Saturday, January 31, 2009

Respon Kekawan mengenai prosedur mencatat minit mesyuarat.



Respon Rakan blog mengenai kemusykilan cara mencatat minit mesyuarat mengikut prosedur yang betul..

_______________________________________________

Sdr.Baka Kelana,

Wah...wah sudah ganti template ya.
posting yang sangat mendidik bagi generasi penerus

January 31, 2009 9:25 AM

Delete
Blogger Leenoh said...

Terima kasih kerana memberi respon, jauh di mata dekat di hati.

Petani berusia 80 tahun menanam pokok kurma (tamar) sudah tentu bukan untuk dirinya.

Sekian. Wassalam.

January 31, 2009 9:40 AM

Delete
Blogger @LiYaNNuaR said...

salam incik Leenoh... sila betulkan sya jika ada yg x betul di sini :D

1. sya bpendapat peranan tandatangan tsebut sgt penting utk menentukan nilai bg sesuatu minit mesyuarat dan ianya juga dijadikan sumber rujukan utama sekiranya terdapat sebarang masalah pcanggahan maklumat. tandatangan itu sendiri punyai nilai tgjawab yg tinggi terhadap keputusan-keputusan mesy yg telah diminitkan.

2. sya bpendapat minit itu telah disahkan.

3. ini adalah kerana fungsi tandatangan itu sendiri telah dipertanggungjawabkan untuk memikul tanggungjawab sbg pengerusi mesyuarat serta mengesahkan segala apa yg tkandung dlm minit mesyuarat itu adalah benar (tiada pcanggahan).. seandainya ada sebarang pindaan, pindaan tersebut boleh lah dipinda di dalam mesyuarat akan datang.

January 31, 2009 11:29 AM

Delete
Blogger Nurhani Salwa Binti Jamaluddin said...

Salam Pak Ngah,

Saya tak pasti JPA punya format macam mana. Tapi saya pun selalu semak dan sahkan minit mesyuarat Bahagian ikut format yang disediakan oleh bahagian Pentadbiran. Sama aje macam contoh Pak Ngah, cuma wording ajer berbeza.

Ini pandangan saya, berkenaan dengan tandatangan. Fungsi penandatangan pertama, kerana dia menyediakan minit. Penandatangan kedua pulak, perlu semak minit yang disediakan (wording, ejaan, keputusan)dan tandatangan. Tapi minit yang sama masih perlu disahkan oleh korum yang asal. Penandantangan kedua tidak boleh mengesahkan keputusan mesyuarat yang lalu, kerana keputusan dibuat bersama, bukan bersendirian. Dia hanya menyemak minit yang disediakan. Semasa mesyuarat akan datang, minit itu akan diteliti semula oleh korum yang datang dalam mesyuarat yang terdahulu, sama ada minit tersebut bercanggah dengan keputusan yang lalu, atau keputusan yang lalu tidak dicatat.

Anyway, saya setuju dengan pendapat pertama Liya

January 31, 2009 11:35 AM

Delete
Blogger Leenoh said...

@LiyaNNuaR.

Terima kasih kerana memberi respon, saya sangat gembira dengan respon ini, jika terdapat respon begini insya Allah dihujung nanti kita akan diketemukan dengan prosedur yang betul.

Kemusykilan saya begini:

1. Minit mesyuarat tersebut belum disahkan oleh Ahli Jawatankuasa kerana belum dibincang di dalam mesyuarat, bertaraf akan dibentangkan di dalam mesyuarat sahaja.

2. Minit mesyuarat yang telah disahkan oleh AJK sememangnya ditandatangi oleh pengerusi (ketua) seperti dicatatkan pada penyudahnya.

Minit mesyuarat ini disahkan pada 30. 01. 2009.

Pencadang : En. Zakaria bin Yunus.
Penyokong: A.Halim bin Sabran.


...........tt...............
(HJ.FADZIL BIN AHMAD)
Pengerusi.

3. Kalau ditulis "disemak oleh" masih boleh diterima kerana status itu menunjukkan belum disahkan, dengan itu agenda membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang akan dibentangkan tidak terjejas dan tidak bertindih .

4. Betul atau tidak catatan minit mesyuarat sebenarnya tanggungjawab AJK yang hadir pada mesyuarat di mana minit tersebut dicatatkan. Bukan tanggungjawab individu. ( minit mesyuarat tentulah berbeza berbanding dengan surat menyurat yang memerlukan tandatangan )

5. Saya rasa kalau ada contoh minit mesyuarat atau format minit mesyuarat JPA mungkin persoalan ini terjawab, sebenarnya saya pernah melihat minit mesyuarat yang berakhir dengan nama pencatat sahaja seperti.
__________________________________________


Pencatat:
Zainab bin Jaafar.

Minit ini disahkan pada.........................(tarikh)......................................

Pencadang ............................(nama).........................................................

Penyokong .............................(nama).........................................................
______________________________________________


Baiklah, kita tunggu lagi respon kekawan kita, Maksud saya format JPA kerana semua Jabatan Kerajaan di bawah JPA maka kita perlu ikut format tersebut.

Ditangguhkan dahulu. Wassalam.

January 31, 2009 12:10 PM

Delete
Blogger Leenoh said...

Sdri.Nurhani Salwa bin Jamaluddin.

Komen Hani datang ketika Pak Ngah sedang memberi respon kepada komen @LiyaNNuaR selepas pos, komen Hani pun muncul, dengan itu sebahagian respon saya mungkin ada yang terjawab di sana.

Terima kasih kerana memberikan sambutan yang baik kepada mauduk ini, bukan untuk Pak Ngah tetapi untuk mereka yang masih bertugas supaya lebih berketrampilan dan berkualiti lagi.

Pada peringkat awal sememangnya Pak Ngah pun menulis atau mencatat minit seperti yang dijelaskan oleh Hani tetapi setelah melihat beberapa minit mesyuarat yang lebih berwibawa di sana terdapat sedikit perbezaan. Misalnya Jabatan Pendidikan menyediakan tiga ruangan iaitu ruang - Bilangan agenda - Butiran - Tindakan. Maknanya minit ini bergerak dari atas ke bawah dan ke kanan kerana ruang tindakan berada paling kanan. Manakala minit JPA pula bergerak dari atas ke bawah kerana "Tindakan" dicatatkan di bawah. kalau saya tidak silap ini kerana untuk memudahkan semakan dan mempercepat urusan.

Oleh itu minit mesyuarat yang Pak Ngah catat selepas itu mulai berubah iaitu seperti berikut ( maksud Pak Ngah di bahagian penyudah termasuk bahagian "tindakan" dicatat di bawah ).

Contoh bahagian penyudah yang Pak Ngah buat.

Mesyuarat yang akan datang akan diadakan pada.........................................
.......... ( jika diputuskan )


Mesyuarat ditangguhkan jam 6.00 petang.

