Monday, May 31, 2010

Al.Quran mendahului Ilmu Sains.

Salam semua.






Petikan dari Surah Yasin.

[36]

Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.
[37]
Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita;
[38]
Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;
[39]
Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya – (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.
[40]
(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.
[41]
Dan satu dalil lagi untuk mereka (insaf) ialah, Kami membawa belayar jenis keluarga mereka dalam bahtera yang penuh sarat;
[42]
Dan Kami ciptakan untuk mereka, jenis-jenis kenderaan yang sama dengannya, yang mereka dapat mengenderainya.
[43]
Dan jika kami kehendaki, kami boleh tenggelamkan mereka; (kiranya Kami lakukan yang demikian) maka tidak ada yang dapat memberi pertolongan kepada mereka, dan mereka juga tidak dapat diselamatkan, -


Sekian- Wallahu aklam.

Sunday, May 30, 2010

Okjektif membuka Facebook.

Salam semua.

Keinginan di hati untuk menulis mauduk ini terasa beberapa minggu yang telah lalu tetapi ideanya datang secara berkecamuk dan tidak tersusun. maka keinginan itu ditangguhkan sehingga ke saat ini.Tajuk yang dipilih ialah "Objektif membuka Facebook", telah dinukilkan dua tajuk mengenai isu ini dalam bentuk puisi, mengarang puisi mungkin lebih senang kerana menukil apa yang terlintas sahaja iaitu lebih banyak kepada idea yang datang spontan, sukar pihak lain hendak mengkritik kerana tafsiran boleh ditafsirkan berbagai versi mengikut kefahaman masing-masing.

Okjektif Membuka Facebook.
Sebelum kita membuka Facebook atau ketika kita berkira-kira hendak membukanya sudah tentulah kita telah menentukan okjektif atau matlamatnya, tidak mungkin kita membuat sesuatu tanpa tujuan dan matlamatnya.Contohnya seseorang yang memiliki senjata tentulah ada tujuan tertentu, mungkin untuk mempertahankan diri atau sebagai alat memburu atau mungkin juga untuk tujuan merompak.Kita boleh gariskan demikian kerana senjata memang boleh digunakan untuk kebaikan atau keburukan, terpulang kepada pengguna tersebut, demikianlah juga Facebook ini berupaya menjadi alat untuk menjana kebaikan dan sebaliknya.

Pada hemat saya.
Seharusnya kita menggariskan objektif dan matlamatnya, sekurang-kurangnya biarkan ianya tersemat di dalam hati mereka yang membangunkan dan membuka laman Facebook ini.Rasanya inilah cara yang lebih matang dan berktrampilan.

Mungkin objektif dan tujuan yang sesuai Facebook dibuka adalah seperti berikut:
(1) Menyebarkan kebaikan dan mencegah kejahatan kepada khalayak umum.
(2) Menjadikannya medan berintraksi dan membina hubungan silaturrahim seantaro dunia.
(3) Memanfaatkannya sebagai alat berkomunikasi.
(4) Menyebarkan berita perniagaan atau menjadikannya ruang iklan.
(5) Mendapatkan berbagai ilmu pengetahuan dan maklumat.
(6) Mendapatkan hiburan yang sederhana dan bermanfaat.
Dan banyak lagi yang dapat digariskan.bukan sahaja untuk Facebook tetapi juga untuk laman-laman yang lain.

Melakukan sesuatu kerja tanpa okjektif dan tujuan akan mendorong kita membuat sesuatu yang sia-sia.

Sekian...Wallahu aklam...Wassalam.

Saturday, May 29, 2010

Surah At.Tiin.

Salam semua.



_____________________________________________

95. At-Tiin

[1]
Demi buah Tiin dan Zaitun,

[2]
Dan Gunung Tursina,
[3]
Serta negeri (Makkah) yang aman ini, -
[4]
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai deng
an keadaannya).
[5]
Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah,

[6]
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tid
ak putus-putus.
[7]
(Jika demikian kekuasaanKu), maka apa pula yang menjadikan engkau seorang pendusta, (berkata tidak benar) mengenai hari pembalasan, sesudah (ternyata dalil-dalil yang membuktikan
kekuasaanKu mengadakan hari pembalasan) itu?
[8]
Bukankah Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil Hakim?

Tags: ,




Pokok dan buah tiin.

