Friday, October 25, 2013

Betulkah Kita Mengaji Al.Quran.



Mengaji al.Quran.
Betulkah kita mengaji al.Quran atau hanya belajar membaca al.Quran . Proses pengajaran dan pembelajaran yang kita lalui hanya menjurus kepada belajar membaca al.Quran sahaja.
 
Sebenarnya Ilmu Tauhid (Aqidah), Ilmu Fiqah,Ilmu Tafsir, Ilmu Akhlak dan lain-lain ilmu semuanya terkandung di dalam al.Quran. Oleh itu apa yang dimaksudkan dengan mengaji al.Quran yang sering kita sebut itu sebenarnya lebih menjurus kepada belajar membaca al.Quran sahaja.

Mengaji Al.Quran yang membawa maksud lebih mantap dan mencakup semua bidang yang terdapt di dalam al.Quran, itulah sebenarnya MENGAJI AL.QURAN. Inilah juga yang dimaksud dengan iqrak yang tercatat di dalam surah al.'Alaq.

Buta huruf.
Bagi mereka yang buta huruf al.Quran atau kurang mahir di dalam pembacaan atau tilawah al.Quran tiada jalan lain untuk mengatasinya melainkan Belajar Membaca al.Quran iaitu dengan cara bertalaqqi, tasmi'a dan musyafahah ( membaca,mendengar dan melihat mulut guru )dan situasinya pula berdepan dengan guru seorang sama seorang ( 1murid vs 1guru - bergilir seorang lepas seorang  ), guru baca,murid mendengar, melihat dan membaca, kekerapan membaca murid hendaklah lebih banyak daripada guru, guru sekadar menegur tempat yang salah bacaannya.Pengajaran dan pembelajaran membaca al.Quran di sekolah dilihat kurang berjaya kerana pelajar di dalam sesuatu kelas terlalu ramai dan tempoh masa (40/30 minit) tidak mencukupi menyebab guru gagal mengaplikasikan kaedah tersebut.

Tahsin bacaan al.Quran.
Tahsin Bacaan Al.Quran ( Perelok Bacaan Al.Quran ), Mengadakan kursus-kursus pendek tidak akan dapat menyelesaikan masalah bacaan mereka yang kurang mahir atau mantap tetapi ianya sekadar boleh memberi motivasi sahaja iaitu menyedarkan individu tertentu mengenalpasti diri sama ada dirinya tergolong di kalangan mereka yang kurang mahir atau golongan yang lebih baik.Kesan positifnya mereka yang berkenaan akan bertindak menambahkan ilmu bacaan dengan menghadiri Kelas Bacaan Al.Quran bagi mengatasi masalah atau memperkayakan lagi bacaan.
Wallahu aklam...والله أعلم

No comments: