Showing posts with label Pelajar silat dalam kenangan- 642. Show all posts
Showing posts with label Pelajar silat dalam kenangan- 642. Show all posts

Saturday, March 6, 2010

Silat Seni Gayung dalam kenanganku.

Salam semua.

Penulisan kali ini ingin beralih pula kepada kisah lama yang masih di dalam ingatan dan kenangan, ingatan dan nostalgia semasa bertugas sebagai guru sekolah dahulu, ketika itu saya ditugaskan sebagai Guru Penasihat Silat Seni Gayung , nampaknya tugas ini lama juga melekat di atas bahu saya, sebelum saya bertugas di sekolah terakhir iaitu sebelum bersara, saya memegang jawatan itu selama lebih sepuluh tahun dan tugas sebenar di sekolah tersebut adalah selama lima belas tahun, kemudian barulah berpindah ke sekolah terakhir, di sekolah ini saya bertugas sebagai Guru Penasihat selama tidak kurang sepuluh tahun juga.Jawatan ini sebenarnya tidak memiliki apa-apa keistimewaan pun, jika tidak berminat maka tersiksalah dia di situ. Nasib baik tertanam juga minat di jiwa saya.

Setengah para pelajar menyangka saya adalah individu yang pakar dalam bidang tersebut, maka mudahlah bagi saya menjalankan tugas Guru Disiplin bersama kekawan yang lain. Tanggapan mereka itu kerana melihat kepada penglibatan saya agaknya, maklumlah setiap hari sukan saya akan tercegat bersama pasukan silat yang sedang membuat pertunjukan dan kekadang menjadi hakim pertandingan atau mengurus pertandingan, Saya tercegat di situ bukan menunjuk ajar apa-apa pun. cuma hendak memastikan aksi mereka tidak berlebihan kerana saya sangat takut dan bimbang akan berlaku kemalangan, jika berlaku kejadian tersebut ketika para peserta sedang membuat pertunjukan,sudah pasti menyusahkan ramai pihak, kalau diikutkan kehendak mereka, mereka memang meminta untuk melakukan aksi yang lebih hebat dan berbahaya lagi. Demontrasi biasanya diadakan dalam tempoh 15 - 20 minit sahaja, selama itulah juga degupan nadi dan jantung saya akan lebih laju dari biasa, bimbang dan memang sangat bimbang akan keselamatan mereka, maklumlah mereka pelajar sekolah, semua tanggungjawab masih terpikul di atas bahu guru, khasnya guru yang berkenaan.

Semasa pertandingan di Peringkat Daerah aksi mereka lagi menggerunkan dan kelihatan terserlah keperwiraan mereka, berbalik kepada kemahiran saya sendiri sebenarnya tidak seperti dianggap , saya hanya menguasai asasnya sahaja itu pun ketika di Maktap Perguruan, ilmu itu bertambah kerana kebetulan setiap minggu saya akan berada di gelanggang bersama para pelajar melihat dan memantau mereka menjalankan latihan.

Sebenarnya saya bukanlah hendak menceritakan sangat mengenai diri saya, cerita ini sekadar hendak menjadikan mukadimah kepada paparan aksi-aksi di bawah ini sahaja.

Cikgu Suhaimi Ayub ( di dalam gambar ).
Beliau berpindah ke sekolah lain. kemudian barulah saya ambil alih.


Belakang sekali ketiga dari kanan Pak Cik Din dan sebelahnya Pak Long Ghani.Jurulatih tetap.Lawan, lawan, jangan tak lawan.
Mohd.Noor terbang di atas, Rahimie menunggu di bawah.



Terbang macam burung.

Sebahagian dari Pertunjukan Hari Sukan Sekolah.

Latihan mingguan.


Pertandingan Silat Seni
_______________

AKAL YANG SIHAT BERADA PADA BADAN YANG SIHAT.
_____________________________

Sekian. Wassalam.