Pokok Zaiton.

Sekian...Wallahu aklam.


Surah Asy.Syam.

Surat Ash-Shams (The Sun) - سورة الشمس

Enlarge Text
Shrink Text
بسم الله الرحمن الرحيم

91:1

Tafsir al-Jalalayn
By the sun and her morning light,
Chinese
以太陽及其光輝發誓,
Malay
Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang;
91:2
Tafsir al-Jalalayn
and [by] the moon when it follows her, rising after she has set,
Chinese
以追隨太陽時的月亮發誓,
Malay
Dan bulan apabila ia mengiringinya;
91:3

Tafsir al-Jalalayn
and [by] the day when it reveals her, as it rises [high],
Chinese
以揭示太陽時的白晝發誓,
Malay
Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata;
91:4

Tafsir al-Jalalayn
and [by] the night when it enshrouds her, covering her up with its darkness (idhā, ‘when’, in all three instances is an absolute adverbial, operated by the verbal action of the oath).
Chinese
以籠罩太陽時的黑夜發誓,
Malay
Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita),
91:5

Tafsir al-Jalalayn
By the heaven and the One Who built it,
Chinese
以蒼穹及其建築者發誓,
Malay
Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh - yang melambangkan kekuasaanNya);
91:6

Tafsir al-Jalalayn
and [by] the earth and the One Who spread it, laid out flat.
Chinese
以大地及其鋪展者發誓,
Malay
Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya);
91:7

Tafsir al-Jalalayn
and [by] the soul, that is to say, [by] all souls, and the One Who proportioned it, in its created form (mā in all three instances relates to the verbal action, or functions as man, ‘the one who’),
Chinese
以靈魂及使它均衡,
Malay
Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);
91:8

Tafsir al-Jalalayn
and inspired to discern its vices and piety, He pointed out to it the path of good and that of evil (the placing of taqwā, ‘piety’, second takes into account the [rhyme] endings of the verses; the response to the oath is [the following:])
Chinese
並啟示他善惡者發誓,
Malay
Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -
91:9

Tafsir al-Jalalayn
Successful indeed (qad: the lām [of laqad, ‘indeed’] has been omitted from it for the sake of brevity) will be the one who purifies it, purges it of sins,
Chinese
凡培養自己的性靈者,必定成功;
Malay
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
91:10

Tafsir al-Jalalayn
and he will indeed have failed he who eclipses it, he who obscures it with [acts of] disobedience (dassāhā is actually dassasahā, but the second sīn has been replaced with an alif for [phonetic] ease).
Chinese
凡戕害自己的性靈者,必定失敗。
Malay
Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
91:11

Tafsir al-Jalalayn
Thamūd denied, their messenger Sālih, because of their rebellious nature,
Chinese
賽莫德人已因過分而否認真理。
Malay
(Ingatlah), kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas;
91:12

Tafsir al-Jalalayn
when the most wretched of them, whose name was Qudār, was dispatched, [when] he hastened, in order to hamstring the she-camel with their approval.
Chinese
當時,他們中最薄命者忙上前來,
Malay
Ketika orang yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat),
91:13

Tafsir al-Jalalayn
But then the messenger of God, Sālih, said to them, ‘[This is] the she-camel of God, so let her have her drink!’, her drink on her day — one day was hers, the next theirs.
Chinese
使者就對他們說:「你們讓真主的母駝自由飲水吧。」
Malay
Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Soleh) kepada mereka: " (Janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu, dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab)!"
91:14

Tafsir al-Jalalayn
But they denied him, with regard to his saying this [as being a command] from God — which if they contravened would immediately result in chastisement being sent down on them — then hamstrung her, they slew it in order to appropriate her [share of the] drinking water. So their Lord closed in on them, the chastisement, because of their sin, and meted it equally [among them], that is, the closing in on them, in other words, He subsumed them all by it, so that not one of them escaped.
Chinese
但他們否認使者而宰殺母駝,故他們的主因他們的罪過而毀滅他們,使他們普遍受難。
Malay
(Setelah Nabi Soleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta Ia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya).
91:15

Tafsir al-Jalalayn
And He does not (read wa-lā, or fa-lā) fear the consequence of it.
Chinese
他是不顧慮那災難的後果的。
Malay
Dan Allah tidak hiraukan kesudahan (mereka) yang demikian, (kerana itu adalah balasan yang adil).

