Saturday, October 26, 2013

Sesi Pengauditan Pertandingan Zon Bersih Mini 2013. Shah Alam.(Video)

Majlis Perwakilan Penduduk Zon Tiga ( MPP ZON 3 ) dan AJK. Surau At.Taqwa serta para penduduk Seksyen 7 PKNS, Shah Alam menyertai pertandingan Zon Bersih Mini anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam ( MBSA ), Hari ini Sabtu 26 Okt.2013 adalah hari pengauditan atau penilaian terhadap aktiviti yang dilaksanakan seperti di dalam peraturan pertandingan 19 zon menyertai pertandingan yang sangat bermanfaat ini.
Di antara objektif pertandingan ini supaya penduduk dapat membersihkan dan menceriakan kawasan dengan itu dapatlah mengurangkan pembiakan nyamuk dan  tikus yang menjadi ancaman   kepada kehidupan penduduk, di samping itu mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara penduduk, sekali gus mereka merealisasikan amal kebajikan yang sangat-sangat dituntut oleh Islam. 


Video di atas ini berada di halaman facebook,
klik dan tonton.

 

Sekian




Friday, October 25, 2013

Betulkah Kita Mengaji Al.Quran.



Mengaji al.Quran.
Betulkah kita mengaji al.Quran atau hanya belajar membaca al.Quran . Proses pengajaran dan pembelajaran yang kita lalui hanya menjurus kepada belajar membaca al.Quran sahaja.
 
Sebenarnya Ilmu Tauhid (Aqidah), Ilmu Fiqah,Ilmu Tafsir, Ilmu Akhlak dan lain-lain ilmu semuanya terkandung di dalam al.Quran. Oleh itu apa yang dimaksudkan dengan mengaji al.Quran yang sering kita sebut itu sebenarnya lebih menjurus kepada belajar membaca al.Quran sahaja.

Mengaji Al.Quran yang membawa maksud lebih mantap dan mencakup semua bidang yang terdapt di dalam al.Quran, itulah sebenarnya MENGAJI AL.QURAN. Inilah juga yang dimaksud dengan iqrak yang tercatat di dalam surah al.'Alaq.

Buta huruf.
Bagi mereka yang buta huruf al.Quran atau kurang mahir di dalam pembacaan atau tilawah al.Quran tiada jalan lain untuk mengatasinya melainkan Belajar Membaca al.Quran iaitu dengan cara bertalaqqi, tasmi'a dan musyafahah ( membaca,mendengar dan melihat mulut guru )dan situasinya pula berdepan dengan guru seorang sama seorang ( 1murid vs 1guru - bergilir seorang lepas seorang  ), guru baca,murid mendengar, melihat dan membaca, kekerapan membaca murid hendaklah lebih banyak daripada guru, guru sekadar menegur tempat yang salah bacaannya.Pengajaran dan pembelajaran membaca al.Quran di sekolah dilihat kurang berjaya kerana pelajar di dalam sesuatu kelas terlalu ramai dan tempoh masa (40/30 minit) tidak mencukupi menyebab guru gagal mengaplikasikan kaedah tersebut.

Tahsin bacaan al.Quran.
Tahsin Bacaan Al.Quran ( Perelok Bacaan Al.Quran ), Mengadakan kursus-kursus pendek tidak akan dapat menyelesaikan masalah bacaan mereka yang kurang mahir atau mantap tetapi ianya sekadar boleh memberi motivasi sahaja iaitu menyedarkan individu tertentu mengenalpasti diri sama ada dirinya tergolong di kalangan mereka yang kurang mahir atau golongan yang lebih baik.Kesan positifnya mereka yang berkenaan akan bertindak menambahkan ilmu bacaan dengan menghadiri Kelas Bacaan Al.Quran bagi mengatasi masalah atau memperkayakan lagi bacaan.
Wallahu aklam...والله أعلم

Monday, October 21, 2013

MPP ZON 3 menyampaikan Anugerah Landskap tercantik kepada penduduk.

Majlis Perwakilan Penduduk Zon Tiga ( MPP ZON 3 )  bersama Surau At.Taqwa , Shah Alam menyampaikan Anugerah Landskap Tercantik dalam usaha menggalakkan penduduk menjaga dan sentiasa mengemaskini keceriaan dan kebersihan kawasan  kediaman mereka.Kawasan perumahan Seksyen 7 yang berhampiran Surau At.Taqwa dan Pejabat MPP terpilih menyertai pertandingan ZON BERSIH MINI yang dianjurkan Majlis Bandaraya Shah Alam ( MBSA ). 
 