Pencatat;
Hasan bin Ahmad.

Minit ini disahkan pada....................(tarikh)....................

Pencadang:............(nama)....................................

Penyokong:............(nama)...................................


........tt...............
( Hj.Fadzil bin Ahmad )
Pengerusi.
...................................
...................................


_________tamat di sini____________


Bahagian ini akan dilengkapkan sebaik sahaja selesai mesyuarat. Ini bermakna sebelum disahkan bahagian tersebut dibiarkan kosong tanpa tarikh sah dan tanpa nama pencadang dan penyokong.. Tandatangan berlaku setelah disahkan dan di bawah tandatangan hanya ditulis nama dan nama jawatan sahaja, ( bukan disahkan oleh ) , minit ini difailkan dan tidak lagi dibawa ke mesyuarat yang akan datang kerana kesinambungannya telah dicatatkan di dalam minit yang berikutnya iaitu mesyuarat yang baru sahaja berlalu itu.

Walau apapun Pak Ngah belum yakin format yang di atas itu betul melainkan disahkan oleh mereka yang memang arif dengan format JPA.

Kemusykilan tersebut menyebabkan Pak Ngah kemukakan entri ini untuk faedah bersama terutama bagi mereka yan g sedang bertugas.

( Tolong betulkan sekiranya penjelasan ini tersasar kerana saya sendiri sedang mencari kepastian )

Ditangguhkan dahulu sementara mendapat respon yang lain.

Sekian. wassalam.

January 31, 2009 1:16 PM

________________________________________________



Baka Kelana.

Semoga sukses Ncek Lennoh

Apapun yang kita lakukan demi kebaikan dan tujuan mulia pasti akan berhasil dan pasti didukung oleh masyarakat dan negara dan serta pasti mendapat Ridho/Restu dari Allah

January 31, 2009 4:35 PM

Delete
Blogger Leenoh said...

Sdr.Baka Kelana.

Itulah sebenarnya doa dan harapan kita bersama,untuk dimanfaatkan sesama saudara Islam dan manusia amnya..

Terima kasih sekali lagi kepada saudara yang sentiasa memberi sokongan.

sekian. wassalam.

January 31, 2009 8:00 PM

Delete
Blogger JURAISH AL-MUHAMI said...

boleh ke kalau kita wujudkan ruangan tandatangan pengesahan pada minit mesyuarat sama ada:

diluluskan dengan pindaan
ATAU
diluluskan tanpa pindaan

pada.....
pencadang...
penyokong
t.t. pengerusi... tarikh...

(kalau diluluskan dengan pindaan tarikh diluluskan dengan tarikh pengerusi t.t. mungkin berbeza. tapi kalau diluluskan tanpa pindaan sepatutnya tarikh diluluskan dan tarikh t.t. pengerusi adalah sama sebab t.t. dibuat dalam mesyuarat)

January 31, 2009 10:28 PM

Delete
Blogger Leenoh said...

Sdr.Juraish.

Persoalan sebenar yang saya timbulkan adalah tertera di dalam entri " Betulkah catatan minit mesyuarat berakhir begini" iaitu entri sebelum respon ini. Respon ini dibawa dari tajuk tersebut.

Saya berpendapat bahawa minit mesyuarat tidak sesuai diakhiri dengan "disahkan oleh" kerana catatan minit mesyuarat disahkan oleh AJK bukan individu.

Pengerusi atau ketua hanya sesuai menandatangani semakan iaitu ditulis di sana "Disemak oleh" bukan "Disahkan oleh".

Kalau ditulis "Disahkan Oleh" akan menjadi satu kelucuan kerana catatan minit tersebut belum disahkan lagi. Saya bersetuju kalau ditulis "Disediakan oleh dan Disemak oleh kemudian diikuti dengan tandatangan" dua individu berkenaan itu. kerana minit ini belum disahkan lagi.

Tetapi saya lebih bersetuju kalau catatan minit mesyuarat yang belum disahkan itu tidak ditandatangani oleh sesiapapun. cuma ditulis atau sediakan tempat kosong yang patut diisi sebaik sahaja mesyuarat selesai.( rujuk respon saya kepada Sdri.Nurhani Salwa )

Kalau berlaku pindaan, pindaan tersebut disiapkan di dalam mesyuarat kerana semua ahli mesyuarat patut mengetahui atau mendengarnya dan masing-masing menulis pindaan pada catatan minit masing-masing dengan pen dan pindaan itu juga akan tertera pada minit berikutnya. Pengerusi boleh tandatangan dalam keadaan tersebut, kemudian dibuat cetakan baru untuk mengelakan tulisan dengan pen itu tadi dan ditandatangan beberapa salinan yang patut disediakan untuk difailkan atau lain-lain keperluan.

Respon saya adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian. Kita memerlukan Format JPA untuk mengesahkannya.

Sekian. wassalam.


Blogger @LiYaNNuaR said..

salam incik Leenoh...

sya sememangnya ditugaskan untuk menyediakan minit mesyuarat di jabatan sya dan dimaklumkan bahawa format minit mesyuarat yg sya gunakan berkemungkinan besar mengikut format JPA, merujuk kpd apa yg incik katakan iaitu "Manakala minit JPA pula bergerak dari atas ke bawah kerana "Tindakan" dicatatkan di bawah. kalau saya tidak silap ini kerana untuk memudahkan semakan dan mempercepat urusan."

sebagaimana yg sya maklumkan pada komen yg sebelumnya, iaitu terdapat dua (2) kolum disediakan untuk t.t disemak oleh & t.t utk disahkan oleh setelah penangguhan mesyuarat.

menurut kefahaman sya... tujuan ruangan t.t untuk disahkan oleh pengerusi mesyuarat tidak lain dan tidak bukan hanya semata-mata untuk mengesahkan bahawa segala apa yg dicatatkan adalah benar sebagaimana yg telah diputuskan dlm mesyuarat... betul tak??? so, ini bmakna... sgt perlu kolum 'disahkan oleh' itu, ok...

setelah mbaca komen incik Leenoh iaitu "Kalau ditulis "Disahkan Oleh" akan menjadi satu kelucuan kerana catatan minit tersebut belum disahkan lagi. Saya bersetuju kalau ditulis "Disediakan oleh dan Disemak oleh kemudian diikuti dengan tandatangan" dua individu berkenaan itu. kerana minit ini belum disahkan lagi."...

uiks... mengapa pula dikatakan minit itu belum disahkan yek??? keliru pulak sya di situ...

hmmm... let say, ada mesyuarat bulan Januari 2009, so... haruslah gunakan minit mesyuarat yg diadakan pd bulan Disember 2008 yg telah disahkan oleh semua ahli mesyuarat, kan?? so, bukankah minit mesyuarat itu telah disahkan dan sbb itulah perlunya disain oleh pengerusi mesyuarat, kan...

so, selesai sudah mesyuarat bulan Januari 2009 dan tentunya minit mesyuarat bulan Januari 2009 yg TELAH DISAHKAN oleh semua ahli mesyuarat tadi, akan digunakan pada mesyuarat di bulan Februari 2009, kan... dan begitulah seterusnya...

betulkan sya kalau ada yg x betul di sini...