Muhasabah - Kejadian Tsunami.




$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

BERI LALUAN untuk IKLAN SEBENTAR.

Tanah untuk dijual..
Lokasinya:
Kampung Seriab.Tok Terang. Perlis.
Keluasan: 8 + ekar
Sesiapa yang berminat
sila hubungi En.Zakri..0194786047.


$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Friday, May 28, 2010

Musykil: Hantu atau kumpulan lembu yang berkeliaran.

Salam semua.

Pada hari ini mindaku masih teringat zaman kanak-kanak dahulu.Ketika itu aku dan rakan sebayaku masih ber
sekolah ada yang di sekolah rendah dan hanya beberapa orang telah berada di Tingkatan Satu, setiap malam kecuali malam Jumaat (Khamis Malam) kami akan pergi mengaji al.Quran di rumah bapa saudaraku atau Pak Teh. Semua anak muridnya memanggil Pak Teh dan orang kampung pun baik yang tua atau muda semuanya memanggil Pak Teh, mungkin itu suatu panggilan penghormatan sebagai menggantikan panggilan Ustaz kepada bapa saudaraku yang mengajar al.Quran secara percuma kepada kanak-kanak kampungnya.

Pak Teh bukanlah seorang yang pernah berkursus mengenai kaedah mengajar di mana-mana, beliau hanya mengajar mengikut pengalamannya semata-mata, Namun begitu budak-budak yag berusia di antara 10 - 11 tah
un yang menjadi anak muridnya sudah boleh membaca al.Quran. Ini bermakna budak-budak ini masih di sekolah rendah termasuk diri saya sendiri pada ketika itu sudah mampu membaca al.Quran. sebaliknya pada zaman ini para pelajar tingkatan satu hanya sekitar 30% peratus sahaja yang menguasai tilawah al.Quran.Sebab itu di dalam artikel aku yang telah lalu aku menyatakan bahawa bukan kaedah yang menyebabkan muird-murid kini tidak dapat menguasai tilawah al.Quran tetapi jangka masa mereka bersama guru terlalu pendek dan sedikit.

Setiap petang kami akan ke rumah Pak Teh, sebelum masuk waktu Maghrib kami beramai-ramai mengangkut air dari perigi yang berdekatan untuk disi ke dalam tempayan yang diletakkan di sisi tangga untuk digunakan air itu sebagai air basuh kaki sebelum naik ke atas rumah kerana pada ketika itu berjalan dalam keadaan berkaki ayam sudah menjadi lumrah, selain daripada ketiadaan wang untuk membelinya, keadaan persekitaran pun tidak mengizinkan kami memakai kasut atau selipar sekalipun kerana keadaan tanah yang becak
dan berlumpur, maklumlah kawasan sawah atau bendang sememangnya sesuia berkeadaan demikian, hanya pada musim kemarau sahaja yang sesuai untuk memakai kasud atau selipar.

Berbalik kepada kemusykilan mengenai hantu atau kumpulan lembu yang berkeliaran di kawasan sawah musim kemarau. Setelah selesai membaca al.Quran kurang lebih jam 9.30 malam ( jam 10.00 waktu sekarang kerana pada waktu itu masih Persekutuan Tanah Melayu - waktu belum d
i selaraskan seperti sekarang di antara Malaysia Barat dan Malaysia Timur di mana Malaysia Barat waktunya dipercepatkan 30 minit supaya sama dengan Malaysia Timur ) aku pun balik ke rumah melalui batas bendang bersama beberapa orang kawan dengan bantuan lampu atau pelita minyak tanah yang diletakkan di dalam sebuah tin kecil yang diubahsuai supaya dapat diletakkan lampu minyak tanah di dalamnya, kalau ditakdir berlaku hujan turun sekali pun pelita itu masih boleh digunakan lagi, walaupun agak kurang selesa lagi.

Sesampai sahaja di rumah kami pun membasuh kaki d
an naik ke rumah dan tidak mengambil masa yang lama terus mata terlelap, maklumlah ketika itu malam pun sudah beransur tua dan mata pun tidak perlu dipujuk untuk tidur kerana zaman itu kami tiada masalah yang boleh melambatkan tidur. Beberapa kawan aku itu memang sering tidur di rumah aku kerana malas meneruskan perjalanan balik ke rumah mereka kerana lokasi rumah mereka hampir 1/4km lagi, pada waktu malam jarak itu dirasakan lebih jauh pula berbanding pada waktu siang, mereka mengambil keputusan untuk menyambung perjalanan selepas subuh esok paginya.

Selepas pelita minyak tanah dipadamkan kami pun melayan hal sendiri sebelum masing-masing melelapkan mata. Diringkaskan cerita sebelum subuh aku pun terkejut jaga kerana dikejutkan oleh perutku yang se
dang beragam, lagi pun sudah hampir masanya untuk aku mandi dan bersiap-siap untuk ke sekolah, pada masa itu masih gelap dan aku berjalan dalam keadaan permandangan ku masih samar-samar untuk ke sungai yang berhampiran dengan rumahku, aku terlihat sekumpulan lembaga hitam, kelihatan hitam kerana masih dalam cuaca samar, pada sangkaan ku lembaga itu adalah sekumpulan lembu yang berkeliaran ketika musim kemarau kerana musim kemarau lembu kerbau dilepas bebas meragut rumput atau jerami sekehendak hati mereka.
Terlintas di hatiku, kalau dibiarkan kumpulan lembu itu berkeliaran berhampiran dengan pagar halaman kami, lambat laun mereka akan masuk ke dalam kampung atau laman yang dipenuhi dengan tanaman sayur-sayuran, pisang dan lain-lain. Aku pun menghalau mereka dengan menggunakan ketul-ketul tanah keras dan membaling ke arah mereka sekuat hati, sebaik sahaja aku melepaskan balingan ketul tanah itu dengan secepat kilat kumpulan lembaga hitam tadi melarikan diri, beserta dengan bunyi yang menakjumkan, kuatnya suara itu pada sangkaanku seluruh orang kampung pada pagi itu akan terkejut jaga.
Aku juga secepat kilat berlari menyelamatkan diri, sesampai sahaja di tangga rumah aku terus menggunakan jalan pintas dengan melompat terus ke anak tangga tengah dan terus melompat lagi ke atas sehingga sampai di ruang rumah. Di sini aku dapati semua kawan-kawanku masih tidur dengan nyenayaknya, jantungku mulai berdegup kerana pada sangkaanku mereka semua telah terkejut jaga dari tidur dan terus turut terkejut bersamaku. Aku mulai berfikir dan tertanya-tanya di hati hantukah tadi, bunyi begitu kuat hanya memberi kesan kepada aku seorang diri sahaja, sambil itu aku masuk ke dapur melihat ibuku sedang memasak, tidak membuag masa aku terus sahaja bertanyakan hal itu kepada ibuku, beliau menyatakan bahawa beliau tidak mendengar apa-apa pun.

Aku semakin hairan , tidak mungkin suara begitu kuat tidak memberi kesan kepada sesiapa, aku bukan menuduh ibuku berdusta , jawapan ibuku itu dapat diterima akal kerana kawan-kawanku pun tidak terkejut jaga dari tidur pun, mereka masih tidur nyenyak, .tidak mungkin lembu mampu berlari selaju itu, malah kuda lumba pun tidak sehebat itu, sehingga saat ini kemusykilan ini belum terongkai, Hantu atau kumpulan lembu.

Dalam hidup ini memang kita sering bertemu dengan permasalahan yang tidak dapat dirongkai dan tidak berjaya mencari punca atau akar tunjang sesuatu peristiwa, kita tidak sepatutnya memerah otak untuk mencarinya kerana masalah seperti itu biarlah ianya berlalu dan pergi begitu sahaja.

Sekian....Wassalam.







Majlis Khenduri Kahwin yang mendapat berkat.

Salam semua.

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

BERI LALUAN untuk IKLAN SEBENTAR.

Tanah untuk dijual..
Lokasinya:
Kampung Seriab.Tok Terang. Perlis.
Sesiapa yang berminat
sila hubungi En.Zakri..0194786047.

