Aziz Shah. Shah AlamCeramah belum dimulakan.


Al.Habib Umar kanan.
Al.Habib Umar sedang memberi ceramah, dibantu oleh seorang penterjemah.

Gambar di skrin.Asyik mendengar ceramah.

Ceramah telah selesai - ingin bersalaman/ berjabat tangan dengan penceramah tetapi tidak berpeluang kerana orang terlalu ramai - tidak mampu layan.
Bermacam-macam gerai jualan di tingkat bawah.


Menikmati makanan yang disediakan - selepas mendengar ceramah.


Sebahagian dari kenderaan.


Air Pancut.

Sekian...wallahu aklam.