February 1, 2009 2:32 AM

Delete
Blogger Leenoh said...

Sdri.@LiyaNNuaR.

Terima kasih kerana masih meneruskan perbincangan,

Minit mesyuarat yang dibawa ke mesyuarat itu belum disahkan melainkan setelah "agenda membentang dan mengesahkan catatan minit mesyuarat yang telah lalu" iaitu sudah menjadi kelaziman agenda ini berada pada agenda kedua setiap kali mesyuarat, selagi minit mesyuarat tidak disahkan mesyuarat hari itu (perbincangannya) tidak boleh bergerak ke hadapan.

( Minit mesyuarat bln Disember 2008 itu belum disahkan kerana catatannya belum dibentangkan di dlm mesyuarat AJK dan minit itu akan disahkan di dalam mesyuarat bln Jan. 2009 dan minit mesyuarat bulan Jan.2009 pula akan disahkan di dalam mesyuarat akan datang ).

Minit mesyuarat disahkan oleh AJK bukan individu.Sebab itu tidak perlu ditandatangan disahkan itu, kesahihan minit memadai dengan mencatatkan nama kehadiran dan mencatatkan minit ini telah disahkan pada (tarikh sah), nama pencadang dan penyokong , kemudian di bawah sekali tandatangan pengerusi. ( tiada perkataan disahkan ).

Ini adalah berdasarkan kefahaman saya, kalau berpeluang menyemak format yang disediakan KSU atau JPA, keraguan ini akan dapat diselesaikan. Saya hanya memberi respon berdasarkan pengalaman sahaja dan sedikit pembacaan.

sekian. Wassalam.

February 1, 2009 8:10 AM

________________________________________________________

Sekian. Wassalam.

Shah Alam.
04.02.1430 / 31.01.2009


Betulkah Catatan Minit Mesyuarat berakhir begini.



Salam sejahtera kepada semua kekawan yang sering bersama saya bertukar-tukar pendapat dan pandangan seiringan dengan perjalanan ke arah Kehidupan Bersih dan mencegah kehapprakan dunia.

Saya sebenarnya mempunyai keinginan untuk menulis mengenai prosedur menulis minit mesyuarat yang mungkin boleh menjadi petua atau contoh kepada muda mudi kita selaku angkatan pelapis yang akan menjadi pemimpin nanti sama ada pemimpin kecil atau besar pada masa akan datang. Sebelum itu saya ingin memastikan prosedur atau kaedah yang saya gunakan itu mengikut prosedur yang sedang digunakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.atau sebaliknya.

Kemusykilan ini timbul apabila melihat sesetengah minit mesyuarat terdapat di bahagian penamatnya dua ruang untuk ditandatangani , satu ruang untuk penyedia minit dan satu lagi untuk ditandatangani oleh pengerusi atau ketua. sebaga contoh cuba anda lihat di bawah ini.

______________________________________________

Catatan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kali Ketiga,
PIBG.SMK. Kelapa Sebatang.
Sesi 2009/2010.

Tarkh :
Tempat:

Kehadiran.

Ahli yang hadir;
1.
2.
3.
.................


Ahli yang tidak hadir.
1.
2.
..........


Turut Hadir.
Tuan Hj.Fadzil bin Ahmad ( Penasihat )


Agenda 1. Ucapan aluan pengerusi.
1.1.
1.2.
.........


Agenda 2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang telah lalu.
2.1
2.2.
............

Agenda 3. Perkara-perkara yang berbangkit.
3.1.
3.2.
............


Agenda 4. Membentang dan menerima Penyata perbelanjaan yang berakhir pada........
4.1.
4.2.
................


Agenda 5. Projek Buku Tambahan Untuk Perpustakaan.
5.1.
5.2.
....................


Agenda 6. Hal-hal lain.
6.1.
6.2.
..................


Mesyuarat ditangguhkan jam 5.30 petang.


Disediakan oleh.

.................tt............
( Rejab bin Harun ).
. Setiausaha.


Disahkan Oleh.

.............tt.....................
( Ibrahim bin Kasim )
Pengerusi.

_________________________________________

Kemusykilan; (Fokus di bahagian tandatangan )

1. Apakah peranan tandatangan tersebut ?.
2. Adakah minit ini telah disahkan ?.
3. Kalau tidak. Apakah fungsi pengerusi menandatangani ruang tersebut ?


Catatan:
Saya tidak yakin minit mesyuarat ditamatkan demikian tetapi saya sering terjumpa minit mesyuarat diakhirkan begitu.
Saya berharap mereka yang berpengalaman dan mematuhi prosedur JPA tidak keberatan untuk memberi ulasan terhadap entri ini. Insya Allah sesiapa yang terbaca nanti akan mendapat manfaatnya.

Sekian. Wallahu aklam ( Allah Maha Mengetahui )

Shah Alam.
Sabtu. 04.02.1430 - 31.01.2009

Wednesday, January 28, 2009

ULANGKAJI BERKUALITI ( 85 minit )



Hanya 85 minit mengulangkaji pelajaran secara berkualiti.
( satu sesi )

Sekali lagi saya perturunkan dan paparkan pengalaman saya bersama para pelajar Sekolah Menengah semasa membimbing mereka supaya mengulangkaji pelajaran yang telah diajar dengan menggunakan kaedah pembelajaran yang berkualiti.
Saya tidak akan menerangkan secara panjang lebar di sini, anda yang berminat cuma perhati dan fahamkan langkah yang akan dicatatkan di bawah ini satu persatu.

Langkah Pertama;
sebelum memulakan ulangkaji pasti dan tentukan tajuk-tajuk yang hendak dibaca terlebih dahulu dan tajuk-tajuk itu sesuai dan memadai dalam tempoh 60 minit ( 1 jam ).

Langkah Kedua;
Gunakan tempat yang sesuai dan bacalah selama 60 minit dengan penuh perhatian dan fokus yang tidak terjejas.

Langkah Ketiga;
Setelah cukup 60 minit, anda hendaklah berhenti membaca.

Langkah Keempat;
Tutup buku serapat-rapatnya dan anda keluarkan kertas atau buku tulis dan tulis semula butir-butir yang terdapat di dalam ingatan .
Berdasarkan pengalaman bacaan anda selama 1 jam itu akan selesai ditulis semula butiran ingatan anda itu dalam masa 20 minit sahaja ( tulis yang pasti dan segar sahaja ). Jangan tulis perkara yang kurang pasti.