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$


Pagi ini saya teringin menukilkan secara ringkas renungan berkaitan dengan khenduri kahwin yang dimuatkan dengan berbagai program dan aturcara di dalamnya.Pada pemerhatian say
a terdapat juga majlis khenduri kahwin atau walimatul urus yang diadakan tidak merujuk kepada ajaran Islam yang berpaksikan dengan ilmu Tauhid dan Fiqah.
Sudah tentu masih ada majlis yang merujuk dan mengambil berat mengenainya,mereka ini tidak perlu dibimbangkan kerana telah berada di atas landasan yang betul.

Di dalam Tauhid dan Fiqah dianjurkan supaya di dalam sesuatu majlis yang diadakan hendak sifar aktiviti yang melanggar syariat Allah. Di antara program dan aturcara majlis perkahwinan pada asasnya iala
h:
- Meminang.
- Bertunang.
- Akad Nikah.

- Khenduri.
semua perkara tersebut masih diamalkan dengan baik tanpa meninggalkan atau mengabaikannya.Tetapi terdapat juga perlanggaran dan pencemaran hukum ketika perlaksanaan dan merealisasikan aturcaranya.

- Majlis Pertunangan. .
Majlis ini biasanya dicemari dengan pembaziran ata
u mempamerkan keakuan diri, ketokohan atau status keluarga.

- Majlis Akad Nikah.
Majlis Akad Nikah yang diadakan di masjid biasanya berlaku pengabaian terhadap galakan menghormati masjid, terdapat di kalangan tetamu yang hadir tidak bersolat menghormati masjid ( Tahiyatul masjid ) termasuk pengantin perempuan kerana terhalang dengan pakaian khas dan perhiasan y
ang sedang dipakai.Lazimnya Mak Andam yang berkhidmat bukanlah terdiri dari mereka yang peka sangat dengan hal-hal seperti itu.

- Majlis Khenduri Kahwin.
Nabi Muhammad.s.a.w. sangat mengambil berat tentang perkara ini kerana khenduri itu suatu cara mengisytiharkan kepada masyarakat tentang pernikahan atau perkahwinan kedua-dua mempelai tersebut.N
abi menyarankan buatlah khenduri kahwin walaupun sekadar menyembelih seekor kambing untuk dijamukan kepada tetamu, tetapi, apa yang berlaku pada zaman kini aturcara khenduri kahwin telah banyak tersasul dengan berbagai acara selingan yang mampu menghalau keberkatan kepadan pasangan pengantin, sebaliknya mengundang iblis dan syaitan untuk memporak-perandakan ikatan perkahwinan pada masa akan datang, menjadikan jodoh mereka tidak berpanjangan.
______________________________

KADAR PERCERAIAN IKATAN PERKAHWINAN MASA KINI MENINGKAT .
Suatu renungan perlu diaktifkan.
Perkahwinan itu ibarat mendirikan masjid. Apakah aturcara yang sesuai untuk mendirikan sebuah masjid ?.

__________________________
_____

- Aturcara yang lazim terdapat di majlis khenduri kahwin pada masa kini, mungkin di antaranya dapat kita senaraikan seperti berikut:

- Malam himpunan ahli keluarga - dan berinai pengantin (jika pengantin perempuan).
- majlis Khatam al.Quran/bertahlil / Marhaban.
- Jamuan.
- ( Biasanya majlis ini diadakan pada waktu malam ).
- Jamuan khenduri - mulai jam 12.00 t.hari.
- Mungkin diiringi dengan....
. Pertunjukan silat.
. Nyanyian dan tarian.( lelaki dan perempuan bergandingan ).
Aturcara tersebut adalah yang tersurat dan nyata kepada semua yang hadir, mungkin di sana terdapat juga upacara tertentu yang berkaitan dengan amalan tradisi keluarga yang dilarang oleh syariat Islam dan diamalkan di balik tabir.

Adakah terdapat di sana acara yang seolah-olah menyindir Allah Taala, kalau ada mungkinkah doa beramai-ramai yang telah diminta itu mempunyai peluang untuk dimakbulkan Allah.

Pada hemat saya majlis khenduri kahwin seperti di atas perlu disemak semula dan difikirkan semula serta membuat suatu tapisan untuk mengabaikan aturcara yang tidak sesuai dengan majlis perkahwin yang mengharapkan keberkatan, kemudian buatlah anjakan ke arah suatu pakej yang baru dan diberkati Allah.Sekiranya kita usahakan insya Allah kita akan memperolehi dan dapat mewujudkan Majlis Khenduri Kahwin yang mendapat berkat.