(V1)
(V2)
(V3)
 Puan Sarimah bt Lisut Ahli Majlis merangkap Pengerusi MPP ZON TIGA menyampaikan anugerah tersebut, Puan Sarimah dan AJK MPP ZON TIGA  hadir ke tiga rumah yang terpilih sebagai Landskap yang tercantik dan menyampaikan anugerah itu di halaman rumah mereka masing-masing.
Sekian.

Sunday, October 20, 2013

Merealisasikan Zon Bersih Mini (video)

Majlis Perwakilan Penduduk Zon Tiga bersama AJK Surau At.Taqwa menyertai Pertandingan Zon Bersih Mini, di mana pertandingan ini disertai oleh beberapa seksyen atau kawasan di dalam Bandaraya Shah Alam ini bertujuan menggalakkan penduduk kawasan perumahan sentiasa membersih dan menceriakan persekitaran tempat kediaman mereka. 



Pada 26 Okt 2013 akan datang adalah sesi pengauditan/penilaian urusetia Zon Bersih Mini berharap semua AJK dan para penduduk dapat hadir pada hari tersebut di Pejabat MPP sekali lagi, jam 11.00 pagi.
Gotong-royong pada  hari ini  pesertanya terdiri daripada Ahli Jamaah Surau At.Taqwa, merekalah yang menjadi terasnya.AJK MPP sekadar turut membantu.

Thursday, October 17, 2013

Kehidupan berjiran dahulu dan kini.


 
Zaman dahulu.
Kalau kita mengimbau kembali kehidupan datuk nenek kita pada zaman dahulu sangat jauh beza suasana kejiranannya, terutamanya dari segi pergaulan sesama mereka dan juga pertanggungjawabannya, berlaku sebegini mungkin disebabkan persekitaran mereka yang terhad bilangan penduduk di sesuatu kampung dan membolehkan mereka senang mengenali di antara satu sama  lain.Biasanya pada pada zaman itu setiap penghuni di kampung itu mereka kenal tanpa kecuali termasuk anak-anak yang telah besar, malah ditambah lagi mereka juga mengenali  penduduk kampung yang berdekatan.Naluri mereka suka berkawan dan berpakat, tegasnya kehidupan mereka dengan jiran bagai aur dengan tebing.
 

Siapakah jiran kita?
Jiran ialah mereka yang tiggal setempat, sekampung atau setaman perumahan dengan kita, dikira dari rumah kita 40 buah rumah ke kanan, ke kiri, ke depan dan 40 buah rumah di bahagian belakangnya.
Islam memang mempunyai peringatan khas untuk penganutnya khusus mengenai jiran ini sehingga Rasulullah.s.a.w. menyangka jiran boleh mewarisi harta pusaka.

 Sabda Rasulullah.s.a.w.
"Sentiasalah Jibrail berwasiat padaku mengenai jiran, sehingga aku menyangka bahawa sesungguhnya dia (jiran) layak untuk mewarisi (mendapatkan harta pusaka)"
- Riwayat Bukhari dan Muslim -

Demikianlah pentingnya jiran di dalam sesuatu kehidupan bermasyarakat sehingga jiran yang bukan Islam pun diambilkira dan tidak dipinggirkan.Jiran yang bukan Islam mempunyai satu hak untuk ditangani atau dilayan.

Hak dan tanggunjawab terhadap jiran.
Jiran sesama Islam: (1) Bertanggungjawab sebagai sesama Islam, (2) Bertanggungjawab sebagai sesama jiran, (3) Kalau yang ada hubungan keluarga ditambah tanggungjawab sebagai ahli keluarga.
Jiran bukan Islam, orang Islam berkewajipan  melayaninya sebagai jiran .

Banyak Hadis Rasulullah.s.a.w. dinukilkan berkaitan dengan kehidupan berjiran.

- Rasulullah.s.a.w. bersabda,
 مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِالله وَ اليَوْمِ الآخِر فَلاَ يُؤْذِيْ جَارَهٌ
mafhumnya,
Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhir, maka janganlah ia menyakiti tetangganya.
(HR Bukhari no: 5559).

- Rasulullah.s.a.w. bersabda 
خَيْرُ الأصْحَابِ عِنْدَ الله خَيْرُهُمْ لِصَاحِبِهِ وَ خَيْرُ الجِيْرَانِ خَيْرُهُمْ لِجَارِهِ
bermaksud,
Sebaik-baik sahabat adalah yang paling baik terhadap sahabatnya, dan sebaik-baik tetangga adalah yang paling baik terhadap tetangganya. 
(HR Tirmidzi no: 1867, Shahih).
____________________________________
Beri laluan untuk iklan sebentar.
 