Langkah Kelima;
Apabila cukup 20 minit, anda hendaklah berhenti menulis dan semak semula dengan berpandukan buku teks tadi dan buatlah pembetulan pada perkara yang salah dan tambah pada perkara penting yang tertinggal ( gunakan pen yang berlainan warna untuk membezakan dengan tulisan pertama tadi )

Langkah Keenam;
Setiap kali selesai sesi mengulangkaji eloklah dibuat penilaian supaya kelemahannya dapat diperbaiki pada sesi yang akan datang. ( 5 minit )

Sekian dahulu, saya akan murnikan kemudian,(jika perlu), terimalah ini seadanya dahulu.
( Ini cuma salah satu kaedah sahaja )
_______________________________________

Jika masa yang dicadangkan itu terlalu panjang boleh diubah suai seperti berikut,
- 45 minit untuk masa membaca -
- 15 minit untuk menulis semula, menyemak dan membuat pembetulan -
atau
terpulang kepada anda
________________________________________________

Wallahu aklam ( Allah Maha Mengetahui )

Shah Alam.
Rabu. 01.02.1430 / 28.01.2009.
jam 2.40 petang.


Tuesday, January 27, 2009

Sedikit info untuk hari ini.


Sedidik-sedikit lama-lama menjadi bukit.

Pemimpin ( Imam )

Mengapakah imam yang ditunjukkan di dalam gambar di atas berdoa mengadap makmumnya, tentu ada sebabnya yang tertentu, Ini dilakukannya, sudah pasti beserta dengan ilmu.

Beberapa andaian yang dapat diandaikan;
  1. Terdapat ibubapanya atau ke atas di kalangan makmum tersebut.
  2. Atau terdapat gurunya di kalangan makmum yang ramai itu - atau - ( Orang yang lebih mulia mengikut penilaian syarak )
( Situasi tersebut imam disunatkan mengadap ke arah makmum ketika berdoa )

Situasi yang lain;

Situasi biasa kedudukan imam beralih ke kanan sedikit , tetapi, jika di Raudah imam beralih ke kiri kerana di situ terdapat makam Nabi.( Perbuatan demikian itu dapat mengelakkan daripada membelakangkan Nabi )

Saya serahkan info tambahan atau teguran kepada kekawan, sila beri ulasan,

kalau anda mempunyai pengetahuan berkaitan dengan info ini , tetapi tidak memberikan komen. Ini bermakna anda berada di dalam keadaan bers
alah,

Ini bukan ugutan tetapi fikirlah sendiri...............ya fikirkan............silakan.
bergurau saja. hehehe.

AMIIN



________________________________________________________

Ulasan sokongan kekawan:

JURAISH AL-MUHAMI said...

Memang ada hadith pasal imam memalingkan muka ke arah kiri (ketika di masjid Nabi) atau kanan (tempat lain) selepas solat.

Mengenai imam menghadap ke arah makmum, saya tak pasti. Tapi saya setuju dengan andaian tersebut. Qiyas yang sama dengan keadaan di Masjid Nabi. Imam tidak wajar membelakangkan orang yang lebih mulia drpdnya.Imam patut menghadap mereka yang dimuliakan.

Tapi soalan teka-teki saya: Masa bila imam boleh atau disunatkan menghadap ke kiblat ketika berdoa tanpa menghadap ke arah makmum, atau ke kiri atau ke kanan?

January 27, 2009 10:34 PM

_______________________________

Info melalui shoutbox (Juraish Al-Muhami)

  • Imam berdoa mengadap ke kiblat ketika;
  1. Bersolat di kaabah,
  2. Mengimamkan solat Jenazah.
_________________________________________

Sekian. Wallahu aklam ( Allah Maha Mengetahui ).
Wassalam.

Sunday, January 25, 2009

Benarkah Dunia Ini Penjara



______________________________


Benarkah dunia Ini Penjara

Kenyataan menyatakan dunia ini penjara bagi orang Islam dan syurga bagi orang kafir. Kenyataan ini hanyalah suatu perbandingan yang memerlukan kupasan bagi memperjelaskan hakikatnya. Jika tidak diperjelaskan ianya akan memberi kesan yang negatif dan buruk di kalangan orang Islam yang kurang pengetahuannya dan akan memandang dan memikirkan bahawa Islam itu tiada keistimewaan bagi mereka.Pada hal semua manusia mendapat peluang yang adil di dunia ini, terpulanglah kepada diri masing-masing untuk mamilih kebaikannya.

Apaka itu syurga dan apakah pula neraka ?.
Difahamkan secara ringkas syurga itu ialah balasan baik kepada mereka yang melakukan amal baik di dunia atau mereka yang patuh suruhan Allah. di dalam syurga tiada apa sekatan dan peraturan, di sana tempat yang amat bahagia bagi penghuninya.
Neraka ialah balasan siksa bagi mereka yang derhaka kepada Allah, penghuninya tersiksa sepanjang masa. tiada langsung ruang untuk bebas dari siksaan.

Syurga dan neraka berlaku di akhirat nanti bukannya sekarang, kalau adapun di dunia ini hanyalah kenyataan berupa perbandingan sahaja.

Dunia ini penjara bagi orang Islam sebenarnya suatu kenyataan perbandingan sahaja kerana hidup di dunia ini semua orang Islam termasuk yang bukan Islam terikat dengan undang-undang negara dan juga peraturan yang tersirat di kalangan masyarakat. Hidup di dunia dipagari peraturan dan undang-undang, setiap penghuni dunia terpaksa menjaga dan mematuhi peraturan tersebut supaya tidak dilanggarinya. Sekaya mana, sebahagia mana manusia di dunia ini mereka masih dipagari peraturan tersebut. Kalau dilanggarinya akan menghadapi kesusahan dan mungkin penderitaan. Peraturan, larangan dan undang-undang yang wujud itulah dianggap sebagai pagar penjara.

Atas dasar itulah agaknya dunia ini dikatakan penjara. di dunia manusia perlu bekerja dan berusaha untuk mmelancarkan kehidupan mereka sedangkan di syurga tidak perlu bekerja atau berusaha segala kesenangan yang dinikmati adalah hasil usaha yang dilakukan di dunia semasa hidup dahulu.

Sebahagia mana orang kafir ianya hanya terhad setakat di dunia sahaja, kalau mengikut graf kebahagian orang kafir ialah sekadar yang diperolehi di dunia , maka itulah sahaja syurga bagi mereka walaupun dipagari berbagai peraturan, itupun kalau hendak diibaratkan sebagai syurga untuk hanya menggantikan perkataan kebahagiaan.

Sebahagia mana orang Islam di dunia ini ianya masih terikat dengan peraturan yang disebutkan tadi, maka keadaan ini masih menyerupai penjara yang dipagari peraturan dan penguatkuasaannya.

Apabila orang Islam diletakkan di dalam syurga di sana tiada lagi peraturan, tiada larangan dan tiada sekatan dan bebas sebebasnya. Di sinilah kemuncak kebahagiaan dan kebagiaan hakiki serta kekal abadi DAN jika dikembalikan ke dunia semula dengan diberikan semula segala kebahagian yang pernah dikecapi mereka, namun begitu mereka merasakan seperti dimasukkan ke dalam penjara yang dipagari tembok dan sekatan tertentu.. Maknanya apabila berada di syurga, penghuni syurga terasa bahawa dunia ini seperti penjara. Kehidupan di dunia memerlukan makanan untuk terus hidup, terpaksa bekerja dan membuat ibadat dan seumpamanya.

Kepada pembaca yang ada maklumat tambahan sila buat ulasan di dalam ruangan almaklum.

Friday, January 23, 2009

APAKAH GERANGANNYA JAHANNAM ITU


Mauduk hari ini saya salin seratus peratus daripada Emel yang saya terima pagi ini, Saya rasa elok dipamerkan di skrin laptop saya untuk tatapan dan ulasan kekawan, kalau anda rasa ini suatu mauduk atau entri yang baik, salinlah untuk entri anda pula supaya dapat dibaca ramai orang, lagi ramai membacanya lagi baik. Entri itu adalah seperti di bawah: ( Terima kasih kepada penyusun mauduk ini dan terima kasih kepada anak penakanku yang menghantar emel mauduk ini dan terima kasih kepada semua )
___________________________________________________

LUASNYA NERAKA

Assalam Mu'alaikum Wbrth!!! Sahabat semua...bacalah....

Ya Allah... takutnyer... bacelah sampai habis.. skjap jer..
x smp 5 minit..pun!!!

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....


: Luasnya Neraka :.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,

maka ditanya oleh nabi s..a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
aman dari padanya.'

Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di
bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
Jawab Jibrail:
'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat..'

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan

sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian nabi s.a.w.. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor
ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai
70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat


Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua'lam.


Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.


Dari Abdullah bin 'Amr R.A,


Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

SEPULUH ( golongan ) ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil.. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh ( golongan ) orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6.. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka
itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237

Untuk renungan dan amalan bersama ...

DOA IKAN NUN
============
'LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN'

____________________________________________________
Wallahu aklam ( Allah Maha Mengetahui )

Wassalam

Shah Alam.
Jumaat 23.01.2009 jam 11.20 pagi (M'sia)

Wednesday, January 21, 2009

Kembali bicara lagi pasal Amerika.



_____________________________________


Obama, Obama, Obama, Obama.
Manusia berasal dari Kenya.
Obama, Obama, Obama, Obama.
Nama manusia warga Amerika.

Jika mahu disebut sempurna.
Namanya Barack Hussein Obama.
Tempat di Jepun bernama Obama.
Penduduknya rasa bangga bersama.

Pindah randah bukan dihalau.
Mengharungi hidup terpaksa bersabar.
Indonesia negara banyak berpulau.
Di sini pernah Obama belajar.

Presiden Amerika Syarikat ke 44.
Harapan dunia memberi kebaikan.
Baiki negara jatuh merempat.
Angkara Amerika ceroboh sempadan.

Presiden berkuasa membuat angkara.
Angkara heboh sampai kini.
Allah berkuasa ubah Amerika.
Malah seluruh alam ini.

Kulit hitam, kulit putih.
Segalanya hasil ciptaan Allah.
Putih, hitam hanya anugerah.
Bukan boleh tunjuk megah.

KehendakNya tidak mampu diubah.
Mungkin semua mengadap Kaabah.
Dari kapitalis menjadi mudarabah.
Tiada siapa boleh telah.

Yahudi Israel punya jadah.
Palestin,Pakistan,Afghan bermasalah.
Tugas Obama usaha ubah.
Peluang rakyat kukuh syahadah.


Islam mudah untuk difahami.
Untuk manusia penghuni alam.
Penduduk Amerika boleh pelajari.
Luaskan pandangan kenal alam.

Obama, juga semua pemimpin.
Kuasa ditangan bukannya mainan.
Jalankan keadilan sebelum talqin.
Di hujung usia nanti berlampin.

Sharon berehat sambil tersiksa.
Batang kayu ibaratnya badan
Di mana ego, di mana kuasa.
Akhirnya membisu seribu penyesalan.

Di mana ego, di mana kuasa.
Akhirnya membisu seribu penyesalan.
Prihatin orang punya kuasa.
Muhasabah diri sebagai ingatan.

Obama pemuda berkulit hitam.
Anak negeri berkulit putih.
Dia juga anak Adam.
Allah tentukan dia terpilih.

Rasa gembira dan ceria.
Bukan kerana Obama mulia.
Jatuhnya ketua pengganas dunia.
Semoga dunia mendapat bahagia.

Tidak beza hitam putih.
Nalai baik hendaklah disemai.
Marilah menjana kehidupan bersih.
Untuk hidup aman damai.

20 Januari dua ribu sembilan
Angkat sumpah pegang jawatan.
Kini Obama berada di hadapan.
Menjadi pemimpin penuh harapan.

Apakah harapan tinggal harapan.
Atau soldadu balik pangkalan.
Sementara ini tunggu dan berangan.
Marilah kita berdoa kepada Tuhan.

Sementara tunggu dan berangan.
Marilah kita berdoa kepada Tuhan.
Untuk berhasil yang berangan.
Agar dunia menjadi aman.
______________________________________________________

Barack Obama berjanji akan baiki hubungan dengan masyarakat Islam
_______________________________________________________

Sunday, January 18, 2009

Laman Blogku Mulai Merangkak.



Halaman ini sebenarnya anda tidak perlu membacanya kerana dipaparkan semata-mata untuk suka-suka dan syok sendiri sahaja, tetapi, kalau anda ingin mengetahui rahsianya terpaksalah membaca dan merenunginya kalau-kalau terdapat kebaikan untuk kita bersama dalam bidang pengurusan blog ini.





Info Terkini



Saja suka-suka untuk syok sendiri.

Laman blog Leenoh mulai belajar merangkak seawal usia 6 bulan, dilahirkan selepas Maghrib pada 19.07.2008 . Agaknya begitulah kalau ianya manusia kerana dalam usia itu manusia baru belajar merangkak atau lebih lewat lagi, Semuda itulah juga ilmu pengetahuan Leenoh mengenai pengurusan dan pengendalian laman blog ini.

Kalau dilihat terdapat kecanggihan di lamannya, itu bermakna telah mendapat bantuan pihak yang lain daripada dirinya iaitu Leenoh menggunakan ilmu untuk mendapatkan ilmu orang lain untuk membena blog ini . Ilmu yang sedia ada digunakan untuk mencapai sesuatu hajat dengan berikhtiar atau bekerjasama dengan orang lain.

_________________________________________________


Kehidupan Bersih hasil tulisan Leenoh dan dibena oleh Amerz

_________________________________________________

Kehidupan Bersih (1)
Kehidupan Bersih (1) merupakan tajuk pertama yang diposkan pada tarikh yang tersebut di atas dan diikuti Kehidupan bersih (2) dan seterusnya sehingga Kehidupan Bersih (6), kemudian barulah tajuk yang berikutnya ditukar label supaya tidak menjemukan pembaca. Tajuk pertama sehingga tajuk yang keenam inilah merupakan paksi dan tema blog ini iaitu perbincangan berteraskan aqidah.

Cadangan awal cuma ingin menyisip dan menyerapkan aqidah Islam secara ringan-ringan sahaja dan bukan secara serius atau bersungguh-sungguh atau mendalam. Mungkin sesuai kalau dikatakan sambil selam sambil minum air. Identiti ini akan dikekalkan.

Sebarang teguran untuk kebaikan sangat-sangat dialu-alukan, di dalam kesebokan anda melayani blog sendiri, mungkin terkilas melihat kekurangan atau ketempangan blog ini, ambillah masa sedikit untuk menegurnya. Blog ini telah berlaku sedikit perubahan yang lebih positif, Ini adalah hasil teguran daripada rakan-rakan blog. Teguran itu juga telah memberikan sedikit anjakan baru. Terima kasih kepada semua kerana teguran anda telah membawa berkat kepada blog ini.

Wallahu aklam ( Allah Maha Mengetahui ).

Wassalam.

Shah Alam.
Isnin. 19/01/2009 .
jam 12.05 malam.





Saturday, January 17, 2009

Babi masih menjadi tajuk utama.




Babi masih menjadi tajuk utama dalam perbualan harian dan juga akhbar serta laman blog tempatan kerana Manusia masih membabikan babi untuk menghina dan menimbulkan kemarahan orang lain





Saya sekali lagi terpanggil untuk menulis tajuk seperti disebut di atas walaupun telah saya tulis pada pos yang lalu dengan tajuk " Kalau babi itu namanya rasuah" dan "Anjing dan babi hukumnya najis". Kali ini pula dengan tajuk seperti disebut di atas dan di sana terselit rangkaikata "Manusia masih membabikan babi" yang mana maksudnya mungkin saya sahaja yang memahaminya kerana bahasa yang digunakan bukan bahasa baku, sebaliknya hanya bahasa perasaan atau bahasa pasar yang susah hendak dijaga tentang kebakuannya.

Orang Islam khasnya orang Melayu mendidik anak supaya memandang jijik dan kotor kepada babi kerana babi adalah sejenis binatang yang hukumnya najis berat ( Najis Mughallazah ) di samping anjing dan keturunan keduanya atau keturunan keduanya dengan binatang lain.
__________________________________
_______________________

Kepala babi yang telah dibelah dua diletakkan di dalam Surau Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya disedari jam 5.00 pagi pada 16.01. 2009 demikian dilaporkan oleh beberapa laman blog tempatan.
____________________________________________________________
Orang Melayu tidak sama sekali akan memakan babi ketika mereka berkeadaan sedar dan mengetahui kerana rasa jijik dan loya tekak Melayu terhadap babi sangat tinggi dan kukuh. Kalau diberi makan tanpa diketahui dan diberitahu kemudian pasti mereka akan muntah dan terkeluar segala apa yang ada di dalam perut.


Arak atau minuman keras juga hukumnya najis tetapi Najis Pertengahan ( Najis Mutawassitah ) bukan najis yang dianggap berat tetapi hukumnya tetap najis dan diharamkan orang Islam meminumnya, hukum ini disebutkan dengan jelas di dalam al.Quran dan al.Hadis, namun demikian terdapat juga orang Islam melanggar larangan tersebut, mereka minum tanpa rasa jijik dan dosa. Inilah perbezaan didikan yang pernah saya sebutkan dahulu, golongan yang minum arak ini pula terdiri daripada berbagai golongan termasuk yang terpelajar, kaya, miskin, bandar dan kampung, cuma orang Islam yang tidak berakhlak seperti ini tidak ramai bilangannya.

Diakui ramai bahawa minum arak banyak membawa keburukan berbanding dengan kebaikannya, sekiranya diminum sampai mabuk, seseorang itu telah hilang kewarasan dan boleh melakukan apa sahaja, mungkin perbuatannya boleh membawa kepada murtad, membunuh atau berlaku kemalangan jika memandu dalam keadaan mabuk.

Berbalik kepada cerita babi dibawa masuk ke dalam surau oleh manusia yang siapa pun belum mengetahui siapakah gerangannya sama ada beseorangan ataupun bergerombulan, sebaik sahaja babi dijumpai begitu rupa keadaannya, maka Malaysia dan dunia sekali lagi berasa terkejut dan timbul berbagai persoalan mengusik jiwa dan minda.

Usikan itu telah menjadi kecil sedikit buat masakini kerana minda orang Islam masih berputar memikirkan masalah keganasan Yahudi yang dirasuk syaitan yang mendiami sekitar kawasan mereka. Yahudi itu adalah Yahudi , seperti Yahudi yang dijelaskan berulang kali di dalam al.Quran. Orang Islam tidak sepatutnya berasakan Yahudi yang hidup zaman ini Yahudi yang lain.

Peristiwa membabikan babi ini mampu menjana fitnah bertaraf global kerana telah pun tersebar di alam maya,

sekali lagi jin dan syaitan berpesta merayakan kemenangan mereka dalam program memperkotakatikkan manusia supaya sama-sama menghayati akhlak mereka dan masuk ke neraka bersama mereka.

Sebelum perkara ini dilakukan tentulah telah ada perbincangan, sekiranya tindakan itu dibuat atau dilakukan lebih daripada seorang, agaknya apakah agenda mesyuarat tersebut tentunya berobjektif dan bermatlamat.

Kalau disorot kembali mengenai peristiwa babi digantung di pagar pada peristiwa yang telah lalu pun telah menimbulkan kemarahan, inikan pula berada di dalam surau, bukan sahaja orang Melayu malah semua orang Islam mempunyai perasaan dan cetusan minda yang sama terhadap perbuatan membabikan babi ini. Malah semua orang yang bermoral akan menilaikan bahawa perbuatan tersebut adalah perbuatan yang layak menerima kutukan manusia di dunia ini.


Ini bukan isu perkauman, ini isu kebudakbudakan, ini isu rebut kebendaan, ini isu kejahilan, ini isu hati panas baran, ini isu miskin akhlak, ini isu orang tiada moral.

Isu ini bukan isu tiada berpelajaran tetapi isu tiada berakhlak, isu ini isu ilmu hanya di hujung lidah, isu ini isu berpelajaran tetapi jahil akhlak. Baiknya manusia bukan kerana tegap badannya, bukan kerana banyak dagingnya dan bukan kerana tinggi pelajarannya tetapi baiknya manusia itu kerana baik hatinya.


Semoga Allah memberikan hidayah dan petunjuk kepada mereka yang terlibat dengan perbuatan yang terkutuk itu.


Wallahu aklam ( Allah Maha Mengetahui ) .
Wassalam.



Shah Alam :
Sabtu: 17. 01. 2009 .
jam 10.35 malam.



Thursday, January 15, 2009

Tidak gentar, tidak takut dan tidak serik.


_____________________

Entri pendek ini sengaja dipaparkan bagi mengimbas kembali zaman lampau, Pada tahun 1973 saya bekerja atau bertugas di Johor Baru (JB) ketika itu saya menggunakan motorsikal berulang alik ke tempat kerja, oleh sebab lesen memandu yang dimiliki masih bertaraf dalam latihan ( L ) maka saya mengambil keputusan mengambil ujian memandu pada tahun tersebut, keputusan ujian gagal walaupun semasa ujian saya rasa berjalan lancar, peserta lain pun menyatakan begitu juga, mereka membuat andaian kegagalan itu kerana tidak mengambil ujian tersebut melalui Sekolah Memandu, maka senanglah bagi penguji memasukkan nama saya ke dalam senarai mereka yang gagal kerana unjuran kegagalan setiap hari memang diwujudkan, itu adalah andaian mereka, andaian saya sendiri masih menjadi rahsia sampai sekarang bersama sejarah yang dapat diceritakan kepada kawan-kawan.

Pada tahun 1974 saya sekali lagi mengambil ujian memandu, iaitu ujian memandu kereta dan menunggang motorsikal. Dalam tempoh beberapa hari sahaja saya belajar memandu kereta di sekitar Jalan Kapt.Mohd.Amin, Jalan Kampung Baru, Jalan Sungai Cat, Jalan Tarom dan terutamanya Jalan Yahya Awal. Apabila sampai tarikh ujian saya pun pergi mengambil ujian memandu tersebut, semuanya diuruskan oleh Sekolah Memandu, kali ini kedua-dua ujian tersebut lulus dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. hehehe saja tambah bagi sedap.

Maaf saya tidak boleh teruskan cerita di atas takut jadi panjang, kalau cerita ini jadi panjang bermakna saya mungkir janji kerana pada awal entri tadi disebut entri ini pendek sahaja. Di mana tempat bertugas dan dari mana berulang alik terpaksalah dipotong ceritanya di sini.

Berbalik kepada rangkaikata di atas; tidak gentar, tidak takut dan tidak serik.
maksudnya tidak gentar berlaku kemalangan jalanraya, tidak takut berlaku kemalangan jalanraya walaupun pernah berlaku pada masa yang telah lalu dan tidak serik walaupun telah berlaku beberapa kali. Apakah pandangan anda terhadap orang yang bersikap seperti ini, adakah patut dipuji atas keberanian mereka. apakah yang sebenarnya yang berpusing ligat di dalam minda anda berkaitan dengan jalanraya, kereta, motorsikal, tali pinggang keledar, topi keledar dan lain-lain. Ada terfikir apa-apa kan.

Bagi diri saya, saya seorang yang penakut dan gentar apabila berada di jalanraya, dalam keadaan minda sedar saya akan sentiasa berwaspada, berhati-hati dan sentiasa memandu berhemat serta berdoa agar sentiasa selamat tetapi saya rasa marah kepada orang yang berada paling depan dalam barisan menunggu lampu hijau, kalau dia keluar berkesot-kesot seperti kura-kura tanpa memikirkan barisan kereta yang panjang di belakangnya yang mungkin terpaksa menunggu dua kali muncul lampu hijau baru boleh bergerak lancar. Anda tidak marah ke ?.

Saya paling takut apabila memandu ketika hujan lebat terutamanya di lebuhraya, siapakah orangnya yang paling ditakuti, tentulah orang itu ialah pemandu bodoh dan dengu yang memandu laju ketika hujan lebat. he he he bahasa kasar tu, di mana kasarnya, memandu laju ketika hujan lebat itu lagi kasar dan .........

Pernahkah anda mengalami kemalangan, ceritalah kepada kami, saya alhamdulillah belum pernah mengalami kemalangan, tiada pengalaman dalam hal ini dan saya pun tidak mahu pengalaman tersebut.


Bagi saya kemalangan ada beberapa sebab di antaranya kemalangan kerana tidak patuh peraturan, kemalangan disebabkan kesilapan orang lain, kemalangan kerana kurang cekap memandu, kemalangan kerana sakit mengejut seperti pening atau lain-lain, walau apapun semua kejadian tersebut dikelaskan sebagai kemalangan.

Semoga Allah selamatkan kita dan keluarga walaupun di mana sahaja kita berada. amin.

Wallahu aklam ( Allah Maha Mengetahui ) - Berserahlah Kepada Allah.

Wassalam.

Shah Alam
( 15/01/2009 ) 4.05 petang.

Wednesday, January 14, 2009

Masyarakat mendidik ummah.



_______________________________________________


Menuntut ilmu itu adalah wajib

Kehidupan manusia atau kehidupan binatang sekali pun tidak dapat dipisahkan dengan pendidikan, pendidikan berperanan melicinkan dan melancarkan kesinambungan jaminan hidup sesuatu genarasi ke suatu genarasi yang berikutnya. Manusia merealisasikan pendidikan melalui kurikulum tertentu dan menggunakan pengalaman yang sedia dimiliki, manakala binatang atau haiwan merealisasikan pendidikan melalui tabiat atau sifat semula jadi yang telah dikurniakan kepada mereka.

Pendidikan yang diamalkan atau disampaikan oleh haiwan atau unggas terhadap anak-anak mereka kelihatan pada zahirnya mereka tidak melalui kegagalan, contohnya semua kuda cekap berlari, semua unggas boleh terbang dengan baik, semua jenis burung helang dapat mengekalkan kemahiran mereka, menangkap mangsa dengan cara menyambar dengan begitu bergaya sekali,. Semua haiwan dan unggas tersebut dapat mewarisi keturunan masing-masing. Kemahiran mereka bukan semuanya dimiliki sejak dilahirkan, terdapat juga bahagian tertentu dilatih oleh ibubapa mereka bersama kumpulan mereka.

Pendidikan itu memang akan lebih berkesan kalau semua pihak mengambil bahagian. Pendidikan sepatutnya merentas kehidupan masyarakat, tempat khas disediakan hanya sebagai tempat mendapatkan panduan sahaja, tetapi realiti pendidikan itu berlaku di dalam masyarakat. Pepatah Melayu ada menyatakan "seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul", sedangkan semua masyarakat ketam tidak satupun berjalan betul. Pendidikan seperti ini tidak akan berkesan. Pepatah ini timbul kerana amalan pendidikan seperti itu berlaku di dalam masyarakat sama ada dahulu ataupun sekarang.

Sekiranya kita mahu masyarakat muda berakhlak baik, maka masyarakat dewasa hendaklah juga berakhlak baik dengan mengamalkan nilai-nilai yang baik. Anak muda tentulah akhirnya akan mengikut jejak langkah tersebut dan tanpa menuding jari ke arah kelemahan orang dewasa kerana orang dewasa telah menutup kelemahan mereka dengan berakhlak baik.

Seperti ditegaskan di atas bahawa penglibatan yang seragam oleh semua ahli masyarakat dalam pendidikan, khasnya pendidikan kanak-kanak dan remaja akan memberi kesan yang sangat baik kepada pembangunan insan dan masyarakat.

Cuba kita perhatikan dalam hal-hal tertentu yang mana masyarakat kita bertindak seragam dan tindakan itu memberi kesan yang amat memuaskan. Contohnya pendidikan berkaitan memberi kesedaran bahawa anjing dan babi itu najis berat(mughallazah), dalam hal ini masyarakat kita bertindak seragam dan serupa maka kesan yang diperolehi juga serupa, selain daripada itu mengenai sunat berkhatan dan wajib berpuasa di bulan Ramadan. Pelaksanaan amalan tersebut tidak menimbulkan masalah, walaupun ianya agak berat bagi mereka dan akhirnya cara begini membuahkan hasil yang baik yang mana kesan yang dapat kita lihat ialah peratus penglibatan terhadap amalan tersebut sangat tinggi berbanding dengan amalan yang lain.

Berlaku kesinambungan pendidikan adalah dari genarasi ke genarasi seterusnya, sekiranya berlaku terputus rangkaian, jaringan atau rantaian teras bagi satu genasari, kemudian bermula pada genarasi yang lain bermakna inti pati pendidikan yang baik dan tulen akan berubah dan hilang sebahagian atau kesemuanya.


Allah suka orang yang tekun.

Sebab itulah pendidikan Islam mengambil berat dalam hal ini terutamanya dalam hal aqidah dan ibadat khas. Semua manusia wajib mempercayai bahawa al.Quran itu sebenarnya diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad.s.a.w. dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah ( Rasul Allah ). Mereka yang percaya dan melaksanakan perkara yang berkaitan itulah sahaja yang dianggap sebagai Islam.

Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabatnya merupakan genarasi pertama yang mematuhi ajaran al.Quran dan Rasulullah (al.Hadis). Nabi Muhammad.s.a.w merupakan pendidik genarasi ini secara langsung, mereka bersolat, berpuasa, mengerjakan haji dan seumpamanya mengikut apa yang diajar oleh Rasulullah, genarasi ini boleh membaca al.Quran dan memahaminya tetapi tidak mengetahui cara mengaplikasinya atau melaksanakannya seperti cara bersolat, berpuasa dan lain-lain ibadat. Maka Rasul yang mengajar mereka sambil sama-sama melaksanakannya, tegasnya Rasul adalah orang yang menjelaskan, menerangkan dan memberi faham apa yang dikehendaki Allah yang tersebut di dalam al.Quran kerana al.Quran diwahyukan kepada baginda, tanpa baginda orang lain tidak mungkin dapat mengetahui hakikatnya dan juga tidak dapat melaksanakannya. Maka apa-apa yang datang dari Nabi Muhammad seperti perkataan, perbuatan dan pengakuan adalah dianggap al.Hadis (sunnah) kerana Nabi Muhammad adalah Pesuruh Allah (Rasul). Pesuruh Allah semestinya bersifat amanah, bijaksana, menyampaikan dan bercakap benar.

Bertitik tolak dari genarasi inilah penghayatan terhadap Islam diteruskan dari genarasi ke genarasi sehinggalah ke akhir zaman. Setiap genarasi bertanggungjawab memelihara ketulenan amalan tersebut dengan merujuk kepada al.Quran dan al.Hadis ( sunnah ). Dengan merujuk kepada al.Quran sahaja kita tidak mungkin memahami kehendak dan seluruh ajaran yang terdapat di dalam al.Quran, alasannya seperti disebutkan di atas. Untuk membuat kajian ilmiah terhadap apa yang terdapat di dalam al.Quran tiada halangan tetapi hasil dapatan yang melibatkan aqidah perlulah dirujuk kepada ulamak Islam arus perdana.

Al.Quran diturunkan kepada Rasulullah.s.a.w. tidak bersamanya huraian sebaliknya huraian itu berada di dalam diri baginda , baginda bercakap bukan dengan nafsu tetapi baginda bercakap dengan wahyu dan hidayah dari Allah. Kita tidak memuja baginda dan kita juga dilarang rukuk dan sujud sesama manusia , kita mengagung atau menghormati baginda dalam lengkongan manusia sesama manusia atau makhluk sesama makhluk atau hamba Allah sesama hamba Allah dan kita mengakui bahawa Allah meletakkan baginda pada maqam yang tertinggi di kalangan manusia di mana baginda dilantik menjadi penghulu kepada semua Rasul-rasul Allah. Jika kita mengabaikan Rasul bermakna al.Quran tidak akan memberi apa-apa manfaat lagi kepada kita atau kita tidak mampu memanfaatkannya tanpa Rasulullah.s.a.w.

Kalau dibiarkan sesiapa sahaja secara bebas boleh menafsirkan al.Quran maka akan berlaku berbagai tanggapan dan tafsiran terhadap al.Quran seperti kita melihat keruntuhan gunung atau bukit, ramai orang melihat maka banyaklah gambarannya atau berbagai cerita timbul dari peristiwa tersebut.

Sebaliknya ulamak berkelayakan sahaja yang boleh memberi tafsirannya yang mana mereka ini semestinya merujuk kepada al.Hadis yang sohih. Jika caranya terkeluar dari budaya dan tradisi Islam yang sekian lama telah digunakan oleh Islam arus perdana, di sana ditakuti semakin banyak perpecahan akan berlaku dan masing-masing sudah tentu mengakui atas nama kebenaran, walaupun pertaliannya telah terputus dan akan terbentuk suatu budaya dan tradisi yang baru yang semakin jauh dari jalan yang benar. Ulamak yang berlayakan yang dimaksudkan di sini ialah ulamak yang menguasai ilmu dan akhlak Islam seperti yang disyaratkan dan ditakrifkan oleh Islam perdana . Bukan ulamak yang ditakrifkan dari segi bahasa atau adat sesuatu bangsa.

Oleh itu untuk menjaga ketulenan ajaran Islam khususnya perkara mengenai aqidah dan ibadat khas, keseluruhan masyarakat Islam hendaklah mengambil bahagian secara serius dalam bidang pendidikan ini supaya pendidikan Islam bergerak seragam dan penglibatan menyeluruh umat Islam. Sama ada pendidikan di peringkat kanak-kanak, remaja atau masyarakat amnya.

Wallahu aklam ( Allah Maha Mengetahui ).

Wassalam.

Shah Alam.

( 15/01/2009 ) 1.40 petang.