Hanya pada hematku.

Hantaran Majlis Pertunangan.

@@@@@@@@@@@@@@@@

Rabu, 2010 Mei 26.

Nukilan Cik.Nurhani Salwa.

Diari -Mengapa aku diuji ? ( untuk sambung baca klik di sini )

Salam semua,
Kita sering bertanya mengapa kita sering diuji. Mengapa bukan orang lain? Mengapa rasa kecewa dan sedih? Dan pelbagai persoalan yang berlegar di benak otak kita apabila kita diuji. Akhirnya, saya temui jawapannya dalam satu email di dalam inbox saya. Rupanya jawapan-jawapannya semua sudah ada jawapannya di dalam perlembagaan umat Islam iaitu Al-Quran.
KITA BERTANYA AL-QURAN MENJAWAB.

( untuk sambung baca klik di sini )



@@@@@@@@@@@@@@@


Sekian.Wallahu aklam.














Thursday, May 27, 2010

Nasi Lemak Daun Lemuni.

Salam semua.

Pagi ini saya teringin nak makan Nasi Lemak Daun Lemuni yang sering saya menikmatinya di Pasar Basah Bukit Gelugur. Pulau Pinang. Lokasi pasar ini adalah di Taman Tun Saadon tidak berapa jauh dari Universiti Sains Malaysia (USM), biasanya dijual pada waktu pagi. Ramai yang berkemahiran memasak nasi lemuni ini tetapi rasa keenakannya tidak sama sebab itulah saya sering ingat nak makan yang dihasilkan oleh penjual nasi lemak di pasar tersebut. Nasi dan sambalnya memang amat sesuai dan serasi, harganya pun berpatutan. Nantilah kalau saya ke sana saya akan usaha dapatkannya.

_________________________________________

LEMUNI HITAM ( Vitex trifolia )

Tumbuhan ini merupakan pohon yang rendang dengan ketinggian satu hingga tiga meter. Daunnya jenis kompaun bercabang tiga dan ketika muda berwarna biru kehitaman dan apabila matang berwarna hijau dengan tulang daun berwarna biru kehitaman. Lemuni mempunyai bunga yang bersaiz kecil.

Khasiat dan nilai-nilai perubatan dalam Lemuni.

Analisis kimia menunjukkan ia mengandungi x-pinene, camphne, terpenyal-acetate dan diterpene alcohol. Kesemua sebatian ini merupakan minyak pati yang memberikan aroma kepada tumbuhan ini.

Di kalangan masyarakat Melayu, daun lemuni boleh digunakan untuk mengubati penyakit rheeumatism, daunnya ditumbuk dengan kapur barus kemudian dipupuk pada tempat yang sakit. Air rebusan daun muda digunakan untuk mengubati muntah darah. Air rendaman daun ini jika dijadikan air mandi dipercayai dapat memulihkan anggota-anggota badan yang lemah, terutama setelah sembuh dari sakit yang berlarutan.

Manakala biji lemuni pula boleh dijadikan ubat cacing. Sementara itu lain-lain nilai perubatan yang ada pada lemuni ialah daunnya boleh juga digunakan untuk mencuci rambut untuk menghalau kutu dan mencegah kelemumur serta mengubati kurap dan luka-luka di celah kaki.

(Tip ini dipetik dari.http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/azmah.htm)
_________________________
_______________

Sekian....Wallahu aklam.

Wednesday, May 26, 2010

Universiti Pengalamanku - Artikel syok sendiri - 6.

Salam semua.

Sorotan kembali dan kisahnya disambung.

Akhirnya buat sekian lama aku bertugas di dalam makmal ini
bersama rakan sejawatku.

Semasa aku bertugas di sini ( SMK.Tunku Abdul Rahman ) aku terlibat secara cergas dalam aktiviti Silat Seni Gayung sebagai Guru Penasihat, latihan silat diadakan pada setiap pagi Jumaat keran pada masa itulah sahaja Jurulatih berlapang masa untuk hadir melatih para pelajar, setiap kali diadakan latihan guru penasihat perlu ada bersama para pelajar untuk menjaga kebajikan mereka, pada hari Sabtu pula diadakan aktiviti ko.kurikulum yang lain pernah berlaku aku terpaksa ke sekolah setiap hari dalam masa sebulan, bermakna empat kali Jumaat dan empat kali Sabtu berturut-turut aku ke sekoah kerana terlibat dengan kegiatan atau aktiviti luar bilik darjah selain hari-hari biasa. Aku tidak sepatutnya cerita hal ini kerana seolah-olah masuk bakul angkat sendiri.tetapi. disebabkan diawal kisah ini telah dicatatkan sebagai Artikel Syok Sendiri, maka aku ceritakan juga perkara ini kepada anda.

Terima kasih SMK .Aminudin. Baki.JB, Maktab Sultan Abu Bakar. JB dan SMK.Khir Johari .Sg.Petani kerana andalah memberi ilmu dan pengalamn kepadaku sehingga aku mampu berbakti kepada SMK.Tunku Abdul Rahman dan lain-lain. Kepada SMK.Tunku Abdul Rahman aku berterima kasih tidak terhingga kerana bukan sahaja engkau memberi ilmu dan juga pengalaman padaku , malah memberi nilai prestasi yang amat baik padaku sehingga dapat melonjakkan pendapatanku beberapa kali selama aku berada di sisimu. Selaku guru yang kecil dan kerdil kedudukannya, itulah sahaja kemampuan dan harapan.

_______________________________________


Beri laluan kepada respon dari bekas pelajar English College.

Salam Ustaz Leenoh,

Mohon saya mengimbas kembali peristiwa di satu ketika semasa perhimpunan di dewan Maktab
Sultan Abu Bakar atau English College Johor Bahru, ... Di Dewan Perhimpunan seperti biasa yang mana Guru2 bersama Guru Besar sekolah di atas pentas termasuk Ustaz Leenoh sedang berdiri. Murid murid berbaris ikut barisan masing2.. saya pada ketika itu juga sama2 berdiri berbaris..tiba2 saya nampak Ustaz Leenoh melenting dan meloncat dari atas dewan pentas terpa kebawah dengan sekelip mata sudah berada di tempat di mana seorang murid yang hendak pitam dan pengsan. Sebelum murid tersebut jatuh dengan ketangkasan Ustaz Leenoh berjaya menyambut murid tersebuh dari jatuh ke lantai dewan... Inilah peristiwa yang masih saya ingat lagi sehingga ke hari ini...Allahuakbar.

May 26, 2010 2:41 Pm.

(Ir.Hj.Shaharuddin bin Hj.Sidek).

_____________________________________________

Mengimbas kembali kisah ringkas dari Maktab Sultan Abu Bakar (EC).

Pada tahun pertama (1974) aku bertugas di sekolah ini dan bertanggungjawab menjaga asrawan di Jalan Kapt.Mohd.Amin yang kami namakan Asrama Jalan Kapt.Mohad.Amin.Muridnya seramai 50 pelajar walaupun asrama ini hasil ubahsuai dari sebuah sekolah lama tetapi mereka disediakan bilik penginapan, bilik makan dan bilik mentalaah seadanya sahaja.

Jadual belajar pada waktu malam 8.00 sehingga jam 10.00 malam. pada waktu siang jam 2.30 petang sehingga 4,30 petang ( kurang pasti ) bagi mereka yang tidak terlibat dengan aktiviti di sekolah.Mereka yang terlibat dengan aktiviti di sekolah akan dibenarkan ke sekolah, oleh itu waktu mentaah yang berkualiti hanyalah pada waktu malam.

Di bilik bacaan atau mentalaah mereka hanya diawasi oleh pengawas atau ketua asramawan sahaja ( Wan Nik bin Muda ) dan dibantu oleh kawan-kawannya yang lain ketika ini mereka masih di tingkatan Satu hanya Wan Nik seorang sahaja yang berada di Tigkatan Dua.. Setelah setahun berlalu dengan bermentalaah begitu akhirnya keputusan akhir tahun pun diperolehi, masya Allah keputusannya menakutkan saya dan juga para waris.

Terdapat seorang pelajar hanya mampu lulus dua atau tiga subjek sahaja apabila disiasat sebab gagal sampai begitu rupa, katanya beliau sering risau dan ingat bapanya yang tidak pernah dilihatnya dan khabar angin menyatakan bapanya sedang berkerja di Singapura ketika itu, maka aku terpaksalah sentiasa berdampingan dengannya supaya kerisauannya dapat dikurangkan dan dapat belajar dengan tenang.

Pada tahun berikutnya iaitu ketika mereka berada di Tingkatan Dua dam Wan Nik bin Muda di Tingkatan Tiga aku mengambil keputusan mesti berada bersama mereka di Bilik Bacaan/Mentalaah pada
setiap malam.Terpaksalah aku menyediakan bahan tertentu untuk aku layan dalam tempoh dua jam itu. disamping melayani para pelajar yang bertanyakan sesuatu yang mereka tidak faham.Selama setahun aku berbuat demikian sehingga mereka faham apakah sebenarnya belajar atau mentalaah itu. Maka terkumpullah pengetahuan dan pengalamanku bersama budak-budak belasan tahun ini.

Keputusan atau prestasi akademik pada tahun tersebut melonjak melebihi 30% dari tahun yang lepas, aku rasa suka dan gembira yang amat sangat.Aku membuat kesimpulan bahawa pelajaran yang diperolehi oleh seseorang pelajar 30% daripadanya adalah diperolehi melalui unsur paksaan atau sokongan luar.Oleh itu kelas tambahan akan mampu memberi 30% peningkatan, jika semua pelajar mematuhi arahan guru. ( terutamanya pelajar Tingkatan 1, 2. dan 3 ). Para pelajar Tingkatan atas mereka itu lebih berpengalaman dan berdikari.

Sekian....Wassalam.

Minuman Air Kacang Soya - Baik untuk Kesihatan..

Salam semua.

Jasri Kamid ( Pak Itam ) adalah seorang pengusaha Air Kacang Soya yang berpangalaman, setiap hari beliau bersama isterinya (Mak Itam) menyediakan air kacang soya ( Susu Kacang Soya ) untuk diedarkan kepada berpuluh-puluh restoran, kedai makan atau warung menjual makanan sebagai pelanggan tetapnya di sekitar Bandar Kluang, selain daripada itu terdapat juga pelanggan yang tidak tetap yang juga Pak Itam dan Mak Itam perlu melayani mereka.

Pada masa permulaan perniagaannya beliau menghantarnya sendiri ke restoran , kedai makan atau warung-warung menjual makanan, kini beliau telah ada pembantu khas untuk menghantar Air Kacang Soya ke destinasinya.

Mesin kisar.


Biji kacang yang belum dikisar atau diproses.


Setelah dikisar air kacang soya akan keluar melalui laluan tertera dan airnya dimasukkan ke dalam bekas.


Air tersebut dimasukkan ke dalam mesin ini dan diproses.


Ruang dalam


Paip laluan air kacang soya yang siap diproses,
kemudian dimasukkan ke dalam botol.



KACANG SOYA

Kacang soya merupakan sejenis makanan popular di Malaysia. Bijirin ini digunakan oleh penduduk tempatan sama ada untuk membuat tempe, tauhu dan kicap, juga diproses untuk mendapatkan ‘susu’nya yang berkhasiat. Pokok kacang soya yang berasal daripada spesies Glycine max dalam keluarga Leguminosae, biasanya tumbuh rendang setinggi dua meter dan mengeluarkan bunga putih atau ungu. Kacang soya mengandungi 48 peratus protein, lesitin, vitamin dan zat galian. Kandungan kolesterol yang rendah dalam makanan yang diproses daripada kacang soya membantu menghindarkan penyakit jantung dan kencing manis. Sementara minyak yang diproses daripada bijirin ini mempunyai banyak khasiat dari segi perubatan. Ia membantu peredaran darah, menghapuskan kesan-kesan keracunan makanan, meredakan demam dan bertindak sebagai penawar untuk keracunan makanan.


Maklumat dapat diperolehi dari sini:
http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/monaniza.html




Telah pun siap sedia untuk dijual, disimpanan di dalam peti sejuk sebelum diedarkan.


Pak Itam menggunakan tong ini untuk diedarkan ke kedai-kedai atau restoran dan diletakkan di sana serta diambil semula apabila sampai tempohnya.


Inilah periuk dan bekas yang digunakan, sentiasa dijaga supaya berkeadaan bersih sepanjang masa termasuklah kawasan persekitarannya.


Sesiapa yang memerlukannya bolehlah menghubungi alamat yang tercatat di atas.

Sekian.Wassalam.