 _____________________________________________
Zaman ini.
 Kini masyarakat Malaysia telah banyak berubah, dari masa ke semasa bukan sahaja manusia berubah, muka bumi dan cuaca pun berubah, ramai anggota  masyarakat sekarang telah bekerja dengan kerajaan dan syarikat-syarikat swasta, mereka bekerja siang dan malam sehingga sebahagiannya tidak sempat memperdulikan jiran dan masyarakat sekeliling.Penglibatan kerja dan pusingan jadual kerja begini memberi kesan juga kepada emosi dan cara berfikir masyarakat sekarang.

Mereka yang tidak mengambil berat atau kurang menghayati kehidupan   secara Islam, maka segala pesanan Rasulullah.s.a.w.  mengenai kewajipan berjiran akan diabaikan begitu sahaja tanpa merasai apa-apa penyesalan.Kelemahan ini tertonjol di dalam  komuniti yang hidup di bandar besar atau bandaraya, terdapat individu tertentu tidak langsung memperdulikan jiran,( tidak ramai tetapi semakin meningkat)  berlaku tidak bertegur sapa dengan jiran sebelah ( bukan kerana bergaduh , cuma tidak berminat untuk berpakat ) walaupun kehidupan harian mereka berkongsikan dinding dan pagar rumah, di dalam satu lorong di kawasan perumahan yang jumlah rumahnya hanya 40 pintu atau kurang 50 pun terdapat di kalangan mereka yang bersikap penting diri dan tidak mengenali jiran-jiran. 
Walau pun wujud persatuan penduduk mereka ini menjauhkan diri, jika diadakan aktiviti untuk mengeratkan silaturrahim, mereka pula berkurung diri di dalam rumah atau awal-awal lagi telah membuat program lain untuk keluarga mereka bagi mengelakkan daripada menghadiri majlis pakatan penduduk.Mereka ini tidak kenal jiran walaupun yang paling hampir dan membiarkan keadaan serta situasi itu seperti mereka mula-mula menetap di tempat tersebut.

Senario dan gejala ini menuntut masyarakat Islam  berusaha mengatasinya dengan tindakan yang berhikmah, situasi ini jika tidak ditangani akan mengundang keburukan yang lain pula di hari muka.Situasi ini jelas dan nyata menggambarkan mereka ini tidak faham Islam, kalau faham tentulah mereka akan menghayati Hadis yang pernah disabdakan Rasulullah.s.a.w.mengenai peri mustahaknya menghormati jiran.

Kemahiran berjiran.
Kemahiran berjiran dan berkawan tidak memerlukan ilmu yang tinggi, ilmu sederhana tinggi pun mencukupi, mereka yang berilmu tinggi dan berpangkat tinggi pun terkadang tidak memiliki kemahiran berjiran dan berkawan, ilmu tidak cukup sekadar teori atau maknawi sahaja, ianya memerlukan amali, peraktikal dan aplikasi terhadap teori yang tersimpan di dalam minda. Bersikap sederhana yang tidak dibaluti  sifat ego dan sombong diri atau penting diri akan membantu dalam menghayati hidup berjiran.

Sekian...والله أعلم

Khas untuk mereka yang sedang mencari

 
Paparan khas untuk iklan.
 Tanah di Perlis.
 
Khas untuk mereka yang sedang mencari sebidang tanah di utara Malaysia, mungkin inilah sebidang tanah yang anda sedang cari.
Sila hubungi En.Zakri 019 - 4786047.
Sekian.

Tuesday, October 15, 2013

Selamat Hari Raya 1434H dan info - (video)

Selamat Hari Raya Adha - Hari ini Selasa 10 Zulhijjah 1434 bersamaan 15 Okt 2013 umat Islam yang tidak mengerjakan Haji merayakan raya korban mulai 10 sehinggalah 13 Zulhijjah, dalam tempoh itu mereka bertakbir sama ada beramai-ramai atau berseorangan.Manakala mereka yang mengerjakan Haji pula berwukuf pada 9 Zulhijjah di Padang Arafah dan seterusnya pergi ke Mina, dalam perjalanan ke Mina mereka singgah di Muzdalifah untuk mengutip batu, batu  untuk kegunaan melontar di jomrah nanti, mereka berulang-alik dari khemah ke jomrah (tempat melontar) untuk membuat lontaran mulai 10 Zulhijjah sehinggalah 12 atau 13 Zulhijjah, kemudian barulah balik ke Makkah untuk menyelesaikan kerja Haji yang belum siap lagi, setelah semuanya selesai mereka melakukan Tawaf Widak dan balik ke kampung atau negara masing-masing.


Pada tahun ini kita dimaklumkan melalui media tempatan kita sendiri bahawa beberapa hari yang telah lalu telah berlaku banjir di Padang Arafah, ini berkemungkinan tapak khemah dan kawasan santai peserta Haji tidaklah terlalu kering kontang seperti kebiasaannya.

Bagi mereka yang tidak mengerjakan Haji disunatkan berpuasa  pada hari Wukuf di Padang Arafah dan 10 Zulhijjah pula berhari raya dengan menyempurnakan solat sunat Hari Raya Adha dan bertakbir serta melakukan ibadat korban, tempoh masa ibadat korban dan bertakbir mulai 10 sehingga 13 Zulhijjah.
Sekian...Wallahu aklam...والله أعلم

Monday, October 7, 2013

Budaya Gotong-Royong - Usung rumah - bersama video.


Artikel kali ini penulis sengaja  mengimbau kembali adat tradisi Melayu zaman dahulu khasnya di Kedah era tahun sebelum dan sehingga awal 70an. Artikel ini tidak menyentuh di negeri-negeri lain selain Kedah kerana penulis sendiri tidak arif mengenai budaya di tempat atau di negeri lain.
______________________________
Beri laluan iklan sebentar 
 

_________________________________________________________

Bergotong-royong.
Terdapat beberapa bidang pekerjaan yang sering dikaitkan dengan bergotong-royong atau dikerjakan secara bergotong-royong, di antaranya cabut semai, menanam padi, menuai padi, berkhenduri, membuat jambatan atau jalan kampung dan sekali sekala mengusung rumah iaitu semasa ada keperluan.

Cabut semai
Menanam padi secara tradisi akan dimulakan dengan  menyediakan tapak semaian, kemudian barulah petani menyemai padi iaitu dengan menabur padi yang telah direndam buat beberapa hari sehinggalah padi itu bertunas, biji padi yang bertunas dan masih dibaluti sebahagiannya dengan kulitnya itu ditabur di dalam tapak atau petak  semaian.

 Ketika menabur biji padi umtuk dibuat semai memadai dilakukan seorang atau suami isteri sahaja, kerja ini sangat mudah dan cepat disiapkan. Apabila sampai masa untuk mencabutnya memerlukan tenaga yang lebih kerana akar anak padi/semai telah mencengkam tanah, memerlukan tenaga yang agak kuat untuk menarik atau mencabutnya, oleh itu kerja mencabut semai ini biasanya dilakukan secara bergotong-royong, demikian juga ketika menanam di dalam petak bendang nanti. Bergotong-royong mencabut semai dan menanam ini dilakukan secara berderau iaitu bergilir-gilir sesama mereka sehinggalah setiap petani yang terlibat di dalam sesuatu derau ini menerima giliran masing-masing.demikianlah juga bergotong-royong menanam padi. Cara melaksanakan kerja begini sangat menyeronokkan.
Bergotong-royong melaksanakan kerja-kerja yang berkaitan dengan khenduri tidaklah dilakukan secara berderau tetapi ianya lebih kepada tolong menolong atas kebaikan dan kerana Allah, walaupun kadang-kadang kelihatan seperti berderau, situasi ini adalah kebetulan sahaja.


 Mafhumnya;
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya). 

Mengusung rumah.
Berlakunya mengusung rumah disebabkan sama ada rumah lama hendak diubah tapaknya atau telah dijual kepada orang lain kerana tuan punya hendak membesarkan rumah dengan mendirikan rumah yang baru berkembar dengannya atau sebab-sebab seumpamanya. Pada masa dahulu rumah di Kedah didirikan dengan menyediakan bahagian bawah rumahnya dalam keadaan kosong supaya ruang itu boleh diletakkan segala peralatan kerja sawah atau lain-lain seperti guni padi,cangkul, bakul, tong, kibar layar dan seumpamanya.
Keadaan rumah yang sedemikian rupa membolehkan rumah diusung ke tempat lain jika diperlukan.Orang kampung hidup bahu membahu di antara satu sama yang lain, hubungan mereka rapat dan akrab, apabila hendak melaku sesuatu kerja gotong-royong mereka tidak akan risau kerana yakin akan mendapat sambutan dan pertolongan, kerja berat sama dipikul dan kerja ringan sama dijinjing telah pun menjadi budaya sejak zaman datuk nenek lagi. 

Islam sangat menyukai dan menyarankan kerjasama dan tolong menolong dalam hal kebajikan dan kebaikan seperti ini ( rujuk ayat al.Quran di atas) .
Sekian...Wallahu aklam.....والله أعلم